11. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β© arleadanial 2019
--Chapter 011--
*
*
*
NADINE Aira merasa cukup jengkel.
Entah berapa kali lagi dia perlu sabar melayan kerenah lelaki itu.
Bagi dirinya, sesi terapi ini sedikit tak membuahkan hasil. Cuma membuang waktu terluangnya sahaja. Dia lelah. Sehinggakan dia menjadi tidak mahu berinteraksi. Lelaki itu pula semangat mahu meneruskan sesi terapi. Ah, lelaki ini memang jenis orang yang kurang peka! Dia tidak pandai membaca keadaan.
Meskipun sesi terapi itu bagi dirinya cukup membosankan, Nadine Aira terpaksa menurut. Dia tidak mahu mendengar sebarang leteran.
Lebih lebih lagi jikalau mendengar leteren daripada Rayne. Kononnya, pesanan itu datang daripada Tuan Danial, disampaikan olehnya sebagai pengantara. Mahu panas telinga mendengarnya! Nadine Aira fokus dengan lukisannya.
Morgan yang meminta dirinya untuk melukis akan sesuatu.
Kononnya, dari lukisan itu dia dapat mengetahui isi hati Nadine Aira.
Aira cuma ikut 'permainan' itu. Entah metode sedemikian releven atau tidak untuk pasien seusianya. Sedang dia asyik melarikan mata pensel ke atas sekeping kertas putih, dia merasakan jemari lelaki itu menyentuh belakang telapak tangannya.
Tak puas dengan itu, dia dekatkan dirinya pula dengan gadis itu.
Dia duduk lebih dekat sehingga bahu mereka berlaga antara satu sama lain. Nadine Aira berniat untuk diam dulu. Dia cari waktu yang sesuai sambil dia berjaga jaga, tak boleh berlengah!
Morgan mengukir senyuman menang. Dia beranggapan, gadis yang cacat ini tidak mungkin menang melawan.
Jika dia melawan sekali pun, pasti kudratnya tidak akan setanding kudrat lelaki ini. Kala itu, fikiran yang sudah lama berlegar legar di minda menjadi pemandu untuk puaskan nafsu. Mereka cuma berdua-duaan di ruang ini. Tiada sesiapa pun yang melihat. Sejak melihatnya buat pertama kali tempoh hari, dia jelas berminat akan gadis ini. Tapi, minat itu terpaksa disembunyikan terlebih dahulu. Dia tidak boleh gelojoh.
Dia perlu tunggu waktu yang sesuai.
Dia tidak peduli bagaimana keadaan fizikal atau mental Nadine Aira. Jikalau gadis itu boleh memuaskan keinginan batinnya, tak menjadi masalah buat dirinya.
Sial. Nadine Aira menyumpah dalam diam. Sebelum berkesempatan lelaki itu untuk menyentuh tubuhnya, telapak tangan dia layangkan, hinggap ke wajah Morgan.
Nafasnya menderu berat, dia kesal.
Lelaki itu dengan tidak tahu malunya berani berfikir berbuat sedemikian. Dia beranggapan seorang therapist sepertinya lebih mengenal apa erti trauma. Tapi, lelaki bertuhankan nafsu ini ternyata syaitan yang bertopengkan manusia.
*
*
*
DARI kejauhan, kelihatan kelibatnya menuruni barisan anak tangga.
Sambil sambil itu dia sibuk berbicara lewat satu panggilan telefon.
Sedang asyik dia berbual rancak, dia mendengar suatu suara yang datang dari aras satu. Telinganya ralit menangkap suara itu. Fokusnya lari. Sedikit pun tak menumpukan fokus terhadap panggilan telefon itu.
Sayup sayup kedengaran namanya dipanggil panggil sedari tadi.
Tak semena pemuda itu tersentak.
Cepat cepat dia tumpukan perhatian kepada si pemanggil. Namun, niatnya itu terbantut sebaik telinganya kembali menangkap suatu bunyi. Ah! Sudah menjadi prinsip bagi dirinya untuk tidak masuk campur atau rasa ingin tahu. Dia lebih suka buta mata, dan bersikap seperti orang yang tuli.
Tapi, entah mengapa dirinya didesak untuk mencari tahu apa yang terjadi. Jika ikut tekaannya, suara itu seperti datang dari ruangan bacaan.
Pintu ruangan itu dibiarkan terbuka.
Dari celah daun pintu yang tidak bertutup rapat, dia dapat mendengar suara itu lebih jelas. Suara itu, jikalau tidak silap dirinya adalah suara orang bertempik melampiaskan amarahnya. Sesekali dia mendengar barang jatuh menghempas lantai dek ditepis.
Rayne Arzhael mengerutkan dahi kehairanan.
Telapak tangannya sudah menyentuh permukaan daun pintu. Cuma tinggal untuk ditolak sebelum dia menerobos masuk ke ruangan itu.
*
*
*
PPANG!
Nadine Aira terkedu. Tamparan bisa itu bikin kulit wajahnya memerah.
Tak puas dengan itu, Morgan terajang pula kerusi roda gadis itu.
Sehinggakan gadis itu tersungkur ke atas lantai. Tindakan Aira menolak dirinya buat dia rasa tercabar.
Akibatnya, dia sehingga naik darah. Amarahnya dilampiaskan. Nadine Aira menarik hembus nafas. Dia cukup takut. Dadanya berombak dek merasa gemuruh yang hebat. Tubuhnya juga sehingga menggeletar.
Sebaik dia melihat lelaki itu kembali melayangkan telapak tangannya, Aira cepat cepat mengecilkan tubuh. Dia mahu mengelak. Dia mahu menyelamatkan diri. Kala itu, gadis itu rasa cukup buntu. Sehingga tidak terlintas di fikirannya untuk menjerit meminta pertolongan.
Kedebuk! Perlahan lahan Nadine Aira kembali mencelikkan mata.
Kelibat Morgan tiada lagi di hadapan matanya. Sebaliknya, lelaki itu kini tersandar longlai pada dinding sebaik tubuhnya diterajang dari belakang. Tak semena sepasang mata redup milik Nadine Aira Aira membuntang.
Dia melihat kelibat Rayne meluru ke arah Morgan. Kolar baju lelaki itu direntap lalu Morgan dipaksa bangkit. Lengan kekarnya menekan leher Morgan sehingga lelaki itu sesak nafas. Hendak melawan balas, tubuhnya sudah dikunci di dinding.
Ternyata kudratnya tidak setanding melawan kudrat Rayne Arzhael.
"Kau tahu, kau buat onar di kandang siapa? Tuan tiada, tapi ada aku."
Rayne berbisik, nadanya mendatar.
"Dan, orang yang kau cuba untuk sentuh tu ialah anak kepada Tuan aku." Bisikan itu bikin Morgan mematung. Lidahnya kelu, memaksa dirinya untuk mendiamkan diri sahaja. Dia juga cuba mencari nafas.
Tapi, lehernya masih ditekan oleh pemuda itu. Jikalau Rayne terus mengunci tubuhnya sebegini, hendak ambil nafas juga dia sukar.
Silap hari bulan, dia akan mati sia sia di tangan pemuda itu. Mati kerana olah sendiri yang memang sengaja menempah maut.
"Aku lupa ingatkan kau. Sarang Tuan bukannya boleh suka suka kau masuk sembarangan. Lebih lebih lagi dengan niat bodoh.β
βAku memang menunggu kau untuk tunjuk taring supaya aku senang habiskan kau.β Jemari Rayne beralih mencekik leher Morgan. Sebelum tubuh layu lelaki itu ditolak sehingga menyembah bumi. Nadine Aira sekadar jadi pemerhati. Dia lihat raut wajah Rayne Arzhael tegang.
Kepalan tangannya itu terlihat cukup erat sehingga timbul uratnya.
Benarlah kata mereka. Amarah Rayne Arzhael itu ternyata berbisa. Marah pemuda itu bukan terlampias dengan perbuatan menengking atau naik suaranya. Tapi, bicara yang terlontar secara mendatar, kedengaran dingin.
Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan merinding ketakutan.
Ralit mata redup Nadine Aira melirik menatap Rayne. Sehinggalah mata mereka akhirnya bertaut buat sejenak sebelum Rayne kembali memusingkan tubuhnya ke belakang.
Langkahnya dihayun menerpa ke arah lelaki itu yang cuba meloloskan diri secepat yang mungkin. Namun, kudratnya tipis. Akhirnya, dia kembali jatuh ke tangan Rayne.
Barangkali ada sesuatu yang belum dilunaskan.
Buku lima dikepal kemas seraya dia sambar kolar baju Morgan. Lantaran buku limanya itu dihentam sekali layang ke wajah Morgan.
Morgan pitam, dia pengsan di situ.
Rayne Arzhael kembali bangkit tegak. Dia tepis telapak tangannya persis ada debu debu yang melekat. Ah, dia baru sahaja membazir tenaganya! Jikalau bukan kerana dia melihat kesan tumbukan pada wajah Nadine Aira, dia tidak akan mengotori tangan untuk menyentuh lelaki durjana itu.
Cuma bikin bazir waktu dan tenaga!
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top