16. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 016--
*
*
*
SEPASANG matanya ralit menatap ke aras dua. Andai sahaja dirinya sudah mampu untuk berjalan semula, pasti dia akan berlari riang meniti barisan anak tangga untuk ke aras dua.
Namun, keinginan itu terpaksa gadis ini pendam dahulu.
Atau, barangkali selamanya akan terkubur.
Tak semena jemarinya menggenggam kesal dress yang tersarung di tubuh.
Keadaan dirinya kala ini cukup bikin dia merasa sebal. Dia juga dibelenggu perasaan marah. Sehingga dia sering bertanya akan mengapa perkara ini berlaku kepada dirinya. Mengapa dia yang perlu melalui semua ini?
Memang benar dirinya sudah terima kenyataan yang hakikatnya kedua dua belah kakinya lumpuh. Dan, dia masih berpeluang untuk pulih. Tapi, saat dikhabarkan akan berita itu, dia anggap kehidupannya seperti tidak lagi bermakna.
Seolah olah tiada lagi kekuatan untuk meneruskan hidup.
Kala itu, dirinya menjadi serapuh rapuh manusia. Dia anggap dirinya cukup lemah.
Sehingga berfikir mati itu lebih baik.
Dari kejauhan, Rayne yang barusan menapak masuk dari bukaan pintu menjadi pemerhati. Buat sejenak, dia menatap gadis itu sebelum lirikan matanya berkalih ke aras dua. Entah apa yang sedang bermain main di fikiran gadis itu sehingga tak peduli akan dunia sekitarnya.
Gadis itu terlalu asyik memandang ke aras dua sehingga tidak sedar bahawa gelagatnya itu mendapat perhatian Rayne. Rayne Arzhael menerpa ke arah gadis itu di tengah ruangan. Dia mengerutkan dahi kehairanan.
Ada apa agaknya di aras dua sehingga gadis itu kelihatan begitu tertarik?
βSelepas aku pulih, apa yang pertama kali aku akan buat adalah...β
β...berlari ke aras dua.β
Tadi, bicaranya sempat jeda sejenak. Barangkali gadis itu mahu berfikir dua kali sebelum bicaranya dilanjutkan. Jikalau bercakap lepas mulut, tak pasal pasal dirinya akan diketawakan oleh Rayne. Namun, pemuda itu tidak pula beranggapan sedemikian. Dia tak juga mendengar ada jenaka pada bicara itu.
βApa yang ada dekat aras dua sampai kau tak sabar untuk sembuh?β
Rayne Arzhael sekadar bertanya. Dia cuma mahu melanjutkan perbualan.
Padahal dirinya tak ingin untuk tahu.
βBilik ibu.β
Tak semena Rayne mendiamkan diri. Respons itu bikin mulutnya terkunci. Buat sejenak, mindanya ligat berputar. Dia seolah olah sedang ralit memikirkan sesuatu. Sambil sambil bibirnya terlihat terkumat kamit seperti sedang menghitung.
Sehinggalah kelihatan pemuda itu mencempung tubuh Nadine Aira.
Nadine Aira kaget. Sepasang matanya membuntang luas. Tindakan Rayne yang tiba tiba mencempung tubuhnya membuatkan gadis itu terperanjat.
Cepat cepat dia rangkul leher pemuda itu. Dia takut tubuhnya sehingga terlepas.
Apatah lagi tindakan itu sukar untuk dia tebak. Masakan tidak. Pemuda itu barusan mendiamkan diri. Lama dia membisu. Barangkali sedang melayan apa yang berlegar legar di minda. Aira juga tidak tumpukan perhatian kepada Rayne, sebaliknya dia leka.
Sehingga lah dia dapati tubuhnya itu dicempung oleh Rayne Arzhael, baru lah dia seperti kembali ke dunia nyata setelah termenung panjang.
βUntuk kau sembuh, mungkin ambil masa yang lama lagi.β
βJadi, biar aku bawa kau ke aras dua.β
Rayne mengemaskan rangkulan. Dia kemudiannya mengatur langkah meniti setiap barisan anak tangga. Nadine Aira mematung. Gadis itu tak berupaya untuk melontarkan sebarang bicara. Padahal tadinya dia mahu naik suara menengking pemuda ini.
Tapi, amarahnya itu perlahan lahan mulai lenyap. Dada yang pada mulanya berombak kerana menahan amarah yang membuak buak kini beralih menanggung debar. Gadis itu rasa gemuruh yang bukan kepalang sehingga dia juga kematian kata kata.
Perlahan lahan, kerusi roda di tengah ruangan mulai kelihatan menjauh.
βAku buat semua ni bukan sebab aku yang nak sangat. Tapi, tak juga sebab aku kena paksa.β
βAku diarahkan untuk bantu kau.β
Bicara Rayne Arzhael seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Gadis ini sedikit pun tidak tumpukan perhatian terhadap bicara itu. Entah dirinya mendengar atau tidak kerana tiada sebarang reaksi yang diperolehi Rayne Arzhael. Sebaliknya, gadis itu sekadar membisu. Akhirnya, dia juga tekad mendiamkan diri.
*
*
*
SENYUMAN keterujaan tersimpul di bibirnya. Sebaik sahaja dia dibawa masuk ke ruangan kamar mendiang ibunya itu, senyumannya melebar.
Apatah lagi tatkala matanya melirik ke setiap kanvas lukisan yang ada di ruangan itu. Kanvas lukisan yang masih belum disiapkan juga masih terduduk kemas di atas easel kayu.
Tubuhnya didudukkan ke atas kerusi.
Betul betul berhadapan kanvas lukisan yang tertangguh itu. Dia bawa jemarinya menyentuh kain kanvas. Sayang sekali lukisan ini.
Si ibu belum berkesempatan untuk menyudahkan lukisannya.
Rayne Arzhael juga ambil peluang ini untuk merenung ke segenap ruangan.
Sehinggalah matanya tertancap ke arah kanvas gergasi di dinding. Pada kanvas itu ada lukisan potret seorang wanita. Tak semena dia mengerutkan dahi.
Barangkali kerana ini kali pertama dia melihat wanita itu. Ah, dia silap! Ini bukan kali pertama dia melihat wanita dalam lukisan itu.
Dia pernah melihatnya sebelum ini. Bahkan, juga pernah menemuinya.
Wanita itu ialah Maria Louisa. Isteri kepada tuannya, Danial Haesar.
Masakan dia akan lupakan wanita itu.
Pertama kali dia dibawa oleh Danial Haesar ke rumah ini, wanita itu lah yang telah menyambut kedatangannya. Tubuh kecilnya didakap oleh wanita itu seperti sang ibu membelai anaknya sendiri.
Pelukan yang kononnya dari si ibu itu ternyata pelukan yang cukup hangat.
βRayne...β
Tak semena lamunan panjang Rayne mati sebaik namanya dipanggil.
Matanya berkalih menatap Nadine Aira yang tersenyum simpul.
Telingkah aneh gadis itu bikin dirinya mengerutkan dahi dek kehairanan. Dia tebak, ada maksud tersirat sebalik telingkah gadis itu. Pasti ada satu akal sedang bermain main di fikirannya.
*
*
*
βKAU yakin yang kau boleh selesaikan lukisan ni? Kau yakin yang kau ada bakat melukis macam Puan Louisa?"
Rayne Arzhael bidik gadis itu dengan soalan bertalu talu. Nadine Aira rasa sedikit kesal. Bakatnya seperti sedang dipandang remeh oleh Rayne. Ah, dia tidak boleh terima! Rayne yang tidak tahu bahawa bakatnya dalam melukis itu mewarisi bakat ibunya.
βKau pandang rendah dengan aku?β
βAku tak berniat. Tapi, kalau ya kau ada bakat, hasilnya kelak bagaimana? Lukisan ni dah lama tertangguh. Idea juga asal daripada fikiran Puan Louisa. Kita ada pandangan berbeza. Mustahil untuk lukisan ni terhasil seperti kehendak Puan, kan?β
βKalau aku, aku akan tinggalkan saja. Mungkin, lukisan ini cukup setakat apa yang kita lihat sekarang. Mungkin Puan Louisa sendiri yang mahu lukisan ni seperti ini. Tapi, kita pula yang menganggap lukisan ni belum diselesaikan. Padahal kita tak tahu apa yang pelukis mahu sampaikan.β
Nadine Aira menung sejenak. Ada benarnya dalam bicara itu.
Rayne juga diam sejenak. Bicaranya terjeda. Kemudian pemuda itu terlihat mencapai sebatang pensel yang tersimpan di dalam gelas kaca. βKalau kau nak tunjuk bakat dalam melukis, lebih baik kau cuba untuk hasikan karya dari fikiran kau sendiri. Itu lebih baik.β Pensel itu kemudiannya dia hulur kepada Nadine Aira.
Nadine Aira tersentak. Sepasang mata bundarnya perlahan lahan melebar.
Matanya ralit melirik pemberian itu sebelum dia tekad menyambutnya.
"Baik. Aku sahut cabaran kau."
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top