10 - D

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

Pejam celik pejam celik, sudah genap sebulan Hanny bergelar isteri Kim Taehyung. Hubungan mereka berdua agak baik dari sebelum ini. Paling buat Hanny terkejut, perangai annoying Taehyung sudah mulai kurang.

Tapi perangai asyik nak menang je bila bertikam lidah, memang masih lekat. Sabar je la dapat suami sewel macam ni. Bak kata Hanny ya. Author Chim tak bersalah.

"Hanny! Baju aku dah gosok ke belum?!" Laung Taehyung dari dalam bilik air.

Suaranya yang sayup-sayup kedengaran membuatkan Hanny mengerutkan dahinya.

"Mamat ni cakap apa? Tertelan sabun ke macam mana?" Gumam Hanny perlahan.

Majalah epop yang dibeleknya itu diletakkan di sebelah. Dia turun dari katil lalu menuju ke arah pintu bilik air. Diketuknya pintu itu beberapa kali.

"Awak cakap apa tadi?"

"APA DIA?" Soal Taehyung lantang, tidak dengar mungkin.

"AWAK CAKAP APA TADI!" Kali ini Hanny turut meninggikan suaranya.

Kalau dah bukak shower tu, nak dengar apa kan? Suara tenggelam timbul je.

Terkejut Hanny apabila pintu bilik air dibuka dari dalam. Tersembul la wajah basah Taehyung disebalik pintu. Dengan berus gigi dekat dalam mulut lagi.

Padanlah suara dengar tak dengar je.

"Apa kau cakap?"

"Awak cakap apa tadi?"

"Ouhh... Ha, kau dah gosokkan ke baju aku?"

Hanny angguk. "Dah la, tutup pintu. Gosok gigi pun tak sudah-sudah lagi." Hanny seraya menutup pintu itu tanpa sempat Taehyung membalas.

Kedengaran Taehyung mendengus perlahan. Hanny hanya mengendahkan saja. Kakinya melangkah keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga.

Dia berhenti betul-betul di hadapan singki. Berfikir mahu memasak apa untuk dijadikan sarapan.

Fikir punya fikir, kesudahannya dia membuat keputusan untuk menyediakan scramble dan sosej yang akan dimakan bersama roti. Alaa, sedap apa makan macam tu je. Kan?

Selesai saja menyediakan sarapan, bunyi loceng rumah ditekan beberapa kali membuatkan Hanny mengerutkan dahinya.

Manusia mana tekan loceng sampai nak terkeluar butang tu? Desis hati Hanny.

Sebaik saja dia meletakkan pinggan di atas meja, dia terus menuju ke arah interkom untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumah pada awal pagi ini.

Hampir melatah Hanny dibuatnya apabila pintu dibuka dari luar. Dia tertanya-tanya sama ada pintu rumah memang tidak berkunci dari semalam atau Taehyung sudahpun membukanya.

"Yahhh!! Kim Tae— Eh?"

Hanny tersenyum kekok ke arah lelaki yang memakai hoodie merah itu. Di tangannya terdapat satu plastik yang tidak tahu apa isinya.

"Err... Hai?" Ujar Hanny perlahan sambil melambaikan tangannya perlahan ke arah lelaki tersebut.

"Who are you? Kenapa ada dalam rumah Taehyung?" Soalnya berbasa-basi.

"Saya—"

"Eh Jimin, kau nak loceng rumah aku tu rosak ke macam mana hah?" Suara Taehyung yang kedengaran  itu membuatkan lelaki itu mengalihkan pandangannya.

Wajah cemberutnya ditayang. "Kau la ni. Pagi-pagi buta suruh aku belikan sup rumpai laut dekat kedai Makcik Som. Buat malu aku je terpacak depan kedai dia pagi-pagi macam ni. Huh!"

"Dah la membebel, merungut sana sini. Bak sini plastik tu." Tanpa banyak soal, plastik berisi sup rumpai laut bertukar tangan.

"Err... Awak memang makan sup rumpai laut pagi-pagi ke?" Soal Hanny setelah lama dia mendiamkan diri.

Kesian, kena palau.

"Kadang-kadang." Balas Taehyung.

"Jimin."

"Apa?"

"Blah la. Tunggu apa lagi?"

Tidak berkelip Jimin memandang ke arah kelibat Taehyung yang sudahpun makin menghilang. Dia bercekak pinggang. Lidahnya ditolak ke pipi.

"Amboi kau, halau eh? Bukannya nak berterima kasih ke apa. Eyy, aku baling jugak kasut ni kang." Kecik besar kecik besar saja dia memandang ke arah Taehyung yang membuat tidak tahu saja di dapur.

"Erm... Awak dah makan?" Soal Hanny.

Jimin menggeleng perlahan.

"Jomlah breakfast sekali. Lagipun, saya tak rasa dia nak makan apa yang saya hidang tu, sebab awak dah belikan sup rumpai laut tu..."

"Woah, seriously? Hehehe, thank you—!" Tanpa segan silu, Jimin terus menapak masuk ke dalam rumah.

Rezeki jangan ditolak. Betul tak?





💜💜💜





"Hoi, siapa perempuan tu?"

"Yang kau nak tahu sangat dah kenapa ni?" Bengang Taehyung dibuatnya.

Sudah beberapa kali Jimin menyoalkan soalan yang sama apabila dia tidak mahu membuka mulut. Malas mahu melayan. Nanti ada-ada saja yang nak dikecohkan.

"Kenalah tahu. Kemain dia buat breakfast bagai. Plus, tinggal serumah dengan kau."

Taehyung melepaskan keluhan ringan. Wajah Jimin dijelingnya sekilas. Selagi tak bagitau, selagi tu la mulut dia macam bontot ayam. Tak pun mulut murai. Tak reti-reti nak diam.

Kawan siapalah ni.

"She's my wife." Ujar Taehyung senafas.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

Suara seseorang terbatuk-batuk itu membuatkan Taehyung lantas menoleh ke arah Jimin. Wajahnya sudah memerah. Tangannya pula menepuk-nepuk dada.

"Kau kenapa?" Soal Taehyung bersama wajah yang tidak bersalah.

"Serious la dia isteri kau? Apasal kau tak bagitau aku pun kau dah kahwin? One more, SAMPAI HATI KAU TAK JEMPUT AKU HUAAAA!!" Tali hoodienya ditarik-tarik sampai nak tercabut tali tu.

Taehyung menggeleng-gelengkan kepalanya. "Haah, memang dah sampai pun hati aku dekat kau."

"Aku bukan gay! Ish!" Lengan Taehyung ditumbuk Jimin.

Meletus tawa Taehyung melihat wajah cemberut milik rakan baiknya itu.

"Sorry la, majlis private. Hanya ada family aku je. Dengan kawan si Hanny tu sorang. Tu pun punya merayu-rayu kata nak datang, huh."

Teringat balik di mana Dayeon sampaikan bersua muka dengan Taehyung di Kuntom Florist. Dengan muka tak malunya, kemain pujuk Taehyung.

Apa yang dia cakap, tak kisah asalkan dia dapat pergi ke majlis itu. Dayeon takkan mengaku kalah, gais.

"Cantik jugak dia tu. Takkan kau tak terpikat langsung? Orang America kan kacukan China kan? " soal Jimin.

Taehyung sekadar mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Eh eh, si alien ni. Kalau kau tak nak dia, ceraikan dia lepas tu kasi la dekat aku. Nanti anak aku ada kacukan mat salleh sikit wuuu—"

"Tak payah nak berangan lebih sangat. Kau cari yang lain." Balas Taehyung, dingin.

"Amboi! Kata terpaksa kahwin dengan dia. Apasal tak nak lepaskan dia pulak?" Jimin menjongketkan keningnya beberapa kali.

Taehyung terdiam. Laju saja dia bangun lalu beredar dari kawasan balkoni di kediamannya itu. Jimin pula sudah mengerutkan dahinya memandang kelibat Taehyung yang sudahpun masuk ke dalam rumah.






- TBC -

Huaaa sorry lambat update. Selamat berpuasa ya sayang² saya 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top