6. ππππππ πππππππ
BAD GUY
written by arleadanial 2019
--Chapter 006--
*
*
*
DAUN pintu diketuk olehnya. Lantaran dia minta kebenaran untuk masuk. Sayup sayup kedengaran suatu suara dari dalam ruangan kamar meminta dirinya untuk menapak masuk.
Pemuda itu kemudiannya menguak daun pintu. Dari kejauhan, dia melihat sekujur tubuh seorang lelaki tua duduk santai di kerusi. Matanya itu lagi ralit merenung lukisan bersaiz gergasi yang tergantung elok di dinding. Lukisan tangan itu kegemarannya.
Dia telah membeli lukisan itu dengan nilai wang jutaan dolar daripada seorang pelukis.
Dari hujung alis mata, dia melihat lelaki muda itu menghayun langkah mendekatinya. Sebaik sahaja pemuda itu menghentikan langkahannya, dia melihat pemuda itu berlutut pula.
Tak semena Danial Haesar bingkas bangkit dari duduknya.
Langkahnya diatur mendekati Rayne yang tertunduk merenung ke lantai.
Dia melihat pemuda itu mencengkam lutut sendiri. Perilakunya seolah olah orang yang lagi susah hatinya. Benar dirinya itu orang yang angkuh. Tapi, hal yang paling dia takuti ialah mengecewakan lelaki di hadapan matanya itu. Apatah lagi, lelaki itu ialah orang paling dia segani.
βTuan, kalau saya buat Tuan kecewa, saya akan terima hukumannya. Apa apa pun hukuman tu, saya sanggup dan layak untuk terima.β
Sayup sayup kedengaran hilaian tawa lelaki tua itu menghuni ruangan bilik. Tak semena sepasang mata coklat cair Rayne Arzhael perlahan lahan membuntang. Suara tawa itu bikin dia merinding sehingga tubuhnya menggigil dek seram sejuk.
βTuan?β Mata redup Rayne menatap wajah si Tuan. Danial Haesar meminta Rayne untuk lekas bangkit. Rayne cuma akur akan permintaan itu. Tapi, dia masih rasa bingung. Atas asbab apa gelak tawa tuannya itu?
βSaya kagum dengan kamu, Rayne.β
Patah katanya itu pendek sahaja tapi cukup untuk bikin Rayne faham. Bahu lebar Rayne ditepuk sebelum kelibat lelaki tua itu terlihat beredar ke pintu. Rayne tersenyum senang hati. Pujian itu cukup bermakna buat dirinya. Sepasang mata Rayne yang bersinar sinar menghantar pemergian majikannya itu beredar dari ruangan ini.
Lantaran dia membungkuk sejenak sebagai tanda hormat.
βTerima kasih, Tuan.β
*
*
*
JAM tangan yang melilit pergelangan tangan ditilik buat sejenak.
Kemudian, dia membuang pandang ke langit yang membiru.
Derapan langkah yang diatur sedikit tergesa gesa menjamu halwa telinganya selang seketika. Dari ekor mata, dia melihat seorang lelaki berkot putih menghampiri dirinya yang berdiri di balkoni rumah. Lelaki yang memakai tag nama Dr. Caylus menyapa usai menunduk hormat kepada lelaki yang kini ada di hadapan matanya itu.
βTuan, butir peluru dah berjaya saya keluarkan. Luka Cik Aira juga dah saya jahit,β Bait bicaranya terlontar dengan nada sedikit kurang senang. Ada getar pada bicara lelaki berpangkat doktor itu. Masakan tidak. Orang di hadapannya ini bukan calang calang orang.
Dia juga telah mendengar banyak khabar tentangnya. Entah sekadar khabar angin atau sebaliknya, dia sendiri tidak tahu menahu tentang kesahihan berita itu.
βTapi, Tuan...β
βAda sesuatu yang saya nak beritahu Tuan perihal Cik Aira.β
*
*
*
BINGKAI gambar yang tergantung pada setiap sudut bilik diamati olehnya. Lirikan mata itu kosong. Dia sekadar saja saja menatapnya.
Sesekali mata mengecil. Dia amati bingkai gambar yang tersusun di atas laci pula. Bingkai itu menempatkan gambar si kecil Aira dalam pelukan seorang wanita.
Dia tebak, wanita itu pasti mendiang ibu kepada Nadine Aira.
Pada setiap bingkai gambar yang ada wanita itu bersama si kecil Aira, dia melihat gadis itu pasti akan tersenyum cukup lebar.
Senyuman yang tersimpul pada wajah Aira lebar sekali sehingga terlihat lekuk pada pipinya. Sehingga ke hari ini, dia tidak pernah tahu bahawa lekuk pada pipi Aira itu wujud. Ah, hendak melihat gadis itu tersenyum juga payah. Atau, barangkali Nadine Aira sudah lupa bagaimana untuk menguntum senyuman.
Sehingga senyuman tak lagi pernah terbit pada wajahnya sekian lama.
βApa yang kau buat dekat sini?β
Sayup sayup kedengaran suara yang terlontar senada itu menampar gegendang telinganya. Tak semena dia lekas berkalih ke belakang.
Sehinggalah matanya jatuh menatap gadis muda itu yang sudah terjaga.
βKau dah sedarkan diri? Cepatnya.β
βAku tabik dengan kau. Kau ambil masa yang singkat untuk βberehatβ. Baguslah.β Rayne Arzhael bertepuk tangan. Dia meraikan gadis itu yang barusan berhasil melewati maut.
Nadine Aira merengus. Menatap wajah pemuda itu bikin emosinya semakin lama semakin terumbang ambing. Dia sedikit pun tidak berharap untuk melihat wajah pemuda itu. Apatah lagi sejurus dirinya bangun dari lena panjang.
Matanya melirik tajam wajah Rayne seolah olah dirinya itu sedang menyumpah pemuda itu dengan lirikan matanya.
βIβm sorry, Cik Aira.β
βAku cukup benci jelingan kau. Tapi, apakan daya, aku takkan tergoda.β
βSebaliknya, kau yang akan datang berlutut di kaki aku.β
Jari telunjuk pemuda itu mencucuk pahanya sendiri. Rayne Arzhael memang suka mencari pasal dengan gadis muda ini. Jikalau sehari tidak bikin Nadine Aira naik darah, memang bukan namanya Rayne Arzhael. Barangkali, amarah gadis itu cukup menghibur hati. Sehinggakan melihat Nadine Aira naik marah, dia menjadi semakin mahu mengusik.
βApa yang kau cakap? Melutut? Aku yang akan melutut dekat kaki kau?β
βJangan mimpi, Rayne!β Bidas Aira.
Jikalau ikutkan hati, mahu sahaja dia sambar rambut pemuda itu.
Namun, dia terlampau lelah untuk menghamburkan amarahnya kala itu.
Sebaliknya, dia mahu berehat. Dia perlu damaikan hati, dan tenangkan minda yang bergolak. Persetankan si Rayne yang mengusik tak henti. Jikalau dia melayan, makin menjadi.
Tak semena Rayne ketawa nakal. Dia geli hati melihat Aira tekad untuk undur diri.
βApa yang aku cakap tak mustahil.β
βKeluar! Aku nak kau keluar dari sini. Aku tak nak tengok muka kau.β Aira menuding jarinya ke pintu. Dia mengusir lelaki itu. Daun pintu juga sudah sedia terbuka lebar.
βAku nak kau keluar. Keluar, Rayne!β Arghhh! Bicara gadis itu tiba tiba jeda dengan jeritan yang lantang. Sepasang matanya membuntang. Dia kaget.
Cepat cepat gadis itu bangkit dari pembaringan. Dirinya kini bersandar pada kepala katil. Selimut yang melitupi tubuhnya segera ditepis ke tepi. Matanya kini terpaku ke arah kedua dua belah kakinya yang berbalut pada bahagian bawah lutut.
Dia bawa jemari yang menggeletar mengentuh balutan di kakinya itu. Matanya menyimpan takungan, selang kemudian tumpah membasahi pipi.
βKenapa?β
βAku tanya kau, Aira. Jawab aku!β
Rayne merentap kasar lengan Aira. Pemuda itu menatap gadis ini yang kini mematung. Tiba tiba, terdiam seribu bahasa seolah olah bisu.
Lidahnya seolah olah sudah kelu sehingga tak lagi mampu untuk berbicara. Nadine Aira mendengus. Dia tarik lengannya sehingga genggaman erat Rayne kini terlepas.
Perlahan lahan dia menggeleng gelengkan kepalanya seperti menafikan sesuatu. Air mata juga tak putus putus tumpah ke pipi.
βJawab aku, Aira!β Tempik Rayne.
βAku tak perlu jawab pertanyaan kau. Aku cuma nak kau keluar sekarang!"
"Dan, jangan tunjuk muka kau lagi depan mata aku, Rayne!β
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top