12. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 012--


*
*
*

SEPASANG matanya kabur dengan air jernih yang hangat.

Gadis itu masih termangu di lantai.
Dari kejauhan, dia melihat seorang gadis kecil duduk berpeluk lutut di pepenjuru bilik. Gadis kecil itu menangis sekuat hati. Anehnya, tiada seorang pun yang mendengar.

Aira ralit memerhati anak kecil itu. Deraian air mata gadis itu tumpah ke pipinya yang memerah. Tak semena Nadine Aira terbungkam. Apatah lagi setelah matanya jatuh melirik tubuh gadis kecil itu pula. Tubuhnya penuh dengan luka dan lebam. Entah siapa yang telah mendera tubuh itu.

Tak semena setitis air matanya yang sedari tadi bertakung tumpah.
Dia menangis melihat gadis kecil itu.
Tanpa dia sedari, gadis kecil itu ialah dirinya. Gadis kecil itu gambaran trauma masa lalunya dahulu.

Bukannya baru kali pertama gadis ini menerima gangguan seksual. Dahulu, saat dia masih kecil, Nadine Aira tak bersekolah seperti anak yang lain.
Sebaliknya, gadis itu terpaksa menjalani homeschooling. Pengajar yang diamanahkan untuk mendidik anak yang masih kecil itu lah yang telah 'mendera' dirinya.

Nadine Aira kala itu masih mentah. Apa yang meniti di bibirnya dikatakan orang dusta semata mata. Hanya kerana dirinya anak yang kecil.

Si pelaku itu tidak pernah mendapat hukuman. Pada saat dia dapat tahu si kecil Aira mulai pandai mengadu, si durjana itu melarikan diri. Sejak itu, Nadine Aira mulai dihantar menemui therapist. Kononnya, Danial Haesar beranggapan anaknya berhalusinasi. Sehinggakan sudah pandai menipu.
Sebaik dia merasakan pipinya basah, gadis itu lekas mengesatnya.

Sehinggalah dia melihat Rayne hulur tangan kepadanya. Lelaki muda itu tawarkan pertolongan.

"Lain kali, kau jerit minta tolong. Aku ada untuk tolong kau." Bicara itu bikin hati Aira jadi semakin hiba. Hatinya rasa cukup sakit sehingga dia menangis teresak esak. Dia pukul dada yang sesak acap kali. Entah mengapa, hatinya cukup rapuh kala itu seolah olah ada sesuatu yang menusuk dirinya. Puas dia menangis, dia angkat kembali matanya.

Matanya yang basah menatap Rayne. Kemudian, dia beralih melirik jemari yang masih terhulur kepadanya.

Lantaran Aira sambut huluran tangan itu. Hangat. Cukup hangat. Detik hati kecilnya. Rayne Arzhael genggam kemas jemari gadis itu seraya pemuda itu mencempung tubuh Aira. Tak semena dia rasa sedikit tersentak. Apatah lagi sebaik dia rasakan tubuh Aira bergetar ketakutan. Namun, tak juga dia menyuarakan isi hatinya itu.

Sebaliknya, dia lebih selesa berdiam diri. Nadine Aira juga barangkali tidak mahu berbicara tentang itu lagi. Tubuh Aira yang dicempung olehnya didudukkan ke atas kerusi roda.

Lelaki muda itu kemudiannya duduk bertinggung sebelah lutut di atas lantai di hadapan gadis itu. "Aku akan beritahu Tuan pasal hal ni." Nadine Aira lekas menggeleng. Cadangan itu bagi dirinya sekadar sia sia sahaja.

"Tuan cuma anggap aku menipu dan berhalusinasi lagi."

"Kali ini, ada aku. Aku sebagai bukti yang kau langsung tak menipu."
Nadine Aira membisu. Bicara Rayne itu membisukan dirinya. Lidahnya kelu, dia tidak lagi berniat untuk berdebat dengan pemuda itu. Rayne kemudiannya bangkit semula.

Lantas menolak keluar kerusi roda yang diduduki oleh gadis itu usai menghantar suatu pesanan ringkas.

"Morgan... Macam mana?"

"Kau tak perlu nak risau pasal jantan tu. Biar Adam dan Louis settle."

*
*
*

MUNCUL sahaja kelibat wanita itu di muka pintu, dia terus meluru ke arah Nadine Aira. Tubuh Aira didakap. Sayup sayup kedengaran esak tangis wanita itu setelah seketika.

Tak semena Aira mengerutkan dahi kehairanan. Dakapan itu dibiarkan sahaja tanpa balas. Dia anggap belaian kasih itu dusta semata mata. Apatah lagi sebaik matanya melirik ke arah sekujur tubuh yang berdiri di pintu, juga menatapnya kala itu.

Mengapa perlu wanita ini?

Kenapa tidak ayah yang datang untuk peluk aku, belai aku?

Seperti suatu ketika dahulu, si ayah cuma memandangnya sebegitu. Apa yang dia adukan dianggap dusta dan sekadar mencuba untuk menipu kononnya sebagai alasan dirinya tak suka homeschooling. Tapi, si ayah boleh juga mempercayai anaknya daripada diperbodohkan dengan tipu helah seorang pendusta durjana.

Tapi, lelaki itu lebih memilih untuk mengatakan si anak berhalusinasi.
Sekarang? Dia sendiri yang memilih untuk tidak berharap akan apa apa.
Berharap kepada lelaki itu cuma akan menyakiti dirinya sendiri sahaja.

*
*
*

β€œCELAKA!” Sumpah Louis.

Sedari tadi, amarahnya masih belum reda. Setiap kali mengenangkan si Morgan, amarahnya membuak buak.
Jikalau boleh, dia kerjakan lelaki itu sehingga habis. Biar putus urat nyawanya. Lagipula lelaki itu yang berani menempah maut. Buat onar di sarang Danial Haesar namanya meminta untuk ditanam enam kaki.

"Sudah! Biar Tuan sendiri yang settle. Tuan tahu nak buat apa."

Adam mencelah. Sebenarnya, dia juga tak puas. Jikalau sehingga melihat lelaki itu pulang hidup hidup selepas menemui Danial Haesar, memang dia akan naik darah. Sehinggalah suara jeritan dari celah pintu bikin dua orang pemuda yang mencangkung itu lekas bangkit. Masing masing lekas mendekatkan telinga ke daun pintu.

"Tuan, maafkan saya!"

"Saya betul betul menyesal, Tuan!"
Morgan merintih sayu. Lelaki itu tak berani mengangkat wajahnya.

Jikalau sehingga menyambut lirikan mata Danial Haesar, boleh basah seluarnya itu dek ketakutan. Derapan langkah yang diatur mendekati bikin tubuhnya yang sedia bergetar makin bertambah menggeletar. Nafasnya menderu sesak. Kala itu, dia nak ambil nafas juga berfikir dua kali.

Ttak! Ttak!

Sehinggalah dia tekad menghentak kepala sendiri ke atas lantai.

Dengan berbuat sedemikian, lelaki ini beranggapan dia akan lepas dari amarah Danial Haesar. Acap kali dia hantuk kepala sendiri sehingga mengalir darahnya ke lantai. Dia rasa pusing, dia rasa mual. Pandangan matanya kala itu juga berubah kabur.

Kala itu, dirinya seperti lagi menggali kubur sendiri. Tapi, dia tidak peduli. Jikalau dengan cara ini, dia boleh bebas dari Danial Haesar, biarlah dia mati di situ walaupun dengan menghancurkan kepalanya sendiri.

Adam dan Louis masing masing setia di muka pintu. Masing masing masih mencuri dengar untuk tahu apa yang sedang berlaku di sebalik pintu.
Sehinggalah mereka berdua mendengar satu suara yang meraung kesakitan. Masing masing terbeliak mata sambil minda ligat berputar.

Masing masing lagi menebak apa yang berlaku. Tapi, tidak juga memanfaatkan celah pintu untuk melihat. Mereka lebih selesa di situ, cukup dengan mendengar.

Adam menatap Louis, Louis menatap Adam. Mereka berbalas pandangan.
Sebelum masing masing teguk liur.

*
*
*


SATU persatu panah dart dilempar ke papan yang tergantung di dinding.
Pada setiap bidikan, anak panah tepat membidik sekeping gambar.

Sebaik sahaja matanya melihat tiada lagi baki buah dart di atas meja, dia sambar pula sebilah pisau. Dia baling pisau yang bersinar sinar matanya itu menikam papan dart di dinding. Sekelip mata, pisau itu terpacak betul betul di tengah sekeping gambar.

Pada gambar itu, ada sekujur tubuh seorang lelaki. Lelaki yang setiap kali menatapnya pasti akan bikin darahnya meluap, membuak buak kerana rasa marah.

"Danial Haesar, guess what?"

"Nick Aiden is back."



--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top