32. ππππππ πππππππ | finale
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 032--
It finally reach the last chapter again, twice γ ‘ enjoy reading
*
*
*
SEPASANG matanya ralit menatap sebuah kanvas lukisan di hadapan mata. Lukisan itu berupa gambaran siluet seorang lelaki dengan pandangan dari arah belakang.
Pada tengkuk lelaki dalam lukisan itu, ada terlukis corak bulan. Bulan sabit.
Seperti yang dijanjikan oleh Nadine Aira, lukisan yang sudah disiapkan itu pasti akan ditunjukkan hasilnya kepada lelaki ini. Tak semena lelaki muda ini menguntum senyuman.
Sebelum ini, dirinya cuma sekadar mengusik gadis itu. Kononnya, dia meragui kehandalan gadis itu dalam mengendalikan berus lukisan. Tapi, ternyata hasil yang kini menjamu pandangan matanya lebih baik dari jangkaan Rayne Arzhael.
Puas matanya menatap lukisan itu, Rayne kerling jam di pergelangan tangan.
Buat sejenak, matanya sempat merenung ke segenap ruangan kediaman ini. Entah bila lagi dia akan menginjakkan kaki ke rumah ini setelah dia ambil keputusan untuk angkat kaki. Jikalau suatu saat nanti, dia ada peluang untuk kembali, dia takkan sesekali mensia siakan peluang. Walhal, kembali itu adalah sekadar untuk berkunjung buat sebentar.
Boleh dikatakan bahawa dirinya membesar di kediaman ini. Kediaman ini bahkan sudah lama terasa seperti rumah olehnya sejak dia dibawa masuk ke sini oleh Danial Haesar.
Pada awalnya, dia beranggapan tiada tempat di sini untuknya.
Tapi, pada saat kelibatnya muncul di muka pintu, kedatangannya disambut oleh wanita itu seolah olah sudah lama menunggu kepulangan dirinya. Wanita itu sambut dia dengan dakapan hangat.
Hangatnya dakapan itu takkan dia lupa sehingga lah sekarang. Kehidupan yang pada awalnya tidak semanis madu berubah setelah dia dibawa ke rumah ini.
Kini, waktunya telah tiba untuk dia angkat kaki. Barangkali kerana waktunya di sini telah habis. Rayne tarik beg miliknya hendak menapak ke muka pintu.
"Rayne..." Sehinggalah dia dengar sepotong namanya dipanggil. Tak semena langkahan kakinya automatik mati setengah jalan.
Dari hujung alis mata, dia melihat gadis itu menerpa ke arahnya, menyusun langkah demi langkah dengan bantuan tongkat. Rayne pusing tubuhnya ke belakang sehingga matanya jatuh menatap wajah Nadine Aira. Buat sejenak, wajahnya terlihat khawatir. Dia risau sehingga matanya asyik memerhati langkah gadis itu.
"Kau dah nak pergi?" Nadine Aira bertanya. Mata gadis itu mengerling beg di samping Rayne Arzhael sebelum matanya sambut lirikan mata redup lelaki muda ini.
"Sampaikan salam aku kepada ibu kau nanti."
Bicaranya disambung lagi padahal pertanyaan yang sebelumnya belum mendapat jawapan balas daripada Rayne.
Nadine Aira menguntum senyuman padahal kala itu hatinya merasa cukup berat. Entah mengapa dia sehingga ditekan perasaan seperti itu. Padahal dirinya sendiri tahu bahawa pada setiap pertemuan itu, pasti akan ada perpisahan setelah tiba waktunya.
"Lepas kau, Adam dan Louis pergi nanti, rumah ni pasti akan sunyi." Nadine Aira lempar pandangan matanya ke segenap ruangan.
Sepasang matanya redup, terlihat berkaca kaca. Kala itu, gadis ini lagi menahan esak tangisan.
Dirinya tidak mahu menangis. Dia mahu hantar pemergian Rayne dengan senyuman. Lagipula, dirinya tidak mahu lah terlihat seperti berat untuk melepaskan, bukan?
Ah, jikalau dia sehingga menangis, terlihat seperti tidak kena pula. Aira tarik nafas panjang. Kemudian, nafas itu dia hela. Lantaran matanya kembali menatap Rayne yang sedia meliriknya sejak tadi.
"Maafkan aku." Sehinggalah gadis ini mendengar bait kata itu lahir lewat bicara Rayne.
Sepasang matanya juga terbuntang seolah olah dirinya cukup kaget akan apa yang barusan menyapa gegendang telinganya. Apatah lagi dia melihat lelaki muda di hadapan matanya itu kelihatan menunduk dengan mata merenung ke lantai.
"Aku yakin, aku tak pernah minta maaf dekat kau atas apa yang berlaku. Tapi, kau dah maafkan aku terlebih dahulu. Sekarang, aku ada peluang untuk minta maaf dekat kau. Jadi, aku tak nak sia siakan peluang ni. Aku minta maaf atas perbuatan aku terhadap kau selama ni. Apa yang aku buat terhadap kau, aku anggap memang tak layak untuk dimaafkan. Dan, aku tak minta kau maafkan aku pun. Aku cuma minta, maaf ni sampai dekat kau." Rayne kekal dalam posisi menunduk buat seketika sebelum lelaki itu angkat kepalanya.
Matanya kembali menatap wajah Nadine Aira. Gadis itu terkesima seribu bahasa. Dia seolah olah tidak menyangka akan melihat sisi seperti ini pada Rayne Arzhael.
Sehinggalah sekuntum senyuman terbit di bibir Nadine Aira. Senyuman yang tersimpul pada wajah gadis itu bikin Rayne Arzhael diam tak berkutik. Dirinya seakan akan terpanar melihat kuntuman senyuman itu. Apatah lagi setelah dia melihat huluran tangan daripada gadis itu setelah seketika.
Rayne menatap huluran tangan itu sebelum matanya kembali jatuh melirik wajah Aira.
Nadine Aira beri isyarat mata supaya Rayne sambut huluran tangannya. Setelah lelaki itu rasa yakin, baru lah huluran tangan itu dia sambut. Nadine Aira tersenyum senang hati.
"Aku Nadine Aira. Nama kau?" Gadis itu melentokkan kepalanya sedikit sebelah kanan.
Senyuman pada wajahnya terukir melebar. Kali pertama dia melihat senyuman seperti itu adalah pada pertemuan pertama mereka berdua suatu ketika dahulu. Nadine Aira sambut kedatangannya di rumah ini dengan senyuman manis seolah olah sudah lama menunggu.
Kala itu, dia merasa cukup senang hati. Rasa takut yang menyelubungi dirinya sebelum dia terima untuk dibawa ke rumah ini perlahan lahan menghilang.
Rupa rupanya penghuni rumah besar pada pandangan matanya ini ternyata menerima kedatangan dirinya. Ternyata keluarga yang dia impikan selama ini ada di rumah ini.
Keluarga yang menyambut dirinya dengan dakapan hangat dan senyuman yang manis.
Namun, waktunya dengan keluarga ini ternyata cuma sementara. Dia masih ada keluarganya sendiri yang sejak dari awal lagi, dia mahu ada di sisi keluarganya itu.
Dari kejauhan, matanya merenung kelibat seorang wanita yang duduk di kerusi. Sebaik melihat kelibat lelaki muda ini, kuntuman senyum pada raut wajah wanita itu melebar. Dia lekas bangkit menyambut kepulangan anaknya. Tak semena Rayne lekas berlari anak menghampiri wanita itu sehingga dia akhirnya jatuh ke dalam pelukan si ibu.
Rumah.
Ternyata rumah sehangat ini.
*
*
*
"RAYNE Arzhael."
Pada awalnya, dia anggap huluran tangan itu tidak akan bersambut.
Raut wajah lelaki muda itu pada pandangan matanya tergambar perasaan ragu ragu entah mahu menyambut huluran tangannya mahupun tidak. Namun, setelah dia melihat kuntuman senyum terlukis pada wajah lelaki muda di hadapan matanya itu, huluran tangannya akhirnya disambut dengan yakin.
Pada saat itu, hatinya merasa cukup senang. Dadanya rasa lapang. Seolah olah apa yang selama ini menekan dirinya sudah lenyap. Seolah olah dirinya sudah berjaya melepaskan hal lalu yang ternyata cukup berat sehingga membebani pundaknya.
Usai jemari yang bertaut buat seketika itu akhirnya terlerai, dia melihat lelaki itu menerpa ke pintu.
Sehinggalah kelibat Rayne Arzhael tidak lagi kelihatan oleh sepasang matanya. Lelaki muda itu akhirnya ternyata benar benar pergi meninggalkan rumah ini.
"Termenung apa?" Tak semena lamunannya lenyap sebaik ditegur oleh Nick Aiden. Dari hujung alis mata, dia melihat lelaki itu yang sedari tadi memandang ke hadapan.
Padahal matanya tidak mengerling ke arah Nadine Aira, tapi lelaki itu seperti tahu tahu pula yang adiknya ini sedang melayan lamunan panjang.
Nadine Aira menggeleng. Segaris senyuman menyusul kemudian sebelum gadis itu minta Nick untuk berjalan terlebih dahulu mengekori jejak langkah Danial Haesar. Tak semena dahi lelaki itu berkerut.
Dia rasa curiga melihat raut wajah Nadine Aira yang seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Tapi, tidak pula disuarakan oleh lelaki itu.
Sebaliknya, Nick Aiden akur sahaja dan segera memimpin jalan sambil sambil matanya tak lepas dari Nadine Aira. Memerhati setiap jejak langkah gadis itu. Takut andai gadis di belakangnya itu sehingga tersilap langkah. Tak pasal pasal tersungkur pula di atas tanah.
"Ayah dah pesan pakai dulu wheelchair tu, kan?"
"Aku okey lah, abang Nick!"
Sayup sayup kedengaran suara adik beradik itu menyapa gegendang telinga si ayah. Dari kejauhan, lelaki ini ralit memerhati kelibat anak anaknya itu menerpa ke arahnya.
Sehinggalah Nick Aiden dan Nadine Aira tampil di sampingnya, berdiri berhadapan pusara mendiang isterinya, Maria Louisa.
"Ayah..." Sejambak bunga Hydrangea Roses yang sedari tadi berada dalam pelukan Nick beralih tangan. Kini, sejambak bunga itu ada dalam pelukan Danial Haesar pula. Nadine Aira yang melihat si ayah meletakkan sejambak bunga Hydrangea Roses ke atas pusara ibunya itu tersenyum sumbing. Hydrangea Roses ialah bunga kegemaran Maria Louisa.
Bunga ini sudah menjadi kegemaran wanita itu sejak kali pertama Danial Haesar melamarnya.
Kononnya mahu memberi kejutan kepada Maria Louisa, Danial Haesar selitkan sekali sebentuk cincin di celah bunga. Tapi, si ibu yang polos ketika itu langsung tidak menyedari akan cincin yang diselitkan oleh Danial Haesar ke dalam sejambak bunga yang dihadiahi oleh lelaki itu kepadanya. Alamatnya tiga hari kemudian, barulah wanita itu sedar akan cincin itu.
Mana tak menggelabah Maria Louisa dibuatnya. Tak semena senyuman yang tersimpul pada wajah Nadine Aira melebar setiap kali dia terkenang akan cerita ibunya itu.
Buat sejenak, sepasang mata milik gadis itu menatap wajah redup Danial Haesar. Seketika kemudian, matanya beralih pula menatap Nick Aiden yang ada di sampingnya.
Ibu tentu suka, bukan?
Ibu tentu suka lihat ayah dan abang Nick datang sini jenguk ibu, kan?
*
*
*
HIDUP itu sebenarnya saling tidak tumpah seperti sebuah medan juang.
Andai sahaja dirinya berputus asa dahulu dan mengaku tewas dalam medan ini, barangkali dirinya tidak akan dapat untuk merasai kehidupan yang selama ini dia impikan bersama sama mereka. Mereka ialah orang orang yang dia sayang. Mereka itu persis rumah yang selama ini dicari saat dirinya masih terkapai-kapai dalam lautan luas yang tidak bertepi.
Setelah dirinya puas mencari sesuatu yang dahulunya telah hilang itu, dia akhirnya telah menemui sesuatu itu semula. Walhal usaha untuk mencari itu ternyata cukup lama. Tapi, dek dirinya sanggup untuk bangkit semula setelah jatuh, sesuatu itu kembali kepadanya tanpa dirinya perlu mencari dan meminta.
Cinta.
Dia beranggapan cinta itu telah lama tiada setelah pemergian Maria Louisa. Sehingga dirinya lupa akan mereka ini yang masih ada.
Ibu, terima kasih.
Ibu yang beri Aira kekuatan ni untuk Aira teruskan hidup. Terima kasih, ibu sebab kembalikan ayah dan abang Nick kepada Aira.
Tiada kebahagiaan lain yang Aira nak selain ni.
Ibu doakan kebahagiaan ni abadi, ya?
-TAMAT-
+
+
+
PEJAM celik, pejam celik. Lima tahun pun berlalu sekelip mata.
Sayup sayup kedengaran bunyi loceng berdenting sebaik daun pintu kedai kek itu ditolak. Figura seorang lelaki menerpa masuk dari bukaan pintu. Langkahannya diatur menuju kaunter. Buat sejenak matanya ralit melirik kek yang diperagakan.
Asyik matanya memerhati setiap satu kek di hadapan mata sehingga tidak sedar ada mata yang memandang telingkahnya sedari tadi. "Encik nak yang mana satu?" Gadis yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati itu kemudiannya bertanya.
"Erm, saya nak yang ni." Jarinya menuding ke arah kek yang menjadi pilihan hati sebelum lelaki itu angkat kelopak matanya sehinggalah mereka akhirnya saling bertatapan.
Setelah sekian lama, sepasang mata itu akhirnya kembali bersatu. Tak semena lelaki ini mematung. Dia sehingga terdiam seribu bahasa.
Dek menung panjang, dia tidak sedar pesanannya sudah siap. Gadis itu juga acap kali memanggil namanya. Persis barusan kembali ke realiti, lelaki itu tersentak. Kotak kek beralih tangan lantaran lelaki itu segera beredar. Dia tidak mahu untuk betah di situ.
Gadis ini akhirnya cuma menghantar pemergian lelaki itu. Sehinggalah dia melihat lukisan tatu corak bulan pada tengkuk milik lelaki itu yang barusan beredar. Tak semena gadis ini automatik berlari ke pintu, dia tekad mengejar lelaki itu. "Rayne, tunggu!" Setelah sekian lama, sepotong nama itu akhirnya meniti di bibirnya.
Mendengar panggilan itu, langkahan Rayne kini mati. Mindanya rasa ragu. Setelah dia akhirnya merasa yakin, lelaki itu berpaling sehingga matanya jatuh menatap wajah Nadine Aira.
Telingkah Nadine Aira yang tiba tiba sahaja meleraikan cincin yang tadinya tersarung di jari manis bikin dahinya berkerut kehairanan. Bukan main terbuntang matanya sebaik cincin itu ditayang betul betul di hadapan mata lelaki ini.
Lelaki itu melirik cincin itu dan Nadine Aira silih berganti. Kepalanya memberat ke sebelah kanan sambil sepasang keningnya masih rapat bertaut dek dibelenggu rasa bingung yang bukan kepalang.
"Kahwin dengan aku, Rayne." Seperti tekaan Nadine Aira, lamaran itu cuma dibiarkan sepi oleh Rayne. Lelaki itu tidak memberi sebarang respons. Sebaliknya lelaki kemudiannya lekas meminta pamit, meninggalkan gadis itu yang kini termangu. Nadine Aira membisu seribu bahasa. Sepasang matanya membuntang melihat Rayne yang semakin jauh ke hadapan. Lamarannya juga dipekakkan. Dia tidak mendapat respons.
Lelaki itu pamit begitu sahaja.
Tapi, tekaannya barangkali juga silap.
Seminggu setelah pertemuan kembali itu, Rayne Arzhael datang ke rumah. Dia menemui Danial Haesar. Bukan main terperanjat Nadine Aira sebaik dia mendengar kunjungan itu adalah bersebab. Rayne menemui ayahnya untuk menyatakan hasrat.
Lelaki itu mahu mengahwini Nadine Aira. Hasrat itu juga telah disambut baik oleh Danial Haesar. Nadine Aira tersenyum menang. Jadi, lamarannya tempoh hari itu berhasil. Lamaran itu akhirnya bawa mereka untuk mengikat hubungan yang sah.
"Kau terpaksa untuk melamar aku?"
"Atau kau melamar aku sebab kau tak nak tolak lamaran anak Tuan ni?"
Nadine Aira menatap wajah suaminya sambil bibirnya dicebikkan.
Rayne Arzhael menguntum senyuman lantas tubuh isterinya itu diraih ke dalam dakapannya. Tak semena Aira mematung di posisi. Tubuh gadis itu berubah kejung dek terperanjat akan tindakan Rayne Arzhael. Rambut sang isteri dielus, dakapannya dikemaskan.
"Aku tak terpaksa pun, Aira. Dah, kau tak perlu nak tayang muka sedih."
"Aku dah jadi suami kau, kan?"
"Sekarang, Rayne Arzhael milik kau."
"Milik Nadine Aira."
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top