14. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 014--


*
*
*

BOTOL minuman yang sudah sedia dibuka penutup dihulur kepadanya.
Rayne Arzhael sambut pemberian itu dengan usulan ucapan terima kasih.

Buat sejenak, gadis itu membuang pandang ke langit. Kepulan awan memutih bak gula gula kapas. Jikalau diingat kembali, seolah olah ini kali pertama dia melihat dunia setelah berpindah keluar dari kotej. Selama ini dia cuma terperuk di belantara.
Dia juga sehingga lupa seperti apa kehidupan di luar.

Matanya ralit memerhati manusia yang lalu lalang.

Dengan alasan mahu rehat sebentar, Rayne singgah di tempat ini. Nadine Aira mampu membaca erti tersirat di sebalik alasan itu.

Tapi, dia tidak juga menyuarakan tentangnya. Sebaliknya dia cuma menurut. Barangkali, Rayne tidak mahu sesiapa pun yang tahu akan keadaan dirinya kala ini.

Lagipula, Nadine Aira cukup senang untuk berada di luar sebentar.

Bolehlah dia ambil kesempatan untuk menghirup udara segar. Jikalau lekas pulang, memang rugi lah dirinya! Bukannya selalu dia dapat peluang untuk berjalan jalan makan angin sambil sambil memerhati gelagat manusia di sekitarnya. Memang lah situasi sekarang bukan dikatakan makan angin.

Atau, berjalan jalan santai. Tapi, dia manfaatkan waktu ini untuk melihat lihat dunia luar yang selama ini tidak pernah dilihat oleh mata kepalanya.

β€œKau dah puas melihat sekeliling?”

Pertanyaan itu sedikit pun tidak dia ambil endah. Sebaliknya gadis itu masih ralit memerhati kanak kanak yang berlari berkejaran menyusuri laluan pejalan kaki. Sesekali sepasang mata redup milik gadis itu mengekori pula seorang pengayuh basikal.

Nadine Aira tersenyum keterujaan.
Rayne yang percaya bahawa soalan daripadanya itu tidak akan berjawab akhirnya mendiamkan diri sahaja. Pemuda itu kemudiannya menyandar tubuh di bangku kayu yang disediakan di taman ini. Dia duduk santai, tubuhnya direhatkan.

*
*
*


ADAM dan Louis saling berpandangan. Masing masing berkerut keliru.

Adam hantar isyarat mata. Louis juga lakukan hal yang sama. Bahasa itu cuma mereka berdua yang faham. Namun, masing masing masih keliru. Kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenali ke rumah agam ini bikin dua orang bersahabat ini bingung.

Mereka tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Jauh lagi untuk mengenalinya. Aneh! Rumah agam ini jarang menerima tetamu.

Jikalau ada sekali pun, pasti Danial Haesar akan maklumkan lebih awal.
Sekarang, tiada sesiapa pun di rumah. Danial Haesar dan Maleena masih berada di luar. Rayne Arzhael juga masih belum pulang menjemput Nadine Aira dari pusat rehabilitasi. Alamatnya, cuma tinggal mereka berdua di rumah.

β€œTiada sesiapa di rumah? Sepatutnya kepulangan aku disambut.” Nada dingin terselit sindiran itu bait bicara pertama yang terbit di bibirnya.

Seperti tadi, Adam dan Louis masing masing masih keliru. Lelaki itu jelas menyebut soal 'kepulangan'. Jikalau difikirkan lagi akan maksud di sebalik bait bicara itu, maknanya lelaki itu memang asalnya juga penghuni rumah ini, bukan? Tapi, selama mereka bekerja di bawah Danial Haesar, hari ini kali pertama mereka melihat lelaki itu.

β€œMaaf, kalau saya bertanya, encik.”

β€œEncik ni siapa?”

Adam bertanya. Dia mahu meminta jawapan terhadap setiap pertanyaan.
Jikalau terus berdiam diri, memang tidak akan ke mana mana. Lebih baik dia bertanya. Lebih cepat juga segala pertanyaan yang berlegar legar di minda kala itu diperjelaskan.


*
*
*


BEEP

Getaran notifikasi bikin Rayne lekas menyeluk saku seluarnya.

Satu pesanan ringkas barusan masuk atas nama Louis. Tak semena pemuda itu mengerutkan dahi.

Pesanan ringkas itu meminta dirinya untuk lekas pulang. Katanya, ada tetamu tidak dikenali berkunjung ke rumah agam. Rayne Arzhael menung sejenak. Dia cuba mengingat andai Danial Haesar ada menitip pesan.
Mana tahu dirinya sehingga terlupa akan sesuatu. Tapi, tiada pula.

Siapa gerangan tetamu tidak dikenali yang dimaksudkan oleh Louis?

Dia juga tidak pasti.

β€œJom, balik. Tiba-tiba, ada tetamu di rumah. Louis kata, dia tak kenal.”
Nadine Aira juga memberikan reaksi yang sama. Dahinya berkerut. Gadis itu tidak menyoal balas.

Sebaliknya dia cuma patuh walhal dirinya mahu tetap berada di situ. Memerhati setiap telingkah manusia di tempat itu barangkali sudah menjadi hobinya.

Tapi, dia tetap perlu pulang juga.

*
*
*

TETAMU yang tidak dikenali itu ialah seorang lelaki dewasa.

Usianya seperti dalam lewat 20-an. Atau, barangkali sudah mencecah usia 30 tahun.

Rayne Arzhael cukup tidak mengenali akan siapa gerangan lelaki itu. Tetapi, tidak bagi Nadine Aira. Buat seketika, matanya ralit memerhati. Setelah dia rasa yakin, dia akhirnya menyebut sepotong nama. Nama yang ternyata kedengaran serba asing di telinga Rayne, Adam dan juga Louis.

β€œAbang Nick...?”

Sebaik sahaja telinganya mendengar namanya dipanggil, lelaki itu miring kepalanya ke kiri sendiri.

Matanya jatuh menatap ke arah gadis muda berkerusi roda. Tak semena matanya perlahan lahan membeliak. Kala itu, hatinya serasa direntap. Dia bungkam.

Namun, dia tetap mengatur langkah mendekati. Sampai sahaja ke hadapan gadis itu, lelaki ini duduk bertinggung sebelah lutut di lantai.

Dia melirik keadaan tubuh gadis itu.

β€œApa yang berlaku kepada kau, Aira?” Dia lekas bertanya. Dia mahu tanda tanya di kepalanya itu diberi penjelasan segera.

"Apa yang lelaki tu dah buat pada kau sampai jadi macam ni?" Butir katanya kedengaran tegas. Dia mahu Nadine Aira menjawab pertanyaannya lekas.

Dia tidak mahu berbasa basi lagi. Jika kecederaan ini adalah kerana Danial Haesar, dia pasti akan membalasnya.
Pertanyaan itu cuma dipandang sepi. Nadine Aira tidak mahu lelaki ini sehingga bertindak di luar jangkaan.
Lagipula, mereka adik beradik baru saja bertemu kembali setelah sekian lama.

Berbanding hal itu, lebih banyak hal lagi yang mahu Aira adukan.

β€œAbang Nick tak perlu risau. Aira okey. Baru aje lepas pulang dari rawatan rehab.”

β€œAbang pula macam mana?”

Kini, perbualan itu tertumpu pula kepada lelaki ini yang dikenal namanya Nick Aiden, abang sulung kepada Nadine Aira. Mereka tidak tinggal sebumbung bahkan Nick Aiden sudah lama berpindah keluar dari rumah agam itu.

Dia ada alasan tersendiri sehingga sebelum dia tekad mengambil keputusan itu. Alasan itu kukuh sehingga tiada sesiapa pun yang melarang tekadnya.

β€œAbang sihat? Kenapa baru sekarang abang datang jenguk Aira?”

β€œMana abang pergi selama ni? Makan minum abang macam mana? Abang tinggal dekat mana? Kenapa abang tinggalkan Aira di sini? Kenapa abang tak bawa Aira untuk sekali dengan abang?” Bertalu talu pertanyaan meniti di bibir Aira.

Tubir matanya menakung air jernih yang hangat. Mata bundarnya redup menatap wajah Nick. Nick Aiden bungkam. Lidahnya kelu sehingga dia tidak mampu untuk menjawab walhal satu persoalan pun daripada Nadine Aira. Lelaki itu seka air mata adiknya yang tumpah membasahi pipi.

Esak tangisan Aira cukup mengayat hatinya. Bicara Aira yang menyebut dirinya meninggalkan gadis itu di sini bikin dia tewas sepenuhnya.

Tidak pernah terlintas di mindanya, dia akan mengabaikan gadis itu.
Dia cuma pergi dek dia tak lagi betah untuk tinggal di sini.

Tapi, jikalau difikirkan, memang dia awalnya pentingkan diri sendiri. Dia beranggapan, dia keluar dari tempat itu, dia akan hidup senang.

Dia akan menjalani kehidupan yang tidak perlu peduli akan apa apa pun. Tapi, dirinya terlepas pandang akan satu tanggungjawab yang Maria Louisa sudah amanahkan kepadanya.

Dek mahu 'melepaskan' diri sendiri, dia lupa akan Nadine Aira.

β€œAira, untuk hidupkan diri sendiri pun aku tak mampu waktu tu, apatah lagi nak sara kehidupan kau. Aku tak mampu untuk bawa kau sekali. Tapi, tak pernah terlintas dekat kepala aku yang aku nak tinggalkan kau. Tak pernah! Kau adik aku. Satu satunya adik yang aku ada. Dan kau juga amanah ibu kepada aku.”

β€œWaktu tu, aku fikir kau lebih senang di sini. Ada orang yang akan tanggung kau. Ada orang yang akan jaga makan dan minum kau. Dekat sini, hidup kau akan lebih terjamin.”

Nadine Aira menggeleng kepalanya, menafikan dalam esak tangisan.
Hatinya cukup sakit mendengar kata kata yang meniti di bibir Nick. Dia tidak sanggup membayangkan seperti apa kehidupan Nick setelah dia bertekad untuk keluar dari sini. Kala itu, Nick masih anak muda.

Dia masih remaja. Untuk tampung diri sendiri pada usia seperti itu pasti cukup sukar. Entah kehidupan yang seperti apa telah dilalui oleh Nick Aiden. Tapi, Nadine Aira mampu menghela nafas lega.

Melihat Nick Aiden tumbuh sihat di hadapan matanya, dia dapat berlapang dada. Keadaan Nick kala ini juga bikin dia mustahil untuk tebak seperti apa latar kehidupannya. Sesiapa yang melihat pasti akan mengatakan Nick Aiden tumbuh dalam keluarga berada.

Bukannya hidup mengikat perut dan bersengkang mata semata mata untuk menyara diri sejak usia muda lagi.

β€œAbang Nick...”

β€œBawa Aira tinggal bersama abang.”

--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top