18. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019





--Chapter 018--



*
*
*

SECANGKIR kopi hangat diletakkan ke atas meja kerja.

Wanita itu kemudiannya menunggu dahulu di ruangan itu. Dia belum berniat untuk pamit. Barangkali ada sesuatu yang hendak dia suarakan kepada Danial Haesar kala itu.

β€œTuan tak nak datang sesi rehab Aira? Boleh Tuan lihat progress semasa.”
Dia sudah berfikir panjang sebelum bertanya kepada lelaki itu. Dia takut andai apa yang dia anggap sebagai cadangan itu kedengaran tidak kena pada telinga Danial Haesar. Jikalau dia cakap main lepas, dia takut lelaki itu sehingga naik angin pula.

Lagipula dia sedar akan kedudukan dirinya di sisi Danial Haesar.

Kedudukan dirinya itu belum cukup jadi permit untuk mengarah lelaki itu sesuka hati. Juga belum cukup untuk membuatkan lelaki itu patuh akan setiap satu permintaannya.

Dia juga telah mengenali lelaki itu sudah cukup lama. Dia tahu Danial Haesar orangnya seperti apa. Jadi, dia juga arif akan sikapnya. Amarah lelaki itu adalah satu hal yang paling dia mahu elak. Jikalau boleh, jangan sesekali bikin amarahnya terhambur.

β€œAira tak mahu saya berada di sana.”
Tak semena Maleena tersentak. Dia tidak mengharapkan jawapan seperti itu datang dari mulut Danial Haesar.

Sebagai seorang bapa, tidak mengapa untuk dirinya berkeras walaupun si anak berdegil mengatakan tidak. Dia juga punya hak untuk datang melihat bahkan menemani anak gadisnya itu. Nadine Aira perlukan sokongan. Dan sokongan selayaknya adalah daripada seorang ayah buat anak gadisnya.

Tapi, lelaki itu kelihatan seperti sudah pasrah. Dia sudah tekad angkat bendera putih. Jikalau dipujuk sekali pun, mustahil untuk lelaki ini menerima apa yang dicadangkan.

β€œMacam mana keadaan Rayne?” Isi perbincangan dialih.

Danial Haesar sepertinya tidak mahu terus berbincang soal itu. Sebaliknya dia bertanya akan khabar Rayne Arzhael. Seperti biasa, Maleena cuma menggeleng kepala. Tiada berita yang perlu dia sampaikan soal Rayne kepada lelaki itu. Jikalau ada sekali pun cuma akan membuatkan lelaki itu berkeluh hampa.

*
*
*


DAUN pintu yang dibiarkan terbuka ditolak perlahan lahan.

Buat sejenak, matanya meliar melirik segenap ruangan kamar.

Tiada kelibat seorang manusia di sini. Gadis itu menerpa masuk.

Sehinggalah kerusi rodanya berhenti di samping katil yang menempatkan Rayne Arzhael. Pejam celik, pejam celik. Sebulan pun berlalu seolah olah barusan semalam kejadian menimpa Rayne Arzhael itu berlaku.

Waktu berlalu cukup pantas. Seiring beredarnya waktu, dia juga sudah mampu untuk menggerakkan kakinya walhal dirinya masih belum mampu untuk berjalan sepenuhnya. Dia cuma boleh mengatur langkah setapak dua, itu pun dengan bantuan tongkat.

Dalam waktu sebulan ini, banyak yang telah dia capai dalam misi untuk kembali pulih seperti sedia kala. Tapi, Rayne belum juga sedarkan diri.
Pemuda itu masih terlantar selama berminggu minggu di atas katil. Tiada juga tanda tanda bahawa dia akan sedar dalam waktu terdekat.

β€œAdam, dah masuk sebulan. Takkan Rayne belum sedarkan diri lagi?”

Sayup sayup kedengaran suatu suara dari luar kamar. Namun, sedikit pun tidak menganggu konsentrasi gadis itu yang masih leka termenung. Iris matanya yang redup merenung kosong. Lirikan matanya itu seolah olah mampu untuk menembusi dinding rumah agam. Entah apa yang sedang bermain main di benak fikirannya. Sehinggakan dia tidak peduli dengan sekitarnya.

Louis yang sedari tadi asyik berleter sedikit pun tak mengambil endah akan keadaan sekeliling. Sebaliknya pemuda itu asyik berbicara bersama Adam yang sekadar disahut acuh tak acuh oleh sahabatnya itu. Adam yang melihat kelibat Nadine Aira dalam ruangan kamar Rayne lekas menolak tubuh Louis merapat ke dinding.

Louis yang tidak tahu apa apa nyaris naik suara. Cepat cepat Adam bawa jari telunjuknya ke bibir sendiri. Dia mahu pemuda itu mendiamkan diri.
Louis mengerutkan dahi. Walhal dia rasa hairan, dia akur sahaja.

Sehinggalah dia melihat Adam seperti mencuri pandang ke dalam ruangan kamar Rayne Arzhael. Tak semena dia juga ikut melakukan hal yang sama.
Masing masing kemudiannya berbalas pandangan sebelum mereka tekad untuk beredar terlebih dahulu.

β€œIngat apa yang Rayne cakap?”

β€œSelagi maut tak jemput dia, selagi tu dia tak akan mati.”

β€œDan selagi tu kita masih ada harapan yang Rayne akan sedarkan diri.”

*
*
*


PERLAHAN lahan dia mencelikkan mata yang masih layu dibelenggu kantuk.

Dia kemudiannya melirik sejenak ke arah jendela. Langsir yang dibiarkan semalaman tidak melitupi bukaan jendela melambai lambai mengikut deruan angin pagi.

Ralit mata gadis itu melirik ke luar jendela.

Sehinggalah telinganya menangkap bunyi derapan langkah.

Kedengaran teratur perlahan lahan menerpa ke ruangan pintu kamar.
Tak semena gadis itu lekas melarikan lirikan matanya ke bukaan pintu. Matanya jatuh menatap sekujur tubuh milik seorang pemuda dengan balutan kain kasa di kepalanya.Β 

Pemuda itu berdiri membelakangi dirinya. Barangkali kerana dia sudah berniat untuk beredar. Nadine Aira tersentak. Perlahan lahan sepasang matanya membuntang.

Dia juga bingkas bangkit.

Matanya yang sejak tadi asyik melirik ke arah pemuda itu kini beralih menatap dulang di atas meja kecil di samping katil. Ada sarapan pagi sudah terhidang untuk menjamunya. Pemuda itu pada pandangan matanya bukan Adam. Juga pasti bukan Louis.

Jadi, pemuda itu... β€œRayne?”

Sepotong nama itu meniti di bibirnya setelah dia merasa yakin.

Pemuda itu tidak menyahut. Dia juga tidak berpaling. Tiada sebarang reaksi yang Nadine Aira perolehi sebagai tanda tekaannya itu diiyakan. Nadine Aira mengerutkan dahi. Dia cepat beralih posisi, kini duduk di atas kerusi roda. Dia mahukan kepastian.

Melihat dari siluet sahaja, dia sudah dapat mengagak bahawa pemuda ini ialah Rayne Arzhael.

Belum berkesempatan dia menerpa ke arah pemuda itu, dia melihat pemuda itu rebah berlutut di lantai. Pemuda itu mengaduh kesakitan sambil kedua dua belah tangannya memegang kepala.


*
*
*


USAI Dr Caylus memeriksa keadaan Rayne Arzhael, lelaki itu menerpa ke arah Danial Haesar.

Tak semena setiap orang di ruangan kamar itu masing masing memasang telinga. Mereka mahu mendengar apa yang hendak dibicarakan Dr Caylus. Mereka mahu setiap kebingungan yang melanda diperjelaskan.

Menurut Dr Caylus, kecederaan serius di kepala Rayne menyebabkan pemuda itu mengalami keadaan yang disebut kecelaruan personaliti atau perwatakan.

Pemuda itu seperti orang yang kurang pasti akan identiti sendiri sehingga dirinya boleh mewujudkan satu identiti yang baharu.

Doktor itu juga menyebut lagi akan tindakan Rayne sejurus pemuda itu sedarkan diri. Boleh jadi itu adalah perwatakan baharu yang diolah oleh mindanya sendiri. Tak semena Nadine Aira yang tekun mendengar semakin mengerutkan dahi kehairanan.

Matanya kemudian beralih melirik ke arah Rayne yang duduk bersandar di kepala katil. Pemuda itu kelihatannya asyik merenung ke luar jendela dengan tatapan kosong.

β€œBarangkali Rayne tahu yang dia ada tanggungjawab kepada Cik Aira seperti apa yang ditugaskan oleh Tuan.” Setelah lama lelaki berkot putih itu terjeda, bicaranya itu disambung lagi dengan sepatah kenyataan. Nadine Aira tidak mendengar sebarang keraguan dalam bicara itu.

Gadis ini mahu tahu lebih lanjut. Tapi dia tidak juga menyuarakan isi hatinya. Sebaliknya keinginan itu dia simpan sahaja. Biar lah menjadi satu tanda tanya yang tidak perlu untuk diperjelaskan. Cukup setakat itu saja!

--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top