12 - M

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

Baju kemeja berwarna merah itu Hanny seterika dengan baik. Tak pasal-pasal ada corak roket tak ada sayap nanti. Mampus kau, Hanny. Sudahlah Gucci.

"Taehyung, nah." Kemeja merah yang aku sudah gosok Hanny serahkan kepada Taehyung yang tidak—

Berbaju.

TAK BERBAJU JE EH. Kau jangan fikir dia tak pakai seluar sekali.

Taehyung menyambut huluran Hanny itu. Elok saja Hanny menutup suis seterika, kedengaran suara Taehyung terjerit kecil.

"Woi! Panasnya!" Laju tangannya mengipas kemeja yang belum dibutangkan itu.

"Dah nama pun baru seketika. Memanglah panas. Dah awak nak cepat sangat tadi, awards pukul berapa?"

"5 petang, red carpet."

"What?! Yahh, dah pukul 4.50 petang ni!" Hanny membulatkan matanya apabila Taehyung dengan selamba mengeringkan rambutnya dengan menggunakan hairdryer.

Tak, masalahnya dia buat tu macam iklan hairdryer pun ada tau. Dengan gaya slow motion dia lagi.

Tapi Taehyung bukan budak slowmo macam Coki tu HAHAHAHAHHAH!

"Ish, let me do this. Awak pakai baju tu betul-betul." Hanny merampas sikat dan hairdryer yang dipegang oleh Taehyung itu.

Disuruhnya Taehyung duduk berhadapan dengan meja solek. Ye la, Taehyung tinggi. Sebab tu kena suruh dia duduk. Kalau tak bilanya nak keringkan rambut tu.

"Done! Fuyoo, handsome nya!"

"Apa kau cakap?"

Hanny yang tersedar dia sudahpun terlepas cakap lantas menggelengkan kepalanya. "Nothing. Dah, sembur perfume lepas tu pergi sana."

"Relaks, Jimin yang da—"


Love you so bad—
Love you so bad —

Hanny mahu ketawa apabila mendengar ringtone iPhone milik Taehyung itu. Ni mesti letak lagu tu lepas-lepas break kan? Alahai, broken teruk mamat ni. Tak sangka fuhh.

"Hello? Oh, dah sampai eh? Jap aku datang. Kau nak pot pet pot pet macam maknyah je. Huh!"

"Who?"

"Jimin. Aku pergi dulu. Bukaklah TV kalau nak tengok aku. Mesti handsome teruk." balas Taehyung sambil mengenyitkan sebelah matanya.

"Perasan!" Terus saja Hanny menolak belakang tubuh Taehyung. Galak lelaki itu mentertawakan nya.





💜💜💜





"Taehyung, banyak sangat kau minum ni." Botol wiski yang ingin dicapai Taehyung dirampas oleh Jimin.

Wajah Taehyung yang memerah itu bertukar bengis. "Biarlah! A-aku sakit hati tengok perempuan tu!"

Kepala Taehyung dilentokkan di atas meja bar itu. Tersedu-sedan dia menangis. Jimin pula sudah memicit kepalanya. Terkejut dibuatnya Taehyung tiba-tiba saja menuju ke sini sebaik saja awards tamat.

"Aku tak sangka... Hiks... Dia dengan Joohyuk selama ni." Ujar Taehyung.

"Hebat permainan kau, Yeji. Hahaha, kau still curang belakang aku masa tu... Amazing!"

Suara Taehyung yang sedang ketawa itu  membuatkan Jimin mengerutkan dahinya. Okay, sungguh dia rasa seram dengan Taehyung bila mabuk ni. Macam nak cop mental pun ada.

Wayar otak putus dah ni.

"Dah, bagi balik wiski aku!" Tangannya laju saja merampas kembali botol wiski yang berada di tangan Jimin.

Belum sempat Jimin menghalang, sebotol lagi wiski sudah habis diteguk Taehyung. Kemudian, dia meletakkan kepalanya di atas meja bar kembali. Matanya diturup rapat.

Jimin, mengeluh berat. Nampaknya, tulang belakang dia bakal patah.




💜💜💜




Kalut Hanny menuju ke tingkat bawah selepas Jimin menelefonnya. Pintu rumah dibuka lalu dia menuju ke arah pagar. Jimin sedaya-upaya mengeluarkan Taehyung dari keretanya.

"Kau asal, Jimin?!" Soal Taehyung yang cuba untuk mencelikkan matanya.

"Kau mabuk! Haih, jom masuk dalam." Jimin memapah tubuh Taehyung yang sedang cuba menstabilkan dirinya.

"Aku boleh jalan sendirilah!" Tangan Jimin yang memeluk bahunya ditepis kasar.

Okay, Jimin tak ambil hati pun. Sebab dia tahu, alien tu tengah mabuk. Memanglah tak sedar apa plus, marah orang je kerja. Tu tak kena, ni tak kena. Bawa bersabar je la.

Jimin menggeleng perlahan melihat Taehyung tiba-tiba saja menari ala-ala penari ballet di tengah-tengah laman rumah ini.

"Sorry kalau susahkan awak, Jimin." Ujar Hanny.

"Eh, it's okay. Boleh patah jugaklah tulang belakang ni masa papah dia keluar dari bar." Jimin mengeluh berat. Jenuh nak keluarkan mamat tu.

Sudahlah Jimin ni kecik dari dia.

"Erm, what happen actually? Sampai dia mabuk?"

"Panjang ceritanya."

"Pendekkan."

"Dia nampak Yeji dengan boyfriend baru masa awards tadi."

"Ouhh..." Hanya itu saja yang keluar dari mulutnya.

"Hanny! Kau datang sini kejap!" Panggil Taehyung yang sudahpun berada di kawasan kolam."

"Saya balik dululah. Bye!"

"Bye! Thank you tau!"

Setelah kelibat kereta Jimin sudah hilang dari pandangan, dia pun menuju ke arah kolam di mana Taehyung sudahpun terpacak di sana.

"Ya, wh—"

Terkejut Hanny apabila Taehyung tiba-tiba saja mencepung tubuhnya gaya bridal. Belum sempat hendak bersuara, tubuhnya dicampak ke dalam kolam yang— boleh tahan dalam tu.


Bushh!


Terkapai-kapai tangan Hanny apabila kakinya tidak menjejak lantai kolam. Ya Tuhan, dia pendek sangat ke kolam ni yang dalam sangat?

"T-tae— H-hyung—"

Hidung Hanny mulai terasa pedih akibat banyak air yang masuk. Sudah, adakah ini pengakhirannya?


Bushh!

Terasa tangannya ditarik naik ke permukaan air. Tubuhnya dipeluk lalu diangkat sedikit tubuhnya ke arah apabila tiba ke permukaan air.

Leher Taehyung dipeluk Hanny erat. Terbatuk-batuk dia dibuatnya apabila tertelan air kolam itu dengan agak banyak. Tubuhnya agak menggigil. Air kolam waktu malam bukan main sejuk sampai ke tulang.

"A-awak j-jahat..." Ujar Hanny perlahan.

Kepalanya ditunduk hingga mengenai bahu kanan Taehyung.

"Aku benci kau."

"Saya pun."

"K-kau... Dah curi hati aku, Hanny."

Tergamam Hanny dibuatnya dengan pengakuan Taehyung itu. Dia ketawa sinis. Tidak mungkin dia mahu mempercayainya. Taehyung tengah mabuk kot. Mesti semua tu merepek je.

"Jangan nak merepeklah." Hanny mengangkat wajahnya apabila hidungnya sudah tidak terasa sakit seperti di dalam kolam tadi.

"I love you..." Terus saja Taehyung mencium bibir Hanny yang agak menggigil akibat kesejukan itu.

Hanny bungkam. Jantungnya berdegup dengan laju. Macam nak terkeluar je.

"Aku t-takkan biarkan... Orang lain rampas kau dari aku." Kali ini dahinya pula dikucup Taehyung.

"Taehyung... Saya..."

"Say it. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri."

"I love you too."

Sekali lagi bibir mereka bersatu. Taehyung bagaikan tidak mahu melepaskan bibir itu buat masa sekarang. Bulan dan bintang saja yang menjadi saksi luahan hati mereka berdua ini.




- TBC -

Just nak cakap... Aku dh tk ingat macam mana nk buat babak² romantik ni. 🙃 Sungguh ku tak percaya huaaa!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top