23. πππππππ
Chapter 023
.
.
.
"APA? Tiba tiba telinga aku ni pekak sampai tak dengar apa kau cakap."
"Boleh minta ulang lagi sekali tak?"
Nadine Aira bawa tubuhnya duduk di samping lelaki itu. Dekat, sehingga lengan mereka berlaga satu sama lain.
Gadis itu angkat jari telunjuk, minta suaminya supaya mengulang lagi bicaranya yang tadi. Sambil sambil matanya dikerdip berkali kali. Mata bulatnya yang bersinar menatap dalam raut wajah Rayne yang merah. Lelaki itu berdehem. Sebaik matanya menyambut tatapan penuh harap itu, cepat cepat dia berkalih.
"Nak aku ulang apa? Ah, tak ada. Tak ada siaran ulangan dekat sini."
"Aku mengantuk. Aku nak tidur."
Tubuh isterinya itu ditolak perlahan supaya duduk menjauh.
Rayne kemudiannya bingkas bangkit.
Dia sambar kusyen, lantas dilempar ke pelukan Nadine Aira.
Kelibatnya terlihat beredar setelah itu dek tidak mahu melayan kerenah si isteri. Nadine Aira mencemik. Gadis itu tak puas hati akan sikap suaminya. Bukan main susah dia nak dengar kata manis itu meniti di mulut Rayne Arzhael. Barangkali kerana dia lepas bicara, kata itu sehingga keluar lewat celah bibirnya.
Nadine Aira yang dengar panggilan 'sayang' itu apa lagi. Berbunga bunga lah hatinya. Dah dengar sekali, dia nak dengar lagi berulang kali.
Tapi, Rayne pula tak mahu melayan.
Rayne berlari anak ke tangga. Lelaki itu cepat cepat hayun langkahnya.
Sambil sambil lelaki itu tepuk dada yang berombak gila. Hebat detak jantungnya kala itu sehingga bikin dia merasa sesak nafas. Dari hujung ekor mata, dia jeling ke ruang tamu. Matanya melirik kelibat isterinya yang masih duduk di kerusi, memeluk kusyen dengan wajah cemberut.
Ah, kebal mana pun benteng dirinya, jikalau perlu 'melawan' gadis itu,
...dirinya pasti tewas juga.
Rayne pejam mata sambil dia tepuk dahi sendiri. Dia ketap rapat gigi.
Raut isterinya itu terlakar di minda.
Sepasang mata bundarnya yang bulat seakan berkilau setiap kali terkena cahaya. Tiap kali wajahnya mencuka, bibir munggil gadis itu melengkung sehingga wujud lekuk comel di pipinya. Pipinya juga kembung besar, jelas memperlihatkan dirinya itu lagi merasa tak puas hati akan sesuatu.
Ah, ini yang boleh bikin dia rasa gila.
Comel gila!
Comel comel macam ni, memang aku sorok tak nak bagi orang tengok!
Hatinya membidas geram. Lelaki itu sehingga mengepal buku lima.
Lantaran dia berlari hendak beredar ke ruang kamar. Sambil sambil bicaranya sendiri memanggil gadis itu dengan panggilan 'sayang' kembali teengiang ngiang di telinga. Dia bawa telapak tangan menutup muka. Malu! Darah berderau ke mukanya. Merah padam wajah Rayne kala itu.
Merah mengalahkan tomato! Bahang di wajahnya juga bukan main panas.
.
.
.
"Betul kau tak mahu aku ikut sekali?"
Rayne bertanya sambil lelaki itu heret bagasi ke arah kereta di laman.
Nadine Aira tetap menggeleng. Rayne jadi putus kata nak menyahut. Lagipula isterinya itu berkeras untuk pergi berdua saja bersama Ran. Ah, mana dia tak merasa risau. Kalau ada apa apa berlaku, siapa yang bakalan susah hati? Dia lah!
Isterinya itu bukan pergi sehari dua.
Seminggu!
Seminggu isterinya itu tak ada depan mata. Kalau dia dengar sampai berlaku apa apa yang tak elok kepada Nadine Aira, mahu naik gila dia.
Sampai sahaja ke kereta, Ran Kaiser bergegas keluar lewat pintu. Lelaki itu lekas tawar diri untuk bukakan daun pintu buat Nadine Aira. Padahal ada pemandu yang bertugas berbuat sedemikian. Rayne mendengus halus. Matanya tajam mengamati gerak geri lelaki itu yang saja mencari pasal.
"Tak boleh ke orang lain ikut kau?"
"Kenapa mesti dia ni?"
Suara Rayne berbisik di telinga gadis itu. Perlahan, tapi nadanya keras.
Nadine Aira sekadar tersenyum. Dia menggeleng kepala.
"Atas arahan Tuan, Sir Arzhael. Setiap kali ada 'business trip', Ran kena ada."
Gadis itu sambut tatapan mata Rayne. Wajah suaminya itu jelas cemberut. Bukan main masam mencuka! Masih tak puas hati dengan keputusan gadis ini untuk bawa Ran Kaiser bersamanya. Rayne hela nafas, lelaki itu kemudiannya angguk jua. Patuh.
Sebaik bagasi beralih tangan, Rayne hantar isterinya ke kereta.
Matanya ralit mengamati sambil dia kerap menjeling ke Ran Kaiser.
Sehinggalah segugus kunci terlempar kepadanya. Walhal kaget, lelaki itu cekap menyambutnya. Wajahnya berkerut. Alisnya terangkat sebelah. Matanya tajam menikam Ran Kaiser selang kemudian, menghantar isyarat mata bertanya apa maksud kepada tindakannya itu. Ran Kaiser senyum senget, dia lentokkan kepala ke lengan yang disandar pada badan kereta.
"Selama aku tak ada, aku tinggalkan baby kesayangan aku kat sini."
Bibirnya dimuncung, menuding ke arah Kawasaki miliknya.
"Nanti bawa masuk dalam garaj eh?"
"Kalau baby aku sampai calar, sampai ke lubang cacing aku cari kau. Ingat!"
Sebelum tubuhnya masuk ke dalam perut kereta, dia sempat meninggalkan amaran kepada Rayne. Sayup kedengaran suara tawanya pecah dek geli hati melihat air muka Rayne yang cemberut. Rasa tak puas hati lelaki itu sedikit pun tak disembunyikan. Rayne tak peduli ego, dia tetap tayang wajah masam.Β
"Calar? Bukan setakat calar aku boleh buat. Kalau ikut hati, berkecai!"
.
.
.
"What a surprise, Nadine."
Beredar sahaja kenderaan itu dari perkarangan rumah, Ran buka bicara.
Matanya sempat menjeling ke luar lewat kaca tingkap, melirik susuk tubuh Rayne yang menghantar pemergian isterinya. Kemudian, dia kerling ke sebelahnya pula. Dia amati setiap gerak geri gadis itu membelek kepingan kertas di tangan.
"Kejutan apa? Memang selama ni kau yang akan teman aku. Setiap kali."
Gadis itu tetap fokus dengan helaian kertas bercetak di atas riba.
Matanya tak menyambut lirikan Ran.
Gadis itu sebaliknya cuma memasang telinga untuk mendengar. Ran Kaiser sekadar mengangguk angguk. Apa yang diperkatakan oleh gadis itu ada betulnya. Memang dia yang selalu ada bersama gadis itu setiap kali business trip. Tapi, Rayne Arzhael apa kurang hebatnya. Ada lelaki itu di sisi, 'dunia' juga sehingga boleh tunduk.
Dan, jikalau dipasangkan bersama si puteri bongsu keluarga Haesar ini...
...siapa yang berani melawan? Jikalau sudah namanya api digandingkan dengan minyak. Mereka itu adalah perpaduan yang merbahaya. Saat api menyulut minyak, letupan yang terhasil bukan calang calang, tetapi ledakan yang mematikan.
Namun, membelakangi Rayne Arzhael dalam urusan kerjanya itu adalah keputusan Nadine Aira sendiri. Lelaki ini tebak, pasti ada asbab tertentu.
Jeda saja bicara gadis itu, tiada lagi perbualan antara mereka.
Ran Kaiser tak lagi menyoal. Lagipula dia lebih suka Rayne tiada di sini. Lelaki itu ada di hadapan matanya pun cuma bikin si langit dan bumi ini akan bertelagah sahaja. Tak pasal pasal business trip itu berubah tragedi. Mereka dua bukannya boleh dipasangkan bersama walhal si Ran itu awalnya 'bayang' si cahaya.
Suasana hening. Masing masing buat hal sendiri. Ran Kaiser mengamati peranti canggih di tangan sambil gadis itu masih meneliti satu persatu kepingan kertas di atas riba.Β
Sehinggalah pemandu beri signal ke kiri, memasuki sebuah jalan raya lebar dengan pemandangan laut di satu sisi dan gedung pencakar langit di sisi yang lainnya. Lewat hujung mata, Nadine Aira mengerling ke luar. Matanya mengamati kawasan pelabuhan yang sedikit suram seolah olah sudah lama terbengkalai.
Padahal masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Kesuraman pelabuhan itu bikin matanya tidak berkenan.
"Monarch akan berlabuh di sini?"
"Bukan di sini. Di sana."
Nadine Aira tebar pandangan mata ke arah yang ditunjuk oleh Ran.
Senyuman terukir di bibirnya setelah itu. Barangkali hatinya rasa puas.
"Pelabuhan lama ni akan dipindah ke sana. Selain Monarch, pelabuhan baharu tu juga jadi tempat singgahan kapal kapal lain. Sama ada cruise ship atau yatch peribadi. Tempat suram ni, mana sesuai untuk Monarch." Ran sambung bicaranya usai kelibatnya terlihat keluar dari perut kereta.
"Exactly." Singkat saja respons gadis itu. Lantaran dia hayun langkahnya menyusuri dermaga dan disusuli oleh Ran dari belakang.
.
.
.
Sebaik sahaja kereta yang ditunggangi si isteri tak lagi terlihat oleh mata, lelaki itu seluk saku seluar.
Dia tarik keluar telefon miliknya lalu butang di sisi ditekan. Sibuk jarinya menekan paparan di tangan, menaip satu persatu nombor. Sebaik panggilan itu bersambut, dia bawa telefon mendekati cuping telinga.
"Kau dah siap? Kita gerak sekarang."
Suaranya perlahan, tapi cukup jelas. Jeda sahaja bicaranya, panggilan singkat itu dimatikan. Lantaran kelibat lelaki itu beredar masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian, susuk tubuhnya terlihat ke laman sekali lagi. Jaket kulit hitam tersarung di tubuh, melitupi kemeja berlengan panjang yang dipakainya.
Kepalanya tersarung topi. Ransel disandang di belakangnya.
Dia menyeluk saku seluar, menarik gugus kunci yang terselit.
Kunci Kawasaki milik Ran masih lagi tersimpan di koceknya. Motor milik Ran juga masih terparkir di laman. Dek malas nak masuk semula untuk mengambil kunci kereta, dia lekas meloncat naik ke atas motor Ran itu. Helmet yang ditinggalkan oleh Ran disambar, disarung di kepalanya.
"Baby? Macam budak budak." Komen Rayne sebaik dia lihat pelekat nama yang tertampal pada badan motor.
Tanpa berfikir dua kali, Kawasaki itu ditunggang. Dia putar gas dan motor melaju dengan bunyi menggelegar. Selang kemudian, motor yang dinaiki oleh lelaki itu melaju melewati laluan marmar meninggalkan perkarangan rumah. Melihat dari gaya lelaki itu mengendara motor, ini ternyata bukan kali pertama baginya.
Rayne ternyata sudah biasa dengan mesin berkecepatan tinggi.
Jadi, mengendalikan kenderaan yang tak biasa ditunggangi ternyata bukan masalah bagi dirinya.
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top