15. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 015--
*
*
*
SEPULANG kerja, dia dimaklumkan bahawa Aira sudah menunggu akan dirinya di ruangan bacaan.
Kunjungan mengejut Nick Aiden juga dikhabarkan kepada lelaki itu.
Tanpa bertanya lanjut daripada Mak Cik Cha, Danial Haesar lekas ke ruang bacaan untuk menemui anaknya. Alangkah terperanjatnya lelaki itu setelah mendengar akan bait bicara yang meniti di bibir Nadine Aira.
Gadis itu mahu tinggal bersama Nick Aiden. Maknanya, gadis itu akan sekali lagi duduk jauh dari dirinya.
βSaya tak setuju.β
Dia tidak perlu berfikir panjang. Dia lekas melarang. Tak semena Nadine Aira mencebik. Gadis itu rasa kesal. Jikalau bukan kerana mengenang si ayah, dia tidak perlukan persetujuan itu. Dirinya sudah dewasa. Dia juga berhak membuat keputusan. Tapi, dia ingat akan pesan mendiang ibunya. Jikalau ayah melarang, dia tidak boleh membantah.
βKalau macam tu, biar Nick tinggal di sini. Nick abang saya. Anak Tuan juga. Jikalau nak dibandingkan dengan perempuan tu, Nick lebih layak untuk tinggal di rumah ni.β Sepasang mata Nadine Aira menatap si ayah penuh pengharapan. Butir katanya terselit sindiran. Tak semena lelaki itu berkeluh. Nafasnya terhela berat.
βSaya tak boleh paksa...β
βTuan sebenarnya memang tak mahu Nick ada di sini sebab Tuan masih meragui ibu, kan? Tuan sendiri tahu tuduhan Tuan kepada ibu tu tuduhan melulu tanpa bukti. Tuan cuma tahu menuding jari. Tapi, Tuan belum pasti tuduhan Tuan itu benar atau palsu.β
βKalau benar Tuan meragui kelahiran Nick, kenapa Tuan tak buat ujian DNA untuk buktikan keraguan Tuan dan membenarkan setiap hujah Tuan?β
Danial Haesar mendiamkan diri. Dia menatap sepasang mata anaknya yang berkaca. Barangkali jika tidak berbalah setiap kali bersua muka antara dua beranak ini memang tidak sah. Ada sahaja yang menjadi asbab kepada pertengkaran antara mereka.
Sehingga lama kelamaan, hubungan mereka itu semakin merenggang.
Tanpa seorang pun antara mereka itu sedar bahawa masing masing makin menjauh. Sehingga masing masing tertanya tanya, apakah pengakhiran kepada hubungan ini?
βSebab Tuan sebenarnya takut untuk tahu yang tuduhan itu salah, bukan? Sebab Tuan takut kalau kalau selama ni ibu tidak pernah menipu Tuan sekali pun.β Aira paksa dirinya untuk melanjutkan bicaranya.
Walhal kala itu hatinya rasa cukup rapuh. Jikalau boleh dia tidak mahu kembali mengungkit hal yang sudah lama berlalu. Tapi, dia tidak tahan untuk terus melihat lelaki ini masih meragui kesetiaan ibunya. Nadine Aira percaya ibunya.
Dia juga percaya bahawa tuduhan itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Barangkali Danial Haesar yang tidak lagi setia kepada ibunya. Mungkin kerana itu lah ada rasa sangsi dalam dirinya buat Maria Louisa. Jikalau benar Danial Haesar bertegas mahu membuktikan tuduhannya itu betul, mengapa tidak menjalankan ujian DNA sejak dahulu lagi?
Tapi, sehingga kini lelaki itu berdegil tidak mahu menjalankan ujian itu.
Jikalau keputusan itu memihak lelaki ini, Nadine Aira akan akui itu.
Sekarang, terpulang kepada lelaki itu.
Sama ada terus hidup sedang dirinya masih meragui mendiang isterinya, atau beranikan diri untuk mengetahui kenyataan yang sebenar.
βEntah entah, Tuan juga meragui status saya sebagai anak Tuan.β
Tak semena Danial Haesar tersentak. Lelaki itu menunduk. Entah apa yang dimaksudkan oleh telingkahnya itu. Nadine Aira mengeluh panjang. Helaan nafasnya berat. Bagi dirinya, diam itu tanda mengiyakan.
Jikalau benarlah dalam hati lelaki itu sudah terdetik sangsi terhadap Maria Louisa, setiap perbuatan wanita itu pasti akan diragui olehnya. Aira tidak lagi mahu terus berdebat. Perbualan itu akhirnya cuma akan menyakiti dirinya sendiri.
Nadine Aira menyeka air mata yang tumpah ke pipinya. Lantaran dia minta pamit untuk lekas beredar dari ruangan itu.
Danial Haesar duduk melepas lelah di kerusi. Lelaki itu meraup wajahnya. Tubuhnya yang dihantui penat lelah disandarkan. Kala itu, mindanya lagi celaru. Apa yang dikatakan oleh Aira sedikit menganggu emosinya.
Barangkali memang benar apa yang menjadi tanggapan gadis itu. Dirinya seorang pengecut. Dia takut untuk terima kenyataan bahawa dia berada di pihak yang salah.
*
*
*
HARI itu, pagi pagi lagi Nick tampilkan diri ke rumah agam itu.
Dia mahu menemani Nadine Aira ke sesi rehabilitasi. Tapi, nasibnya buruk pula. Dia perlu bertembung bersama Danial Haesar. Ah, tak semena mena emosinya berantakan!
Tiada perbualan antara mereka. Nick Aiden lebih selesa membisu.
Danial Haesar pula sibuk membelek surat khabar di tangan. Sedikit pun kehadiran Nick Aiden tak diambil peduli olehnya. Sesekali lelaki tua itu kelihatan mencicip kopi. Kemudian, pembacaannya disambung lagi. Nick Aiden juga dihidangkan sarapan pagi.
Bukan main lebar senyuman teruja pada wajah Mak Cik Cha.
Dia cukup senang melihat kunjungan Nick Aiden ke mari. Apatah lagi setelah melihat dua beranak itu duduk semeja di ruangan makan. Tak semena dia kembali terkenang akan masa lalu dahulu kala. Kediaman ini ternyata masih terlihat seperti rumah dengan keberadaan Nick di sini.
Melihat sahaja kelibat Nadine Aira di ruang tamu, Nick bingkas bangkit.
Sarapan yang terhidang menjamunya sedikit pun tak terusik. Sebaliknya dia bergegas menerpa ke arah Aira. Barangkali tidak mahu betah berada di situ menghadap Danial Haesar.
βNick...β
Sehinggalah suara yang sayup sayup kedengaran memanggil namanya mematikan langkah Nick. Entah mengapa dia tekad berhenti. Namun, lelaki itu tak juga berpaling ke belakang. Dia kekal dalam posisi membelakangi Danial Haesar yang masih duduk di meja.
Dadanya berombak. Matanya kerap berkerdip seolah olah ingin tahu.
Pasti ada asbab mengapa lelaki itu tiba tiba membuka bicara.
βAira minta keizinan saya untuk biar kamu tinggal semula di sini.β
βSaya benarkan.β
"Selangkah kamu keluar dari rumah ni, jangan kembali lagi."
Tak semena bait bicara itu kembali terngiang ngiang menampar halwa telinganya. Dia menghembus nafas panjang. Entah bicara yang barusan meniti di bibir Danial Haesar menjadi berita gembira atau sebaliknya. Dia sendiri juga tidak mampu untuk mencerna apa yang terbuku di hati.
Dahulu, lelaki itu jelas mengusirnya. Keinginan itu disiratkan dalam bicara. Meskipun kala itu Nick masih mentah usianya, tapi dia mampu membaca apa yang dimaksudkan.
Barangkali Danial Haesar cukup benci akan dirinya. Sehingga untuk menatap wajah anak ini walau sebentar juga lelaki itu tidak lalu berbuat sedemikian.
βKalau Tuan tak mahu saya kembali ke sini, Tuan tak perlu berpura pura. Tuan tak perlu pun paksa diri untuk terima permintaan Aira.β Nada suaranya bergetar. Ada esak yang tertahan.
Jeda sahaja bicaranya, lelaki itu lekas menghayun langkah meninggalkan Danial Haesar di meja makan.
*
*
*
βKENAPA kau juga perlu ikut sekali?"
"Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk bersama Cik Aira."
Rayne mengerling lelaki itu yang kini duduk di kerusi belakang.
Nick Aiden mengerutkan dahi.
Matanya memerhati gelagat pemuda itu yang barusan memulakan pemanduannya. Dari pandangan kali pertama lagi, Nick Aiden sudah tidak menyukai pemuda ini. Karakter dan personaliti yang sukar dijangka bikin Nick bertambah curiga kepadanya.
Apatah lagi pemuda seperti itu yang ditugaskan kononnya untuk melindungi adiknya, Nadine Aira. Ah, dia cukup tidak mempercayainya.
Lagipula mereka tidak mengenali satu sama lain. Rayne juga tidak tahu Nick itu orang seperti apa.
Tegasnya, mereka itu asing bagi satu sama lain.
Jikalau dari pandangan pertama lagi sudah bikin hati ragu ragu, pasti bukan orang yang calang calang. Nick Aiden, Rayne Arzhael. Barangkali perang sudah pun dilancarkan antara mereka. Kekuatan dan sisi sebenar masing masing masih kekal misteri.
Masakan mahu berlengah tanpa niat untuk berjaga jaga, bukan?
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top