27. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 027--
*
*
*
βTUAN accident. Sekarang, dia ada dekat hospital."
"Keadaan Tuan sekarang teruk, Nick. Dan, untuk teruskan surgery, Tuan perlukan kau untuk bantu dia.β
Lengan Nick yang tadinya tegang dek mahu lepas dari cengkaman Rayne berubah lemah. Hatinya terasa direntap mendengar bicara itu. Matanya automatik melirik ke wajah redup Rayne Arzhael. Dia dengar tiada sebarang rasa ragu pada bicara itu. Maknanya, Rayne Arzhael tidak membohongi dirinya.
Apa yang disampaikan itu benar benar belaka. βAira cuba contact kau banyak kali lepas dapat tahu yang Tuan accident. Tapi, sampai ke hari ni, dia tak dapat nak contact kau sebab kau tiba tiba menghilang.β
βAku ni dikira luck sebab jumpa kau dekat sini. Sebab dapat tahan kau sebelum kau menghilang sampai bila bila. Sebab sekarang ni, harapan kami cuma kau seorang, Nick. Cuma kau yang mampu untuk tolong Tuan dan selamatkan dia. Aku minta tolong, Nick. Kalau kau minta aku berlutut dekat kaki kau pun, aku sanggup. Demi Tuan.β
Pada pandangan Nick Aiden kala itu, sepasang mata milik Rayne Arzhael terlihat berkaca kaca. Bila bila masa sahaja, air mata yang bertakung itu akan tumpah ke cerun pipi.
βAku...β
βDanial Haesar bapa kandung kau, kan Nick?β
Belum berkesempatan Nick Aiden untuk menyudahkan bait bicaranya, Rayne lekas mencelah. Tak semena sepasang mata Nick membuntang. Dia kaget akan bicara itu.
βAku tak tahu apa yang berlaku antara kau dan Tuan. Tapi, semua tu takkan mampu untuk ubah hakikat yang kau anak kandung Tuan Danial Haesar. Mungkin selama ni, memang silap Tuan sebab menolak untuk terima kenyataan yang kau darah daging dia. Dan, kau sebagai anak, yang tahu kebenaran ni, kau nak terus tengok ayah kau kena tipu dengan keadaan? Beritahu dia hal sebenar, Nick selagi kau masih ada masa.β Nick Aiden bungkam. Dia tiada sebarang respons untuk bicara itu.
Sebaliknya, lelaki ini akhirnya cuma mampu untuk membisu seribu bahasa. Jikalau bertanya kepada dirinya sendiri, mustahil lah andai dia tidak pernah dahagakan kasih daripada seorang bapa.
Tapi, melihat akan keadaan dirinya yang tidak pernah diakui oleh bapa kandung sendiri, dia lama kelamaan menjadi biasa. Dia anggap tidak mendapat kasih daripada seorang bapa itu adalah satu perkara yang normal. Dia juga sehingga beranggapan, mungkin dirinya tidak perlu akan belaian daripada seorang ayah. Tapi, sampai bila lagi dia perlu akur akan kata hati yang ego itu?
Sehingga lama kelamaan ego dalam dirinya juga membiak. Sehingga dia akhirnya buta hati dan matanya.
Padahal, jelas sekali dirinya memerlukan belaian kasih itu.
βNick...β
βTuan ada dekat hospital mana?β
*
*
*
MELIHAT kelibat Nick Aiden memasuki ruangan itu, senyuman senang hati terlukis pada wajahnya.
Tidak sia sia dia berlari pulang ke rumah agam itu tadi.
Sebaik sahaja dia dapat berita bahawa Nick Aiden mahu berangkat pergi entah ke mana, dia cepat hayun langkah walhal tanpa arah tuju. Dia sendiri juga sebenarnya tidak pasti mahu mencari lelaki itu di mana. Dia cuma ikut gerak hati. Barangkali dia cukup bertuah hari itu. Rumah agam yang menjadi tempat pertama yang terlintas di fikirannya menjadi tempat di mana dirinya menemui Nick Aiden.
Mujur sahaja dirinya sempat sampai lebih awal. Jikalau tidak... lelaki itu pasti sudah pergi.
Rayne hembus nafas panjang. Dia akhirnya mampu menghela nafas lega. Dia silangkan lengannya di dada usai dia ambil tempat berdiri di samping Nadine Aira.
βSekarang, kau dah tak perlu nak risau apa apa."
"Nick ada untuk bantu Tuan.β
βTerima kasih, Rayne.β Helaan nafasnya seperti terhenti sebentar mendengar ucapan itu. Sebaik matanya menyambut lirikan mata Nadine Aira, dia melihat senyuman tersimpul pada wajah gadis itu. Lebar sekali senyuman itu seolah olah dadanya rasa cukup lapang. Sehingga lekuk di pipinya juga menyapa pandangan mata Rayne Arzhael.
βTerima kasih sebab bawa abang Nick ke sini. Kalau abang Nick tak ada, aku tak tahu apa yang akan berlaku kepada Tuan. Kalau nak harapkan aku, aku dah rasa putus asa sebab aku tak dapat nak contact dia. Aku juga tak tahu nak cari dia dekat mana dengan keadaan aku yang macam ni. Terima kasih, Rayne. Aku terhutang budi dekat kau.β
Lengan yang tadinya tersilang di dada kini jatuh ke sisi. Matanya masih menyambut tatapan redup gadis itu. Ucapan terima kasih itu kedengaran cukup tulus. Rayne juga sehingga tergamam seolah olah tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan mendengar ucapan itu lewat bicara Nadine Aira. Apatah lagi mengharapkan ucapan itu adalah untuknya.
βDah jadi tanggungjawab aku untuk bantu Tuan. Aku akan buat apa saja untuk bantu dia. Apa apa pun, aku sanggup buat asalkan Tuan selamat. Asalkan Tuan kembali sedar.β
βSekarang, kita serahkan segalanya kepada Tuhan.β Nadine Aira angguk tanda dirinya bersetuju akan bicara itu. Rayne ukir senyuman. Dia kembali merenung pintu ruangan di hadapan mata. Sambil sambil dirinya tak putus putus berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.
*
*
*
DARI hujung alis mata, dia mengerling cecair merah pekat yang semakin memenuhi beg darah.
Sambil sambil mindanya masih jelas mengenangkan hal yang lalu.
βNi ke sebab kau terima lamaran aku dulu, Maria? Sebab kau nak jadikan aku kambing hitam kau, kan?!β
Masih jelas terngiang ngiang di telinganya suara lelaki itu memarahi mendiang ibunya. Sedikit pun lelaki itu tak ambil peduli andai bait bicaranya mampu didengari oleh orang. Juga tidak peduli andai bicara itu sampai ke telinga anaknya ini.
βDanial, anak tu anak awak. Nick Aiden anak awak. Tak pernah sekali saya main kayu tiga belakang awak. Percaya lah cakap saya.β
Sayup kedengaran suara Maria Louisa membela dirinya sendiri.
Matanya yang berkaca menatap raut bengis Danial Haesar. Dahulu kala, si kecil Nick Aiden sering kali mendengar keributan di rumah agam itu. Setiap kali mendiang ibunya dan Danial Haesar bersua muka, mereka pasti akan bertelagah.
Jikalau sehari tidak berperang mulut, bukan namanya pasangan suami isteri itu. Nick Aiden lah yang sering menjadi mangsa kemarahan Danial Haesar. Pada mata lelaki itu, tak pernah terlihat rasa kasih buat Nick.
Apa yang tergambar pada sepasang matanya setiap kali melihat anak ini, cuma rasa marah yang lama kelamaan semakin membiak sehinggalah Nick Aiden tumbuh dewasa. Bahkan setelah kelahiran Nadine Aira pun, Danial Haesar masih meragui status Nick Aiden sebagai anaknya.
βKalau ayah tak percayakan ibu, ayah buat lah DNA test untuk buktikan apa yang ayah cakap tu betul atau tak. Ayah jangan cuma tahu menuduh sembarangan!β
Sehinggalah pada suatu hari, anak ini tiba tiba terlepas bicara. Dia tidak sengaja naik suara menentang Danial Haesar dek ketidakpuasan hatinya terhadap lelaki itu.
Dek kaget melihat amarah anak itu, Danial Haesar juga sehingga naik tangan. Pipi Nick Aiden menjadi tempat singgahan telapak tangannya. Sakitnya tamparan itu cuma Nick Aiden yang tahu.
Sakit.
Sudah tentu tamparan itu sakit.
Apatah lagi setelah melihat bibirnya pecah sehingga darah juga mengalir ke dagunya.
Melihat suaminya naik tangan ke atas anak sulungnya itu, Maria Louisa lekas mendapati Nick Aiden yang berlutut di atas tanah. Jemari hangat mendiang ibunya cepat cepat menyeka air mata si anak yang tumpah ke pipi. Wanita itu juga lekas mengesat darah yang tumpah ke dagu Nick Aiden dengan lengan bajunya. Perlahan lahan wanita itu menggeleng. Dia mahu meredakan marah si anak sebelum Nick kembali memberontak.
βKalau awak tak boleh terima anak ni, itu terpulang pada awak, Danial. Tapi, Nick Aiden tetap anak saya. Anak kandung saya yang lahir dari rahim saya sendiri.β
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top