24. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019





--Chapter 024--

*
*
*


"SIAPA yang suruh Puan selongkar bilik saya dan sentuh barang ibu?"

Maleena yang barusan keluar dari ruangan ampaian sedikit terperanjat. Tak semena senyuman tersimpul di bibirnya menyapa gadis muda itu. Nadine Aira merengus. Senyuman itu bikin dia merasa cukup jengkel. Entah wanita itu tidak pandai membaca keadaan atau dirinya sengaja berpura pura tidak tahu.

Padahal gadis ini kala itu sedang marah. Boleh sahaja dia mengamuk kerana protes akan tindakan wanita itu. Dia tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menyentuh barang mendiang ibunya.

Apatah lagi membenarkan wanita ini yang menyentuh barang ibunya.

"Aira, semua baju baju ni kan kamu nak pakai. Saya cuci biar bersih."

"Kalau dibiar saja dalam beg tu, lama lama jadi kotor. Baju ni jadi tak elok pulak nanti. Tak ke putih mata kamu kalau baju ni rosak kena makan serangga ke dalam beg tu." Maleena menatap wajah Aira. Dia meminta persetujuan padahal gadis itu mustahil untuk sekepala dengannya.

Walhal apa yang dikatakan itu benar benar belaka di telinga Aira.

Nadine Aira membisu. Ada benar juga apa yang dikatakan Maleena. Tapi, tidak juga dia menyuarakan bahawa dirinya sependapat dengan wanita itu. Sebaliknya gadis ini meminta pamit untuk beredar. Namun, pemergiannya lekas dihalang. Wanita itu cepat cepat berdiri di hadapan Nadine Aira yang barusan ingin menolak kerusi rodanya beredar dari ruangan itu. Tak semena gadis itu mengerutkan dahi, dia hairan.

"Aira, beri peluang kepada saya untuk perjelaskan kepada kamu. Saya tak nak kamu salah faham lagi."

Apa yang meniti di bibir Maleena membuatkan Nadine Aira mendengus. Dia tidak punya waktu untuk berbicara lagi soal itu. Gadis itu tidak memberi sebarang respons.

Dia mahu lekas melewati wanita itu. Namun, Maleena tetap berdegil untuk meminta dirinya tetap di situ.

"Puan, saya dah lali minta penjelasan daripada orang. Tapi, tiada sesiapa pun yang sudi jelaskan kepada saya apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah ni. Sekarang, saya dah tak peduli apa apa pun. Dan, Puan tak perlu nak jelaskan apa apa lagi."

"Saya tak nak kamu salah faham, Aira. Saya tak pernah sesekali merampas kebahagiaan ibu kamu. Percaya lah."

Jemari Nadine Aira diraih. Wanita itu meminta waktu, walhal sebentar.

Ada sesuatu yang mahu dia ucapkan kepada gadis itu. Gadis itu akan mendengar atau tidak bicaranya, itu belakang kira. Apa yang pasti, sekarang juga dia akan menyuarakan isi hati yang dia simpan selama ini. Dia tidak mahu Nadine Aira terus menyalah anggap akan kehadirannya di rumah ini.

"Apa yang Puan buat sekarang bukan hasil dari merampas kebahagiaan ibu saya? Puan berkepit dengan Tuan, tinggal dalam rumah ni tanpa Puan ada hubungan apa apa pun dengan Tuan. Kedudukan Puan ni tak jauh dari perempuan simpanan Tuan saja!" Bentak Nadine Aira.

Maleena terkedu. Bicara gadis itu merentap hatinya.

Namun, dia tidak dapat menyangkal apa yang diperkatakan gadis itu.

"Saya dah tak peduli, Puan. Puan nak terus tinggal di sini, sila kan. Saya tak ada hak untuk menghalang. Saya dah penat. Saya penat hadap semua ni. Saya minta diri dulu." Nadine Aira lekas menyatakan pamit.

Kali ini, Maleena tidak menghalang tekadnya untuk segera beredar dari situ. Jikalau kembali direnungkan, dia mahu perkara yang sudah lama berlalu itu biar lah dibiarkan berlalu tanpa perlu diungkit kembali. Jikalau terus berbalah tentang itu pun, entah sampai bila akan selesai. Dirinya juga sudah penat untuk terus menghadap hal yang semakin lama semakin berlanjutan tanpa titik akhir.

*
*
*


SEBELUM datang ke sini, dia sudah berfikir banyak kali.

Dia juga sudah bertanya kepada diri sendiri akan tindakannya itu.

Acap kali dia keluar masuk pusat itu. Sedikit pun tidak peduli andai ada mata mata yang memandang. Sesekali matanya ligat meliar mencari akan kelibat orang. Namun, kelibat orang yang dicari cari olehnya itu tidak juga kelihatan di mana mana.

Seolah olah mustahil untuk dirinya menemui orang itu di tempat ini.
Dia tidak punya cara lain. Satu satu klu yang dia ada cuma tempat ini. Di sini, mereka bertemu tempoh hari.

Dan, dia beranggapan untuk kembali menemui wanita itu, dia harus mencari keberadaannya di tempat ini.

Walhal dirinya sendiri juga tidak pasti andai dia betul betul mahu untuk menemui orang itu atau tidak. Jikalau mereka bertemu kelak, mampu kah dirinya untuk kembali berhadapan dengan wanita itu?

"Encik cari siapa? Boleh saya bantu?" Asyik matanya meliar ke segenap ruangan. Sehinggalah dia didatangi oleh seorang pegawai pusat rehabilitasi ini. Tak semena pemuda ini lekas menggeleng. Cepat cepat dia mengambil langkah kembali ke pintu. Dia mahu lekas beredar dari situ.

Rayne Arzhael menghela nafas berat. Padahal dia sudah siapkan diri untuk hal ini. Dia juga bahkan tekad untuk datang kembali ke pusat ini semata mata ingin mencari wanita itu. Tapi, dirinya itu saling tak tumpah seperti seorang pengecut.

Dia sebenarnya takut untuk bertemu semula dengan wanita itu. Dia raup wajahnya sedikit kesal.

Sehinggalah matanya jatuh menatap susuk tubuh seorang wanita yang duduk di bangku. Wanita itu terlihat ralit memandang ke langit sambil sambil bibirnya terkumat kamit berbicara akan sesuatu. Benar lah seperti kata hatinya. Dia pasti akan menemui wanita itu di sini.

Dia mahu menerpa mendekati. Tapi, hatinya masih diulit perasaan ragu.

"Ibu..."

*
*
*


KETUKAN di pintu membantutkan kerja lelaki itu di meja.

Tak semena matanya beralih melirik ke muka pintu. Kelibat Maleena yang tampil menemuinya membuatkan lelaki itu berkerut kehairanan.

Apatah lagi setelah sepasang matanya jatuh menatap seorang wanita muda di samping Maleena. Dia tidak pernah melihat wanita itu sebelumnya.

Entah apa tujuan wanita itu datang menemuinya di sini. Usai mempelawa wanita itu masuk, Maleena minta pamit. Dia mahu beredar bagi memberikan ruang buat pertemuan itu. Danial Haesar yang melihat wanita itu menapak masuk lekas bangkit dari duduknya.

Dia kemudiannya meminta wanita itu untuk duduk di kerusi. Lelaki itu juga ambil tempat, dia duduk menghadap wanita itu. Lama wanita itu membisu. Sesekali Danial Haesar melihat wanita itu asyik meramas jemarinya. Entah kerana dirinya lagi gementar kerana menemui lelaki itu.

Atau, mindanya sedang ligat berfikir akan keputusannya untuk datang menemui Danial Haesar sehingga ke pejabatnya ini. Wanita itu ambil nafas panjang. Dia cuba untuk bertenang. Danial Haesar tekun menunggu. Dia beri masa kepada wanita itu.

"Maaf kalau kedatangan saya ke sini mengganggu Tuan."

Bait bicara yang pertama kali meniti di bibirnya ialah ucapan maaf.

"Boleh saya tahu Puan siapa?" Danial Haesar tekad bertanya.

Dia mahu pertanyaan yang berlegar legar di mindanya diperjelaskan dengan kadar segera. Dia tidak mengenali wanita ini.

Anehnya, wanita ini kenal pula akan dirinya. Bahkan wanita ini terlihat seolah olah sudah cukup lama mengenali Danial Haesar. Wanita itu tidak memberi sebarang respons. Sebaliknya, dia keluarkan sekeping gambar yang tersisip di dalam tas tangannya. Lantas gambar itu diletakkan ke atas meja, ditolak ke hadapan mata Danial Haesar.

Tak semena lelaki itu tersentak. Raut wajah yang ada dalam kepingan gambar itu ialah milik gerangan yang cukup dikenali olehnya. Buat sejenak, matanya melirik kepingan gambar di atas meja sebelum tatapan matanya beralih menatap wajah wanita itu.

"Saya isteri Leo."

"Tuan kenal siapa suami saya, kan?"

--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top