05 - P
🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •
🧸💜✨
Smartphone dilempar di atas meja. Taehyung yang sedang menghirup Iced Americano yang dipesannya sebentar tadi mendongakkan wajahnya. Lelaki berambut navy blue ini kupandang dengan pandangan hairan.
Mana dia tahu aku dekat sini? Getus hati Taehyung. Dahlah main lempar je telefon dia tu.
Tahulah kaya.
"Apa benda ni, hah? Apa semua ni?" Soalnya berbasa-basi.
Smartphone yang dilempar sebentar tadi dicapai. Keluhan berat dilepaskan Taehyung.
"Dah kecoh satu dunia kau tahu tak? Kau dah kenapa break dengan Yeji tu?"
"Jimin, aku terpaksa. Dan aku dah tak tahan lagi dah." Balas Taehyung lalu menyerahkan smartphone milik Jimin itu.
"Apa pulak kali ni?"
"Kau tahu kan? Aku dah tak larat nak ulang benda yang sama. Huh..."
Taehyung sudah banyak kali menegur Yeji agar tidak lagi menjejakkan kaki ke club. Tidur dengan jantan-jantan dekat sana tu. Tapi, dia degil. Walaupun dah nak kahwin, masih tak nak berubah.
Janji Yeji itu ibaratkan janji Melayu betul. Konon nak stop pergi sana la apa la. Last-last depan mata Taehyung sendiri dia tengah berfoya-foya macam orang tak betul.
Jimin menghela nafas berat. Rambutnya diraup sedikit ke belakang. "Siapa perempuan tu?"
"I don't know."
Meja diketuk kuat oleh Jimin. Terkejut Taehyung dibuatnya. "Kau ni serious la nak kahwin dengan minah entah siapa tu?!"
"Eh, pendek. Kau tahu tak masa tu aku kena kejar dengan wartawan, lepas tu aku main masuk je satu kedai bunga ni. Dah wartawan tu nak jugak perempuan tu ke tepi sebab nak masuk jumpa aku, aku terpaksa la kata aku nak kahwin dengan dia."
"Terdesak gila kot masa tu. Kau tahu kan wartawan ni macam mana?"
"Kau la, tergilakan dia sangat dulu. Lepas tu bila dah dapat, mengadu sana sini, ergh—" Jimin memutarkan bebola matanya.
Dia jugalah yang menolong Taehyung memikat Yeji suatu ketika dahulu. Punya payah nak dapatkan Yeji yang dahulunya bukannya kaki club. Tapi, sejak kebelakangan ni rajin sungguh dia ke sana. Tidur dengan lelaki lain. Minum sampai mabuk.
Lelaki mana je suka?
"Dah la, aku malas nak cakap pasal benda ni. By the way, kau tak ada shooting ke hari ni? Mana kau tahu aku dekat sini pun tak tahu."
Selalunya Jimin ni selalu je ada shooting drama mana-mana. Tapi hari ni nampak relaks je. Dengan bert-shirt lengan pendek dan seluar jeans.
"Tak ada. Cancelled sebab Ryujin tak sihat." Balas Jimin sambil membelek smartphone nya.
Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.
💜💜💜
"Hanny! Sini kejap!"
"Why?"
"Sini je la!"
Kerja mengelap cermin terjendela kerana mulut Dayeon yang terjerit-jerit memanggilnya. Tak sabar-sabar betul minah ni. Aku sumbat dengan kain ni, diam sungguh kejap lagi.
Dengan malasnya aku melangkah ke arahnya yang setia duduk di kaunter. "Hah, apa dia?"
"Ni kau ke doh?"
Skrin smartphone dihalakan ke arahku. Mulutku sedikit ternganga sebaik saja melihat gambar yang ditunjukkan oleh Dayeon itu. Gambar itu gambar aku dengan Taehyung di shopping mall semalam! Walaupun gambarku ditutup dengan emoji, tapi aku tahu. Tu aku.
Ha, sudah. Mesti dah kecoh habis ni.
"Kan, ni kau kan? Alaa jujur je la dengan aku, Hanny." Ujar Dayeon. Lenganku digoncang-goncangnya.
"H-ha ya ya, tu aku. Kau jangan bagitau dekat media sosial yang tu aku, please?" Kedua-dua belah telapak tangan kusatukan sambil mengerdipkan mataku ke arahnya.
"Eh, tak la. Aku cuma nak comfirmkan je. Don't worry, Dayeon yang kau kenal ni aik orangnya. Takkan biarkan kawan baik dia kena kecam teruk dengan netizen. Take note, yeah." Bahuku ditepuk-tepuk nya.
Aku menghela nafas lega. Nasib baik dia ni pandai simpan rahsia. Heee sayang cik Dayeon kita ni—!
"Kau buat apa dengan dia dekat shopping mall?"
"Ring, wedding dress, crown and banyak lagi. Lepas tu pergi jumpa wedding planner, pergi rasa kek la apa la. Huh, penat seharian tu." Balasku.
Boleh patah kaki aku semalam. Dia tu sekali heret aku, memang heret gila-gila punyalah. Memanglah lagi sebulan majlis tu. Tapi, kenapa semalam jugak nak buat semua benda pun hadoii.
Gaun pengantin tu pun, pergi try je. Nasib baik tak sexy. Aku pun tak tahu gaun tu gaun yang Yeji pilih atau memang dah ada atau— Ah, entah la. Tak tahu. Longgar sikit jadi diorang masih ada masa nak betulkan. Sebulan lagi je kot. Memang tak sempat kalau nak beli yang lain.
"Woah, untung la. Even kena kahwin paksa, dia still belikan kau yang mahal-mahal—" Dayeon tersengih-sengih sambil mencuit lenganku.
"Aku tak mintak pun. Dia yang paksa aku pilih je mana-mana pun. Mahal nak mampus barang-barang yang dia suruh aku pilih tu, haiyoo..."
"Kau tak jemput aku nanti, siap kau. Bagilah aku merasa pergi wedding artis terkenal tu. Teringin!"
Aku memutarkan bebola mataku. "Kau tanyalah dia sendiri."
Malas mahu melayan Dayeon yang sudah menggedik pasal Taehyung, aku terus menyambung mengelap cermin. Makin dilayan, makin merapu minah tu. Lebih baik aku lap cermin ni cepat-cepat. Lepas tu pergi buat bouquet hehew.
- TBC -
Sorry lama tk update 😔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top