28. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 028--


*
*
*

DIRINYA masih ingat akan dakapan hangat si ibu sebaik bicara wanita itu tadinya jeda.

Dek si ibu yang tidak mahu anak lelakinya ini menumpahkan air mata, Nick tahan esak tangisannya daripada terhambur. Padahal lelaki itu ingin sekali menangis di bahu ibunya.

Pada saat itu lah, Nick Aiden berkeras mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu.

Meskipun Maria Louisa banyak kali menghalang niatnya. Tapi, dia tidak tahan untuk terus melihat Danial Haesar melampiaskan amarahnya ke atas mendiang Maria Louisa dek hatinya panas melihat anak ini.

Daripada sakit hati menahan amarah yang terpaksa dipendam, lebih baik dia angkat kaki dari rumah itu. Dia beranggapan, dia keluar dari rumah itu, kediaman ini menjadi lebih aman. Amarah Danial Haesar juga pasti tidak akan terhambur setiap masa kerana tidak perlu melihat wajah anak ini.

β€œKalau kau keluar dari pintu rumah ni, jangan kembali lagi ke sini.”

Masih jelas kedengaran suara Danial Haesar menampar gegendang telinganya. Namun, dia sudah tekad. Jikalau bukan pada saat itu sekali pun, dia tetap akan keluar juga dari kediaman itu. Dia genggam kemas tali beg. Dari hujung alis mata, dia melihat si kecil Nadine Aira menangis teresak esak dek tidak mahu abangnya pergi.

Saat melihat sepasang mata Nadine Aira merah, hatinya diruntun sebak. Mengapa tiada ruang di rumah ini untuknya? Mengapa dia sehingga perlu mengambil keputusan ini untuk kepuasan orang lain?

Dia tatap pula wajah ibunya. Wanita itu menatap dirinya dengan sepasang mata yang bertakung dengan air jernih yang hangat. Pada mata itu, dia melihat Maria Louisa masih mencuba untuk memujuk dirinya supaya tetap tinggal di kediaman itu.

Nick Aiden menggeleng. Dia tetap dengan keputusan itu. Tanpa dirinya ketahui, hari itu adalah kali terakhir dia melihat Maria Louisa.

Dan pada saat terakhir itu, dia tidak mampu untuk melihat wanita itu tersenyum bahagia. Sebaliknya, wanita itu menahan sebak yang tak tertanggung lagi olehnya. Setelah dia mendengar khabar kematian mendiang Maria Louisa, Nick Aiden masih ingat lagi saat dirinya berlari seperti tidak cukup tanah.

Sambil dirinya masih menyimpan harapan untuk menemui wanita itu buat kali terakhir. Tapi, harapan itu sia sia. Dia akhirnya cuma mampu berharap untuk melihat wanita itu walhal untuk sekali lagi.

Kala itu, Nick Aiden masih ingat lagi dirinya menangis teresak esak tanpa peduli andai ada mata yang memerhati. Dia rasa kesal. Dia rasa marah. Semua perasaan bercampur baur di dadanya kala itu. Apatah lagi, setelah dia ambil keputusan untuk kembali menemui wanita itu, apa yang menyambut dirinya cuma pusara wanita itu sahaja.

Bodoh sekali dirinya kerana putus harapan dahulu. Tapi, dia berharap agar waktu waktu terakhir Maria Louisa adalah saat saat yang terbaik.
Jikalau tidak, seumur hidup dia akan menyalahi dirinya sendiri.

Puas dia menangis di pusara wanita itu, dia didatangi oleh Mak Cik Cha. Wanita itu menyampaikan sepucuk surat kepadanya. Katanya, surat itu datang daripada Maria Louisa. Dengan senang hati, surat itu disambut olehnya. Isi surat itu dibaca serta merta dek dirinya yang lagi sarat menanggung rindu.

Ke hadapan anak sulung ibu, Nick Aiden.

Pada saat Nick dapat surat ni, ibu pasti dah tak ada dekat dunia ni lagi.

Kamu macam mana, sayang? Anak ibu sihat, kan? Nick, ibu selalu rindukan kamu. Tak pernah sekali ibu lupakan anak sulung ibu ni.

Kamu akan sentiasa jadi cinta pertama ibu. Takkan sesekali ibu lupakan pada saat kali pertama kamu ada dalam pelukan ibu. Dan, sejak saat itu, ibu bersumpah untuk sentiasa mencintai dan menyayangi kamu melebihi sayang ibu terhadap diri sendiri.

Terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu.

Walauapapun yang terjadi dalam kehidupan ini, kamu ialah anak lelaki ibu. Ikhlaskan apa yang telah berlaku ya, sayang? Kadang kala ada sebabnya mengapa dunia tak berlaku adil kepada kita. Mungkin, ke hadapannya akan jadi lebih baik.

Maafkan ibu sebab ibu tak mampu melindungi kamu. Maafkan ibu sebab ibu tak mampu untuk pertahankan kamu sampai kamu tekad untuk meninggalkan rumah kita.

Tapi, percayalah sayang. Danial Haesar ialah ayah kandung kamu. Mungkin ibu yang salah dan apa yang berlaku adalah kerana ibu. Maafkan ibu sekali lagi ya sebab silap ibu, kamu yang jadi tempiasnya.

Nick Aiden, jangan pernah sekali membenci Danial Haesar. Dia ialah maksud cinta untuk ibu. Dia juga ialah cinta anak anaknya. Ayah kandung kamu.

Nick Aiden, sekarang ibu dah tak ada. Tanggungjawab untuk melindungi Nadine Aira, ibu serahkan kepada kamu. Kamu jaga lah adik kamu baik baik sampailah satu saat kamu serahkan tanggungjawab ni kepada yang berhak.

Sampai di sini saja surat ibu untuk kamu. Terima kasih, sayang.

Yang sentiasa mencintaimu,

Maria Louisa.

Usai dia baca surat itu suatu ketika dahulu, Nick Aiden tekad untuk jalankan ujian DNA. Dia mahu tahu kebenaran disebalik apa yang sering disangkal oleh Danial Haesar.

Sehinggalah dia mendapat keputusan ujian itu. Dan memang terbukti, dia ialah anak kandung kepada Danial Haesar. Dia ialah darah daging lelaki itu. Sejak awal lagi, dirinya sudah tahu akan kebenaran itu.

Tapi, disebabkan Danial Haesar sering kali menafikan, dia lama kelamaan jadi putus asa. Biar lah apa yang dikatakan Danial Haesar. Biar lah apa yang menjadi kepercayaan lelaki itu. Barangkali suatu saat nanti, lelaki itu pasti akan tunduk dengan kebenaran yang mereka sebenarnya anak beranak.

Dan tuduhan Danial Haesar kepada mendiang ibunya adalah tuduhan yang tak berasas.

β€œEncik...?” Tak semena lamunan panjang Nick Aiden lenyap sekelip mata. Cepat cepat lelaki itu memalingkan wajahnya dari mata milik misi di sampingnya itu. Dia lekas menyeka air mata yang tumpah ke cerun pipi dengan jarinya.

Lantaran dia menggeleng perlahan lahan, memberi isyarat bahawa dirinya tidak apa apa kepada misi itu.

*
*
*

β€œMACAMΒ mana kalau pembedahan ni masih tak mampu untuk selamatkan Tuan?" Sepasang mata redup Nadine Aira jatuh melirik wajah Rayne. Tak semena pemuda itu terdiam. Namun, dia cuba untuk kekalkan raut wajah bersahaja. Dia mahu tampak kuat dan yakin supaya orang di sekitarnya juga yakin bahawa Danial Haesar akan selamat, termasuk Nadine Aira.

Padahal dia juga dihimpit rasa khawatir yang bukan kepalang. Dia gemuruh, dia takut. Kala itu, pelbagai spekulasi negatif berlegar legar di mindanya. Apa apa pun boleh terjadi.

Dan, dia tidak boleh menghalang hal itu daripada berlaku. Dia sebagai manusia biasa yang tiada kuasa tidak berdaya melawan suratan takdir.
Walhal dia bertekad untuk menegah sekali pun. Apa yang mampu dirinya lakukan cuma menerima kenyataan.

Dek tidak mahu gadis ini juga tewas kerana fikiran yang sama, dia gagahkan diri untuk tampak kuat di mata Nadine Aira. Gadis itu perlu tahu bahawa dirinya tidak keseorangan. Semua orang di sini ada untuk Danial Haesar. Semua orang di sini mendoakan lelaki itu.

Dia ukir senyuman. "Tuan yang aku kenal ialah orang yang kuat."

"Aku yakin Tuan mampu untuk hadap semua ni. Dan, kau jangan fikir yang bukan bukan. Percayakan Tuan." Sepasang mata redup Rayne Arzhael menatap lembut wajahnya.

Lantas pemuda itu menghulur sehelai sapu tangan kepada Nadine Aira. Rayne menuding mata sendiri sebagai tanda menyuruh Nadine Aira mengesat air matanya yang tumpah ke pipi. Nadine Aira sambut pemberian itu. Dia seka air mata yang membasahi cerun pipinya. Perlahan lahan senyuman tipis kembali tersimpul pada wajahnya.

Barangkali kerana hatinya rasa lega. Metode yang digunapakai oleh Rayne Arzhael barangkali mampu untuk memujuk hatinya yang dihimpit rasa khawatir. Perlahan lahan dirinya mampu menghembus nafas lega.

"Aku percayakan Tuan, Rayne."

"Aku percaya."

--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top