2. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 02--

*
*
*

SABAN tahun berlalu sejak pertama kali dirinya dibawa ke tempat ini.

Semuanya atas perintah si bapa yang telah memberi kata putus untuk anaknya itu menetap di kediaman ini, jauh dari perbandaran. Keputusan itu bukan lah satu hal yang saja saja diambil. Lelaki itu punya asbab yang bikin dirinya untuk berbuat sedemikian.

Setelah kematian isterinya, anak gadisnya itu sering sakit. Mentalnya tidak sihat sehingga kadang kala gadis itu sukar untuk berfikiran waras. Barangkali kerana dirinya itu belum lagi menerima kenyataan bahawa kematian si ibu adalah berpunca daripada wanita itu membunuh diri sendiri.

Jadi, si ayah beranggapan, barangkali lebih baik andai anak gadisnya ini menetap jauh dari orang ramai. Tapi, rencana itu sedikit pun tidak membuahkan hasil. Anak gadisnya kini makin suka memberontak.
Dia jadi lebih suka buat perangai.
Sehingga kadang kala tindakannya itu boleh jadi luar jangkaan.

β€œSo, as long as our Young Miss is breathing well, I think that’s enough for both of us.”

Telinga yang rasa berdesing diramas geram sambil sambil dia mengeringkan rambut yang basah usai keluar dari bilik air.

Entah mengapa, setiap kali bait bicara itu kedengaran menampar nampar gegendang telinganya, dia jadi ingin naik marah. Darahnya meluap luap panas. Sehinggakan ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Dari hujung ekor mata, dia melihat dulang di atas meja. Ada sarapan pagi terhantar kepadanya.

Seperti hari hari sebelumnya, sarapan pagi itu sekadar dipandang sepi. Tak pernah sekali disentuh olehnya. Sejak berkurung di tempat ini, tekaknya jadi tidak lalu untuk makan.

Matanya mengerling sejenak ke jendela yang bertutup rapat. Setapak demi setapak jendela berpagar itu dihampiri lantaran langsir yang melitupinya diselak luas.

Tak semena sepasang matanya automatik tertutup rapat dek silau disimbahi cahaya mentari lewat jendela yang dibiarkan terbuka luas di sebalik pagar besi. Ralit sepasang matanya memerhati dunia sekitar. Angin yang bertiup sedikit dingin bikin tubuhnya rasa sejuk dek dirinya yang barusan usai mandi.

Matanya juga asyik mengekori sekumpulan burung yang terbang bebas sehinggalah sepasang matanya itu jatuh tertancap ke arah figura seorang lelaki muda yang mengenakan topi. Sebaik melihat kelibat lelaki itu, genggamannya pada pagar jendela bertambah erat.

Api amarahnya seperti ditiup untuk menjadi makin marak.

β€œKau tak serik serik lagi?"

"Atau, kau sebenarnya memang tak faham bahasa?”

Lengan gadis itu dicengkam oleh lelaki muda ini. Sepasang matanya tajam melirik wajah gadis itu yang terlihat bengis. Gadis itu tarik semula lengannya sehingga cengkaman erat tadinya itu terlepas.

β€œAku memang takkan serik selagi aku tak mati. Cuba lah kau halang aku lagi.” Bicaranya sengaja ditekankan setiap satu. Dia melawan.

Lelaki muda dengan wajah angkuh itu ketawa. Geli hatinya barangkali. Dek terlalu banyak ketawa, sepasang matanya juga sehingga berair. Selang kemudian, tawanya itu tiba tiba sahaja mati. Tak lagi kedengaran suara tawanya dalam ruangan kamar ini. Jemarinya pula naik menyambar dagu gadis di hadapan matanya.

β€œBetul kau nak mati? Setahu aku, kau tu takut untuk mati.”

Dek rasa geram yang menekan dada, dia terajang dinding melampiaskan amarah sebaik lamunan panjang itu akhirnya lenyap dari pandangan mata. Nafasnya menderu kasar sedang matanya melirik tajam ke arah sekujur tubuh milik lelaki muda itu yang terbaring santai di atas kerusi malas di samping kolam.

Sehinggalah lelaki muda berkaca mata hitam itu terlihat mengangkat wajah. Sebaik sahaja kaca mata hitamnya ditarik melorot ke batang hidung, matanya mengerling tepat ke arah gadis itu yang menatapnya sejak tadi. Tak semena sepasang mata mereka akhirnya menyatu.

Dia tayang smirk, melontar senyuman sinis dek sengaja mahu mengusik. Melihat pandangan matanya itu disambut oleh lelaki ini, gadis itu lekas tarik langsir.

Jendela itu kembali ditutup olehnya rapat rapat.

Lelaki ini senyum sumbing. Geli hatinya. Dia tahu gadis itu pasti lagi panas hati melihat dirinya usai lirikan mata itu menyatu.

Tawanya berlarutan buat seketika lantas mendaratkan sebuah buku tebal di tangan ke atas meja. Lelaki itu kini bangkit usai menyambar cermin mata hitam yang dipakai.

Matanya mengerling air kolam sejuk yang jernih di hadapan mata. Buat sejenak, matanya mengerling ke langit. Panas terik sebegini memang makan dia kalau berendam tubuh di dalam kolam. Usai melempar kaca mata ke atas kerusi santai, dia lepaskan kemeja T lengan pendek yang tersarung di tubuh lalu terjun masuk ke dalam kolam.

Selang kemudian, lelaki itu kembali muncul ke permukaan air kolam. Dia raup wajah yang basah sambil dia tersenyum puas hati. β€œNice!”

*
*
*

β€œBETUL kau nak mati? Setahu aku, kau tu takut untuk mati.”

Sebaik sahaja cengkamannya di dagu gadis itu terlerai, lelaki muda ini bangkit. Kini, langkah kakinya dihayun pula ke muka pintu. Dia mahu beredar.

β€œSelagi maut tak jemput kau, selagi tu kau akan bernyawa. Kau cuba seribu cara sekali pun untuk mati, tapi selagi ajal kau belum tiba, kau takkan mati.”

β€œSebagai pengawal peribadi yang bekerja bawah Tuan, yang diarahkan untuk jaga kau kononnya, aku ditugaskan untuk pastikan yang kau tetap bernyawa.”

β€œMaksudnya, kalau kau cuba untuk bahayakan nyawa kau lagi lain kali, aku takkan teragak agak untuk lapor hal ni kepada Tuan. Biar Tuan beri aku kelonggaran pada anak gadis cengeng dia ni. Biar kau tahu yang tetap hidup dan bernyawa tu lebih baik.”

Ada tawa halus yang pecah sebaik bicaranya jeda. Bicara itu terselit satu amaran yang bikin gadis ini akhirnya terpaksa mengaku kalah juga.

β€œSumpah, aku bencikan kau!”

β€œBenci? Terpulang pada diri kau. Bukan urusan aku.”

Pprang!

Dulang yang ada di atas meja ditepis sehingga bertaburan ke atas lantai. Pinggan dan gelas kaca pecah, berkecai seribu sebaik jatuh terhempas.

Dia ramas telinga yang rasa berdesing setiap kali suara milik lelaki itu terngiang ngiang menampar gegendang telinganya. Dadanya berombak, nafasnya menderu kasar. Rupa rupanya, sebelum ini, pada pertemuan kali pertama, dia ternyata sudah tersalah anggap terhadap lelaki itu. Bodohnya dia kerana pernah menyambut salam.

Kononnya, salam itu adalah tanda persahabatan. Tapi, setelah lelaki itu muncul kembali ke dalam hidupnya, orang yang dianggap kawan itu β€˜pulang’ sebagai backstabber.

--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top