20. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019






--Chapter 020--

*
*
*


β€œKENAPA perlu kau yang ikut Aira?” Bahu pemuda itu ditolak sehingga Rayne mengundur ke belakang.

Barusan sahaja pemuda itu mahu masuk ke pintu kereta, kolar bajunya lekas disambar oleh Nick Aiden. Dia tidak suka akan cadangan bahawa Rayne Arzhael perlu menemani Aira untuk menemui pilihannya itu. Boleh jadi Rayne akan menjadi pengacau dalam pertemuan itu.

Mentang mentang lah dirinya itu barusan kena tolak.

Mungkin pemuda itu sekadar bawa lagak suci di hadapan Danial Haesar. Tapi di belakang lelaki itu, Nick Aiden menganggap Rayne merasa tercabar.

Dan untuk memuaskan hati yang dibelenggu amarah yang membuak, dia telah mengatur suatu rencana.
Rayne Arzhael ketawa kecil. Geli hati barangkali melihat Nick Aiden yang tidak putus putus meragui dirinya.

Setiap tuduhan yang meluncur dari celah bibir lelaki itu buat dirinya itu langsung tidak berasas. Entah apa yang telah bikin Nick Aiden begitu takut dengan dirinya. Dan, lagi satu! Untuk apa dia mahu berniat menganggu pertemuan Nadine Aira bersama lelaki pilihannya itu?

Bukannya mendatangkan untung pun buat Rayne Arzhael. Lain lah jikalau dia mahu membazir masa tenaga.

β€œEncik Nick Aiden, dah jadi tugas aku untuk ada dengan Cik Aira.”

β€œEncik tak perlu lah nak menuduh sembarangan atau encik sendiri yang akan rasa menyesal. Encik simpan apa yang aku cakap. Dan, kita akan lihat siapa yang benar, dan siapa yang salah dalam menilai.” Jemarinya kelihatan menepuk nepuk kolar baju sendiri. Persis sedang menepis debu debu yang melekat pada bajunya.

Dia kemudiannya mengatur langkah melewati Nick Aiden.

Nick mengepal buku limanya. Lelaki itu menghembus nafas kasar.

Pemuda itu seolah sedang mencabar dirinya untuk satu permainan. Dan, pemuda itu bertingkah seolah dirinya sudah menang tanpa bertanding. Tak semena Nick Aiden hampir naik angin tapi tidak juga dia membentak. Dari ekor mata, dia melihat pemuda itu mengerling cermin sisi, tepat melirik ke arahnya yang masih tercegat.

Senyuman yang tersimpul pada wajah Rayne seolah olah satu peringatan.

Nick Aiden mengerutkan dahi. Mata itu... Dia pernah melihatnya sebelum ini. Sepasang mata itu lah yang dia lihat pada kali pertama mereka bersambut salam. Mata yang menjadi asbab mengapa dirinya cukup meragui pemuda itu. Mata asing yang menyebabkan dia menganggap pemuda itu sebagai lawan. Bukannya sebagai seorang kawan.

Benarlah pemuda itu selama ini cuma memperbodohkan orang di sini.
Sehinggakan setiap orang di rumah ini percaya akan agendanya.

Personaliti baharu?

Sila mati!

*
*
*


RAYNE Arzhael cuma menunggu di luar. Dia masuk sendirian.

Dari bukaan pintu, dia melihat figura seorang lelaki duduk menunggu di meja. Santapan sudah pun terhidang di hadapan mata lelaki itu.

Sesekali matanya mengerling segenap ruangan. Ruangan bilik mewah itu telah ditempah khas oleh Nick untuk mempertemukan adiknya dengan lelaki ini. Nadine Aira hembus nafas perlahan lahan. Acap kali dia berfikir untuk menemui lelaki itu. Dia takut sekiranya lelaki itu tidak suka akan keadaan dirinya seperti ini.

Dia kira, tiada sesiapa pun akan suka jikalau dipadankan dengan gadis yang cacat sepertinya. Dia cuma akan dipandang serong. Tapi, jikalau lelaki itu pilihan Nick Aiden, orangnya pasti baik, bukan? Lelaki itu juga pasti sudah sedia maklum akan keadaan dirinya melalui Nick Aiden. Jadi, tiada apa yang perlu dia risaukan. Kan?

β€œNadine Aira?” Namanya dipanggil. Aira mengangguk, sedikit ragu ragu.
Lantas dia melihat lelaki itu sambut kunjungannya dengan senyuman.

Lelaki ini tentu baik, bukan?

*
*
*



PERTEMUAN yang dijangka berakhir tidak baik itu rupa rupanya sekadar perasaan hatinya yang ragu ragu.

Lelaki itu ternyata boleh menerima keadaan dirinya. Dan, dia tidak ada masalah untuk memperisterikan seorang gadis yang lumpuh. Nadine Aira rasa senang hati. Sekurang kurangnya lelaki itu tidak memandang serong terhadap dirinya seperti yang dia jangkakan. Lelaki itu juga kelihatan senang bersamanya.

Dia tak juga memetik hal yang boleh mengguris hati Nadine Aira. Bicaranya sopan, perilakunya jugaΒ  santun. Barangkali Nick Aiden cukup berhati hati dalam pilihannya.

Nadine Aira pamit sejenak. Gadis itu mahu ke bilik air. Lelaki itu bingkas bangkit, hendak menghantar gadis itu. Namun, Aira cepat menolak. Dia boleh sendiri. Lelaki itu patuh.

Akhirnya dia duduk menunggu sahaja di situ. Dari ekor mata, Nadine Aira kerap mengerling ke arah lelaki itu. Sehinggalah kelibatnya masuk ke ruangan bilik air yang sudah tersedia.

Selang kemudian, sayup kedengaran bunyi deringan telefon.

Sebaik memeriksa nama pemanggil, lelaki itu lekas menyambutnya.

Tersungging senyuman simpul pada wajah lelaki itu. Dia seolah olah tidak sabar untuk berbicara bersama si pemanggil. Suara lunak milik seorang wanita kedengaran memanggilnya lewat corong telefon.

β€œYou sabar lah. Kejap lagi I akan balik. I sibuk kerja.” Nada mesra kedengaran pada setiap tutur katanya kepada si pemanggil.

β€œYou, I buat semua ni sebab you juga.”

β€œYou yang nak sangat duit kan sampai minta I jumpa perempuan cacat tu.”

β€œJadi, betul lah encik cuma pura pura depan saya?” Tak semena lelaki itu tersentak.

Sepasang matanya membeliak. Lelaki itu membisu sehingga bicara si pemanggil tidak lagi disahut olehnya.

Sebaliknya matanya kini menatap gadis itu yang barusan menerpa kembali mendekati meja. Cepat cepat dia tamatkan panggilan telefon lalu disisip ke dalam poket seluar.

β€œBetul encik kenal abang saya?” Aira bertanya. Dia mahukan kepastian.

β€œAku langsung tak kenal siapa abang kau. Aku cuma tawarkan diri aku untuk jumpa kau sebab aku ingat dia akan bayar aku. Aku juga tak tahu apa apa tentang kau. Kalau aku tahu adik dia cacat, kau ingat aku nak bazir masa jumpa kau dekat sini?”

β€œAku sanggup buat semua ni pun sebab aku nak duit.”

Mata gadis itu bertakung dengan air jernih.

Hatinya seakan akan dibedik peluru bertalu talu mendengar bicara itu.

Lelaki yang dia sangka ikhlas untuk mengenal dirinya sekadar satu tipu helah semata mata. Setiap perlakuan lelaki itu terhadapnya dusta. Bahkan lelaki itu mahu menemuinya pun hanya kerana bayaran wang. Nadine Aira hembus nafas panjang. Dia lekas menyeka air mata yang tumpah membasahi pipinya. Lantaran dia mahu segera beredar dari situ.

β€œPerempuan cacat macam kau cuma layak terperuk dalam rumah!”

β€œTak ada sesiapa yang nak perempuan cacat untuk dibuat isteri kalau cuma tahu menyusahkan suami.”

β€œKalau aku bernikah dengan kau, kau cuma akan jadi beban aku. Aku...”

Kedebuk!

Satu tumbukan melayang ke pipinya. Sekelip mata tubuh lelaki itu tumbang menyembah bumi. Nadine Aira tersentak. Rayne yang barusan sahaja melewati dirinya lekas meluru ke arah lelaki itu yang galak menyuarakan isi hatinya. Dengan satu tumbukan sahaja, mulutnya yang sedari tadi tak henti terkumat kamit itu kini diam.

Tak semena lelaki itu menyumpah seranah. Dia lap bibirnya yang pecah.

β€œPerempuan cacat yang kau hina tu anak Tuan aku. Jikalau hendak dibandingkan kau dengan dia, kau sebenarnya yang cacat. Hati kau yang cacat.” Kolar baju lelaki itu disambar seraya dipaksa untuk bangkit.

Lantaran tubuh lelaki itu ditolak sehingga dia jatuh berlutut di hadapan Aira. Dia cengkam pangkal leher lelaki itu lalu dia tekan tengkuknya sehingga wajahnya mencium lantai.

β€œAku beri kau peluang minta maaf.”

β€œKalau dia maafkan kau, aku akan berbesar hati lepaskan kau.”

Nadine Aira menatap wajah Rayne. Lama dia mencuri pandang melirik wajah pemuda itu. Melihat dari amarah Rayne Arzhael, dia tebak pemuda itu sudah kembali. Pemuda itu sudah kembali sebagai Rayne Arzhael yang dia kenal selama ini.

Atau, barangkali selama ini Rayne itu tetap ada bersama dengannya.

Rayne, kau kembali, bukan?



--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top