26. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 026--
*
*
*
βCIK Aira, ada sesuatu yang saya nak maklumkan kepada Cik Aira."
Adam mendatangi gadis itu dengan raut wajah yang sugul.
Sesekali pemuda itu meramas jemari dek rasa khawatir yang menekan dada. Nadine Aira mengerutkan dahi. Dia beri ruang kepada Adam untuk melanjutkan bicaranya. Namun, pemuda itu kelihatannya cukup ragu. Dia tidak pasti andai dirinya itu mampu untuk menyampaikan khabar ini mahupun tidak kepada Aira.
Tak semena dahi gadis itu semakin berlapis. Dia menjadi kurang senang melihat telingkah Adam. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.
"Apa yang kau nak cakap, Adam?" Nadine Aira menatap wajah Adam.
Dia minta pemuda itu untuk berterus terang tanpa berlapik. Seandainya perkara itu perlu sampai ke telinganya, jadi Adam perlu memberitahu dirinya. Dan jikalau Adam tekad untuk berahsia sekali pun, lambat laut Nadine Aira akan dapat tahu juga.
"Tuan..."
"Tuan masuk hospital sebab accident."
*
*
*
MELIHAT sahaja kelibat Nadine Aira, wanita itu lekas mendatanginya.
Sepasang mata redup Nadine Aira itu menatap wanita di hadapannya.
Dia mahu penjelasan akan keadaan si ayah kala ini. Walhal dirinya yakin bahawa peratusan untuk mendengar jawapan yang mengecewakan adalah tinggi. Maleena diam. Perlahan lahan wanita itu menggeleng kepalanya.
Dia tidak pasti akan keadaan semasa Danial Haesar kala ini.
Melihat respons kurang yakin wanita itu, Nadine Aira terdiam seribu bahasa. Matanya yang menakung air jernih kini tumpah membasahi cerun pipinya. Maleena lekas mengesat air mata gadis itu sambil kepalanya digeleng. Dia tidak mahu gadis itu menangis.
"Aira, kamu tak perlu risau."
"Saya yakin ayah kamu akan selamat. Kita doakan yang terbaik, ya?"
*
*
*
βABANG Nick tahu pasal ni?"
Rayne Arzhael yang duduk menunggu di samping gadis itu menggeleng.
Semenjak perkelahian Nick Aiden dan majikannya tempoh hari, itu adalah kali terakhir dia melihat Nick. Setelah itu, Nick tidak lagi munculkan dirinya di kediaman itu. Lelaki itu juga tidak mengunjungi sesi rehab Nadine Aira seperti kebiasaannya. Entah ke mana lelaki itu membawa diri. Tiada antara mereka yang tahu tentang itu.
"Kau ada cuba untuk contact dia?"
"Aku dah cuba banyak kali. Tetap tak diangkat. Aku takut kalau berlaku apa apa dan Nick langsung tak tahu."
Aira mengeluh, kedengaran cukup berat di telinga Rayne.
Perbualan antara mereka terhenti di situ sebaik didatangi oleh seorang lelaki berpakaian kot putih. Tak semena Rayne Arzhael bingkas bangkit. Dia mahu tahu apa yang hendak dibicarakan berkenaan keadaan majikannya. Nadine Aira juga pasang telinga. Dia berharap agar apa yang disampaikan mampu untuk menjadi penyedap hati.
Namun, khabar sebaliknya pula yang dia terima. Kecederaan yang menimpa Danial Haesar cukup parah.
Satu pembedahan perlu dijalankan dengan kadar segera.
Dan, untuk itu bekalan darah yang sepadan diperlukan. Tak semena kerumunan manusia di situ masing masing membisu. Danial Haesar memiliki jenis darah O.
Pendermanya juga perlu memiliki jenis darah yang sama.
"Saya boleh dermakan darah saya. Jenis darah kami sama."
Nadine Aira lekas pelawakan dirinya. Dalam kalangan kerumunan manusia ini, cuma dia yang berkongsi jenis darah yang sama dengan lelaki itu. Seorang misi lekas meminta gadis itu untuk membuntuti dirinya. Dia perlu diperiksa terlebih dahulu sama ada boleh mendermakan darah ataupun tidak. Dalam diam, gadis itu panjat doa. It's now or never.
Jikalau dia tidak dapat mendermakan darah ini, pembedahan itu terpaksa ditangguh dahulu. Dan, tak mustahil peluang untuk lelaki itu selamat akan menjadi semakin menipis.
*
*
*
DIA menunggu dengan debar.
Hatinya berdetak kurang senang.
Sesekali dia ramas jemarinya gelisah.
Dia takut sekiranya keputusan darah itu sehingga mengekang dirinya untuk menjadi penderma. Nadine Aira tak putus putus mengeluh. Dek asyik melayan fikiran yang berlegar di mindanya sejak, dia sehingga tidak menyedari bahawa namanya barusan dipanggil oleh seorang misi.
"Cik Nadine Aira?" Tak semena gadis itu sedikit terperanjat.
Lamunannya automatik lenyap. Lekas dia tumpukan perhatian kepada misi itu. Raut wajah misi itu terlihat sedikit gusar. Tak semena Nadine Aira dihimpit rasa kurang senang. Dia sepertinya dapat menghidu apa yang bakalan meniti di bibir misi di hadapannya itu. Dan, sudah pasti hal itu akan mengecewakan dirinya.
Namun, Nadine Aira tetap memasang telinga. Walauapapun keputusan ujian itu, dia tetap perlu akur.
"Kalau ikut keputusan ni, kandungan hemoglobin dalam darah Cik rendah. Jadi, Cik tak dapat nak derma darah."
Rasa hatinya yang kurang senang itu barangkali kerana dia menjangkakan hal ini. Tapi, jikalau bukan dia, siapa lagi yang boleh mendermakan darah untuk si ayah? Nadine Aira meraup wajahnya, dia kesal. Dia tak puas hati dengan kenyataan itu. Satu satunya harapan yang dia ada ialah Nick Aiden. Tapi, dirinya tidak tahu di mana keberadaan lelaki itu.
Setiap kali dirinya mencuba untuk menelefon lelaki itu, tak pernah sekali Nick Aiden sambut panggilannya.
Pesanan ringkas yang dia hantar juga tidak berbalas. Entah lelaki itu pernah atau tidak melihat pesanannya.
"Nurse, saya boleh dermakan darah."
Sehinggalah dia mendengar suara yang sayup sayup kedengaran.
Dari kejauhan, dia melihat Nick Aiden lekas menerpa ke arahnya. Lelaki itu dibuntuti oleh Rayne Arzhael. Nadine Aira perlahan lahan membuntangkan mata. Barangkali tidak menyangka akan kehadiran lelaki yang tak putus terlintas di fikirannya sejak tadi.
Nick Aiden melewati dirinya ke bilik ujian darah mengekori seorang misi.
Senyuman senang hati tersimpul pada wajah Nadine Aira. Matanya hantar kemasukan Nick Aiden ke dalam ruangan itu sebelum matanya jatuh menatap Rayne Arzhael. Rayne sambut lirikan mata itu dengan senyuman tipis.
*
*
*
TIMBUNAN pakaian yang sengaja dibiarkan tidak berlipat kemas disumbat masuk ke dalam mulut beg.
Isi almari habis diselongkar olehnya.
Dia mahu beredar dari kediaman ini. Dan, pemergiannya kali ini bermaksud dirinya tidak akan kembali ke kediaman ini lagi.
Lagipula, dia bersetuju untuk tinggal kembali di tempat ini kerana pujukan Nadine Aira. Adik bongsunya itu yang telah berkeras mahu dirinya untuk menginap kembali di kediaman ini. Padahal dia sendiri sebenarnya menolak. Jikalau boleh, setelah dia angkat kaki sejak dahulu lagi dari kediaman itu, dia sudah simpan hasrat untuk tidak menginjakkan kaki semula ke kediaman ini.
Pintu kediaman ini juga sudah lama tertutup untuknya.
Cuma, dia yang mencuba untuk melangkah masuk ke rumah ini lagi.
Dengan harapan, kali ini, kediaman ini masih ada ruang untuk dirinya walaupun ruangan itu kecil dan sempit sahaja. Tapi, berharap akan hal itu cuma sia sia. Dia akhirnya cuma menyakiti dirinya sendiri.
Lelaki itu...
selamanya tidak akan makan pujukan orang. Jadi, untuk apa dirinya terus berharap dan meminta agar diadakan ruang di rumah ini buatnya, bukan?
βNick...β Tak semena perbuatannya yang sedari tadi terus menerus menyumbat masuk pakaian ke dalam mulut beg tergendala.
Dari hujung alis mata, dia melihat sekujur tubuh milik seorang pemuda di bukaan pintu bilik. Pemuda itu seperti barusan usai menghabiskan larian pecut sehingga nafasnya terhela termengah mengah. Pemuda itu juga sehingga membongkok tubuh. Jemarinya erat menggenggam kedua dua belah lutut.
Huh? Nick Aiden tidak mengambil endah akan kemunculan pemuda itu yang secara tiba tiba.
Lelaki ini sebaliknya menyambung tugas yang tadinya tergendala.
βTuan perlukan kau."
"Tolong, selamatkan Tuan, Nick.β Sepasang mata Rayne menatap Nick dengan penuh pengharapan.
Sesekali lelaki muda itu terlihat mengesat peluhnya.
Bait bicara itu bikin perbuatan Nick Aiden sekali lagi terbantut. Namun, tiada sebarang respons daripada Nick untuk memberi balasan jawab kepada bicara itu. Nick sebaliknya lekas menutup zip beg lantaran beg beroda itu diheret menerpa ke bukaan pintu, melewati Rayne yang masih dengan nafas termengah mengah. Kala itu, dadanya turun naik dengan kadar cepat dek tidak mahu terlepas dari menemui Nick Aiden.
Nick Aiden sekadar mengerling lelaki muda di sampingnya itu mahu tak mahu. βNick...β Barusan sahaja Nick ingin lolos lewat bukaan pintu, lengannya lekas disambar oleh Rayne Arzhael. Tak semena langkahannya sekali lagi mati setengah jalan.
Matanya mencerlung wajah Rayne.
βTuan accident."
Sehinggalah sepasang mata yang tadi terlihat seperti ada api itu perlahan lahan meredup. Hatinya seolah olah barusan kena rentap mendengar berita yang meniti di bibir lelaki muda itu. Rayne hela nafas panjang. Dia tatap wajah Nick penuh harap.
"Tuan perlukan kau sekarang, Nick."
"Sekarang sebelum terlambat."
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top