BAD GUY
ยฉArleadanial 2019
--Chapter 007--
*
*
*
PPRANG! Gelas kaca yang berisi air minuman dibaling ke dinding.
Tak puas dengan itu, segala apa yang mampu tercapai oleh tangannya ditepis. Amarahnya terhambur di situ. Mata yang bertakung dengan air jernih hangat kini berderaian tumpah membasahi pipinya yang merah. Dia menangis semahu mahunya. Sesekali, sayup sayup kedengaran suaranya meraung, menjerit sekuat hati, melepaskan apa yang kini galak menekan dirinya.
Dia genggam kemas jemarinya yang menggeletar. Lantas kepalan buku limanya itu dibawa memukul sepasang kakinya yang berbalut. Dia palu sepasang kakinya itu bertalu talu sehinggalah hatinya akhirnya merasa puas. Puas berbuat sedemikian, dia hempas tubuhnya. Kini, terbaring menelentang.
Bunyi bedikan das tembakan masih jelas terngiang ngiang di pendengaran.
Cepat cepat dia tekup telinganya. Dia mahu menepis bunyi bising itu yang tak putus putus menampar halwa telinganya. Walhal, dia cuba untuk tidak mengingatinya lagi.
Kalau nak sangat tembak aku, tembak aku sampai aku mampus.
Bukannya seksa aku macam ni.
Aku benci kau, Rayne!
*
*
*
BIBIRNYA terkumat kamit membisik sesuatu yang tidak jelas.
Matanya yang sembap melirik kosong ke siling. Sedikit pun tak mengambil endah akan manusia yang ada di ruangan kamarnya kala itu. Danial Haesar yang melihat keadaan anak gadisnya itu sekadar membisu. Lelaki tua itu sudah sedia maklum akan kondisi anak gadisnya ketika ini.
Menurut apa yang diberitakan oleh Dr. Caylus kepada dirinya, Nadine Aira lumpuh kedua dua belah kakinya dari bahagian lutut. Tapi, jika melakukan rehabilitasi, tak mustahil untuk gadis itu kembali pulih seperti keadaan yang sedia kala. Tapi, apa yang lebih mengkhawatirkan Dr. Caylus untuk waktu sekarang ialah kesihatan mental gadis itu.
Mentalnya lagi tidak sihat. Mentalnya itu lagi kucar kacir.
Dan, untuk gadis itu terima kenyataan mengejut, sudah pasti sukar.
Dari celah pintu yang tidak tertutup rapat, Adam mencuri pandang ke dalam ruangan kamar. Bukan main membuntang matanya sebaik dirinya mendapat tahu akan berita itu. Tak semena matanya automatik melirik ke arah Rayne yang duduk di kerusi.
Seperti siang tadi, pemuda itu masih membawa lagak bersahaja.
Seolah olah sedikit pun tidak peduli akan apa yang barusan dia dengar.
Ya, benar dia cukup mengenali Rayne. Rayne Arzhael juga seorang manusia. Masakan pemuda itu tidak punya hati perut atau rasa kasihan walhal sedikit. Jikalau bukan kerana dirinya yang sanggup melepaskan das tembakan itu, Nadine Aira tidak akan mendapat kecederaan seserius ini sehingga gadis itu lumpuh kakinya.
โRayne,...โ Sepotong nama itu dia seru sebaik melihat kelibat Rayne mahu beredar pergi.
Rayne sekadar berkalih buat sekilas.
โAtas arahan Tuan, kosongkan kotej ni. Esok pagi, kita akan berangkat.โ Sebaik sahaja bicaranya itu terjeda, Rayne hayun langkahnya beredar.
Entah ke mana tuju pemuda itu, Adam dan Louis masing masing tidak pasti. Tapi, apa yang barusan dimaklumkan oleh Rayne Arzhael kepada mereka berdua bikin masing masing membisu sejenak.
Kemudian, masing masing berbalas pandangan pula.
*
*
*
โCIK Aira, sejak siang tadi, Cik Aira langsung tak makan apa apa.โ
โCik Aira makan ya.โ
Adam berusaha memujuk. Padahal dirinya sudah sedia maklum bahawa Nadine Aira itu bukannya orang yang jenis makan pujuk. Tapi, jikalau hendak dibandingkan dengan Rayne dan Louis, Adam lebih ahli. Sifat Adam lebih lembut. Bicaranya sopan, perilakunya juga cukup santun.
โJangan paksa aku, Adam.โ
โAku tak nak makan. Kau keluar. Beri aku masa bersendirian.โ
Dia tak lalu untuk menjamah walau sesuap nasi kala itu. Walhal perutnya berkeroncong minta diisi sekalipun. Dirinya perlu ruang.
Dirinya perlu waktu untuk terima kenyataan. Setelah mendengar khabar bahawa dirinya lumpuh kedua dua belah kaki, dia dapati dunianya kelam sejenak. Dia anggap lebih baik andai dirinya mati sahaja.
โCik Aira boleh jalankan rawatan, kan?โ
โBoleh ke aku sembuh, Adam?โ
โLebih baik aku mati lah daripada terus hidup macam ni. Tuan juga lebih suka kalau anak yang jadi beban dia ni dah tak ada, kan?โ
*
*
*
CELIK sahaja matanya dari lena, dia automatik menatap raut wajah itu.
Tak semena emosinya pagi pagi buta lagi sudah berantakan.
Nadine Aira merengus. Dia rasa cukup sebal. Dek tidak mahu terus terusan menatap wajah Rayne, dia lekas membuang pandangan matanya ke sudut yang lain. Jikalau terus menatap wajah pemuda itu, dirinya boleh menggila lagi.
Rayne Arzhael bukannya jenis orang yang dengar kata.
Manusia itu bertelinga kuali.
Desakan Nadine Aira supaya dia tak munculkan dirinya sedikit pun tak diambil peduli. Sebaliknya, dia suka tayang wajahnya itu di hadapan mata Aira semata mata mahu melihat gadis muda ini kembali naik darah. Lelaki bernama Rayne Arzhael ini memang tak tahu malu. Barangkali urat malunya itu sudah lama terputus.
โJangan dekat dengan aku, Rayne!โ Tempik gadis itu.
Dada bidang Rayne ditolak supaya berdiri jauh dari dirinya. Namun, pemuda keras kepala itu tak ambil endah. Malah, dia terus membungkuk sehingga deraian nafasnya mampu menyentuh wajah Nadine Aira. Gadis itu bingkas bangkit. Dia sandar tubuhnya di kepala katil.
Jikalau kakinya itu tidak lumpuh, pasti telapak kakinya itu akan mendarat ke wajah Rayne. Biar padan muka yang berlagak tampan itu! Aira lekas bina jarak antara mereka. Dia tidak mahu berada dekat dengan lelaki muda itu.
Melihat telingkah Aira yang seperti mahu meloloskan diri bikin dirinya ketawa kecil dek geli hati.
โTuan arahkan aku untuk kosongkan kotej ni. Kau akan dipindahkan.โ Tak semena dahi gadis itu berkerut.
Tiada angin, tiada ribut.
Danial Haesar tiba tiba sahaja ambil keputusan untuk anaknya ini berpindah keluar dari kotej. Nadine Aira berdecit. Dia kurang setuju akan rencana itu. Apa lagi yang mahu dilakukan oleh Danial Haesar? Dirinya sudah lali berpindah randah.
โAku tak nak. Aku nak tinggal dekat sini.โ
โTinggal dekat kotej ni dan biarkan jantan yang uruskan kau?โ
โBegitu?โ
Nadine Aira terdiam.
Automatik matanya kembali melirik sepasang kakinya yang kaku.
Kini, pergerakannya terbatas. Untuk uruskan rutin seharian, memang sukar buatnya. Apatah lagi jikalau mengenang akan dirinya yang tinggal sebumbung dengan tiga orang lelaki. Tiada pembantu rumah di sini yang mampu menjaga dirinya. Jikalau ada wanita sekurang kurangnya seorang, tiada apa yang perlu dikhawatirkan.
โTuan akan bawa kau tinggal semula dengan dia. Dekat sana, ada wanita yang akan menjaga kau.โ
โLain lah kalau kau nak sangat jantan dalam rumah ni yang โbelaโ kau.โ
Setiap pasang baju yang tersangkut di dalam almari disambar. Lantas disumbat ke dalam bag usai dilipat. Nadine Aira akhirnya cuma mampu menjadi pemerhati.
Tak juga dia hendak menegah akan perbuatan Rayne. Barangkali, apa yang dikatakan oleh lelaki muda itu benar. Dia sendiri juga lebih senang jikalau ada wanita yang menjaganya.
Tapi, untuk tinggal semula bersama Danial Haesar...?
Dia sedikit kurang bersetuju akan rencana itu.
โPerempuan tu ada dekat sana?โ
Rayne yang sibuk mengosongkan isi almari tergendala sejenak tugasnya.
Dari hujung ekor mata, dia melihat Nadine Aira menatap wajahnya. Gadis itu mahukan penjelasan daripadanya. Entah penjelasan itu akan bikin Aira senang hati atau sebaliknya. Rayne tekad membisu. Pertanyaan itu dia biarkan saja tanpa balas.
Tiada respons daripada Rayne tapi Nadine Aira cukup memahaminya.
--TBC--
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: AzTruyen.Top