29. πππππππ
γ
‘ ARZHAEL, 2024 γ
‘
Chapter 029
.
.
.
RAYNE Arzhael jeling ke sampingnya.
Mata lelaki itu asyik memerhati setiap tindak tanduk isterinya.
Kelihatan isterinya itu lagi sibuk akan sesuatu sehingga kelibatnya terlihat ke hulu hilir sejak tadi. Sesekali gadis itu berdiri di hadapan oven. Sesekali tubuhnya berdiri di hadapan peti sejuk pula. Setiap telingkah gadis itu jadi tatapan suaminya ini.
Tadi, saat lelaki ini tawar bantuan, si isteri kata tak perlu. Tapi, saat Rayne mahu pamit, gadis itu lekas mengamit suaminya untuk bantu mengacau kuah spaghetti pula di dapur. Rayne patuh sahaja. Aneh. Curiga pun ada. Tiba tiba sahaja pagi itu isterinya ke dapur. Sibuk pula urus itu urus ini. Pembantu rumah juga dilarang masuk ke dapur olehnya.
Rayne berdehem. Dia mahu bertanya akan sesuatu. Tapi, dia tak pasti pula sama ada sekarang waktu sesuai.
"Kau tak nak aku bekerja dengan kau?Β I mean, bekerja semula dengan kau."
"Bekerja semula?"
Soalan berbalas soalan. Usai matikan api dapur, Rayne tatap isterinya.
Nadine Aira kerutkan dahi. Gadis itu sendengkan kepalanya.
Sambil sambil dia tatang dulang terisi muffins coklat yang barusan keluar dari oven. Rayne berjaga jaga. Takut pula dulang ditayang isterinya sehingga lepas dari tangan. Angguk. Itu sahaja respons daripada Rayne. Dia juga kemudiannya angkat periuk kuah dari atas dapur, dibawa ke meja. Matanya sempat mengerling isterinya. Tekun dia tunggu respons.
"You are my husband, Rayne."
"Yes, I am your husband. Tapi, kau juga boleh jadi bos aku."
"I can work for you. As a bodyguard."
Nadine Aira lepaskan sarung tangan tahan panas ke atas meja.
Kemudian, gadis itu susun satu demi satu muffins coklat atas pinggan.
"Tapi, Rayne."
"Sebagai isteri, yang patut hormat tu, aku. Bukannya kau."
"Dan, kalau kau bekerja dengan aku, sebagai bodyguard, kau pula terlebih hormat dengan aku. Terbalik. Jangan sampai isteri ni ingat yang kedudukan dia lebih tinggi dari suami." Nadine Aira tak sambut tatapan mata lelaki itu. Gadis ini sebaliknya beredar pula ke peti sejuk. Dia kemudiannya mengeluarkan Strawberry & Cream Pavlova, ditatang lalu dibawa ke meja.
Usai itu, sebatang lilin yang tersimpan di dalam poket apronnya sejak tadi diambil. Dicucuk ke atas pavlova. Lantaran Nadine Aira hidupkan lilin itu dengan pemetik api.
"Rayne..." Nadine Aira amit suaminya.
Rayne Arzhael yang tayang wajah serba hairan menapak ke meja. Lelaki itu kemudiannya ambil tempat, mengikut permintaan isterinya. Tak semena Rayne kaget sebaik kepalanya disarung pula dengan topi bentuk kon oleh isterinya. Lantaran Nadine Aira ambil tempat duduk berhadapan dengan suaminya. "Today is your birthday, isn't it?"
Rayne Arzhael diam seribu bahasa.
Lelaki itu automatik jeling tarikh di paparan telefon.
"23." Bisiknya. Nadine Aira geleng kepalanya perlahan.
Boleh tahan juga pelupa suaminya ini.
Gadis itu tersenyum geli hati lantaran menarik lembut tengkuk suaminya. Kucupan dihadiahkan di ubun kepala Rayne Arzhael sebelum bibirnya berbisik, memberi ucapan hari lahir.
"So my dear husband, happy birthday."
.
.
.
Happy birthday, Rayne!
Selamat hari lahir, Mr Arzhael.
Sayup kedengaran suara suara lewat panggilan video.
Masing masing tak mahu kalah. Nak jadi orang pertama yang beri ucapan hari lahir kepada Rayne Arzhael. Rayne angguk sahaja sambil lelaki itu suap sesudu demi sesudu pavlova ke dalam mulutnya. "Takkan ucapan je? Hadiah mana?" Rayne bertanya, saja saja nak mengusik. Diam!
Tiada respons daripada Louis mahu pun Adam. Ada yang berpura pura kena mute. Ada juga yang bertingkah seperti capaian internet lemah.
Rayne mencemik. Melihat raut wajah muncung suaminya, Nadine Aira ketawa geli hati. Gadis itu lekas ambil timbunan kotak di sampingnya. Setiap satu berbalut reben. Lantaran setiap hadiah itu dihulur kepada Rayne. Rayne sambut pemberian isterinya itu sehingga penuh dakapannya. "Hadiah hari lahir kau."
Sepasang mata Rayne membuntang. Bukan main bersinar mata bobanya.
"Thank you." Malu malu dia berkata.
Tak semena mendapat tawa daripada Louis dan Adam.
Sehinggalah panggilan video itu tiba tiba sahaja berubah senyap. Sebelum masing masing serentak bersuara, seperti kadet menyapa Tuannya. Bukan main kaget Nadine Aira dibuat Louis dan Adam yang tiba tiba lantang bersuara menyapa Danial Haesar lewat panggilan video. "Tuan." Rayne Arzhael ikut serta menyapa.
Sekejap sahaja wajah Danial Haesar terpampang pada skrin.
Kini, skrin fokus kepada raut wajah masam milik Nick Aiden.
Wajah lelaki itu cemberut seolah olah barusan kena paksa untuk melakukan sesuatu. Nadine Aira sembunyi tawa. Dia tunggu sahaja apa yang bakalan meniti di bibir abangnya. Melihat dari bibir lelaki itu bergerak gerak. Dia tebak, Nick Aiden pasti mahu berkata akan sesuatu tapi suaranya seakan akan tersekat di kerongkong.
Lama lelaki itu membisu di hadapan kamera telefon. Sehinggalah kedengaran bunyi deheman. Lelaki ini pejam mata sekejap. Tewas! Mahu tak mahu dirinya perlu patuh juga. Kalau dah namanya anak manja ayah, apa yang Danial Haesar minta, Nick Aiden akan cuba turuti.
"Fine, father!"
"So, Rayne Arzhael, happy birthday."
Rayne tersenyum menang. Nadine Aira pula ketawa besar.
Suami isteri ini memang sengaja nak bahan Nick Aiden. Lagipula, bila lagi nak melihat Nick malu malu kucing sedemikian. Wajahnya juga sehingga berona kemerahan. Dek tak mahu terus terusan menayang wajah yang merah tomato, lelaki itu lekas tekan butang merah. Keluar dari panggilan video. Tinggal si Louis dan Adam yang setia membisu sejak tadi.
"Kau berdua bila lagi nak balik semula ke sini?"
"Selepas Puan Nadine terima kami?"
Respons itu berakhir dengan soalan.
Nadine Aira mencebik.
"Maksud kau, bekerja semula? Kalau kau berdua nak balik ke sini, tak payah cari alasan. Balik saja ke sini."
"Tapi, kalau ya nak bekerja semula, minta kepada Tuan. Bukan aku."
Nadine Aira sempat memberi pesan.
Perbualan itu mati di situ sahaja. Tak lagi berlanjut. Adam berdehem. Buatkan setiap pasang mata tertumpu ke arahnya. Lelaki itu beri isyarat mata kepada Louis untuk matikan panggilan video. Kononnya, nak beri masa berdua kepada suami isteri ini. Louis yang kurang peka tayang muka tak faham. Adam hela keluhan.
Dia bawa telapak tangan tepuk dahi sendiri. "Eh, lupa aku ada kerja nak buat. Mr and Mrs Arzhael, gerak dulu ya. Have fun luangkan masa bersama. Psst! Louis! Chiow!" Adam beri isyarat lagi. Tapi, belum kesempatan Louis nak beri respons, panggilan video sudah ditamatkan terlebih dahulu. Dia yang barusan peka dengan isyarat Adam mentah mentah kena kick.
Tak semena Rayne dan Nadine Aira saling berbalas pandangan.
Kemudian, masing masing serentak menggeleng kepala.
.
.
.
"Kalau soal kerja..."
Rayne sedikit kaget. Tubuhnya kejung sebaik jemarinya diraih gadis itu.
Sepasang matanya menatap isterinya.
Ralit memerhati tingkah Nadine Aira menyarung jam tangan mewah di pergelangan tangannya. Jam tangan jenama Rolex. Ada namanya terukir pada muka jam. Hadiah hari lahirnya daripada Nadine Aira. Tapi, matanya tak pula fokus kepada hadiah itu.
Lelaki ini sebaliknya asyik menatap wajah isterinya. Dia yang rasa terpanar seolah olah ini baru pertama kali melihat gadis itu. "...apa kata kau terima offer tu? 50-50. Bagi aku, boleh tahan lumayan." Tak semena sepasang mata Rayne membesar usai tatapan matanya disambut gadis itu. Cepat cepat lelaki itu palingkan wajah. Lirikan matanya kemudian dilempar entah ke mana.
"Since my husband is good at cooking, I bet he'll be the greatest chef ever."
"And as his wife, I'll be his supporter."
Kedua dua belah telapak tangan gadis itu melekap di pipi Rayne.
Mahu tak mahu, Rayne sambut juga lirikan mata gadis itu.
"Kau tahu pasal offer tu? Aku belum buat keputusan lagi."
"Offer daripada kawan kau sendiri?"
Rayne mengangguk.
"Since you're eager to work... Jadi, apa masalahnya?" Telapak tangannya tak lagi melekap di pipi Rayne. Gadis itu tayang wajah dengan kerutan sambil kepalanya disendeng sedikit. "Kalau kau rasa kau nak terima offer ni, please go for it, Rayne." Nadine Aira tatap wajah tenang suaminya. Lelaki itu lukis senyuman di wajah.
Sebelum dia akhirnya angguk, yakin.
"Maksudnya, lepas ni, bukan setakat aku je yang boleh rasa masakan kau."
"Eh, cemburu?"
"Sikit." Nadine Aira cantumkan jari telunjuk dan ibu jarinya.
Dia tinggalkan cuma sedikit ruang, jadi pemisah antara jarinya.
Rayne gelak kecil.
"Then, how about I cook more often for you, my dear? Three meals per day?"
"Please, no! I don't want to gain more weight because of you."
.
.
.
Sebaik sahaja tali reben dipotong dua, bunyi tepukan mengisi ruangan.
Sayup kedengaran suara khalayak di ruangan ini melontarkan ucapan tahniah atas perasmian itu. Luke ukir senyuman lebar. Dia sambut setiap ucapan dengan terima kasih. Lantas kelibat lelaki itu terlihat mendekati Rayne Arzhael. Dia kemudiannya menyiku lelaki itu yang sibuk pelawa tetamu yang hadir ke jamuan.
"Isteri kau tak ada cakap apa apa?"
"Dia okey je?"
Perlahan suara Luke berbisik. Cuma nak Rayne seorang saja dengar.
Sambil sambil matanya menjeling ke suatu sudut. Duduk seorang gadis bersendirian di meja. Rayne Arzhael mengangguk. "Sedikit pun dia tak curiga apa apa?" Luke bertanya lagi. Sekali lagi pertanyaan itu mendapat anggukan daripada lelaki ini. Rayne melirik ke arah isterinya. Sebaik saja tatapan matanya disambut, gadis itu lambai ke arah suaminya ini.
"Aku pergi jumpa dia dulu. Tahniah atas pembukaan restoran kau!"
Bahu lebar Luke ditepuk sebelum dia berlari anak mendekati isterinya.
Melihat kelibat lelaki itu mendekati, gadis ini lekas bangkit.
Sejambak bunga dalam dakapan sejak tadi dihulur kepada Rayne.
"Untuk aku?"
"No, it's for your friend. Aku tak tahu nak datang sini bawa apa."
Nadine Aira tayang senyuman. Rayne mencemik. Dagunya disembam ke atas jambak bunga di tangan. Tak semena Nadine Aira spontan tampar lengan suaminya. Cepat cepat gadis itu ambil semula sejambak bunga itu dari dakapan Rayne Arzhael. "Rayne! Tak cantik lah bunga ni nanti." Nadine Aira usap perlahan sejambak bunga dalam dakapannya.
Sambil sambil mulutnya tak berhenti berleter memarahi suaminya ini.
Rayne tayang muka tak bersalah. Dia pekakkan telinganya.
Tak lalu nak mendengar leteran dari mulut isterinya ini.
"Kau tak nak kenalkan aku ke dengan kawan kau?" Rayne mematung sejenak. Barusan dia teringat bahawa isterinya ini dan Luke belum pernah berjumpa satu sama lain. Tak semena Rayne tepuk dahi sendiri. Kemudian lelaki itu terlihat mengamit Luke yang tadinya sibuk melayan tetamu.
"Luke, perkenalkan. Isteri aku."
"Nadine Aira."
Muncul sahaja kelibat Luke menemui pasangan itu, Rayne lekas rembat peluang untuk memperkenalkan dua orang yang belum pernah bersua ini. Nadine Aira ukir senyuman. Gadis itu kemudiannya hulur tangan. Mahu berjabat dengan kawan suaminya ini. Luke membeku. Dalam diam, lelaki ini sembunyi teguk liur.
Tempoh hari, dia cuma melihat gadis ini dari jarak jauh. Tidak tahu pula hari ini bakalan bersambut salaman.
"Luke." Walhal rasa ragu ragu, Luke sambut jua salam itu. Lerai sahaja salam itu, Nadine Aira hulur sejambak bunga kepadanya. Dek dia merasa sedikit kaget, matanya jeling sebentar ke wajah Rayne. Rayne angguk, beri isyarat untuk menerima pemberian itu. Luke ukir senyuman lagi lantaran pemberian itu disambut.
"Terima kasih. Terima kasih sebab sudi datang ke majlis ni."
"Mesti lah saya perlu datang. Lagipun encik kawan suami saya. And soon, you're his boss too."Β
Aneh!
Raut wajah tenang dengan senyuman mesra itu langsung tidak sepadan dengan peribadi Sirius 9. Nadine Aira ternyata punya personaliti yang jauh beza jikalau hendak dibandingkan dengan Sirius 9. Aura. Ya, aura mereka berbeza. Seolah olah Nadine Aira dan Sirius 9 itu ialah dua orang yang berbeza. Tapi, sebenarnya sama.
Jikalau dia tak mengenal peribadinya yang lagi satu itu, Luke barangkali tidak akan percaya mereka itu orang yang sama. Dan, Rayne Arzhael ada orang dengan nama sebagai tulang belakangnya? Menarik!
"Since my husband is your friend, then I am too. You also can consider me as your business's biggest supporter."
Klik! Nadine Aira lirik skrin telefon di tangannya. Gadis itu tersenyum puas hati melihat hasil potretnya. Lantas matanya kembali menatap Luke sebelum lirikan matanya itu singgah ke wajah Rayne Arzhael. Rayne kelip mata acap kali. Memang rutin lelaki ini setiap kali kantoi merenung wajah isterinya. Gadis itu ketawa kecil.
Jeda sahaja tawanya, matanya jatuh menatap Luke semula.
"Rayne tak banyak kenalan. Sekarang, cuma encik je yang saya kenal sebagai kawan dia. Sebagai keluarga dia. Saya tak pasti sama ada dia memang tak suka perkenalkan saya dengan kawan dia atau memang kawan dia cuma encik seorang." Kof! Kof! Rayne tepuk dada sendiri. Terbatuk batuk lelaki itu sebaik dengar bicara isterinya ini.
"Jadi, saya nak encik selalu ada untuk dia. Sebagai kawan."
"Dan, juga sebagai keluarga."
"Since my husband believe in you, then I will believe in you too."
_
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top