3. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 003--

*
*
*


MATANYA yang sedari tadi dilelapkan kini tercelik. Barangkali kerana telinganya menangkap bunyi derapan langkah yang teratur mendekati.

Dari hujung ekor mata, dia melihat sekujur tubuh milik seorang pemuda berdiri di belakangnya. Lantaran dia panjat naik dari kolam. Pemuda tadi lekas menutup tubuhnya yang basah lencun itu dengan tuala.

β€œPerempuan tu masih berdegil tak mahu makan?”

β€œYa, sarapan pun dia tak sentuh.” Ujar Louis, pemuda yang sedari tadi membuntuti setiap jejak langkahnya. Ruangan dapur dituju sambil sambil dia keringkan rambut yang basah. Matanya mengerling jam di dinding sejenak.

β€œPanaskan lauk yang ada. Nanti biar aku sendiri yang hantar.” Beritahunya lekas beredar mahu menukar pakaian.

β€œBaik.” Louis sambut arahan itu dengan anggukan.

Lantaran matanya menghantar lelaki muda itu beredar ke aras dua.

*
*
*

DAUN pintu dihempas olehnya kasar. Matanya mencari cari akan kelibat gadis itu dalam ruangan kamar.

Sehinggalah dia melihat gadis muda itu duduk bersandar pada katil. Ralit merenung kosong ke luar. Entah apa yang sedang bermain main dia fikirannya sehingga tidak peduli akan apa apa pun yang berlaku di sekeliling.

β€œAku dah cakap. Kau takkan mati selagi ajal kau belum tiba.”

β€œKau berlapar sekali pun, kalau ajal belum datang jemput kau,..."

"...kau takkan mati.”

Dia tatang dulang mendekati gadis itu yang terdiam membisu.

Bicara yang dia muntahkan entah ke berapa kali sekadar dibiarkan sepi. Gadis itu sudah lali mendengarnya. Telinganya jelak mendengar kata kata yang sering diulang ulang. Gadis itu bangkit. Sepasang mata yang merah itu mencerlung tepat wajahnya.

Sehinggalah dia mendengar gadis itu berteriak, menjerit sekuat hati. Tak semena dia melelapkan mata sejenak. Telinganya berdesing mendengar jeritan itu. Puas gadis itu berteriak, dia melihat sepasang mata gadis itu bertakung dengan air mata.

β€œDiam.” Bisiknya pula setelah itu.

β€œDiam. Aku mohon, diam.”


*
*
*

β€œLEPASKAN aku!” Gadis itu meronta ronta mahu melepaskan diri.

Namun, usahanya sia sia. Tubuhnya sudah pun diikat pada kerusi. Dia dipaksa untuk duduk di meja.
Sedikit pun bicara gadis itu tak dia ambil endah. Sebaliknya, lelaki muda itu mahu menyuap sesudu nasi ke dalam mulut gadis itu. Tapi, gadis di hadapan matanya itu tetap berdegil tidak mahu membuka mulut.

Mulutnya dikunci rapat rapat. Dia memberontak, tak mahu akur akan sebarang perintah.

Tak semena lelaki muda ini menghela keluhan, kedengaran sedikit berat.
Lantaran dia cengkam dagu gadis itu. Sesudu demi sesudu nasi dia sumbat ke dalam mulut gadis itu.

Pptuih! Sebaik sahaja gadis itu tepis sudu sehingga terpelanting ke atas lantai, dia sembur pula nasi ke muka pemuda itu. β€œAku tak nak! Jangan paksa aku, Rayne.” Dia melenting. Lelaki muda yang bertinggung sebelah lutut di hadapannya itu meraup wajah. Dia hentak pinggan nasi ke atas meja.

Jikalau gadis ini sudah buat perangai, memang tak akan sudah!

Jikalau dibiarkan, menjadi jadi pula.

Tapi, sampai bila dirinya sabar nak melayan kerenah bak anak kecil ini?
Dia lakukan semua ini juga atas dasar tugas. Jikalau si Tuan mengkehendaki dirinya untuk beri layanan bak puteri raja kepada gadis ini, dia senang hati menurut arahan itu.

Dia sanggup melakukan apa apa pun asalkan si Tuan puas hati.

β€œAku buat semua ni bukannya kerana aku sendiri yang nak. Tapi, aku buat semua ni sebab arahan Tuan aku.”

β€œArahan Tuan kau? Sampai bila kau nak terus hidup macam anjing?”

*
*
*

HIDUP macam anjing?

Tak semena gelak tawanya pecah dek suara milik gadis itu kembali terngiang ngiang di telinganya. Anehnya, dia tidak pula naik angin mendengar hinaan itu. Hinaan yang terlontar lewat bicara seorang gadis muda yang suka bercakap main lepas.

Ah, persetankan apa yang gadis muda itu bicarakan. Dia sedikit pun tidak ambil peduli akan pandangan gadis muda itu terhadap dirinya. Lagipula, dirinya sudah bersumpah.

Dia akan abdikan dirinya terhadap lelaki yang dia gelar sebagai Tuan itu. Tuan yang telah membela dirinya sejak usianya masih mentah lagi. Tuan juga lah yang telah memberikan dirinya sebuah kehidupan yang baharu. Kehidupan seperti manusia yang lainnya. Jadi, dia anggap, dia perlu balas budi baik Tuan itu entah dengan cara apa sekali pun.

Pada matanya, Tuan itu selalu betul.

Tuan itu orang yang dia agungkan.

Tuan itu orang yang menjadi keutamaannya.

Ppang!

Tak semena anak kecil berusia tujuh tahun itu terperanjat.

Anehnya, dia tidak takut akan bunyi das tembakan itu. Sebaliknya, sepasang matanya yang redup itu tampak teruja. Kini, terlihat bersinar sinar seolah olah ingin tahu apa yang barusan dia lihat dengan mata dan dengar dengan telinganya.

Matanya ralit merenung jauh ke hadapan sebelum anak kecil ini menatap seorang lelaki yang berdiri di hadapannya.

Tak semena sepasang matanya membulat. Dia teruja melihat sepucuk pistol di atas telapak tangan lelaki itu. Pistol ini lah yang telah melepaskan das tembakan tadi, dan juga menyebabkan bunyi bising ppang! Detik hatinya.

β€œMulai hari ni, aku akan bela kau dan jadikan kau orang yang kuat.”

β€œOrang kuat yang boleh lindungi diri sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.”

Pprang!

Tak semena lamunan itu tadinya lenyap dari pandangan mata sebaik dia dikejutkan dengan suatu bunyi bising dari aras dua.

Dari hujung ekor mata, dia melihat ke kamar yang dibiarkan terbuka. Lantaran dia hayun langkah kakinya lalu dia menerobos masuk ke dalam ruangan itu. Serpihan kaca pasu berterabur di atas lantai. Titis titis darah pada kaca kini perlahan lahan mulai mengering. Dia hela panjang nafasnya, kesal.

Matanya ligat meliar, mencari cari akan kelibat gadis itu yang entah ke mana. Sehinggalah dia rasakan serpihan kaca kini dilekap ke batang lehernya. Dari hujung alis mata, dia melihat gadis itu sudah pun tercegat berdiri di belakangnya, mengugut dengan serpihan kaca yang ditekan pada nadi lelaki ini.

Dia gelak kecil.

Barangkali geli hatinya.

β€œSekarang, kau nak bunuh aku pula?”

β€œSebelum aku terjun ke neraka, aku nak tolak kau masuk dulu ke dalam.”


--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top