10. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 010--
*
*
*
SAYUP sayup kedengaran suara suara manusia berbisik antara satu sama lain. Ada di antara mereka yang tertanya tanya akan gerangan gadis berkerusi roda yang duduk di meja makan. Ada juga di antara mereka yang tak henti henti memuji akan rupa paras gadis itu. Mereka tak pernah melihat gadis itu sebelum ini.
Pagi itu, mereka tiba tiba diminta berkumpul di ruang tamu atas arahan Mak Cik Cha, selaku ketua pembantu rumah di kediaman ini. Sekumpulan pengawal juga dipanggil.
βMulai hari ni, Cik Muda Aira akan tinggal di kediaman ni.β
Cik Muda Aira?
Tak semena masing masing bertanya. Mereka pernah mendengar sepotong nama itu sebelumnya. Tapi, tak pernah juga melihat siapa gerangan empunya sepotong nama itu.
Ada juga khabar angin mengatakan bahawa nama itu ialah milik anak majikan mereka yang tak sah taraf. Anak yang dikatakan tidak sah taraf itu juga didengari oleh mereka tinggal di kotej jauh dari perbandaran. Kononnya untuk menyembunyikan kewujudan gadis muda itu.
Tapi, ternyata semua itu cuma khabar angin yang tidak sahih. Tersebar dari mulut ke mulut yang sedikit pun tidak tahu akan cerita yang sebenar.
Padahal Nadine Aira ialah anak gadis kepada Danial Haesar, hasil daripada perkahwinan yang sah bersama mendiang isterinya, Maria Louisa.
Tapi, jikalau difikirkan, masakan mereka tidak beranggapan sedemikian. Kediaman milik Danial Haesar ini cukup besar. Jikalau benar Nadine Aira ialah anaknya yang sah, mengapa pula anaknya yang seorang itu tidak dibawa tinggal bersama?
Lagipula pekerja di sini orang baru. Cuma Mak Cik Cha sahaja orang yang sudah lama berkhidmat di sini. Sejak Maria Louisa masih hidup lagi.
Setelah kematian isteri kepada Danial Haesar itu, semua pekerja dipecat.
Danial Haesar tidak suka mendengar ada yang bercerita yang bukan bukan tentang mendiang isterinya. Setelah Nadine Aira dihantar untuk tinggal di kotej, baru lah lelaki itu merekrut pekerja baharu. Jadi, tiada sesiapa pun di sini yang tahu kisah lama itu.
Jikalau boleh, Danial Haesar mahu hal lama itu dikuburkan.
Tak usah dibangkitkan semula.
"Mak Cik Cha, saya dah selesai makan. Saya nak ke bilik dulu." Dari kejauhan, Mak Cik Cha melihat gadis itu beredar hendak ke kamar.
Sehinggalah kedengaran suara yang terlontar lantang dari sekumpulan pekerja yang diminta olehnya untuk berkumpul di ruang tamu. Masing masing mengatakan selamat kembali kepada gadis itu lantas membungkuk sedikit tanda mereka hormat. Tak semena Nadine Aira terpanar.
"Aira, mereka semua juga tinggal di sini bersama kita."
"Seperti ibu, mereka juga keluarga."
"Keluarga besar kita."
Sepasang mata bundar Aira berkaca.
Hatinya rasa hiba. Apatah lagi sebaik suara itu kembali terngiang ngiang di telinganya. Suatu ketika dahulu, ibu lah yang memperkenalkan pekerja di sini kepada dirinya yang masih kecil. Si ibulah yang telah memperkenalkan mereka semua sebagai keluarganya.
Dia menjadi semakin rindu. Kembali ke kediaman ini bikin kerinduannya terhadap wanita itu semakin berat.
Andai sahaja ibu masih ada. Tentu ibu juga senang melihat kediaman ini yang ternyata masih seperti dahulu kala. Meskipun ada yang berganti.
Tapi, kediaman ini tetap sama seperti dahulu. Tetap sama seperti ketika ibu masih ada dahulu.
*
*
*
βCIK Aira, saya Morgan. Tuan Danial yang minta saya jumpa Cik Aira."
Nadine Aira merenung kosong salam yang terhulur oleh lelaki itu.
Matanya kemudian menilik lelaki itu yang memperkenalkan dirinya dengan nama Morgan. Lelaki ini lah therapist yang dikatakan oleh Rayne. Ralit matanya memerhati telingkah Morgan. Senyuman yang tak lekang di bibir lelaki itu bikin dia jengkel.
Salam yang terhulur dibiarkan tidak bersambut. Sebaliknya Aira meminta lelaki itu untuk lekas mulakan sesi. Dia tidak suka membazir masa.
Lagipula, dirinya bukannya bersetuju untuk mendapatkan khidmat Morgan.
Cuma Danial Haesar yang berkeras agar diadakan pertemuan ini. Nadine Aira bukannya saja saja tidak mahu. Dia sudah menemui ahli terapi banyak kali. Entah berapa kali, dia juga tidak pasti.
Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mampu membantu dirinya. Bahkan, ada yang sanggup menipu semata mata mahu mendapatkan bayaran wang.
Jadi, oleh sebab itu, Nadine Aira rasa sedikit sangsi akan orang luar.
Dia kurang pasti andai orang orang ini boleh dipercayai atau tidak.
Tapi, apa yang boleh dibuat. Jikalau Danial Haesar berkeras mahu Morgan membantu dirinya, tak menjadi masalah. Dia cuma perlu menghadiri sesi terapi bersama lelaki itu. Selagi permintaan Danial Haesar itu bagi dirinya masuk akal, dia terima.
Lagipula, bukan dia yang berbelanja untuk bayar wang upahan.
Asal tak rugi, walaupun tak untung.
*
*
*
DARI kejauhan, lelaki muda itu ralit merenung ke arah pepohon rendang.
Matanya memerhati kelibat Nadine Aira yang duduk berkongsi bicara bersama therapist yang cuma dikenal nama sebagai Morgan olehnya.
Sesekali lelaki muda itu mengunyah kekacang dan mencicip kopi hangat.
Sebenarnya, dia cukup mencurigai lelaki itu. Dia seolah olah dapat mencium sesuatu yang tidak kena saat mereka berbalas salam kelmarin. Jadi, dia tekad mahu memerhati. Dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu menyembunyikan taringnya.
Seperti dirinya, predator tak mungkin mampu menunggu begitu lama.
Jikalau benar tekaannya, lelaki itu tak boleh dibawa main.
Pemangsa yang ahli berlagak seperti mangsa yang lemah itu bukan lawan yang calang calang. Mangsa justeru tidak dapat berlengah. Jikalau sehingga leka, tentu termakan jerat.
Ah, Rayne naik gelisah dengan diri sendiri! Padahal dirinya tidak mahu masuk campur dan lebih baik andai dia berpura pura buta mata.
Lagipula lelaki itu direkrut oleh Tuan Danial, majikannya. Masakan dia sehingga boleh merasa sangsi. Pilihan si Tuan tentu yang terbaik.
"Mana Adam dan Louis?"
Pertanyaan Mak Cik Cha menampan jauh apa yang berlegar di mindanya.
Lekas dia tumpukan perhatian pada pertanyaan wanita itu. Dia kerling sejenak jam di tangan. Ikut kebiasaan, dua orang pemuda itu ada di rumah pada jam sebegini. Tapi, entah mengapa kelibat mereka tak kelihatan olehnya sedari tadi. Barangkali mereka itu sedang berseronok tanpa memberitahu dirinya.
Kring! Kring!
Incoming call...
<<<LOUISπ»>>>
Deringan telefon bikin lelaki muda itu mengerutkan dahinya.
Barusan sahaja dia teringat akan dua orang pemuda itu, Louis menelefon dirinya pula. Dengan malasnya, dia sambut panggilan itu.
Sayup sayup kedengaran suara Louis dari corong telefon. Rayne menekan punat pembesar suara. Bukan main terperanjat lelaki muda ini sebaik dia mendengar suara Louis dan Adam saling bersahutan. Barangkali mereka berdua itu lagi bertengkar.
Sedikit pun tak peduli akan panggilan telefon yang sudah bersambut.
Sebaliknya si pemanggil sedang sibuk berkelahi mulut. Entah apa yang menjadi asbab kepada pertengkaran dua bersahabat itu. Rayne mengeluh. Dia sudah lali. Lagipula ini bukannya kali pertama Adam dan Louis berperang mulut.
Masing masing tak mahu mengalah. Tapi, akhirnya kelak akan berbaik semula. Rayne tak pernah mengerti untuk apa perkelahian sehingga bermasam muka jika hanya kerana perkara kecil.
"Haih, dua orang ni. Tak habis habis berkelahi. Tak padan dengan usia."
Mak Cik Cha ketawa geli hati. Wanita itu sempat mencuri dengar perkelahian sahabat itu di sebalik corong telefon. Rayne mengangguk. Dia bersetuju. Adam dan Louis sudah dewasa. Tapi, masih lagi berperangai seperti anak kecil.
"Biasalah mak cik. Anak asuhan saya."
"Rayne, aku bukan budak kecil, ya!"
Sahut Louis dalam keributan. Buat seketika, pemuda itu diam. Bicaranya terjeda cukup lama sebelum kedengaran bunyi derapan langkah dari corong telefon.
"Adam, kau sini dulu! Biar aku tunjal kepada kau tu!" Tempik Louis selang kemudian. Bunyi beep kedengaran. Panggilan akhirnya ditamatkan.
Tak semena Rayne tepuk dahi sendiri dengan kepalan buku limanya.
Kepalanya digeleng geleng.
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top