17 - A

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

"Muka tu dah kenapa? Makan asam banyak sangat ke?" Soal Dayeon lalu menarik bahagian topi milik Hanny itu.

Hanny tidak membalas. Malah dia hanya membiarkan topinya ke hadapan sebegitu. Dayeon menendang kaki Hanny akibat geram melihat rakannya itu seperti kemurungan saja.

"Kau, jangan macam ni boleh tak? Tak senang duduk aku ni."

Keluhan berat dari mulut Hanny. Dia membetulkan topinya itu. Sudahlah makanan yang dipesan tadi diusiknya sedikit saja.

Selepas itu, termenung je kerja. Selalu kemain mulut tu bercakap tak henti lagi-lagi bila ada apa-apa cerita dari si Dayeon ni. Sejak akhir-akhir ni diam membisu pulak.

Well, mesti pernah terjadi di mana seorang manusia yang jenis riuh macam ayam nak bertelur riuh sekampung. Tiba-tiba suatu hari tu diam je.

Lepas tu ramailah hairan dan asyik bertanya. Tipu kalau tak pernah jadi atau ada kawan korang macam tu.

"Aku... Haih. I don't know nak cakap macam mana." Ujar Hanny perlahan.

"Cerita je. Aku tahu, mesti ada something ni sampai kau nampak tak happy je."

"Kau tahu tak, Taehyung lain gila sekarang. Dia selalu balik rumah lambat. Aku nak manja-manja dia macam rimas. Lepas tu dua hari lepas, dia tidur bilik lain." Hanny meraup wajahnya saat menceritakan apa yang terjadi kepada Dayeon.

Mulut Dayeon bertukar ke bentuk O. "Hah! Aku dah agak, si Taetan tu memang bagi fake love dengan fake hope dekat kau selama ni!" Tebak Dayeon secara tiba-tiba.

Tanjat gegirl.

"Suara kau cover sikit boleh tak?" Soal Hanny perlahan apabila ada seketul, dua ketul terpandang ke arah Dayeon.

Dayeon tersengih. Dia menyatukan telapak tangannya sambik menundukkan sedikit kepalanya ke arah satu dua ketul manusia yang memandang ke arahnya sebentar tadi.

"Haa ni ka jadinya bila kau kahwin dengan pelakon famous level Bangtan. Kan dah sakit hati. Lain kali jangan percaya sangat dengan mulut manis dia tu— Eh jap. Bukan dulu selalu nak berdebat je ke?" Dayeon menggosok-gosok dagunya itu.

Hanny hanya diam. Dia mengalihkan pandangannya ke arah luar cafe yang diduduki mereka ketika itu.

Matanya mulai berair saat ternampak apa yang sepatutnya dia tidak harapkan yang dia akan nampak. Pelik Dayeon dibuatnya apabila melihat hidung Hanny sudah mula memerah.

"Kau kenapa? Kau tengok a—"

Itu dia. Dayeon juga agak tersentak melihat Taehyung bersama seseorang sedang berjalan memasuki cafe yang diduduki mereka itu.

Cepat saja Hanny menunduk lalu menarik topinya ke hadapan. Dia tidak mahu menangis di situ. Dan dia juga tidak mahu Taehyung mengetahui dia berada di situ.

"Aku rasa, better kita keluar dari sini. Sakit hati je aku tengok. Dah, let's go."

Dayeon berdiri. Tangan Hanny ditariknya keluar dari cafe itu dengan segera.




💜💜💜




Figura Taehyung yang baru saja masuk ke dalam rumah, Hanny sekadar memerhatinya dari dapur. Sejak dia pulang tadi, dia hanya termenung sambil menyuap kokokrunch ke dalam mulutnya.

Ah, perempuan. Kalau sedih hobi memang makan. Betul kan?

SIAPA PEREMPUAN SILA MENGAKU!

Elok saja Taehyung menjejakkan kaki ke dapur, Hanny berdehem.

"Hari ni shooting lagi ke?"

"Hmm."

Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Taehyung. Hanny berdecit perlahan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Taehyung yang sedang mengeluarkan sesuatu dari kabinet.

"Seronok shooting ke... Seronok dating?" Sinis saja nada Hanny ketika ini.

Terus terhenti pergerakan lelaki itu. "Jangan nak merepek. Aku ni pelakon, aku tak ada masa nak—"

"Awak pergi satu cafe ni dengan Yeji kan?"

Berubah terus riak wajah Taehyung ketika ini. "Apa benda kau ni? Tak ada kerja lain selain tuduh aku itu ini?"

Hanny bengang. Terus saja dia berdiri betul-betul di hadapan Taehyung. Wajah lelaki itu turut kelihatan dingin.

"Saya tak tuduh. Saya cakap benda betul. Saya sendiri tengok dengan mata kepala saya sendiri, awak dengan Yeji kemain berpelukan masa nak masuk cafe."

"And guess what? Dayeon pun nampak apa yang saya nampak tadi. Kalau awak tak percaya, try la call dia."

Taehyung mengetap bibirnya.

"To be honest, semua ni salah kau." Ujar Taehyung lalu dia menunding jari telunjuknya ke arahku.

Hanny cuba menghadam apa yang dikatakan oleh Taehyung itu. Salah dia? Apa yang dia sudah buat?

Sekali lagi, Taehyung berlalu tanpa sempat Hanny ingin bersuara.

Bangang je perangai, ish!






- TBC -

Satu je. AKU NK HABISKAN FANFIC NI CEPAT². AKU NK BERAMBUS KE FANFIC JIMIN AAAA 😭😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top