3. πππππππ
γ ‘ ARZHAEL, 2024 γ ‘
Chapter 003
*
*
*
SAYUP kedengaran suara gadis itu berleter sejak tadi dari belakang.
Mulutnya tak henti terkumat kamit. Namun, sedikit pun telingkah menyalahkan anak anak itu meraih perhatian Rayne Arzhael.
Tak dia ambil peduli langsung gadis itu yang mengekorinya. Sepasang telinganya justeru sengaja dipekakkan. Matanya cuma lurus memandang hadapan. Tapi, gadis itu tak juga putus harap. Lagipula, dia sudah bazir banyak masa hari ini.
Kalau pulang dengan tangan kosong, rugi besar lah dirinya, bukan?
Leterannya berlarutan sambil gadis itu menyusun langkah riang, menyusul Rayne yang sedikit jauh.
Sehinggalah dia melihat kelibat lelaki itu akhirnya menghentikan langkah. Tak semena gadis ini kejung di posisi sebaik mendapati Rayne pusing tubuh ke belakang, kini menapak ke arahnya. Dek rasa tak sedap hati, dia pasang langkah berjaga jaga. Haa, tahu si Nadine Aira erti takut.
Sampai sahaja ke hadapannya, lelaki itu beri isyarat mata. Nadine Aira yang kurang peka mengerutkan dahi.
Bukan main membuntang matanya kemudian setelah melihat lelaki itu tiba tiba saja mencangkung. Jarinya menuding pula ke arah kakinya yang tersarung kasut bertumit. Rayne beri isyarat lagi lewat mata. Jari yang digoyang goyang seperti meminta dia mengundur bikin mindanya bekerja.
Dia tebak lelaki itu mahu dia lepaskan kasut di kaki. Dia balas isyarat itu guna mata juga. Kali ini, isyarat lelaki itu mengangguk pula. Mahu tak mahu Nadine Aira akhirnya patuh.
Dia lekas menanggalkan kasut tumit di kakinya seperti arahan.
Kerutan di dahinya makin bertambah apatah lagi setelah Rayne ambil kasut tumit miliknya itu. Hampir sahaja luruh jantungnya sebaik jemari lelaki itu kini menerkam tumit kasut Saint Laurent kesayangannya itu.
"Rayne, no! This is my new collection."
Setiap butir katanya dikeraskan. Dia tidak mahu pula lelaki itu sehingga mengapa apakan koleksi baharunya itu. Apatah lagi baru sahaja dia beli. Hendak merasa menggayakannya juga belum mencecah satu hari. Silap hari bulan, tak mustahil tumit kasut itu boleh tercabut dek olah Rayne.
Rayne beri isyarat mata lagi. Lelaki itu minta dirinya untuk tanggalkan sebelah lagi kasut yang masih tersarung di kakinya.
Wajah Nadine Aira terlihat cemberut. Namun, tak juga dia menolak permintaan lelaki itu. Dia tanggalkan juga sebelah kasutnya, kini berkaki ayam tanpa sebarang alas. Rayne ambil sepasang lagi kasut di tangannya sebelum dia lihat kelibat lelaki itu melewatinya. Nadine Aira kerling sebentar ke tanah.
Spontan kepalanya berkalih ke arah belakang sebaik melihat kasut milik Rayne yang barusan ditanggalkan.
"Pakai kasut tu dulu."
Sayup kedengaran suara milik lelaki itu yang semakin jauh di hadapan.
Langkahnya terhayun ke arah kereta yang terparkir di tepi jalan.
Nadine Aira kematian kata kata. Dia seperti sudah hilang suara.
Wah! Desis hatinya dengan nada sinis.
Sepasang matanya mengerling lelaki itu seperti tidak percaya. Terkumat kamit bibirnya melontar sesuatu yang tidak jelas sambil menyarung kasut milik Rayne. Lantaran dia ekori juga jejak langkah lelaki itu ke kereta.
Usai menguak pintu kereta, lelaki itu sekali lagi beri isyarat mata.
Seolah olah mulutnya itu menyimpan bongkah emas. Takut bertaburan ke tanah andai dia membuka suara. Nadine Aira tayang senyuman antara mahu tak mahu. Tapi, gadis itu ikut juga perintah Rayne. Khawatir pula andai lelaki itu akhirnya naik marah.
Masuk sahaja kelibat gadis itu, pintu kereta lekas ditutup olehnya. Lantaran lelaki itu terlihat beredar ke sisi jalan, mulai mengatur langkah meninggalkan gadis itu. Nadine Aira ketap bibir geram, dia bunyikan hon sekuat hatinya. Namun, kali ini Rayne tak pedulikan dirinya lagi.
Lelaki itu sebaliknya beredar dari situ sambil menjinjit sepasang kasut miliknya. Nadine Aira tepuk dahinya sendiri. Amboi, cantik muka lelaki itu. Dia yang berhabis duit dengan angan nak tambah koleksi, boleh pula lelaki ini ambil kasut miliknya itu?
Damn, Rayne Arzhael!
Kau bukannya bodyguard aku lagi.
.
.
.
Sepasang kasut masih tak lepas dari tangan dikerling sejenak.
Kemudiannya kasut bertumit itu dia susun hati hati atas rak.
Kelibatnya terlihat beredar ke ruang mandi setelah itu. Sempat jemarinya menyambar kain tuala, kini digantung pada leher. Segayung air disimbah ke sepasang kaki yang sejak pulang tadi tidak beralas apa apa. Dahinya terlihat berlapis.
Telapak kakinya perih, barangkali dek menggelupas terkena batu jalan.
Barusan hendak memulas pili air, dia mendapat satu panggilan.
Nombor asing yang tak dikenal cuma ditatap kosong. Sedikit pun lelaki itu tidak berniat menyambutnya. Alamatnya, panggilan itu tak dijawab. Dibiarkan berdering tanpa henti dek tak diambil endah olehnya. Sebaliknya lelaki itu lekas menapak ke ruang mandi, menutup rapat daun pintu usai meninggalkan telefonnya itu di atas meja di ruang tamu.
Rumah itu sunyi sepi. Tiada penghuni selain dirinya seorang diri.
Rumah itu kemas rapi. Setiap perabot tersusun sedap mata memandang. Bersih keadaannya seolah olah habuk secebis pun tak kelihatan. Padahal lelaki ini jarang di rumah. Manusia yang tinggal dekat dengan lelaki ini juga tiada seorang mengenalinya.
Mereka beranggapan rumah ini telah lama dibiarkan kosong. Meskipun sebenarnya sudah lama berpenghuni. Lebih lebih lagi setelah lelaki ini tidak menerima tamu. Sejak berpindah masuk, tiada seorang pun kenalannya datang untuk singgah melawat.
Sehingga lama kelamaan rumah itu dikatakan orang sudah lama sepi.
Pintu bilik mandi terkuak.
Kelibat lelaki itu dengan tuala yang melilit di pinggang melangkah keluar sambil sambil mengeringkan rambut yang lagi basah dengan tuala. Langkahannya kemudian diatur ke ruang kamar. Dia masuk ke ruangan berlampu malap lantas menapak ke meja bersebelahan katil.
Ralit matanya merenung ke dinding. Tampalan kepingan gambar dan kertas pada dinding diamati.
Setiap satu tersambung lewat benang merah. Puas matanya mengamati, sekeping gambar disambar. Gambar itu kemudiannya dikeronyokkan. Dia genggam kemas seolah olah hatinya lagi merasa panas. Namun, anehnya amarah itu tak juga dilampiaskan. Dia sebaliknya sambar pen, menanda pangkah pada kalendar.
.
.
.
Meja kayu berukir diketuk.
Lelaki itu yang sibuk mengelap bersih permukaan meja menoleh.
Dia tidak juga menyoal balas. Sekadar lewat isyarat mata dia bertanya.
Pemuda dengan balutan seragam itu lekas mengamitnya. Dia diminta pula membuntuti entah ke mana. Padahal kerjanya belum lunas. Untung pada jam sebegini restoran itu lengang. Usai sekumpulan pelanggan beredar sebentar tadi, restoran jadi sepi.
Pekerja masing masing terlihat duduk santai melepas lelah.
Dia hela nafas panjang, sedikit berat.
Cepat cepat dia ekori pemuda itu.
Kerja yang belum beres tergendala di situ saja. Dahinya jelas terlihat berlapis dek hairan. Entah mengapa dirinya dibawa ke sebuah ruang khas untuk tamu VIP. Sebaik pintu dikuak, dirinya diminta untuk masuk.
Dek tubuhnya yang kejung di posisi, tangannya ditarik pemuda tadi.
Dia diheret masuk ke ruangan itu.
Kakinya melangkah paksa. Sebaik dia menapak ke ruangan itu, dia melihat susuk tubuh seorang gadis. Gadis itu terlihat seperti menunggu dirinya. Sebaik tatapan mata itu bersambut, kuntuman senyuman melebar di bibir gadis ini seperti menyambutnya.
Namun, tak pula rasa senang hati itu tergambar pada wajah Rayne.
Lelaki itu sebaliknya menghela nafas.
Psiko. Getus hatinya.
.
.
.
"Cik, saya takkan tarik balik kata kata saya. Saya cakap tolak, saya tolak."
"Saya tak boleh terima lamaran Cik."
Usai melepas apron di tubuhnya tadi, Rayne minta gadis itu mengikutinya. Kini, menyusul setiap langkah gadis itu pula dari belakang sambil mengadu rasa tak puas hati.
Namun, sedikit pun butir kata lelaki itu singgah di telinga Nadine Aira. Gadis itu sejak tadi tekad pekakkan telinga. Dia menolak untuk dengar leteran yang melewati bibir lelaki itu. Rayne mendengus buat kesekian kali. Telingkah gadis itu bikin dia buntu.
"Kenapa? Sebab aku anak Tuan?"
Nadine Aira menyoal balas. Gadis itu kemudiannya meloncat naik ke atas benteng batu, menapak melewatinya usai sepasang kasut di kaki dicabut. Dia atur setiap langkah perlahan lahan, meniti laluan batu dengan kaki yang tidak beralas.
Rayne Arzhael hela nafas panjang. Dia kemudiannya berlari anak mendekati gadis itu, lantaran menyusul setiap langkah Nadine Aira lebih dekat.
Sepasang mata lelaki itu kini fokus akan setiap langkah Nadine Aira.
"Kau tolak lamaran aku sebab aku ni anak Tuan ke, Rayne?"
Nadine Aira bertanya lagi.
Sebaik langkahnya mati, dia toleh ke belakang. Matanya menatap raut wajah Rayne Arzhael meminta lelaki itu beri penjelasan. Rayne diam tak berkutik. Lidahnya kelu seolah olah tak lagi mampu untuk bersuara.
"Kau ingat aku main main ke hari tu, Rayne? Aku lamar kau betul betul."
"Kau ingat aku ni tak ada rasa malu ke? Lepas kau blah macam tu je, aku tak tahu nak letak muka aku ni dekat mana. Sumpah, aku malu gila. Rayne, apa apa pun keputusan kau, aku tak boleh nak buat apa. Kalau kau tolak, untuk apa aku buat semua ni."
"Tapi, aku nak dengar apa sebab kau tolak lamaran aku. Aku nak tahu."
Sepasang mata redupnya melirik ke wajah lelaki itu yang mematung.
Dadanya rasa sesak. Mindanya seperti tak mampu untuk berfungsi lagi.
Seolah olah tiada jawapan untuk itu.
Alamatnya, dia cuma membisu.
_
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top