30. ππππππ πππππππ
BAD GUY
written by arleadanial 2019
--Chapter 030--
*
*
*
"AKU jumpa ibu aku."
Setelah lama dia tekad membisu, dia mulai membuka bicara.
Tak semena tumpuan gadis itu kini beralih ke arahnya.
Nadine Aira sekadar memasang telinga. Gadis itu ingin mendengar apa yang selanjutnya bakal meniti di bibir Rayne. Sambil sambil, dia kunyah roti yang berintikan coklat sebagai alas perut.
Kala itu, dia melihat sepasang mata milik Rayne Arzhael seperti bersinar sinar. Seolah olah dirinya merasa cukup senang hati. Seolah olah apa yang selama ini menjadi beban di pundaknya sudah lenyap. Bahkan ini kali pertama Nadine Aira mendengar pemuda itu menyebut soal ibunya.
Lagipula, jikalau mengenang akan hubungan mereka selama ini, mustahil untuk duduk berdua seperti ini dan saling berkongsi cerita.
Mereka sebaliknya lebih selesa untuk saling menayang wajah semasam cuka setiap kali bertembung muka. Jikalau ada interaksi sekali pun, cuma terisi kata benci untuk satu sama lain atau perang mulut yang tak berhujung.
"Dan, aku nak berhenti kerja. Aku nak cari tempat tinggal baru."
"Aku dah buat keputusan untuk bawa ibu tinggal bersama dengan aku."
Tak semena otot muka gadis itu yang naik menyimpul senyuman perlahan lahan mulai kendur.
Entah mengapa, suasana hatinya tiba tiba menjadi kurang senang.
Barangkali kerana dirinya tidak mahu untuk melepaskan. Sehingga dirinya mahu menegah keputusan pemuda itu untuk berhenti kerja.
Pemuda itu boleh sahaja untuk tidak berhenti kerja, bukan? Tapi, tiada siapa yang berhak menghalang. Jikalau itu keputusan Rayne Arzhael, tindakan yang terbaik adalah hormat kepada keputusan itu.
Masakan pemuda itu mahu untuk terus membiarkan dirinya terperuk sahaja di kediaman itu. Dia ada kehidupannya sendiri yang perlu diteruskan. Apa yang dirinya terlepas semasa waktu kecilnya dahulu juga masih boleh untuk dikejar. Dia juga punya keluarga. Masa masa bersama ibu adalah satu hal yang dia paling dahagakan. Sekarang, dia ada peluang untuk alaminya sendiri. Tak mungkin dia akan sia siakan begitu sahaja.
Rayne Arzhael sudah berfikir masak masak sebelum ambil keputusan ini.
Danial Haesar pasti faham akan kehendak dirinya yang tekad untuk berhenti kerja. Lagipula, keputusan untuk berhenti kerja bukan bermaksud dia akan lupa budi baik Danial Haesar. Tak!
Dirinya akan sentiasa membalas budi baik lelaki itu. Jikalau menyebut soal budi lelaki itu terhadap dirinya, sepanjang hayat sekali pun dia tidak akan mampu untuk membalasnya. Dia mati dan hidup kembali sekali pun, dia masih akan terhutang budi dengan lelaki itu.
"Baguslah kalau macam tu. Kau tentu rindu ibu kau, kan?" Perbualan itu tidak lagi berlanjut dek Rayne sekadar memberi respons dengan kuntuman senyum. Dia mengangguk angguk bersetuju. Nadine Aira juga ikut tersenyum. Sehinggalah mereka didatangi oleh Adam yang berlari memasuki ruangan kafeteria.
Nafas pemuda itu terhela termengah mengah. Sesekali dia mencuri nafas untuk menstabilkan rentak pernafasan yang laju.
Melihat akan keadaan Adam yang berlari seperti tidak cukup tanah bikin Nadine Aira mengerutkan dahi. Tak kurang juga Rayne Arzhael yang meminta akan penjelasan. Adam bercekak pinggang sebentar.
Senyuman yang tersimpul pada wajahnya kala itu terlihat melebar.
"Good news. Tuan dah sedarkan diri."
Rayne Arzhael dan Nadine Aira saling berbalas pandangan. Sebelum mereka berdua serentak memandang Adam.
Masing masing masih menginginkan kepastian. Mereka takut sekiranya Adam cuma bercanda.
Dan, mereka akhirnya bergembira akan berita yang sekadar berita palsu semata mata. Tak semena Adam mengeluh. Cepat cepat pemuda itu mengangguk mengiyakan dek setiap pasang mata yang meliriknya dengan pandangan sangsi.
"Ya Tuhan, buat apa saya nak menipu. Tuan Danial dah sedarkan diri."
Hampir sahaja Adam naik angin. Dek mengenang akan Nadine Aira ialah anak kepada majikannya dan Rayne yang berpangkat atasannya itu, dia simpan saja niat itu. Perlahan lahan dia tenangkan diri lantas meminta Nadine Aira dan Rayne untuk segera mengikutinya ke wad Danial Haesar.
Nadine Aira tersenyum senang hati. Khabar yang paling dia tunggu tunggu akhirnya sampai ke telinganya juga.
*
*
*
NADINE Aira masuk sendirian. Rayne dan Adam menunggu di luar.
Setelah lelaki itu dipindahkan ke wad biasa, gadis itu masuk melawatnya. Usai menghembus nafas panjang, dia menerpa mendekati katil lelaki itu. Buat sejenak, matanya jatuh melirik ke arah katil di sampingnya.
Kelihatan Nick Aiden masih lagi lena. Kerana penat yang melampau, lelaki muda itu sehingga pengsan tempoh hari setelah dia menderma darah buat Danial Haesar. Dia ditempatkan dahulu di hospital. Belum lagi dibenarkan untuk keluar. Nadine Aira kemudiannya menatap wajah pucat si ayah. Kuntuman senyum di wajahnya perlahan lahan tersimpul.
"Aira..." Nada suaranya lemah. "Saya minta maaf sebab selama ni saya langsung tak percayakan kamu. Saya juga sampai menuduh Maria yang bukan bukan. Sedikit pun saya tak pernah beri dia peluang untuk jelaskan hal yang sebenar. Saya yang cemburu buta. Dan, sebab sikap saya ni, orang lain pula yang jadi mangsa."
Setitis air mata tumpah ke cerun pipi si ayah. Nadine Aira membisu.
Dia pasang telinga untuk mendengar setiap apa yang terluah oleh lelaki itu.
"Saya mengaku, saya pengecut. Saya yang menolak untuk tahu kebenaran. Tapi, sekarang, saya dah tahu yang Maria tak pernah menipu saya." Tanpa gadis itu sedar, air matanya juga tumpah berderaian ke pipi. Dia cepat cepat menyekanya dengan jari.
"Saya minta maaf sebab saya sehingga membenci ibu kamu." Nadina Aira menggeleng kepalanya. Dia cuba untuk menafikan walhal hakikatnya hal itu benar benar belaka. Tapi, semua itu juga sudah lama berlalu. Dirinya tak mahu mengungkit lagi.
"Tuan, apa yang dah berlalu, biarlah. Ibu juga dah lama tiada. Saya juga tiada hak untuk menghukum sesiapa. Saya dah maafkan Tuan. Saya terima apa yang berlaku. Tapi, siapa yang paling berhak untuk terima maaf daripada Tuan sekarang ialah abang Nick." Nadine Aira jatuhkan lirikan matanya ke arah Nick Aiden.
Bahu lelaki muda itu terlihat terhinjut hinjut, barangkali dirinya sedang menangis. Tapi, esak tangisan itu tidak didengari oleh orang dek dirinya menggigit kepalan jemarinya sendiri. Jikalau dibandingkan dengan Danial Haesar, Nick Aiden sudah lama mendapat tahu tentang kebenaran itu. Tapi, Danial Haesar sering kali menidakkan kenyataan yang dirinya sudah buktikan.
Dek si ayah sering menyangkal, dia jadi jelak untuk terus meyakinkan.
Sehingga dia tidak lagi peduli andai dirinya diakui oleh lelaki itu sebagai anak ataupun tidak.
Danial Haesar pula baru mendapat tahu tentang itu setelah menerima kunjungan isteri Leo. Dek tergesa gesa mahu segera menemui Nick Aiden, dia sehingga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sehingga dia tidak berpeluang menemui anaknya itu untuk memohon ampun maaf.
Kini, Nick Aiden ada di hadapan mata. Dia takkan sia siakan peluang ini.
"Nick... saya minta maaf."
"Nick, Aira... Ayah minta maaf. Ayah betul betul minta maaf."
Setelah sekian lama, lelaki itu kembali membahasakan dirinya dengan panggilan ayah. Tak semena bicara itu mendesak Nick untuk berpaling.
Matanya yang merah melirik wajah si ayah sambil air mata tak putus putus membasahi cerun pipinya. Nadine Aira menyimpul senyuman. Dia raih jemari Danial Haesar dengan tangan kanannya, lantas tangan kirinya pula meraih jemari abangnya, Nick Aiden.
Jikalau ini sekadar mimpi, dia tidak mahu untuk bangun dari lena. Dia mahu terus berada di alam lena ini. Bersama orang orang yang dia sayang.
Dan, jikalau ini realiti, dia mahukan waktu itu untuk terhenti di sini saja.
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top