10. 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋


ㅡ ARZHAEL, 2024 ㅡ

Chapter 010

*
*
*

SEBAIK sahaja tubuhnya melangkah masuk ke ruangan kamar, lelaki itu seperti dapat menghidu aura aneh.

Usai dia menutup pintu rapat rapat, matanya meliar ke segenap ruangan.

Ruangan kamar itu hening nan sepi. Seperti tiada kelibat orang. Dia cuba untuk baca suasana sambil lelaki itu ambil langkah berjaga jaga. Kala itu, dirinya dipersiapkan untuk peka.

Anehnya, ruangan kamar malap itu seperti ada bahaya menanti. Sehingga dia juga perlu berfikir banyak kali untuk mengambil setapak lagi langkah ke hadapan. Dia melirik ke arah jendela kamar yang dibiarkan terbuka sehingga langsir melambai lambai ditiup deruan angin malam.

Buat sejenak, matanya melirik ke kiri sebelum beralih memandang kanan.

Sehinggalah dia rasakan suatu mata tajam melekap di pangkal lehernya.

Kerambit.

Detik hatinya. Dengan tangkas, lelaki itu mencapai sepucuk pistol yang terselit entah di mana lalu tubuhnya dipusing ke belakang. Dia kunci tubuh gerangan yang cuba menyerang hendap dari belakang itu ke dinding sambil dia acukan mata pistol pada pelipis si kepala 'asing' itu.

Sehinggalah sayup kedengaran suara tawa yang pecah pendek.

Terdengar menyinis seolah olah tidak menyangka apa yang barusan berlaku. Tak semena sepasang mata Rayne membuntang. Suara tawa itu bikin dia seperti kena tampar realiti.

Sepucuk pistol dalam genggamannya kini terlepas, jatuh ke atas lantai.

Mulutnya terkunci, lidahnya kini kelu seribu bahasa. Rayne lekas mengambil langkah ke belakang. Dia kaget sehingga tubuhnya keras terpaku di posisi. Nadine Aira ketawa geli hati sambil jemarinya bermain main dengan kerambit di tangan.

Galak gadis itu bergelak tawa sambil dia hayun langkah ke katil.

Dada Rayne berombak.

Rasa kagetnya masih membuak buak.

"Aku minta..."

"Minta maaf? That's so not you."

Rayne Arzhael angkat kepalanya. Dia pusing tubuhnya, menghadap Aira.

Matanya ralit menatap gadis itu yang asyik mengeringkan rambutnya. Nadine Aira yang perasan akan gerak geri Rayne yang memerhati telingkahnya sejak tadi kini angkat mata. Dia sambut tatapan mata Rayne seolah olah menunggu sesuatu.

Dia seperti tahu sekiranya lelaki ini ingin bertanyakan sesuatu.

Tapi, tidak pula lelaki itu bersuara.

Keinginannya itu ditahan.

"Apa yang berlaku dalam masa lima tahun ni sampai mengubah kau?"

Sepasang kening Rayne rapat bertaut.

Lama dia membisu sebaik pertanyaan itu terjeda. Dia tidak tahu jawapan seperti apa yang diharapkan Nadine Aira daripadanya. Dirinya juga tidak tahu jawapan seperti apa yang perlu dilontarkan sebagai sahutan balas. Entah bagaimana pertanyaan itu juga sehingga meniti di bibir Aira. Atau, memang benar dirinya berubah?

Tapi, bagaimana dirinya sehingga tak sedar akan hal itu? Sedangkan mata orang lain pula mampu melihat.

"Apa maksud kau?"

"Tak tahu. Aku saja saja bertanya."

Nadine Aira ukir senyuman tipis. Dia sambung kerja yang tadi tergendala.

I'm an observer, Rayne.

And I could read you like a book.

.
.
.

Suasana pagi di ruangan makan itu sedikit tegang.

Masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Meja panjang itu seperti kebiasaannya pasti akan hening sepi.

Jikalau tidak biasa, pasti akan merasa janggal yang bukan kepalang. Bagi Rayne Arzhael, perkara ini bukan lah satu perkara baharu. Barangkali keluarga Haesar itu lebih selesa diam di ruangan makan, melainkan ada yang mahu dibicarakan.

Jadi, dia tidak lah merasa janggal jika duduk bersama keluarga ini.

Tapi, apa yang menjadi kerisauan hati adalah apa yang berlaku semalam.

Masakan dia sehingga terfikir untuk mengacukan pistol ke kepala isterinya. Sudah gila kah dirinya? Ah, dek tak mampu fikir panjang, lebih lebih lagi dalam mod berjaga, dia tak peduli akan apa apa pun. Masalahnya sekarang, dia hampir saja menarik picu. Silap hari bulan, tak pasal pasal makan isterinya sendiri kelak.

Rayne mengetap gigi, dia rasa kesal.

Kesal di hatinya semakin lama semakin memberat.

Entah apa yang perlu dia buat untuk buang rasa itu.

Kata maafnya juga telah ditepis oleh Nadine Aira mentah mentah.

Fikirannya menerawang jauh. Minda lelaki itu bertambah celaru dek hati yang makin rasa gusar. Garfu di tangannya lemas dalam genggaman. Hidangan di hadapan mata tidak lagi disentuh dek tekak yang tak lalu nak melahap makanan. Kelakuan gelisah  itu jadi perhatian, bahkan sedari tadi.

Nadine Aira amati telingkah aneh itu. Sambil sambil dia gigit roti bakar. 

Asyik matanya melirik Rayne Arzhael yang sejak tadi menunduk.

Dia tebak, keringat dingin pada wajah suaminya itu pasti kerana hal semalam. Bahkan sejak Rayne terjaga dari lena tadi, lelaki itu sudah bertingkah aneh. Suka mengelak dari bertembung mata dengannya. Jikalau perlu sekalipun, cuma sebentar lelaki itu berani menyambut matanya.

Tak semena dia sembunyi senyum dalam diam. Geli hatinya.

Melihat si angkuh Rayne Arzhael itu sehingga bertelingkah seperti cacing kepanasan bukan perkara biasa terlihat oleh matanya. Nadine Aira diam sahaja. Lagipula untuk menegur lelaki itu, sekarang bukan waktu yang sesuai. Nick Aiden pasti akan curiga.

Dia tak mahu pula abang sulungnya itu sehingga naik angin lagi.

"Oh, pasal travelling hari tu, bila ayah dan abang Nick pergi?"

Nadine Aira jadi orang pertama buka mulut di meja panjang.

Setiap pasang mata di situ melurus ke wajah Danial Haesar.

"Lusa. Jadi, sepanjang ayah tak ada di sini, kamu boleh duduk sini dulu."

Danial Haesar tutup peranti di tangan sebelum matanya menyinggah ke wajah Nadine Aira. Nick Aiden yang sedari tadi sekadar pasang telinga berkerut dahi. Dia terlihat sepertinya kurang jelas akan bicara si ayah.

"Boleh duduk sini dulu? Maksudnya, Aira akan pindah keluar?"

Raut wajah Nick berkerut. Matanya menatap wajah Danial Haesar.

Si ayah mengangguk.

Respons itu seperti tebakan mendapat tentangan daripada Nick Aiden.

"No! Nick tak boleh biar Aira duduk dengan mamat ni berduaan."

"Berduaan abang Nick? Oh my, he's my husband. Tak jadi masalah kalau kami pindah keluar dari sini dan tinggal dekat rumah kami sendiri. So, dad, rumah yang mana satu tu ya?" Sepasang mata gadis itu bercahaya. Bukan main riang hatinya kala itu.

Nick Aiden menjeling wajah adiknya. Dia sumpah adiknya itu lewat panahan mata. Jikalau ikutkan hati, bertalu talu kata sumpahan meniti di bibirnya. Tapi disebabkan sang ayah ada di situ, tahu dia jaga tutur kata. Alamatnya, dia tahan mulut sendiri, memaksa dirinya diam sahaja.

"Up to you. Katakan apa sahaja yang Aira nak, ayah akan tunaikan."

"Sebagai hadiah perkahwinan kamu."

Nadine Aira tersenyum sumbing.

"Terima kasih, ayah."

.
.
.

Wajah Nick Aiden cemberut. Bukan main masam mencuka wajahnya mengenangkan adiknya yang bakal ditinggalkan berdua bersama Rayne.

Padahal rencana travel keliling dunia itu isi kepala mereka berdua adik beradik. Tapi, si Nadine Aira pula dah kahwin duluan. Mahu tak mahu, hasrat Nadine Aira untuk ikut serta itu terbatal. Alamatnya, Nick Aiden cuma pergi dengan si ayah saja.

"Nick, cepat atau flight terlepas nanti."

Nada tegas Danial Haesar bikin Nick merengus kecil. Tapi, dia patuh juga.

"Aku pergi dulu. Jaga diri kau. Jangan nak buat hal ikut sedap mulut je. Kalau aku dengar kau buat hal dekat belakang aku, siap kau adik!"

Dahi adiknya ditunjal lembut sebelum sekujur tubuh gadis itu didakap.

Lepas sahaja dakapannya, dia beredar menerpa ke kereta. Sebelum bertutup rapat daun pintu, matanya sempat mencerlung ke wajah Rayne. Matanya bagi amaran tanda Rayne Arzhael itu di bawah pengamatannya. Rayne yang sudah lali akan sikap persis anak kecil si Nick tersenyum sumbing.

Buat sejenak, kepalanya menunduk, menghantar pemergian lelaki itu.

Melihat telingkah Rayne yang sengaja bikin hatinya panas, Nick Aiden turunkan tingkap kereta. Jari telunjuk lelaki itu menuding ke arah si adik ipar. Rayne Arzhael melayan apa saja kerenah lelaki itu. Dia tegakkan kembali tubuhnya sebaik kenderaan besar itu meninggalkan rumah ini.

Nadine Aira hela nafasnya, panjang.

"Lepas Adam dan Louis, sekarang ayah dan abang Nick pula."

"Sunyi lah rumah besar ni lepas ni."

Keluhan gadis itu menjengah halwa telinga suaminya. Tatapan mata redup Rayne Arzhael mengekori jejak langkah Nadine Aira yang barusan melewati dirinya. Dia hela juga nafas, terdengar sedikit berat. Kelibat gadis itu mulai menjauh. Dia mahu menyatakan sesuatu. Namun, entah mengapa lidahnya terasa kelu.

Sehinggalah terdengar lelaki itu hela lagi nafas buat kesekian kalinya.

"Aira..." Nama isterinya diseru.

Tak semena langkah gadis itu mati setengah jalan.

Spontan kepalanya menoleh semula ke belakang sebaik namanya meniti di bibir lelaki itu. Sehinggalah lirikan matanya jatuh menatap raut wajah Rayne Arzhael. Dari air muka lelaki itu, dia melihat Rayne seperti mahu membicarakan sesuatu.

Sesuatu yang sepertinya dipendam dalam diri sejak tadi.

Dek merasa ragu, bibirnya terkumat kamit seperti lagi kena himpit.

Dia dalam dilema.

Sama ada perlu disampaikan olehnya sesuatu itu atau sebaliknya.

"Pasal semalam, aku minta maaf."

"Aku tak bermaksud apa apa."

"Mungkin, habit? Lebih lebih setelah apa yang berlaku dekat kau."

Bicara itu bikin Nadine Aira kembali terimbas perihal semalam. Suaminya itu telah mengacukan mata pistol di pelipis dahinya. Gadis itu diam sebentar. Jikalau difikirkan, hal itu berlaku pun kerana dirinya yang sengaja mahu mengusik.

"Habit?"

"Aku faham maksud kau, Rayne."

"Sebab orang yang dilatih oleh Tuan bukan kau seorang."

Kerutan di dahi Rayne kendur namun dia kurang jelas akan erti bicara itu.

Nadine Aira tersenyum geli hati. Dia kemudiannya menerpa mendekati lelaki itu semula. Kemudian, dia amit Rayne Arzhael supaya membuntuti langkahnya. Lelaki itu cuma menurut, dia susul langkah Aira dari belakang. Padahal dirinya tak pasti gadis itu hendak membawanya ke mana.

Sambil sambil mindanya masih lagi mencerna bicara yang barusan jeda.

Orang yang dilatih oleh Tuan bukan aku seorang?

Apa maksud kau, Nadine?

_

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top