일곱 ; 07
"Kook."
"Jungkook."
"Jeon Jungkook."
"Yah, arnab."
Jungkook yang bersila di atas katil itu langsung tidak mahu menoleh ke arah si pemanggil. Dia berpeluk tubuh sambil menghadap ke arah luar jendela. Buat pekak je dari tadi.
"Sudah-sudahlah merajuk. Seokjin hyung bising kang, hyung tak tahu." Ujar Taehyung sambil berura-ura hendak meninggalkan bilik itu.
Kepala yang tidak gatal Taehyung garu. Merajuk sungguh mamat ni. Sebab Namjoon bagi kambing makan kubis nak buat kimchi tu je. Fuh-
"Jomlah makan. Mak nyah tu mengamuk kang." Pujuk Jimin yang baru saja muncul di ambang pintu bilik itu.
"TAK NAK!"
Taehyung pandang Jimin.
Jimin pandang Taehyung.
Mereka menganggukkan kepala sambil mengeluh berat. Tubuh Jungkook dihampiri lalu diheret menuju ke ruang tamu. Memang la si Jungkook ni berat. Bersusah-payah mereka berdua mengheret Jungkook yang sengaja mengeraskan tubuhnya.
"Dah kenapa tu?" Soal Makcik Kiah.
"Merajuk." Balas Namjoon tanpa menghiraukan Jungkook yang menjelingnya.
Seokjin menarik tubuh Jungkook mrnghampirinya. Dagu Jungkook ditarik agar mulutnya terbuka lalu dia menyuapkan timun bersama sedikit sambal belacan ke dalam mulut Jungkook. Dagunya ditolak kembali.
"Engko makan, kunyah cepat. Eyy, merajuk sebab tu je pun. Macam tak boleh beli kejap lagi." Seokjin menggeleng perlahan.
Jungkook mencebik.
"Makan, biar hyung suap baby tua yang sorang ni." Kali ini, nasi pula yang disuapnya.
Jungkook masih berpeluk tubuh. Wajahnya masam saja. Tapi mulut buka jugak masa Seokjin nak suap. Dasar baby tua! Mengada betul eyy.
"Sedap jugak eh sambal belacan ni. Seokjin, nanti balik Korea buatlah eh." Ujar Hoseok mencelah kesunyian yang melanda itu.
"Betul tu betul." Sokong Jimin dan Taehyung.
"KIMCHI! NAK KIM-"
Pukk!
"Huaaaa apasal calit sambal belacan dekat mulut Kook?!"
"Tak habis-habis. KEJAP LAGI HYUNG PERGI BELI." Marah Seokjin.
"Haa, sudah. Jangan gaduh, jangan bising. Makan diam-diam. Kejap lagi siapa nak ikut makcik pergi dusun durian?" Soal Makcik Kiah.
Mereka bertujuh memandang ke arah Makcik Kiah serentak.
"Durian?"
🐒🐒🐒
"Bau apakah ini?" Soal Hoseok apabila terbau sesuatu sebaik sahaja sampai di dusun yang dikatakan oleh Makcik Kiah tadi.
"Itulah bau durian." Balas Makcik Kiah yang sudah mendahului Hoseok dan Yoongi.
Ah maklumlah, mereka berdua saja yang ikut. Seokjin dan Namjoon pergi membeli kubis untuk si arnab yang kuat merajuk tu. Tiga ekor tu, entahlah. Katanya nak duduk rumah je. Tapi tu la, bukan boleh harap.
"Kuat benar baunya." Ujar Yoongi pula.
"WOI, YOONGI KAU NAK TERPIJAK TAHI KUCING TU!!" Jerit Hoseok kuat di telinga Yoongi.
Yoongi yang terkejut dek jeritan Hoseok itu terus melompat di atas belakang Hoseok. Nasib baik kau kecik macam Jimin. Kalau macam Jungkook, mau terjatuh dua-dua sekali. Berat sangat.
"KAU DAH KENAPA JERIT ADUH!" Bahu Hoseok ditampar kuat apabila dia ketawa akan tindakan Yoongi sebentar tadi.
Malu habis si swag ni. Hilang habis swag dia.
"Aku bagitau je. KAU SAMPAI LOMPAT ATAS BELAKANG AKU DAH KENAPA?"
"AKU TERKEJUT SETAN!"
Pap!
"HUARRHHHH BINATANG APA JATUH TUU?!?!" Jerit Yoongi dan Hoseok serentak apabila sesuatu jatuh dari atas. Betul-betul di hadapan mereka.
Makcik Kiah yang elok saja meletakkan durian-durian yang dijumpainya di atas pondok hanya menggeleng melihat telatah mereka berdua. Biasalah tu. Jakun tak pernah tengok durian lagi. Tambah-tambah original from Malaysia.
"Yoongi! Hoseok! Meh sini kutip durian-durian ni letak dekat pondok." Panggil Makcik Kiah.
Mereka berdua mengangguk. Elok saja Yoongi baru turun dari belakang Hoseok, entah mana silapnya tubuh Hoseok terhuyung-hayang. Dah anda semua nak tahu?
Bontot gojes milik Yoongi sudah selamat mencium duri pada durian.
Dengan itu, tutuplah telinga sebelum bernanah.
"FAKEU SHITTEU NOKHARON BONTOT AKU HUARRGHHHH EOMMAAAAA!!!!"
🐒🐒🐒
"Siapa nak panjat ni?" Soal Jimin sambil memandang ke arah Taehyung dan Jungkook.
Mereka bertiga elok saja berdiri di hadapan pokok kelapa. Taehyung cakap teringin nak minun air kepala fresh. Eloklah ada pokok kepala dekat-dekat dengan reban angsa.
Jangan risau, angsa tu masuk reban. Tidur kot. Kalau tak, dah lama tiga orang ni kena kejar satu kampung macam hari tu.
"Suruhlah Jungkook. Dia lasak." Ujar Taehyung sambil menyenggol lengan Jungkook.
Jungkook yang sedang makan biskut itu menunding jari ke arah dirinya. Jimin dan Taehyung mengangguk. Jungkook tayang muka pasrah. Hujung seluarnya dilipat hingga paras bawah lutut. Tangannya digosok-gosok terlebih dahulu sebelum mula memanjat pokok kelapa itu.
"Fulamak, chaiyok ah jebon ni!" Ujar Jimin sambil menggoyang-goyangkan tangannya ke udara.
Macam penyokong bola keranjang pun ada. Yang pegang bulu bulu tu. Eh?
"Kalau ada telefon, kan senang aku rakam. Boleh tengok balik banyak kali."
"... Aku tetiba sendu mengenangkan telefon yang dah mati, tak ada bateri tu." Ujar Jimin perlahan.
Sunyi.
Sepi.
Angin mula menerbangkan rambut mereka.
"YAHH! ALIEN! ANAK AYAM!! NAK AKU CAMPAK KELAPA NI DEKAT KORANG KE?!"
Dengar saja suara Jungkook yang sudah marah itu, cepat-cepat Jimin dan Taehyung mengundur jauh sedikit dari pokok kelapa yang dipanjat Jungkook itu.
"Ha, lempar cepat."
Sebiji.
Dua biji.
Tiga biji buah kelapa yang Jungkook lempar ke bawah. Cukuplah tu. Diorang je yang nak minum air kelapa tu. Yang lain pandai-pandailah panjat ambil sendiri.
Dengan lajunya Jungkook turun dari pokok kelapa itu lalu memakai seliparnya. "Parang ada ke?"
"Ada hah." Ujar Jimin sambil mengangkat parang yang dipegangnya.
"Mana kau dapat?"
"Stor."
Tanpa banyak bunyi, Jimin pun mula menghayunkan parang itu ke bahagian atas kelapa. Sekejap saja bahagian atas tiga biji buah kelapa itu dibuka oleh Jimin berbantukan parang yang dirembat dari stor Makcik Kiah.
Suka hati je geledah barang orang.
Kemudian, mereka meletakkan straw di dalam buah kelapa itu lalu menghirup air kelapa itu. Muka masing-masing macam monyet dalam Upin & Ipin : Geng Pengembaraan tu.
Can you guys imagine that?
"Pergh! Sedap betul! Rugi tak minum masa dekat Korea." Ujar Jimin bersama wajah terujanya itu.
"Kelapa sana lain. Sini lain."
Sementara itu, Jungkook ternampak daun kelapa yang sudah gugur berdekatan dengan kawasan dia sedang berdiri. Tiba-tiba dia tersenyum lalu menyenggol lengan Jimin.
"Apa kau?" Soal Jimin sambil mengerutkan dahinya tatkala melihat wajah Jungkook yang senyum lain maciam.
Jungkook memuncungkan bibirnya ke arah beberapa daun kelapa itu.
Jimin pandang Taehyung.
Taehyung pandang Jimin.
Kedua-dua orang manusia itu tersengih sambil menganggukkan kepala.
Lama bethol tak update hm. Sepatutnya habis sebelum Raya lagi. Tapi tu la, masa tu dh busy dgn cover² uhuks.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top