21. πππππππ
γ ‘ ARZHAEL, 2024 γ ‘
Chapter 021
.
.
.
"AKU bukan apa. Aku cuma tak nak apa yang kau plan ni sia sia."
"Perempuan tu orang luar."
"Tak pasal pasal bawa masalah pula."
Lelaki bernama Luke bersuara sedikit kesal. Dia merasa gusar.
Tambah tambah lagi setelah dia dapat tahu Rayne Arzhael sudah beristeri. Hasrat Rayne melamar gadis itu juga disebalik pengetahuannya. Sudah terikat hubungan antara mereka, baru dia dapat tahu akan berita itu.
Sekarang, dia nak tegah keputusan itu juga sudah tiada makna lagi.
"Perempuan tu bukan lagi orang luar. Dia isteri aku, Luke."
"Kalau kau tak boleh terima dia, kau juga boleh bawa masalah dalam ni."
Setiap butir katanya sengaja ditekan.
Luke habis kata menyahut. Lelaki itu terdiam mendengar bidasan Rayne.
Tapi, isteri yang dimaksudkan Rayne Arzhael itu bagi dirinya cuma orang luar. Orang asing yang tak dia kenal luarannya, dalamannya apatah lagi. Melihatnya juga belum pernah. Luke cuma kenal namanya sahaja.
Nadine. Itu pun kerana pernah meniti di bibir Rayne sebelumnya.
Jikalau tak, memang dirinya tak kenal gerangan isteri kepada rakannya itu.
"Macam mana aku nak percaya dia? Kalau kau sendiri susah nak perkenalkan aku dengan dia, Rayne. Musuh tak kenal siapa kita. Bahkan orang yang paling kau kenal boleh tikam kau dari belakang." Bicara yang tadinya terjeda cukup lama barusan mendapat respons balas.
Nada suaranya jelas terdengar terselit kerisauan. Luke tatap wajah Rayne.
Dia mahu memastikan yang lelaki itu benar yakin akan tindakannya.
"Aku seorang tak mampu."
"Aku perlu kuasa."
"Now that I've got the devil on my side, even the world bends to my will."
.
.
.
Sebaik sahaja muncul kelibat Cadillac kelabu logam di hadapan pagar besar, pintu bertutup itu perlahan terbuka.
Pengawal berseragam yang berjaga di kedua sisi pintu menunduk hormat.
Beredar saja kenderaan itu melewati celah pintu pagar, baru lah pengawal itu berani angkat muka. Sudah menjadi prinsip mereka. Siapa pun yang datang, mereka diajar untuk anggap sebagai tetamu. Jikalau musuh melangkah masuk sekali pun tetap dianggap tetamu.
Cadillac mewah itu meluncur meniti laluan marmar sehinggalah kelibatnya dipandu perlahan lahan sebaik tiba di hadapan pintu utama.
Lewat kaca tingkap, matanya melirik sebuah Kawasaki yang sudah terparkir di hadapannya. Ralit lelaki itu mengamati motor asing yang tidak pernah dia lihat sebelumnya. Buat sejenak, dia lirik jam di tangan. Barangkali isterinya lagi menerima kunjungan tamu pada jam ini.
Sebaik sahaja siluet Rayne keluar dari perut kereta, seorang pengawal bergegas mendekatinya. Kunci kereta beralih tangan, kini di tangan pengawal itu pula untuk dipandu ke dalam garaj. Rayne meniti setiap anak tangga. Matanya jeling Kawasaki yang terparkir di kaki tangga sambil sambil matanya meliar ke segenap ruang.
Dia mencari cari kelibat Nadine Aira sebaik lelaki itu melewati celah pintu.
Masuk sahaja dirinya, dia didatangi pula si pembantu rumah.
Wanita tua itu segera tundur hormat.
Suaranya terlontar lembut tetapi jelas ketika melapor.
"Tuan, makanan sudah saya siapkan. Tuan mahu makan sekarang?"
"Siapa yang datang?" Pertanyaan tadi sekadar dibiarkan tanpa respons. Cuma gelenggan yang menjadi sahutan. Wanita itu menjeling sejenak ke luar lewat celah pintu. Dia mahu melihat siapa yang dimaksudkan oleh lelaki di hadapannya itu.
"Oh, Encik Kaiser yang datang jumpa Puan. Katanya ada urusan kerja yang perlu mereka bincangkan."
Sahut wanita itu dalam posisi yang masih setia menunduk kepala.
Spontan sepasang mata Rayne melirik ke aras satu. Lelaki itu kemudiannya mengangguk sedikit sebelum kelibatnya terlihat beredar. Langkah yang terhayun terlihat tergesa gesa. Barangkali dia mahu ke ruangan yang menjadi tempat pertemuan isterinya dengan Ran Kaiser.
Puas dia ke hulu hilir melewati setiap ruangan bilik di rumah agam itu.
Sehinggalah langkah kakinya sampai ke ruang tamu mewah.
Dari luar pintu kaca, dia melihat gadis itu duduk bersama Ran Kaiser. Tanpa fikir panjang, dia bawa langkahnya ke dalam, lewat celah pintu automatik. Sebaik langkahnya dibawa masuk, setiap mata di situ tertancap padanya. Nadine Aira berkerut dahi, terangkat sedikit keningnya merasa hairan.
Ran Kaiser pula sebaliknya. Ekspresi muka lelaki itu sukar ditafsir.
Apatah lagi segaris senyuman terlukis pada wajahnya. Seolah olah cukup suka akan kedatangan Rayne Arzhael.
"I'm sorry? Both of us are in the middle of discussion. That's impolite."
Teguran Nadine Aira membekukan si suami di posisi. Matanya yang berkerdip perlahan lahan jadi tanda, dirinya sudah lepas batasan. Ah, dek terlampau ikut kata hati, dia terus serbu masuk. Sedikitpun tak peduli akan telingkahnya yang tak sopan.
Rayne hela nafas perlahan. Lelaki itu hendak mundur untuk beredar sekalipun sekarang terlihat tak kena.
Apatah lagi jikalau dia biarkan sahaja pertanyaan itu tanpa respons.
Ah, lagi lah dia terlihat tak sopan.
"Nadine, aku rasa Rayne ada sesuatu nak cakap dekat kau."
"So, aku rasa discussion ni stop sini."
Telapak tangan Ran Kaiser melekap ke permukaan meja.
Kelibatnya terlihat bangkit setelah itu.
Langkahnya diatur hendak beredar. Sebelum dia sampai ke muka pintu, dia berhenti dahulu di sebelah Rayne Arzhael. "Apa apa aku beritahu kau kemudian. Don't worry, aku boleh blah sendiri. Ciao." Nada suaranya itu terdengar cukup santai.
Jeda sahaja bicaranya, senyuman sinis terlukis di bibir sambil sambil matanya menikam wajah Rayne. Usai dia ucapkan pamit, lelaki itu beredar ke muka pintu, meninggalkan pasangan itu di ruang ini.
Dari hujung ekor mata, Rayne jeling ke belakang. Matanya hantar pemergian Ran Kaiser sehingga susuk tubuh lelaki itu tak lagi terlihat oleh matanya. Sudah namanya langit dan bumi, api dan air... mustahil menyatu. Bak kata orang, dua duanya raja.
Masing masing enggan tunduk.
.
.
.
Beredar sahaja kelibat Ran Kaiser, dia menerpa ke meja.
Dia kemudiannya ambil tempat, dekat dengan gadis itu di hujung meja.
Raut wajah Nadine Aira jelas terlihat hairan. Kelakuan suaminya yang tidak biasa terlihat cukup aneh pada matanya. Mindanya itu seolah olah lagi diberatkan dengan sesuatu. Sehinggakan dirinya jadi tak mampu untuk berfikir jernih.
Tapi, tak juga gadis ini nak menyoal.
Matanya perhati sahaja gelagat lelaki itu yang duduk diam di kerusi.
Seolah olah jikalau ditanya baru akan membuka mulut.
Rayne kacip mulut. Jarinya mengetuk kerusi. Dia sendiri kurang pasti akan kelakuannya yang sekarang. Nak buka mulut juga rasa payah, apatah lagi meminta pamit untuk beredar segera. Entah apa yang bermain di fikirannya tadi sehingga berani serbu masuk.
Padahal dirinya tahu isterinya ini lagi ada perjumpaan. Pasti penting.
Rayne Arzhael beranikan diri angkat mata.
Sehinggalah matanya itu tertancap ke arah sebuah arca di atas meja.
Arca emas sebuah kapal persiaran itu cukup besar. Sehingga menempati hampir seluruh permukaan di tengah meja panjang. Masakan dia sehingga tidak perasan akan kewujudan arca ini. Dek minda yang melayang entah ke mana, matanya juga jadi buta.
Tak semena lelaki ini diam lagi. Kali ini, diam itu tanda dia kagum.
Crimson Monarch? Desis hatinya. Dia amati nama itu yang terukir.
Nama megah itu cukup serasi dengan rupa pemiliknya. Sebuah kapal persiaran gergasi yang serba mewah. Mengelilingi dunia menaikinya tentu seperti satu angan semata mata. Selama dia berada di kediaman ini, tak pernah pula dia melihatnya. Mendengar Danial Haesar punya niat untuk memilikinya juga tak pernah.
Ini kali pertama dia melihatnya. Arca emas hasil tangan yang cukup ahli.
"Cantik, bukan?"
"Lagi sebulan, siap lah kapal ni." Jari telunjuk Nadine Aira menyentuh lembut permukaan tempat berdirinya arca emas itu. Seperti tidak percaya akan apa yang barusan dia dengar, Rayne sehingga mati kata. Dia tatap wajah isterinya yang asyik menatap arca megah di hadapan mata.
"Too many laws on the land... but, the sea?" Suaranya berbisik perlahan.
Kedengaran dingin di telinga Rayne.
"Thatβs a different story. No borders. No patrols. Just endless water."
"It is a perfect cover, isn't it?"
Jari mulus milik gadis itu beralih pula menyentuh arca Crimson Monarch.
Bibirnya tersenyum menang.
Melihat raut wajah itu, Rayne merasa sedikit kurang senang. Senyuman yang terlukis pada wajah isterinya itu punya maksud tersirat. Dan apa yang pasti, sudah tentu fikirannya bukan calang calang. Sudah namanya puteri bongsu keluarga Haesar.
"Secrets where it's on the land... are too easily uncovered."
"But on the water?"
"We move where the tide takes us; untouchable, invisible. Because to the eyes of the world, Crimson Monarch is just another luxury cruise."
Nada suaranya terlontar perlahan.
Bisikan itu cuma meniti di bibirnya untuk diperdengarkan kepada Rayne Arzhael seorang sahaja. Jeda sahaja bicaranya, gadis itu kemudiannya terlihat bangkit. Langkahnya disusun menerpa ke pintu hendak beredar. Namun, sebelum tubuhnya sampai ke pintu, dia kalih semula ke belakang.
Telapak tangannya terangkat ke sisi mulut, mahu menyambung bicara.
"No one would have thought that a floating paradise..."
Bicaranya jeda sejenak.
Setelah itu, suaranya makin perlahan.
"...is actually a dark empire."
Mati sahaja bicaranya, ketawa nakal gadis itu terhambur.
Sayup kedengaran tawanya mengisi ruangan berhias mewah. Nakalnya tawa itu cukup untuk bikin Rayne Arzhael yang mendengarnya tertanya tanya akan apa yang bermain di minda gadis itu. Rayne Arzhael diam saja sambil matanya hantar kelibat si isteri melewati celah pintu.
Dahinya berkerut. Keningnya sedikit terangkat dek bingung.
Dia cuba untuk mencerna maksud di sebalik ketawa nakal itu.
Apa lagi yang aku tak tahu pasal kau,
...Nadine Aira?
Kalau macam ni lah, dalam lima tahun ni bukan setakat aku yang kau lihat dah berubah. Kau sendiri juga.
Kau juga bukan diri kau yang dahulu.
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top