17. πππππππ
γ ‘ ARZHAEL, 2024 γ ‘
Chapter 017
.
.
.
RUANGAN bilik itu seperti jangkaan dirinya juga bercat serba putih.
Sebaik dia tutup daun pintu, matanya sambung memerhati segenap ruang.
Sehinggalah matanya jatuh tertancap ke arah lantai. Ada tumpahan cecair merah yang mulai kering. Dari hujung ekor mata, dia melirik pula ke arah wooden easel di samping meja. Di atas meja itu pula, tersusun pisau palet.
Rayne Arzhael tak juga berniat untuk menyoal. Lelaki itu sebaliknya menghayun langkah ke kerusi, lantas dia mengambil tempat duduk. Sambil sambil matanya masih mengerling ke segenap ruangan. Pada matanya, seolah olah ada sesuatu yang aneh di tempat ini. Tapi, dia tak pasti apa itu.
Ran Kaiser sandarkan tubuhnya pada meja, di samping Rayne Arzhael.
"Aku nak bercakap dengan kau sebab aku tahu benda ni kau rahsiakan."
"Nadine tak tahu. Right, Mr Arzhael?"
"Tapi, kenapa sampai perlu berahsia? She's your wife. Tak salah dia tahu."
Ran mengerling sekilas lelaki itu yang duduk di sampingnya. Rayne mendengus dalam diam. Raut wajah lelaki itu seperti minta penumbuknya dan sengaja mencari pasal. Namun, dia datang ke sini dengan niat untuk tahu apa yang Ran sudah tahu.
Mahu tak mahu, dia terpaksa tayang senyuman yang sekadar direka.
"Cakap apa yang kau nak beritahu je. Aku malas nak bertekak. Aku tak nak isteri aku tunggu lama dekat luar."
Ran Kaiser berdecit. Dia kesal dengan respons balas itu. Walhal dia cuba untuk mengusik emosi lelaki ini, tapi akhirnya dia sendiri pula terkena. Ah, persetankan perangai masing masing yang tak mahu mengaku kalah. Lagipula pertemuan mereka ini pada awalnya bersebab. Ada sesuatu yang perlu dia beritahu kepada Rayne.
"Kes kau kena serang hendap."
"Kecelakaan dalam lima tahun lepas."
"Kejadian dalam pesta seminggu yang lalu dan yang terakhir, Scorpion."
Ran Kaiser menghitung satu persatu kejadian itu dengan jari.
Telingkah lelaki itu yang serba tahu mengundang curiga Rayne Arzhael.
Tak semena sepasang keningnya erat bertaut seolah dia cukup meragu lelaki muda itu. Apa yang meniti di bibir Ran mengatakan lelaki muda ini cukup tahu banyak hal tentang dirinya. Padahal mereka tidak pernah mengenal satu sama lain. Berjumpa juga baru pertama kali di ekspo seni.
Tapi, anehnya Ran Kaiser ternyata kenal dirinya sejauh itu?
Ran tersenyum sumbing. Lelaki muda berkaca mata dengan painting apron itu beredar ke tengah ruangan. Buat sejenak matanya melempar renungan ke luar lewat kaca tingkap.
"Orang Scorpion datang mencari kau. Kau sendiri tahu sebab apa, kan?"
"Apa yang kau pendam, Rayne, takkan selamanya boleh jadi rahsia. Lambat laun orang lain akan tahu juga. Lebih lebih lagi kalau kau berahsia dengan orang Haesar. Bila bila masa saja apa yang kau anggap kau mampu simpan akan terbongkar sekelip mata."
Kelibat Ran terlihat beredar semula ke meja. Sekeping kertas yang tersisip di sebalik timbunan kertas putih ditarik olehnya. Kertas dengan contengan kasar itu ditilik sebentar. Matanya mengamati sejenak sebelum kertas itu beralih tangan, kini diserahkan kepada Rayne Arzhael.
Rayne sambut pemberian itu. Kertas dengan lukisan kala jengking itu kini ada di dalam genggamannya pula.
"Sama ada kau memang tak tahu atau kau sengaja berpura pura lupa."
*
*
*
Usai perbualan itu, Ran meninggalkan dirinya bersendirian di ruangan ini.
Sekeping kertas putih di tangan dengan lukisan Scorpion digenggam, dikeronyokkan selang kemudian. Dia mengeratkan kepalan buku limanya. Nafasnya terhela menderu kasar. Dia dibelenggu amarah namun amarah itu terpaksa ditahan dahulu.
Tunggu waktu yang sesuai, baru lah amarah itu boleh dilampiaskan.
Rayne Arzhael ketap bibirnya rapat.
Sehinggalah sayup sayup kedengaran bunyi deringan telefon.
Dia keluarkan telefon dari saku seluar lantaran matanya melirik skrin.
Nombor asing itu kembali menelefon. Seolah olah sedia tahu bahawa dirinya lagi menunggu panggilan itu. Kali ini, panggilan itu tidak dibiarkan tanpa bersambut. Rayne Arzhael sebaliknya angkat panggilan itu. Dia tunggu suara yang akan kedengaran di telinga, lewat corong telefon.
Pada saat terawal usai panggilan itu bersambung, Rayne tidak mendengar sebarang suara dari pemanggil.
Atau, barangkali panggilan itu sedang beralih tangan. Dan, akhirnya jatuh ke tangan gerangan asing itu. Lama dia menunggu sehingga lama kelamaan dia rasa jemu. Barusan dia hendak menamatkan panggilan, dia dengar suatu suara lewat panggilan.
"Rayne..." Namanya diseru, lantas jeda dengan tawa yang terhambur pendek.
Mendengar suara itu, sepasang mata Rayne perlahan membuntang.
Detak jantungnya berubah kencang.
Entah kerana dirinya rasa terperanjat akan suara itu atau tanda dirinya lagi ditekan ketakutan. Rayne Arzhael kunci mulut, rahangnya mengeras. Dia tidak tahu hendak beri sebarang respons atau tekad berdiam diri. Tapi, suara itu mendesak dia menyahut.
Rayne mencengkam sebelah lututnya sehingga dahinya terlihat berkerut.
Dia paksa dirinya untuk kunci mulut.
Sebaik si pemanggil sedar seruannya dipekakkan, tawanya berlanjut.
Barangkali kerana geli hatinya. Figura itu tahu bahawa Rayne berdegil untuk tidak menyahut. Seolah olah figura itu sudah arif akan perangai lelaki muda ini. Dia seolah olah sudah tahu Rayne Arzhael itu seperti apa.
Rayne larikan telefon dari telinganya.
Panggilan dia matikan segera.
Suara milik pemanggil itu bikin tekak lelaki ini rasa loya. Suara itu juga bikin kepalanya rasa pusing sehingga mendesak dirinya supaya lekas memuntahkan isi perut. Rayne bawa telapak tangannya menyentuh kepala. Lantaran kepalanya dipukul.
Dia pukul kepala sendiri bertalu talu dek tidak mahu mendengar suara itu.
Dia mahu suara itu lenyap dari terus kedengaran di telinganya.
"Rayne?"
Sayup sayup kedengaran suara milik Nadine Aira memanggil.
Namun, lelaki ini tidak menyahut.
Nadine Aira lekas berlari masuk. Dia segera mendapatkan suaminya yang kini berlutut di atas lantai.
Dia paksa lelaki itu angkat wajahnya supaya Rayne menatap wajah isterinya ini. Rayne cuba untuk bikin kepalanya berfikiran waras. Dia tidak mahu perkara itu sehingga makan dirinya lagi untuk kesekian kalinya. Dia perlu ingatkan diri sendiri. Kali ini, dirinya tidak berseorangan lagi. Dia ada isterinya, Nadine Aira.
"Rayne, kau tak apa apa? Jawab aku."
Nadine Aira usap wajah suaminya itu.
Rayne yang tiba tiba saja mematung di hadapan matanya bikin dirinya rasa khawatir. Cepat cepat gadis itu raih tubuh suaminya sehingga jatuh ke dakapannya. Sambil sambil dia elus rambut lelaki itu. Dia mahu lelaki itu tenang dan terus melawan.
Sepasang mata redup milik gadis itu beralih menatap wajah Ran.
Ran Kaiser yang melihat keadaan itu juga diulit rasa kebingungan.
Padahal sebentar tadi sebelum lelaki ini pamit meninggalkan Rayne, Rayne Arzhael seperti tiada apa apa. Telingkahnya biasa saja. Perbualan itu juga seperti tidak memberi kesan apa apa kepada emosinya sehingga dia yakin bukan hal itu yang merosak minda Rayne Arzhael.
Pastinya ada hal lain yang tidak lelaki ini mahupun Nadine Aira tahu.
Ran Kaiser tersenyum, terlihat sinis.
Sepasang matanya kala itu seperti bersinar sinar.
Rupa rupanya pada pertemuan kali pertama tempoh hari, Ran sudah salah dalam penilaiannya. Pada awal pertemuan bersama Rayne Arzhael, dia anggap lelaki ini cuma lelaki yang biasa biasa. Atau, menurut kefahaman Ran Kaiser, membosankan.
Dia anggap, pada diri lelaki itu, tiada apa yang menarik minatnya.
Tapi, semakin dia mengenali lelaki ini semakin tinggi rasa ingin tahunya.
Apatah lagi setelah kejadian tempoh hari. Apa yang dia dengar dari mulut orang Scorpion itu sudah pastinya belum cukup untuk mengenal lelaki ini. Tapi, sudah cukup untuk buat dia rasa tertarik untuk tahu apa yang ada pada Rayne Arzhael yang selama ini terselindung dari mata orang.
Dirinya ingin tahu.
Siapa sebenarnya Rayne Arzhael?
Dan, apa yang lelaki ini sembunyikan dari pengetahuan semua orang?
.
.
.
Nadine Aira merenung ke ruangan itu lewat celah pintu yang tak bertutup.
Matanya memandang redup sekujur tubuh lelaki itu yang kini terlantar tak sedarkan diri. Dia sendiri kurang pasti apa yang berlaku sehinggalah Rayne rebah. Lelaki itu pengsan.
Ran yang sedari tadi di samping gadis itu cuma mendiamkan diri.
Cuma matanya memerhati telingkah Nadine Aira yang terlihat gelisah. Apatah lagi setelah mendengar lelaki muda ini tekad melarang gadis itu untuk menghantar Rayne ke hospital. Kononnya atas alasan tersendiri, Ran sehingga menentang niat gadis itu.
Setelah disoal, Ran tak juga beri gadis itu sebarang penjelasan.
Nadine Aira alamatnya cuma mampu untuk patuh. Lagipula, Ran punya keahlian dalam rawatan. Dia anggap, lelaki ini lebih tahu. Jadi, mahu tak mahu dia akur saja akan saranan itu.
"Kau tak perlu risau, Nadine. Tak ada apa apa lah akan berlaku."
"Dia tu cuma pengsan. Dia perlu rehat untuk tubuhnya pulih semula."
Nadine Aira hembus nafas panjang.
Gadis itu kemudiannya tutup rapat rapat daun pintu.
Perlahan lahan dia mengangguk tanda dirinya mengiyakan bicara itu. Lantaran dia minta pamit untuk beredar dahulu. Minda yang celaru dengan hati yang gelisah perlu dia tenangkan. Ran Kaiser menghantar pemergian gadis itu dengan matanya. Dia tinggal di situ sahaja.
Sehinggalah dia mendengar derapan langkah yang mulai menjauh itu mati.
Anehnya gadis itu tak berkalih juga ke belakang sebaik langkahnya terhenti. Mati langkahnya itu juga bukan tanda dirinya berhasrat untuk kembali menyambung bicara.
Tak semena Ran yang berada di posisi menunduk kepala itu perlahan lahan mengangkat mata. Lirikannya jatuh ke arah sekujur tubuh milik gadis itu.
Buat sejenak matanya tetap melirik keΒ Β arah Nadine Aira sebelum tubuhnya ditundukkan kembali. Seketika, bibir lelaki itu robek dengan senyuman.
"Ah, Γ¨ cosΓ¬ divertenteβ¦"
_
TBC
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top