14. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋


SEPASANG matanya ralit meliar ke segenap ruangan serba asing.

Sambil sambil lelaki itu orak langkah, membuntuti isterinya dari belakang.

Masuk sahaja lewat pintu dari ruang pameran seni, dia dibawa ke tempat dengan cat serba putih ini. Menurut si isteri, ada sesuatu yang Ran Kaiser ingin bicarakan. Anehnya, lelaki itu minta mereka ke ruangan ini. Seolah olah tidak mahu perbualan itu kelak sehingga diketahui oleh orang.

Ralit matanya memerhati sehingga dia dan gadis itu menemui Ran.

Ran Kaiser kelihatannya sudah lama berdiri menunggu di luar bilik.

"Apa yang kau nak cakapkan sampai perlu jumpa kau di sini?"

Nadine Aira terlebih dahulu mulakan bicara. Ran sekadar tayang senyuman sebelum ekor matanya mengerling Rayne Arzhael yang membisu. Lelaki itu biarkan sejenak pertanyaan Nadine Aira tanpa respons. Dia tarik pelitup muka lantas ditanggalkan.

"I'm sorry, Nadine. Boleh aku berbual dengan Rayne? Seorang?"

"Terpulang pada kau." Rayne Arzhael seperti tak percaya balasan itu.

Nadine Aira sekali lagi mengalah. Dia sepertinya tidak mahu ambil tahu. Ran Kaiser mengangguk lantas lelaki itu mengamit Rayne untuk mengekori jejak langkahnya. Rayne tak banyak soal. Sebelum langkahnya dibawa ke ruangan bilik itu, matanya sempat mengerling isterinya. Lirikan mata itu disambut oleh Nadine Aira.

"Kau tak beritahu, aku takkan tanya."

Gadis itu beri kata putus. Rayne diam sebelum dia pulas engsel pintu.

Kelibatnya kemudian terlihat masuk ke ruangan itu, membuntuti Ran.

*
*
*


Ruangan bilik itu seperti jangkaannya juga bercat serba putih.

Sebaik dia tutup daun pintu, matanya sambung memerhati segenap ruang.

Sehinggalah matanya jatuh tertancap ke arah lantai. Ada tumpahan cecair merah yang mulai kering. Dari hujung ekor mata, dia melirik pula ke arah wooden easel di samping meja. Di atas meja itu pula, tersusun pisau palet.

Rayne Arzhael tak juga berniat untuk menyoal. Lelaki itu sebaliknya menghayun langkah ke kerusi, lantas dia mengambil tempat duduk. Sambil sambil matanya masih mengerling ke segenap ruangan. Pada matanya, seolah olah ada sesuatu yang aneh di tempat ini. Tapi, dia tak pasti apa itu.

Ran Kaiser sandarkan tubuhnya pada meja, di samping Rayne Arzhael.

"Aku nak bercakap dengan kau sebab aku tahu benda ni kau rahsiakan."

"Nadine tak tahu. Right, Mr Arzhael?"

"Tapi, kenapa sampai perlu berahsia? She's your wife. Tak salah dia tahu."

Ran mengerling sekilas lelaki itu yang duduk di sampingnya. Rayne mendengus dalam diam. Raut wajah lelaki itu seperti minta penumbuknya dan sengaja mencari pasal. Namun, dia datang ke sini dengan niat untuk tahu apa yang Ran sudah tahu.

Mahu tak mahu, dia terpaksa tayang senyuman yang sekadar direka.

"Cakap apa yang kau nak beritahu je. Aku malas nak bertekak. Aku tak nak isteri aku tunggu lama dekat luar."

Ran Kaiser berdecit. Dia kesal dengan respons balas itu. Walhal dia cuba untuk mengusik emosi lelaki ini, tapi akhirnya dia sendiri pula terkena. Ah, persetankan perangai masing masing yang tak mahu mengaku kalah. Lagipula pertemuan mereka ini pada awalnya bersebab. Ada sesuatu yang perlu dia beritahu kepada Rayne.

*
*
*

Usai perbualan itu, Ran meninggalkan dirinya bersendirian di ruangan ini.

Sekeping kertas putih di tangan dengan lukisan Scorpion digenggam, dikeronyokkan selang kemudian. Dia mengeratkan kepalan buku limanya. Nafasnya terhela menderu kasar. Dia dibelenggu amarah namun amarah itu terpaksa ditahan dahulu.

Tunggu waktu yang sesuai, baru lah amarah itu boleh dilampiaskan.

Rayne Arzhael ketap bibirnya rapat.

Sehinggalah sayup sayup kedengaran bunyi deringan telefon.

Dia keluarkan telefon dari saku seluar lantaran matanya melirik skrin.

Nombor asing itu kembali menelefon. Seolah olah sedia tahu bahawa dirinya lagi menunggu panggilan itu. Kali ini, panggilan itu tidak dibiarkan tanpa bersambut. Rayne Arzhael sebaliknya angkat panggilan itu. Dia tunggu suara yang akan kedengaran di telinga, lewat corong telefon.

Pada saat terawal usai panggilan itu bersambung, Rayne tidak mendengar sebarang suara dari pemanggil.

Atau, barangkali panggilan itu sedang beralih tangan. Dan, akhirnya jatuh ke tangan gerangan asing itu. Lama dia menunggu sehingga lama kelamaan dia rasa jemu. Barusan dia hendak menamatkan panggilan, dia dengar suatu suara lewat panggilan.

"Rayne..." Namanya diseru, lantas jeda dengan tawa yang terhambur pendek.

Mendengar suara itu, sepasang mata Rayne perlahan membuntang.

Detak jantungnya berubah kencang.

Entah kerana dirinya rasa terperanjat akan suara itu atau tanda dirinya lagi ditekan ketakutan. Rayne Arzhael kunci mulut, rahangnya mengeras. Dia tidak tahu hendak beri sebarang respons atau tekad berdiam diri. Tapi, suara itu mendesak dia menyahut.

Rayne mencengkam sebelah lututnya sehingga dahinya terlihat berkerut.

Dia paksa dirinya untuk kunci mulut.

Sebaik si pemanggil sedar seruannya dipekakkan, tawanya berlanjut.

Barangkali kerana geli hatinya. Figura itu tahu bahawa Rayne berdegil untuk tidak menyahut. Seolah olah figura itu sudah arif akan perangai lelaki muda ini. Dia seolah olah sudah tahu Rayne Arzhael itu seperti apa.

Rayne larikan telefon dari telinganya.

Panggilan dia matikan segera.

Suara milik pemanggil itu bikin tekak lelaki ini rasa loya. Suara itu juga bikin kepalanya rasa pusing sehingga mendesak dirinya supaya lekas memuntahkan isi perut. Rayne bawa telapak tangannya menyentuh kepala. Lantaran kepalanya dipukul.

Dia pukul kepala sendiri bertalu talu dek tidak mahu mendengar suara itu.

Dia mahu suara itu lenyap dari terus kedengaran di telinganya.

"Rayne?"

Sayup sayup kedengaran suara milik Nadine Aira memanggil.

Namun, lelaki ini tidak menyahut.

Nadine Aira lekas berlari masuk. Dia segera mendapatkan suaminya yang kini berlutut di atas lantai.

Dia paksa lelaki itu angkat wajahnya supaya Rayne menatap wajah isterinya ini. Rayne cuba untuk bikin kepalanya berfikiran waras. Dia tidak mahu perkara itu sehingga makan dirinya lagi untuk kesekian kalinya. Dia perlu ingatkan diri sendiri. Kali ini, dirinya tidak berseorangan lagi. Dia ada isterinya, Nadine Aira.

"Rayne, kau tak apa apa? Jawab aku."

Nadine Aira usap wajah suaminya itu.

Rayne yang tiba tiba saja mematung di hadapan matanya bikin dirinya rasa khawatir. Cepat cepat gadis itu raih tubuh suaminya sehingga jatuh ke dakapannya. Sambil sambil dia elus rambut lelaki itu. Dia mahu lelaki itu tenang dan terus melawan.

Sepasang mata redup milik gadis itu beralih menatap wajah Ran.

Ran Kaiser yang melihat keadaan itu juga diulit rasa kebingungan.

Padahal sebentar tadi sebelum lelaki ini pamit meninggalkan Rayne, Rayne Arzhael seperti tiada apa apa. Telingkahnya biasa saja. Perbualan itu juga seperti tidak memberi kesan apa apa kepada emosinya sehingga dia yakin bukan hal itu yang merosak minda Rayne Arzhael.

Pastinya ada hal lain yang tidak lelaki ini mahupun Nadine Aira tahu.

Ran Kaiser tersenyum, terlihat sinis.

Sepasang matanya kala itu seperti bersinar sinar.

Rupa rupanya pada pertemuan kali pertama tempoh hari, Ran sudah salah dalam penilaiannya. Pada awal pertemuan bersama Rayne Arzhael, dia anggap lelaki ini cuma lelaki yang biasa biasa. Atau, menurut kefahaman Ran Kaiser, membosankan.

Dia anggap, pada diri lelaki itu, tiada apa yang menarik minatnya.

Tapi, semakin dia mengenali lelaki ini semakin tinggi rasa ingin tahunya.

Dirinya ingin tahu.

Siapa sebenarnya Rayne Arzhael?

Dan, apa yang lelaki ini sembunyikan dari pengetahuan semua orang?


TBC

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top