5. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 005--

*
*
*


"KENAPA? Tuan tak setuju dengan apa yang saya cakap?”

β€œTuan masih nak nafikan yang Tuan sebenarnya memang seorang yang selfish?”

β€œSebenarnya saya tak pernah faham kenapa ibu bermati matian untuk pertahankan Tuan sedangkan dia tahu perangai Tuan ni macam mana. Entah ibu yang buta, atau saya yang sebenarnya bodoh sebab gagal untuk faham dia. Betul."

"Memang saya sakit. Sakit dekat sini.” Jari telunjuknya mencucuk pelipis dahinya sendiri. Matanya yang merah masih menatap wajah lelaki di hadapan matanya itu.

β€œTapi, saya tak buta. Saya kenal siapa Tuan yang sebenarnya.”

β€œJadi, Tuan berhentilah berpura pura. Sebab saya tahu, Tuan tak kasihankan saya pun.” Nafasnya menderu berat.

Setitis air mata tumpah mengalir ke pipinya. Cepat cepat dia mengesat air mata dengan tangan. Dia tidak mahu dirinya terlihat menangis lagi untuk hal yang tak layak untuk ditangisi. Dia bukan orang yang lemah.

Dia bukan orang yang senang senang boleh ditindas sesuka hati. Dia bukan orang yang hatinya setipis tisu, atau serapuh kaca yang boleh pecah.

Andai hatinya bak kaca sekali pun, dan berkecai seribu. Serpihan β€˜kaca’ itu pasti akan dia cuba untuk cantumkan semula. Meskipun, wujudnya setelah itu mustahil untuk menyerupai wujud yang asli.

β€œLagipun, Tuan dah lama tinggalkan saya seorang diri. Sehingga saya juga lama kelamaan rasa yakin yang saya sebenarnya tak lagi punya ayah.” Bidasnya sebelum kelibat gadis itu terlihat beredar pergi meninggalkan si ayah yang termangu di meja makan.

Rayne Arzhael yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati merengus. Hatinya menjadi panas. Apatah lagi sebaik mata mereka bersambutan.

Engkau memang gila.

Engkau ternyata benar benar gila, Nadine Aira.

*
*
*

PERLAHAN lahan dia mengatur langkah menuruni setiap barisan anak tangga.

Sesekali matanya meliar mencari si β€˜anak emas’ Tuan Danial itu.

Ruangan kotej mewah itu hening nan sepi. Tak kelihatan kelibat manusia oleh sepasang matanya. Tak semena bibir merah delimanya menyimpul sebaris senyuman dek senang hati. Apatah lagi saat melihat pintu kediaman itu sudah pun terbuka luas.

Dari kejauhan, dia melihat sekujur tubuh seorang pemuda di balkoni aras dua. Lelaki itu kelihatannya lagi sibuk dengan suatu panggilan telefon. Clear! Desis hatinya. Lantaran dia ambil langkah besar ke ruangan tamu. Langkahnya diatur berjengket dek tidak mahu membuat sebarang bunyi. Atau, rencananya untuk kabur akan menjadi sia sia.

Bukannya dia tidak tahu. Lelaki muda yang ditugaskan untuk mengawasi dirinya itu bermata helang. Dia tebak, dengan hanya mendengar derapan langkah lelaki itu sudah dapat tahu ada sesuatu yang tidak kena. Sedikit pun kebolehan itu tak dapat dipandang remeh.

Ingat! Memandang remeh kepada si lawan itu tidak mendatangkan apa apa hasil.

Silap hari bulan, tak mustahil akan makan diri sendiri.

Sebaik langkahnya tiba di pintu, dia mencuri pandang ke luar.

Dia takut, dirinya sehingga ketahuan. Sesiapa pun boleh munculkan diri andai tak terlihat oleh matanya. Lagi lagi, terselindung di sebalik titik buta matanya. Jika sehingga kantoi, peluang sebegini tak mungkin akan muncul lagi untuk kedua kalinya. Jadi, dia tidak boleh cuai.

Dia tak boleh lengah. Atau, dirinya akan kembali masuk perangkap.

β€œNadine Aira!”

Sayup sayup kedengaran suatu suara dari aras dua kotej mewah itu.
Dia pekakkan telinga. Sedikit pun tak dia ambil peduli akan suara yang memanggil manggil akan namanya. Sebaliknya dia lekas mengambil langkah seribu ke pagar utama.
Dia tak peduli. Apa yang dia mahukan ialah lari dari neraka dunia itu.

β€œAira, kau lari, kau terima padahnya!”

*
*
*

β€œAIRA, ni amaran terakhir aku.”

β€œKau berdegil lagi,..."

"....aku takkan teragak-agak untuk tembak kau, Aira!”

Gadis itu menyumpah seranah sedang dia bergelut membuka pagar utama.
Dia tak peduli bahaya yang menanti.
Jikalau bukan sekarang, bila lagi dia akan berpeluang untuk meloloskan diri? Sedikit sahaja lagi. Impiannya untuk bebas akan menjadi kenyataan.

Dia tak lagi perlu hidup terkurung di situ. Setelah dia bebas dari tempat itu, dia boleh melakukan apa apa pun.
Dia boleh hidup bebas tanpa sebarang pengawasan atau kawalan dari sesiapa pun.

Engkau cabar aku?

Aku pantang dicabar, Aira. Kalau aku cakap aku akan buat, aku buat.

Sepucuk pistol diacukan tepat ke arah sasaran matanya. Sebelum kelibat gadis itu berjaya meloloskan diri, picu pistol ditarik olehnya lalu melepaskan dua das tembakan secara berturut turut. Ppang! Ppang! Sekelip mata, tubuh gadis itu rebah tersungkur ke atas tanah setelah butir peluru ditembak ke arah sepasang kakinya.

Tepat.

Tepat mengena sasaran.

*
*
*

β€œI don’t really understand you, Rayne.”

β€œApa yang kau fikirkan sampai kau sanggup tembak Cik Aira?”

Ekor matanya menghantar Dr. Caylus menapak masuk ke ruangan kamar.
Lantaran lirikan matanya itu beralih pula ke arah Louis yang bersandar pada dinding. Dia kemudiannya menghenyak punggung ke atas kerusi. Tubuhnya disandarkan santai. Hening. Pertanyaan itu belum lagi berjawab. Sebaliknya lelaki muda ini ralit memintal rambutnya.

β€œCik Aira anak bos kita, Rayne.”

β€œRelax, Louis.”

Wajah gelisah Louis bikin Rayne rasa geli hati. Tawanya pecah halus buat sejenak mengenangkan si Louis yang tak senang duduk sejak tadi.

Apatah lagi setelah dia mendengar Rayne yang masih sempat bergelak tawa. Masakan pemuda itu tidak bertambah khawatir melihatnya.
Gadis yang kena tembak oleh Rayne itu bukan sembarangan orang.
Gadis itu anak perempuan bos mereka sendiri.

Satu satunya anak gadis Tuan Danial Haesar. Jikalau sehingga berlaku apa apa, entah apa padahnya kelak yang telah menunggu mereka.

β€œRelax kau cakap? Ingat Tuan Danial siapa, Rayne. Tak pasal pasal kita bertiga ni pula yang kena pancung.” Seorang pemuda bernama Adam mencelah sebaik kelibatnya muncul dari celah pintu kamar. Dia juga tak ketinggalan berasa khawatir.

Bagi dirinya, tindakan Rayne yang meminta dia dan Louis untuk bertenang itu langsung tak masuk akal. Apatah lagi dalam situasi sekarang.

β€œApa yang perlu kau risaukan? Apa yang aku buat atas arahan Tuan.”

Sepucuk pistol di tangan dibelai belai olehnya. Sesekali bibir nipisnya itu robek dengan senyuman senang hati. Adam dan Louis masing masing terbungkam seakan akan tak percaya. Masing masing berbalas pandangan buat sejenak sebelum kembali melirik memandang wajah Rayne.

Masing masing perlukan penjelasan dengan segera.

β€œArahan?"

"M...Maksud kau, Tuan sendiri yang arahkan kau untuk tembak Cik Aira?”

β€œTepat. Tuan beri kebenaran kepada aku untuk buat apa saja. Aku anggap, apa yang dia maksudkan juga termasuk membunuh, kan? Sesekali, aku memang perlukan kekerasan. Asalkan Nadine Aira patuh arahan.”

β€œKau gila, Rayne. Kau memang gila.”

--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top