04 - X

🧸 UNEXPECTED MARRIAGE 💍
• 예상치 못한 결혼 •

🧸💜✨



Cermin tingkap kereta Taehyung ini kuketuk. Apabila dia sudah perasan kewujudan aku, cepat-cepat dia unlock keretanya dan memberi isyarat supaya aku masuk ke dalam keretanya dengan segera.

Pintu kereta kututup. Wajahnya kujeling sekilas sebelum memakai tali pinggang keledar. Dahi kukerut apabila mask mulut berwarna hitam dihalakan di hadapan wajahku.

"Pakai. Nanti sampai je dekat mall, tarik hood kau tu." Ujarnya tanpa riak.

Aku mencapai hulurannya itu. Eh, tadi dia kata nak pergi mana? Pergi mall? Dah kenapa nak pergi sana aduh! Dahlah situ ramai orang, mau diorang cam Taehyung? Dengan aku sekali kena kejar.

"Nak buat apa pergi mall?"

Siap suruh aku pakai hoodie bagai. Nasib baik hoodie. Mau dia suruh pakai blause ke skirt ke, tak ke naya?

Maaf ya, Hanny Tuan tak suka pakai pakaian yang nampak keperempuanan sangat. Jarang benarlah nak pakai. Paling kurang kalau pakai skirt pun, aku akan pakai legging jarang tu.

Taehyung tidak menjawab. Malah, dia terus memandu.

"Tak sangka, pelakon terkenal dekat sebelah ni bisu. Pekak pulak tu." Perlahan saja aku berkata dengan nada sinis.

"Aku dengar tu, budak."

Aku toleh memandang ke arahnya. Dah dua kali dia panggil aku budak. Eh, hello! Umur aku dah 23 tahun kot! Budak lagi? Kau buta ke apa?

"Excuse me, Mr. Kim. I already 23 years old. Terang-terang gelaran 'budak' tu dah tak sesuai untuk saya."

"Muka pun macam budak-budak. Ada hati nak mengaku dah 23 tahun." Ujar Taehyung. Dahiku dijentiknya.

Aku menyentuh dahiku yang dijentiknya itu tadi. Mulutku melopong. Amboi! Ni melampau ni. Main jentik-jentik dahi pulak.

Hello—! Yang boleh jentik dahi aku ni, abang aku dengan Dayeon je tau!

Serious la dia ni pelakon? Perangai macam hanat semacam je. Biadab pun ya. Wahai director fanfic Unexpected Marriage, seriously Kim Taehyung is an actor? Famous, muka ada rupa tapi— Perangai serupa seton je.

Dasar Taetan!

"Ish! Suka hati je jentik dahi saya!" Marahku lalu mengalihkan pandanganku ke arah tingkap sebelah kananku ini.

Jangan pelik. Kereta dekat Korea kan pemandu duduk sebelah kiri.

"Ada aku kisah?"

"Saya kisah! Dah la suruh ikut awak pergi mana entah hari ni. Lepas tu suruh pakai tu, pakai ni. Then, awak jentik dahi saya?! Eyyy—"

Mahu saja aku aku tumbuk-tumbuk mamat sewel ni. Tapi, itulah. Aku masih hormatkan dia sebagai orang yang lebih tua dari aku dan... Sebab dia pelakon terkenal en. Semua pasal dia kena agungkan erghhh!

Mu pikir abang gue enggak famous?

"Girlfriend, we arrived. Nak saya tolong bukakan pintu ke?" Soal Taehyung lembut. Kulihat dia sudahpun membuka tali pinggang keledarnya.

Dia panggil aku girlfriend?! Kau ingat ni drama ke, sampaikan nak berlakon dekat sini?

"No need!"





💜💜💜






Dua minit. Tiga minit. Empat minit. Aku masih memerhati barang-barang perhiasan yang berkilauan di hadapan ku ini. Kepala yang tidak gatal, kugaru perlahan.

"Cik, dah buat keputusan ke?" Soal wanita yang setia menungguku membuat keputusan itu.

Aku menggeleng kecil. "Err... Sekejap eh?"

Dia menganggukkan kepala sambil tersenyum. Taehyung yang berada di sebelah kupandang. Dia memandangku malas. Sampai tongkat dagu habis. Lama sangat ke aku nak buat keputusan ni?

"Eh, minah. Cepat sikit boleh tak? Aku suruh pilih je pun." Keluhan berat dihela kasar.

"Masalahnya, mahal sangat la! Berlian kot, awak ni biar betul?!"

Ya. Aku dari tadi keliru dan tak tahu nak pilih cincin. Pakcik ni la, tetiba masuk sini lepas tu selamba badak suruh aku pilih cincin mana yang aku nak. Paling tak boleh terima, dia suruh pilih yang berlian punya kot! Sksksjksjs.

Bukannya tak pernah beli even aku kaya. Tapi, ye la. Aku jenis tak suka habiskan duit hanya untuk benda yang... Remeh-temeh gitu.

Tapi dah ni cincin kan, aset kita. So... Hm entah la.

"Kau fikir aku tak ada duit? Listen here, kid. Aku pelakon terkenal dekat Korea. Bukan setakat Korea, tapi hampir seluruh dunia. Alaa, macam kumpulan kpop BTS tu. Lebih kurang macam tu la aku punya tahap famous."

Aku tayang muka menyampah. Hok alohh, riak benar yini pelakon.

"So... No wonder if I buy you this ring." Sambungnya lagi dengan muka bangganya.

Tak, aku lempang jugak dia ni kang. Berlakon je kot, perlu ke sampai beli yang berlian bagai? Lagipun, ini untuk jaga air muka parents dia je.

Dah la ugut aku, huh!

"Dah la, lambat sangat kau ni. Biar aku pilihkan."

Taehyung menolak sedikit tubuhku ke tepi. Dia memerhati setiap cincin yang diletakkan di dalam almari kaca itu. Entah macam manalah dengan cepatnya dia suruh pekerja wanita itu mengambil satu cincin yang...

Weyh, aku tak tipu. Lawa sangat, serious!

Bersinar-sinar mataku memandang ke arah cincin tersebut. Cepat-cepat aku mengubah raut wajahku apabila Taehyung menoleh ke arahku.

"Sini, try sarungkan dekat jari." Taehyung menarik tanganku.

Tidak sempat berkata apa, cincin itu sudah tersarung pada jari manisku. Uish, muat-muat je. Kecik sangat ke jari aku ni?

Pekerja wanita itu tersenyum. "Wahhh, sesuai sangat la! Pandai encik Taehyung pilihkan." Pujinya.

"Of course. Well, this is Kim Taehyung." Balasnya sambil senyum bangga.

Kembang la kau sorang-sorang. Riak betul manusia ni. Siapa ajar tak tahu. Mesti ex fiance dia ehhhh oppsss—

Cincin itu dikeluarkan kembali lalu diserahkan kepada pekerja wanita itu. Aku tak tahulah diorang sembang apa. Yang aku tahu, aku pergi ke bahagian rantai dan subang.

"Cantik..." Pujiku apabila melihat ke arah rantai yang berbentuk crown dan terdapat huruf H pada bahagian belakang crown itu.

Aku tidak pasti sama ada ianya berlian atau silvee atau... Apa-apa je la. Tapi, mungkinlah berlian jugak. Sebab kedai yang aku jejak ni, tak nampak rupa emas pun. Menunjuk betul dia tu kaya.

"Hoi, kau tengok apa?"

"Eh pakcik kau handsome!" Melatah aku dibuatnya. Terus saja aku menekup mulutku yang dilapisi mask mulut yang kupakai dari dalan kereta lagi.

"Yahhh! Awak ni, tak reti bagi salam ke?" Soalku dingin. Nak marah, pekerja-pekerja tu asyik tengok je. Siap senyum lagi.

Ya, ya, aku tahu BAKAL SUAMI aku ni handsome namatey plus pelakon terkenal la katakan— Hadoi, payah hidup kalau asyik jadi kegilaan ramai.

Taehyung buat bodoh saja. Haa, inilah sebabnya aku memang tak rela nak kahwin dengan dia. TAPIII SEBAB TERPAKSA DAN KENA UGUT LA AKU RELAKAN JIWA~ BLA BLA BLA~

Dah, aku lupa lirik. Tahi betul.

"Jom, ada lagi tempat nak kena pergi." Ujar Taehyung lalu dia menarik hoodku sehinggakan aku terdorong ke hadapan.

"HEY! JANGANLAH TARIK, SETON!"






- TaeBawaCinta -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top