15 - R
🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •
Persis pencuri aku memasuki rumahku yang rasanya hampir dua minggu tidak dijejaki. Nasib baiklah abang aku tak ada dekat rumah. Kalau tak, mesti dah kena 'interview'.
Elok saja kerjaku di Kuntom Florist selesai, aku pun datang ke sini. Taehyung tu, kalau ikut dia nak datang sini. Tapi, faham-faham je la. Perkahwinan kami masih tidak diketahui oleh orang lain kecuali beberapa orang sahaja.
Senang cerita, netizen apa semua tak tahu lagi.
"Eh, Hanny dah balik?"
Terhenti langkahku yang baru saja menjejakkan kaki ke dapur. Aku memejamkan mataku buat seketika. Okay, aku rasa aku bakal kena 'interview' kejap lagi.
Perlahan-lahan aku menoleh ke arah abangku yang sedang membetulkan rambutnya itu.
"Hehehe... Hanny tak tahu pulak abang ada dekat rumah." Balasku dengan janggalnya.
"Baru habis video call dengan mama and papa. So... How's your day? Good?"
Mark menuju ke peti sejuk manakala aku pula mengambil tempat di meja makan.
"As always. What about you?"
"Penat sikit. Biasalah, baru habis tour. Abang ingat nak balik Amerika next month. Papa said they want to have a family day." Ujar Mark sambil menyusun bahan-bahan untuk memasak.
Tak tahulah nak masak apa. Yang tahu, dia nak masak. Tu je.
"Serious? Nanti Hanny ambil cuti, kalau boleh." Balasku lalu aku bangun menuju ke arahnya yang sedang memotong sayur-sayuran.
"I want to he-"
"HELLO, GUYS!!"
Hampir terpotong jari sendiri Mark dibuatnya dengan jerkahan itu. Wajah Bambam dan Jinyoung dijelingnya tajam. Hanny pula sudah mencepuk kepala Bambam yang berada di sebekahnya.
"Yahhh!! Korang ni, serbu rumah aku tak bagi salam." Ujar Mark dingin.
"Tak bagi salam kau kata? Suara aku ni sampai dah serak panggil kau. Tekan loceng pun sampai tercabut bu-"
Pantas Jinyoung menekup mulut Bambam itu. Hal itu membuatkan Mark membesarkan matanya lalu meletakkan pisau yang dipegangnya tadi.
"Loceng tu sampai rosak korang tekan?!"
"Bukan aku! Jinyoung yang tekan!!" Ujar Bambam.
"Eh, tapi apasal tak dengar langsung bunyi loceng?"
"Err... Hanny lupa nak bagitau yang loceng tu dah lama rosak. Hehehe-" dua jari diangkat ke arah Mark yang sudah bercekak pinggang.
"Haih. Sudah, pergi sana. Shuh shuh! Kacau je aku nak masak..." Halau Mark ke arah tiga orang manusia yang berada di situ.
"Okay weyh, dia halau. Erm, it's okay. Jom la main UNO Card."
"Jommm!"
💜💜💜
"Hello my lovely Hanny-"
"Hello my lovely Taehyung-"
Kami berdua sama-sama ketawa apabila mengungkapkan ayat itu. Malam-malam je mesti menggila. Haih la.
"Buat apa tu?"
"Baru je baring atas katil."
"Ouhh... You know what? I miss you, huhuhu..."
"Alololo... I miss you too. Esok saya balik la ye?"
"Janji?"
"Janji!"
"That's my girl. Erm by the way, aku nak cakap sikit ni. Something."
Aku mengambil bantal Tata yang terletak di bahagian kakiku. Bantal itu kupeluk dengan sebelah tangan.
"What it is?"
"Tadi... Aku ada dapat tawaran berlakon. Romance drama."
"Wah, seriously? Baguslah tu."
"Problem dekat sini... Heroin drama tu Yeji. And I'm the hero."
"Terima je la. Lagipun, awak dengan dia bukannya ada apa-apa hubungan dah pun. It's okay, saya tak kisah pun."
"Are you sure, sayang?"
"Pretty sure!"
💜💜💜
Taehyung memasuki pejabat si pengarah drama 'Taken Back' yang akan dilakonkan oleh dirinya sendiri dan bekas tunangnya. Siapa lagi kalau bukan Hwang Yeji?
"Ah, Kim Taehyung. I'm so happy you accepted my offered." Ujar Pengarah Lee sambil tersenyum ke arah Taehyung.
Lelaki itu hanya menghadiahkan senyuman manis kepada Pengarah Lee.
"Come, ambil skrip kamu ni. Lusa saya akan suruh semua pelakon berkumpul di studio." Pengarah Lee menghulurkan skrip dialog yang perlu dihafal oleh Taehyung.
Jalan cerita sudahpun dia tahu sebelum dia menerima tawaran ini lagi. Banyak kali dia memikirkan tawaran ini sehingga bertanya kepada Hanny tentang hal ini.
Iyalah. Berlakon dengan Yeji kot. Sudah tentu bahagian mereka lebih banyak dan menonjol dalam drama ini.
"Thanks, Pengarah Lee." Ujar Taehyung sambil menyambut huluran lelaki berumur dalam lingkungan 40-an itu.
Mahu saja dia menghempuk kepalanya di dinding ketika membaca skrip itu. Boleh dikatakan memang boleh bersemut habis skrin TV apabila drama ini sudah ditayangkan.
Macam mana jika Hanny-
Elok saja dia membaca muka surat seterusnya, seseorang mengetuk pintu dan memasuki pejabat itu apabila sudah dibenarkan oleh Pengarah Lee.
Taehyung mengalihkan pandangan ke arah seseorang yang baru sahaja memasuki pejabat itu. Tidak tahu mahu berikan reaksi yang sepatutnya ditunjukkan.
"Eh, Taehyung? Pengarah Lee, why don't you tell me that Taehyung hero drama ni?" Soal Yeji sambil ketawa kecil.
"Suprise! Hahahaha. Hope you guys dapat beri kerjasama dan jayakan drama ni macam yang sebelum ini. I trust both of you." Ujar Pengarah Lee.
Yeji tersenyum manis manakala Taehyung pula sekadar mengangguk perlahan.
Rasa awkward yang amat.
Sudah agak lama gadis ini mendiamkan diri dari media social dan orang ramai. Tch, nak acah sedih sebab putus tunang ke tu?
Bukan boleh percaya ni.
Tersentak Taehyung apabila Yeji tiba-tiba saja memandang ke arahnya.
"Hey. Long time no see, babe. Hope you dapat bagi kerjasama berlakon lagi dengan I, Kim Taehyung." Ujar Yeri lalu dia tersenyum sinis sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Rahang Taehyung bergerak-gerak. Oh tidak. Anda semua tidak tahu bahawa-
Taehyung lemah dengan pandangan deep seorang perempuan.
- TBC -
YA ALLAH PUNYA LAMA AKU TK UPDATE SEBAB BUSY DGN GRAPHIC SHOP & IDEA STUCK!!! Bunuh saya sila 😭😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top