12. πππ'π πππππππ
ANDAIAN itu hampir bikin lelaki ini putus nyawa sejenak.
Hanya kerana gadis itu tersilap tafsir bicaranya sebentar tadi, isterinya itu sehingga beranggapan suaminya sudah berniat untuk curang.
Rayne teguk liur pahit. Dia lap bersih mulutnya lantaran matanya menatap lembut wajah cemberut isterinya. Raut mencuka itu pasti kerana dalam dirinya lagi ada api. Dalam diam, lelaki ini simpan tawa. Dia tak jangka akan melihat sisi isterinya seperti ini.
Melihat wajah gadis itu tergambar rasa cemburu seperti tak kena.
Apatah lagi, rasa cemburu itu adalah berpunca daripada lelaki ini.
"Aku tak mati lagi kau dah fikir pasal nak cari ganti." Matanya diputar.
Bukan main merinding lelaki ini dek mendengar suara dingin isterinya.
Sehingga senyuman yang terukir di bibir lelaki itu jelas sekali cuma senyuman yang direka. Rayne gosok belakang tengkuknya. Raut mencuka pada wajah gadis itu tak kunjung mereda. Jikalau terus macam ni, jenuhlah dia hendak memujuk. Gadis itu juga bukannya makan rayu.
"Dah, kau pergi masuk tidur. Jangan nak serabutkan kepala kau."
"Takut pula sampai demam."
Rayne mengamit isterinya, dia minta gadis itu ekorinya ke aras dua.
Gadis itu tak banyak bunyi. Dia lekas berlari anak memasuki kamarnya.
Perlahan lahan Rayne geleng kepala. Dalam diam, lelaki itu hela nafas panjang. Hatinya rasa lapang. Mujur sahaja rajuk itu tidak berlanjutan atau tak mustahil dia akan putus asa untuk bela diri sendiri kelak. Apatah lagi setelah ancaman gadis itu tempoh hari kembali terlintas di fikiran.
Masakan dia boleh lupa dan sehingga berani untuk mengkhianati.
Bukannya dia tidak tahu perangai si isterinya ini seperti apa.
Isi kepalanya gila.
Tapi, tak hairanlah mengapa.
Gadis itu ialah keturunan dari bukan calang calang orang.
*
*
*
Seminggu berlalu sekelip mata setelah kejadian pecah masuk rumah itu.
Malam itu, Nadine Aira ditinggalkan bersendirian di kotej.
Rayne minta pamit sebentar hendak ke farmasi berdekatan. Isterinya tiba tiba mengaduh sakit kepala. Padahal rasa pusing dan berdenyut di pelipis kepalanya mungkin boleh kebah hanya dengan menyambung lena. Tapi, Rayne berdegil untuk beli ubat untuk meredakan sakit isterinya.
Mahu tak mahu, gadis itu akur sahaja.
Buat sejenak, kelopak mata yang rasa berat dicelikkan. Dia kerling jam.
Ralit matanya memerhati jarum jam yang tergantung di dinding.
Sehinggalah telinganya mendengar suatu suara dari luar kamar. Gadis itu pasang telinga sejenak sebelum dia perlahan lahan turun dari katil. Dia bawa langkahnya berjengket ke daun pintu yang sengaja dibiarkan terbuka tidak berkunci. Dari celah bukaan pintu, dia memerhati ke luar kamar.
Kepala yang rasa pusing mendesak matanya untuk sukar fokus.
Rayne?
Detik hatinya. Selang kemudian, gadis itu terlihat menggeleng kepala.
Derapan langkah yang terdengar di telinganya itu bukan milik suaminya.
Derapan itu sebaliknya diatur dengan berhati hati. Setiap langkahnya itu terhayun dengan sembunyi. Nadine Aira meloloskan dirinya dari ruangan kamar. Jikalau orang itu sehingga menemuinya di kamar, dia pasti akan terpenjuru. Tiada ruang untuk kabur. Jadi, untuk elakkan dirinya sehingga termasuk perangkap, dia anggap ada di ruangan luas jalan terbaik.
Sebaik telapak kakinya menginjak di aras satu, ekor matanya meliar.
Aneh. Tiada kelibat orang pun di sini.
Atau, derapan langkah asing yang dia barusan dengar itu cuma ilusi?
Atau, barangkali kesan daripada rasa pusing di kepalanya ini?
Sehinggalah dia rasakan ada sekujur figura muncul di belakang. Seolah olah gerangan itu sudah lama tunggu waktu yang sesuai untuk munculkan dirinya. Dan, saat gadis ini lagi lengah kesempatan itu lekas digapai. Nadine Aira bungkam. Apatah lagi setelah dia percaya bahawa dirinya terjerat.
Belum berkesempatan dia mencuba untuk lari, lehernya dijerut.
Tuala dibelit di batang lehernya yang membuatkan dia sukar bernafas.
Gadis itu tenangkan diri. Dia kawal rasa takutnya walhal tubuhnya kala ini menggeletar ketakutan.
"Sebab kau lah betina rancangan aku gagal. Kali ni, kau perlu mampus."
"Biar Rayne Arzhael sedar yang tiada sesiapa mampu tolong dia lagi."
Gerangan misteri itu bisik di telinga Nadine Aira. Nada suaranya mendatar, terlontar dingin sehingga mampu bikin sesiapa yang mendengarnya merinding. Namun, tak pula bagi Nadine Aira. Suara datar yang boleh bikin dia rasa gerun itu cuma datang daripada Rayne Arzhael. Orang lain, dia anggap biasa saja.
Tak semena gadis itu ketawa geli hati. Entah apa yang mampu mencuit gadis itu sehingga tawanya pecah.
Walhal nyawanya kala itu terancam.
Jikalau jerutan tuala di lehernya itu semakin dieratkan, tak mustahil nyawanya akan putus di situ. Tapi, anehnya gadis ini masih sempat untuk bergelak tawa. Seolah olah dia anggap ancaman itu satu jenaka. Dek mendengar tawa gadis itu, rengusan mencelahi bibir gerangan misteri ini.
Dia terasa dicabar. Dia tarik tuala di tangannya, mengeratkan jerutan.
Nadine Aira ketap bibir. Nafasnya jadi semakin tak teratur. Jikalau terus begini, alamatnya memang dia mati.
"K... Kenapa kau serang Rayne? Apa yang kau nak daripada dia?"
Dia lontarkan bicaranya dengan nada perlahan dek rasa perit tekaknya.
Pertanyaan itu disambut tawa.
"Aku cuma mengikut arahan. Mereka kata bunuh, aku bunuh."
"Aku dibayar untuk membunuh. Tapi, klien kali ni pesan cukup 'sentuh' saja. Jangan sampai membunuh." Bicara itu jeda dengan rengusan kasar. Gadis itu yang dengar setiap bait bicaranya mematung. Orang ini dibayar upah untuk membunuh? Jadi, jikalau ikut kefahamannya, orang ini yang pecah masuk rumah mereka ialah...
...pembunuh upahan? Dan, siapa yang menjadi target mereka...
...Rayne Arzhael?
Begitu?
"Selain Rayne Arzhael, aku anggap tak penting dan lebih baik mati."
Bicaranya dalam bisikan disambung.
Nadine Aira melirik pintu di hadapan matanya dengan penuh harap.
Dia bukanlah mengharap untuk lelaki itu lekas pulang. Dia sebaliknya memanjat doa, mengharapkan Rayne Arzhael tidak pulang untuk waktu yang sekarang. Jikalau boleh, lelaki itu pergi jauh jauh. Tak usah kembali, atau lelaki itu akan makan jerat.
Rayne, semoga kau dengar cakap aku.
Jangan kembali ke sini.
Jangan.
"Kau diupah untuk membunuh? Jadi, orang seperti kau dahagakan darah."
"Aku beri kau pilihan. Aku bayar kau upah dua kali ganda daripada klien kau tu dan lepaskan Rayne. Kalau kau anggap pilihan pertama ni tak beri untung, kau boleh pilih yang kedua." Nadine Aira ambil nafas. Dada yang turun naik dengan cepat bikin nafas yang terhela jadi berat. "Kau puaskan dahaga kau dengan darah aku dan lepaskan Rayne. Kau assassin, kan?"
Buat sejenak, jerutan tuala di leher gadis itu kendur.
Sebelum jerutan itu terasa kembali menyesakkan nafasnya.
Nadine Aira senyum menyinis. Benar lah tebakannya. Dari jemari figura itu yang cuma empat, dia sudah dapat mengagak. Jari manisnya pasti sudah kena potong oleh dirinya sendiri. Ah, dia sehingga jatuh ke tangan assassin dengan nyawa di hujung tanduk?
"Bunuh aku. Tapi, lepaskan Rayne."
"Deal?"
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top