열한 ; 11

Tok! Tok! Tok!


"ANAK-ANAK, BANGUN!! BANGUN, BANGUN!! SAHUR!"


Tok! Tok! Tok! Tok!


Ketukan pintu yang membingitkan telinga itu membuatkan Namjoon yang baru saja ingin memeluk bantal tidur tersedar dari diulit mimpi indahnya. Ketukan pintu yang masih lagi kedengaran itu membuatkan dia lantas bangun lalu melangkah ke arah pintu.

Terhuyung-hayang dibuatnya. Biasalah, baru bangun tidur kan?

Daun pintu dipulas. Hampir saja wajahnya menjadi ketukan dari tangan berkedut milik Makcik Kiah. Tak ada la kedut mana ksjsjjsjs.

"Kenapa kejut kitorang awal-awal ni? Baru pukul 5 pagi..."

"Sahur, hari ni first day puasa. Kejutkan yang lain. Makcik nak hidang makanan kejap." Ujar Makcik Kiah. Dia berlalu pergi meninggalkan Namjoon yang blur.

"Sahur? Puasa?" Dahinya berkerut. Tidak faham apa yang dikatakan oleh Makcik Kiah itu.

Bersama otak yang tidak dapat mencerna ayat Makcik Kiah itu dengan baik, sebagai leader Bangtan, Namjoon mula mengejutkan ahli-ahli Bangtan yang lain. Orang pertama yang kena kejut macam gorilla mengamuk ialah—

Tahu kan siapa?

Sudah tentulah Min Yoongi!

Yang kedua, Jeon Jungkook. Dua ekor ni, tak sah kalau tidur mati. Memang kena pakai hon kereta kebal kot baru nak bangun.

Eh? Kereta kebal ada hon ke?

"ANAK-ANAK SEKALIAN!! BANGUNNN!! SIAPA LAMBAT, MAKANAN HABIS!!!" laung Makcik Kiah.

Dengan segera Jungkook menuju ke arah meja makan bersama selimut yang masih dililit pada tubuhnya. Matanya sekejap pejam, sekejap celik. Nampak sangat tengah mengantuk, tapi demi makanan punya pasal. Terpaksa tahan.

Yang lain pun turut mengambil tempat di meja makan tersebut. Hah, kalau korang nak tahu. Makcik Kiah sudahpun membeli meja makan minggu lepas. Disebabkan si Taehyung ni merungut makan dengan lantai tidak selesa la, nyamuk la apa la. Banyak je alasan.

Dasar tak reti bersyukur betul! Kira untung la Makcik Kiah masih bagi makan dia tanpa meminta sesen pun.

"Hah, makan cepat. Lagi setengah jam nak azan." Ujar Makcik Kiah yang sudahpun siap mencedok lauk ke dalam pinggannya.

"Peliknya, kenapa kena makan pukul 5 pagi macam ni? Hwarghhhh!" Soal Jimin sambil menguap.

"Ini namanya sahur. Makan waktu ni je. Lepas tu tak boleh makan sambil nak malam nanti."

"HAAAHHHH?!?!"

Terkeluar terus isi ayam yang baru saja dimasukkan ke dalam mulut Seokjin itu. Pengotor mamat ni.

"Makanlah cepat, haish!" Marah Makcik Kiah.

Ayokkk! Orang tua dah marah!

Dari sudut yang lain, manusia yang bernama Kim Taehyung tersengguk-sengguk. Dan, tanpa semua orang sangka. Pada satu tahap itu, kepalanya sudah selamat mencelup masuk ke dalam mangkuk berisi kuah kari ikan.

"YAHHH, TAETAN!! KAU NAK JADI HANTU GULAI KE APA HAH?!" Marah Hoseok. Kepala Taehyung diketuknya dengan sudu yang digunakan untuk mencedok kuah kari itu.

Terus Taehyung mengangkat kepalanya laju. Matanya terbuka luas. Baru tersedar mungkin.

"Apa? Apa? Kejap... Apa benda dekat kepala aku— HUH?! KARI?!"

"HAHAHAHHAHA, HANTU GULAI!! HAHAHAH, ALIEN NI DAH JADI HANTU GULAI HAHAHAHHA!!!" Tidak henti-henti si Jimin ini mentertawakan Taehyung.

Kemain dia gelak. Sampai nak terjatuh dari kerusi ya.

Taehyung mengetap bibirnya. Sudahlah dia malu, tambah pula Jimin mentertawakannya. Bertambah malu la dia dibuatnya. Disebabkan Jimin masih tidak berhenti mentertawakannya, dia terus menolak kepala Jimin mencelup masuk ke dalam kuah kari yang sama.

Terdiam terus Jimin. Namjoon dan Yoongi menahan tawa mereka melihat Jimin turut menjadi 'hantu gulai'.

"Padan muka. Kau pun jadi hantu gulai." Ujar Taehyung sambil ketawa sinis.

"WOI! NAK GADUH KE?!"

"HA, MEH MEH!! SIAPA SURUH GELAKKAN AKU TADI?!"

"DAH KELAKAR, AKU GELAKLAH!"

"AH, DIAM LA KAU!!"

.

.

.

🌸🌸🌸

.

.

.

Jimin dan Taehyung menjeling antara satu sama lain. Tidak pasal-pasal kedua-dua manusia ini dimandikan dengan air telaga dan disuruh mengemas rumah.

Manakala yang lain, serupa orang kebuluran saja. Maklumlah, tidak biasa berpuasa kan?

"Hyung... Laparlah... R-rasa, rasa nak... N-nak mati..." Ujar Jungkook perlahan.

Seokjin yang duduk bersebelah Jungkook di beranda rumah itu hanya menjeling Jungkook sekilas. Dia malas mahu bercakap. Bertambah lapar pula nanti.

Yoongi pula, lagilah. Dia tu, dari tengahari tadi asyik tidur je kerja. Dah macam hibernasi je. Aduh la.

"Siapa nak ikut Makcik Kiah pergi bazaar ramadhan?" Soal Makcik Kiah yang tiba-tiba saja muncul di sebalik ambang pintu.

"Bazaar ramadhan? Buat apa?" Soal Namjoon.

"Beli makanan nak berbuka nanti la. Makcik malas nak masak hehehe..."

"NAK IKUT!!!" Laju saja Jungkook menyahut.

"Aduh, kalau si arnab ni ikut, aku pun kena ikut la. Haihh..." Seokjin mengeluh perlahan.

"Haa jom jom. Lambat, tinggal."

.

.

.

🌸🌸🌸

.

.

.

"Allahuakhbar, Allahuakhbar—"

"DAH AZAN! JOM MAKAN!!" Jerit Jungkook teruja.

Elok saja dia ingin mencapai satu cucuk sate, tangannya ditampar Makcik Kiah kuat. Terus muncungnya didepa kan. "Kenapa tampar tangan Kook?"

"Baca doa buka puasa dulu! Doa makan sekali, haih."

Selesai membaca doa, seperti orang jakun tidak pernah jumpa makanan mereka semua ini mengambil makanan. Kecuali Hoseok. Dahiya berkerut melihat satu makanan yang berada di hadapan Makcik Kiah itu.

Makcik Kiah yang perasan hanya Hoseok belum mengambil makanan lagi, terus bertanya. "Kamu ni dah kenapa, Hoseok?"

"Tak... Kenapa nasi tu biru? Ada racun ke?" Soal Hoseok. Jarinya ditunding ke arah satu nasi berwarna biru yang diletakkan di hadapan Makcik Kiah.

"Oh... Ini nasi kerabu. Memang warna biru, tak ada racunlah. Kalau ada, Makcik tak beli la." Jelas Makcik Kiah.

"Begitu ya. Erm, rasa apa nasi kerabu tu?"

"Rasa sedap!" Sampuk Yoongi yang khusyuk membuang kulit udang.

Terus saja jejaka hantu tepung itu mendapat jelingan maut dari Hoseok. Melekek tawa Yoongi dibuatnya. Dia tidak takut langsung akan jelingan maut milik Jung Hoseok itu.

Dasar swag!

"Ha, makan sampai habis ya. TAK HABIS SIAP KAMU SEMUA. MAKCIK SULA KAMU. POKAI MAKCIK KIAH DIBUATNYA HARI NI KSKSJSJS!"

"BAIKKK!!"













Chap ni malas nak letak gmbr memes actually eheheh. Next chap kita letak la ye? Okay tata! Vote n comment tau! 🤪💜✨

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top