03 - E
🧸UNEXPECTED MARRIAGE💍
• 예상치 못한 결혼 •
🧸💜✨
Aku menumbuk-numbuk bantal Tata BT21 milikku kuat sebaik saja membaca mesej daripada pelakon sewel tadi. Bukannya apa, geram! Kesian Tata, jadi mangsa pukulan.
Sorry, my lovely Tata! ಥ_ಥ
Dia nak ajak aku pergi mana pulak, adumakkk! Complicated duh jadi orang famous dan yang ada kaitan dengan si famous tu.
Buat masa sekarang, orang tak berapa kenal aku. Kenal yang aku ni adik Mark Tuan. Sebab abang aku tak suka kalau diorang nak buat rakaman yang aku kena ada sekali dalam rakaman tu apa semua.
Memang la aku cuma adik. Haters di mana-mana. Kalau tak ada haters, bagus la. Kalau ada terselit seekor dua ekor, haa aku tak tahulah.
Tok tok tok!
"Masuk!"
Pintu dikuak dari luar. Dan tersembul la wajah
"ANNYEONG, HANNY! YOUR MOST FAVOURITE MEMBER IN GOT7 IN DA HOUSE!!"
Aku mengurut dadaku dek terkejut dengan jerkahan itu. Bongok betul.
"WOI! Tak payahlah jerit, aduh!" Kepala Jackson diketuk oleh Bambam yang berada di belakang Jackson itu. Kelibat abangku tidak kelihatan pula.
"Hehehe... Sorry, Hanny. Terkejut eh?" Soal Jackson sambil tersengih menampakkan barisan giginya.
"Terkejutlah! I will kill you if you did this again next time, huh!" Aku memeluk tubuhku, acah marah lagi dengan dia.
Okay Hanny gedik malam ni.
"Ah, by the way kan. Mark ada beli kimbab dengan stu kimchi. Jomlah turun, Jinyoung, Yugyeom, Jaebum dengan Younjae ada dekat bawah tu." Ujar Bambam sambil memakai selipar tidur yang bergambar Pikachu itu.
Nak tengok comel ke tak dekat kaki dia la tu. Apo—
Aku menganggukkan kepala lalu menyelit telefon pintarku di bawah bantal Tata yang kena tumbuk dengan aku tadi uhuk.
"Jackson! Jom la turun, kau bersila atas lantai ni berapa lama, gila?!"
Jackson menghulurkan kedua-dua belah tangannya ke arah Bambam. "Angkat aku, please—?"
"Argh, tak ada masa aku. Aku turun dulu dengan Hanny. BYE!!"
"JUBUR ANDA!!"
💜💜💜
"Esok abang pergi Australia tau. We have photoshoot photo concept for new album. Hanny okay je kan? Ke, nak ikut?" Soal Mark. Kimbab tuna dimasukkan ke dalam mulut.
"Ah, tak. Hanny okay je. By the way, berapa hari?"
"3 or 4 days."
Aku menganggukkan kepalaku. Dah biasa dah duduk sorang kalau Mark tak ada. Memang jarang dia balik kondo dia ni sebab duduk dekat dorm. Maklumlah, gigih practice sebab album baru nak realise dua bulan lagi.
Selalunya aku akan mengajak Dayeon tinggal di sini semasa ketiadaan Mark. Tapi, hari tak la sebab aku dah bagitau dia yang abang aku balik kondo. Terkejut jugaklah bila Jackson dengan Bambam yang ketuk pintu bilik aku. Ingatkan Mark. Ye la, dua ekor beruk tu mana reti ketuk pintu, main terjah masuk je.
"Serious la tak nak ikut, Hanny? Sambil-sambil tu boleh tengok kangaroo yang comel macam aku ni." Ujar Jinyoung sambil tersenyum sehingga matanya tidak kelihatan.
Sepet sangat. Macam Jeman author Chim haa.
Kepala Jinyoung ditunjal oleh Younjae. "Tak payah nak perasan sangat. Aku lagi comel, halamek!"
"Aah pergi mampus. JACKSON WANG IALAH MEMBER PALING COMEL DALAM GOT7. Take note, ple— Adoii!"
Jackson mengusap-usap bahunya yang ditampar kuat oleh Yugyeom itu. "Orang tengah makan, dia boleh bising pulak. Kan dah kena sekali."
Jackson mencebik. Terus saja dia mendekatkan tubuhnya denganku. Tetiba aku rasa menyesal duduk sebelah dia sekarang ni. "Hanny— abe Yugyeom puk kite huhuu..."
Semua yang berada di situ membuat muka nak termuntah kecuali aku yang terkebil-kebil. Tak tahu nak bagi reaction apa.
"Gedik, bodoh!" Jaebum membuat muka jijik.
"Yeah. Aku tak restu kalau kau nak kahwin dengan adik aku."
"Sampai hati tak restu!"
"By the way, Hanny single ke?"
"Uhuk uhuk!" Tersedak stu kimchi yang aku tengah hirup ni.
Pedih tekak duh. Taragunaaa punya soalan!
Terasa wajahku membahang dan aku masih terbatuk-batuk. Cepat saja Bambam menghulurkan air kosong berais kepadaku. Aku mencapainya lalu menghirup hampir separuh cawan itu.
"Kau ni, kan dia dah tersedak." Jaebum sebagai ketua GOT7 itu menegur Jackson yang memang mulut tak reti nak diam.
Dialah antara penghibur ahli-ahli GOT7 yang lain.
"Alaaa, kalau single boleh la aku try."
"Tak payah. Semak je kau jadi adik ipar Mark hyung." Ujar Youngjae dengan selamba.
Jackson memeluk tubuhnya sambil mendengus geram. Memang semua tak support langsung dia dengan aku HAHAHAH! Kesian bang Jackson kita ni ya.
- TakBolehCouple -
Chap ni menyakai je byk. Sorry eh 🤧
Vote and comment!✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top