21. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 021--
*
*
*
SEBATANG pen yang tersisip di poket seluar disambar oleh pemuda itu.
Kemudian mata pen itu diacu tepat ke pangkal leher lelaki di kakinya.
Lelaki itu angkat kedua dua belah tangannya tanda dia menyerah diri. Tindakan pemuda itu menjadi amaran kepadanya supaya tidak membantah arahan itu.
Rayne simpul senyuman menyinis. Lantaran dia sambar tengkuk lelaki itu, memaksa lelaki itu untuk angkat wajahnya.
βAku... Aku minta maaf.β
βAku mengaku aku bersalah. Tolong lepaskan aku. Aku mohon.β
Jemari Nadine Aira diraih. Lelaki itu merayu meminta dirinya dilepaskan. Dia tidak mahu pemuda yang berani mengancam dirinya itu mengapa apakan dirinya. Ah, jikalau sehingga mengancam sedemikian, tak mungkin pemuda itu sekadar berpura pura.
Dia cuma mahukan bayaran wang. Kalau sehingga membahayakan diri sendiri, dia lebih suka mengundur diri. Rayne Arzhael melirik genggaman kemas lelaki itu. Lantas dia menepis jemari lelaki itu sehingga genggaman itu terlerai.
Nadine Aira sekadar mengangguk.
Anggukan itu bikin Rayne merengus. Dia tidak puas hati kerana gadis itu dengan semudah ini mampu memaafkan lelaki durjana ini. Lelaki yang cuma berani cakap main lepas.
Tapi, setelah nyawanya jadi taruhan, dia tak lari seperti orang pengecut. Sepatutnya dia tidak menyebut soal melepaskan lelaki itu hanya kerana Nadine Aira memaafkan dirinya.
Lelaki itu lekas mengucapkan terima kasih. Kelibatnya kelihatan berlari bertempiaran menyelamatkan diri.
Rayne bercekak pinggang. Alamatnya dia terpaksa menghantar pemergian lelaki itu dengan matanya tanpa dia mempunyai peluang untuk berbuat apa apa pun. Persetankan lelaki itu! Dia perlu dahulukan Nadine Aira yang ada di hadapan matanya.
Rayne sambar lengan gadis itu yang berlapik kain baju usai dia duduk bertinggung sebelah lutut di lantai. Tak semena Nadine Aira tersentak.
Matanya terbeliak melihat tindakan mengejut Rayne. Apatah lagi setelah pemuda itu mengelap jemarinya dengan sehelai sapu tangan. Perilaku pemuda itu seolah olah jemari gadis ini barusan menyentuh benda kotor.
Usai dia yakin jemari gadis itu sudah bersih, genggamannya pada lengan Nadine Aira kini lepas.
Sapu tangan itu disisipkan kembali ke dalam poket seluarnya.
βKalau aku tahu yang kau senang senang maafkan lelaki tu, aku takkan beri dia peluang untuk lari.β Mata bundarnya menatap sepasang mata redup milik Nadine Aira. Kemudian pemuda itu bangkit dari duduk bertinggung di hadapan gadis itu.
Dia mahu gadis itu lekas beredar dari sini. Jikalau gadis itu sehingga berlama berada di sini, dia anggap gadis itu akan terus bersedih hati.
Dia menerpa terlebih dahulu ke pintu untuk menguak daun pintu buat gadis itu. Nadine Aira tetap di situ sejenak.
Ada sesuatu yang bermain main di benak fikirannya kala itu. Dan, hal itu perlu dia suarakan kepada Rayne. Dia sering mencari waktu yang sesuai untuk menyatakan apa yang terbuku di hatinya. Tapi, dia tidak mempunyai sebarang kesempatan. Mahu tak mahu, hal itu perlu disimpan dahulu.
Setelah lama hal itu dia simpan, dia anggap ini waktu yang sesuai.
βAku juga dah maafkan kau, Rayne.β
Tak semena genggaman kemas Rayne pada tombol pintu perlahan kendur.
Bicara yang barusan meniti di bibir gadis itu membisukan dirinya.
Namun, dia ada respons untuk itu.
βKau tak perlu untuk maafkan aku.β
βOrang yang dah hancurkan hidup kau tak layak untuk dimaafkan.β
βMemang kau cuma tercedera. Dan, kau boleh sembuh. Tapi, masa kau yang hilang sebab kecederaan ni, aku tak mampu untuk pulangkan. Jadi, teruskan membenci aku. Biar rasa benci kau jadi hukuman untuk aku.β
*
*
*
CIS!
Nick tak putus putus menyumpah diri sendiri. Lelaki itu merasa kesal. Adam dan Louis yang kebetulan ada di ruang tamu tekad berdiam diri.
Hendak beredar juga mereka berdua tidak berani. Silap hari bulan, amarah Nick Aiden itu sehingga terlampias kepada mereka berdua pula. Mahu tak mahu, masing masing mematung di posisi sambil meramas lutut. Hati tak berhenti memanjat doa supaya Rayne Arzhael lekas pulang. Mereka mahu lekas beredar dari itu.
Muncul sahaja kelibat Rayne Arzhael di bukaan pintu, Adam dan Louis menghembus nafas panjang. Mereka rasa lega seolah olah beban berat yang menekan dada sejak tadi lepas.
Nick Aiden lekas berlari mendekati adiknya. Tubuh Nadine Aira dibelek belek. Matanya tak putus menilik wajah gadis itu andai lelaki yang dia percayakan itu sehingga berbuat apa apa kepada adiknya. Tak semena Rayne ketawa halus. Namun, jelas di telinga Nick Aiden. Automatik mata lelaki ini mencerlung pemuda itu.
Rayne sekadar mengunci mulut. Dia tidak mahu bertelagah.
Apa yang pasti, dia sudah menang.
Dan seperti tekaannya, Nick Aiden itu salah dalam membuat penilaian.
*
*
*
MEJA perbincangan anak beranak itu dibuka kembali.
Nick Aiden sedari tadi sekadar diam membisu di tempatnya.
Dia akui kesalahan dirinya. Sehingga lelaki itu kerap mengalihkan pandangan mata. Apatah lagi tatkala Danial Haesar sering melirik ke wajahnya. Tak semena dia akhirnya bingkas bangkit selang kemudian.
Barangkali selagi dirinya tidak mengaku salah, selagi itu dia takkan mampu duduk dengan tenang.
βYa, saya mengaku saya yang salah.β
βKononnya saya boleh cari lelaki yang terbaik untuk Aira.β
Bicara itu ditujukan kepada si ayah.
Nick Aiden menyilangkan lengan di dada. Dia kembali menghenyak punggung di kerusi. Danial Haesar menghela nafas panjang. Telingkah Nick yang keras kepala tapi tekad mengaku kesilapannya bikin lelaki itu merasa bangga.
Seolah olah dia cukup suka akan perwatakan itu.
Tapi, Nick Aiden masih berkeras tidak mahu menerima cadangan si ayah.
Dia mengaku silapnya bukan bererti dia bersetuju untuk adiknya ini berkahwin dengan Rayne seperti apa yang dimahukan oleh lelaki itu.
Nadine Aira seperti kebiasaan tekad membisu. Dia sekadar memasang telinga sehingga kadang kala dia naik darah mendengar anak beranak itu asyik bertelagah. Telinga jadi berdesing mendengar suara yang saling bersahutan dek masing masing tak mahu mengalah. Selagi tak mencapai kata putus, mustahil untuk perbalahan itu dihentikan.
Nadine Aira mengeluh panjang. Nafas berat terhela oleh gadis itu.
Dia tampar dahinya sendiri dengan kepalan buku lima.
Padahal sebentar tadi mereka berdua boleh berbincang dengan baik. Tapi, lama kelamaan perbincangan itu kembali bertukar menjadi perang mulut. Sehinggalah Nadine Aira tekad mencelah. Jikalau terus dibiarkan keadaan itu berlanjutan, tak mustahil ada yang sehingga naik tangan.
Anak beranak itu sama. Dua dua tak mahu mengalah, pantang menyerah.
βTuan, abang Nick...β
βCukup!β
Nadine Aira menghentakkan telapak tangannya ke atas meja. Dia kesal. Tak semena perang mulut itu terhenti dek masing masing tekad diam.
βKalau terus macam ni, saya kahwin dengan Rayne saja lah!β
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top