열 두번째 ; 12

"Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu~ Tepuk Jungkook pandai, nanti upah susu~"

"Susu lemak manis, santan kelapa muda~ Jungkook jangan nangis, hyung nak buat kerja~" bukan main lagi Seokjin menyanyikan lagu tersebut sambil memarut kelapa tua di belakang rumah Makcik Kiah.

Jungkook mensepetkan matanya memandang ke arah Seokjin yang mula mentertawakannya. "Apa hyung ni! Tak ada maknanya Kook nak nangis. Hmph!"

"Oh ya! Lagipun, sekarang kan tengah puasa. Nak upah susu celah mana ni? Lubang hidung hyung?"

"AMBOI, AMBOI! Lubang hidung hyung ni menjadi pujaan hati perempuan dekat luar sana tau! Bukan beshe-beshe—" Seokjin mengembangkan hidungnya ke arah Jungkook. Kalau boleh, biar anak tikus masuk dalam tu.

Jungkook memutarkan bebola matanya. Sudahlah dia dimarahi oleh Makcik Kiah kerana kambing yang Makcik Kiah paling sayang hampir dilanggar oleh motorsikal mamak roti semasa dia mencuci kandang kambing tadi.

Padahal bukan salah dia, kambing tu yang suka hati mak bapak dia jalan tak tengok kiri kanan. Suka hati main lintas macam jalan tu atuk dia yang buat.

Eh? Apa aku cakap ni? Jsjsjsjsj.

Si arnab ni merajuk ke. Jadi, menempek celah ketika Seokjin je la dari pagi tadi. Seokjin pergi mana, dia ikut. Dan macam lembu ke cucuk hidung gayanya.

"Sini kejap, Jungkook." Panggil Seokjin.

"Apa benda?"

"Sini je la!"

Jungkook bingkas bangun. Dia melangkah ke arah Seokjin lalu bertinggung di hadapan lelaki itu. Berkerut Jungkook dibuatnya apabila tiba-tiba saja sesuatu berapa di atas kepalanya.

"HAH! KAN COMEL GITU, COCONUT HEAD BANG SEOKJIN KITO NI!! Wuhoo!"

"Apa bendalah hyung ni... Pakailah dekat kepala sendiri." Jungkook memakaikan tempurung kelapa itu di kepala Seokjin. Saja je hyung dia ni. Kawan tengah merajuk sebab kena marah teruk tadi. Boleh pulak nak melawak sekarang.

"Dahlah, jom lepak dengan diorang dekat beranda rumah tu. Kerja hyung dah siap ni." Ujar Seokjin sambil mencuci tangannya di paip yang disediakan di belakang rumah itu.

Tempurung kelapa yang berada di kepala Seokjin, dilemparnya di atas lantai simen di belakang rumah Makcik Kiah ini. Nanti pepandai la dia buang.

Seokjin dan Jungkook melangkah menuju ke beranda rumah. Kelihatan Jimin tidur berbantalkan perut Yoongi. Lelaki puntianak itu pun turut dibuai mimpi di situ.

Hoseok, Namjoon dan Taehyung pula sedang seronok bermain batu seremban yang diberikan oleh Makcik Kiah semalam. Walaupun tidak pernah bermain sebelum ini, namun Taehyunglah paling cekap bermain antara mereka semua.

Namjoon kau tak payah cakap. Dia main, batu tu melambung kena kepala Makcik Kiah semalam. Sudahnya hanya menimbang batu saja.

"Nak main, nak main!" Kalut Jungkook mengambil tempat di sebelah Hoseok. 7 biji batu bersaiz kecil itu dihulurkan kepada Jungkook.

"Kau jangan lambung tinggi-tinggi. Kang dengan kau-kau yang aku lambungkan." Ujar Taehyung sambil ketawa kecil.

"Ye la! Kau tengok je, aku terer la ma—"

"ASSALAMMUALAIKUM! MAKCIK KIAH OH MAKCIK KIAH!"

Percakapan Jungkook dipotong oleh suara seseorang yang tiba-tiba saja memberi salam sambil memanggil Makcik Kiah. Tidak sampai beberapa saat, kelibat Makcik Kiah muncul di sebalik ambang pintu.

"Waalaikumsalam. Eh, Maimunah! Ada apa datang sini?" Balas Makcik Kiah. Tudungnya dibetulkan sedikit sambil memakai selipar.

Namjoon, Seokjin, Hoseok, Taehyung dan Jungkook menghendap gerangan yang memberi salam sebentar tadi di sebalik penghalang di beranda itu. Tidak berkelip mereka memandang ke arah gadis yang berambut pendek dan memakai baju kurung bercorak bunga berwarna pink itu.

"Kenapa... Kenapa muka dia macam Namjoon hyung?" Soal Taehyung perlahan. Yang lain terus memandang ke arah Namjoon dan gadis itu silih berganti.

"Eh? Macam muka aku ke?" Namjoon menggosok dagunya perlahan.

"Makcik Kiah! Siapa tu?" Laju saja Seokjin bertanya tanpa memikirkan apa yang Makcik Kiah dan gadis itu sedang bualkan. Ey, orang tua bercakap jangan menyampuk!

Makcik Kiah dan gadis itu mengalihkan pandangan ke arah mereka berlima. Melopong mata gadis itu sambil menutup mulutnya dengan kedua tangannya.

"OH MY GOD! BANGTAN KE NI??!?!?! AAAAHHH NI BUKAN MIMPI KAN?!?!"

"Uishh, dia kenal kita la."

"Nampaknya, kita memang famous."

Tangan Makcik Kiah ditampar-tamparnya apabila dia masih tidak boleh terima kenyataan bahawa jejaka-jejaka di beranda rumah itu merupakan artis kpop terkenal di seluruh dunia.

"Mai kenal ke diorang?" Soal Makcik Kiah yang menahan tangan Maimunah dari terus menampar lengan nya.

"Ish, kenal la! Mai minat sangat diorang ni! HUAAAA DAPAT JUGAK JUMPA BANGTAN, OMO OMO!!" Maimunah sudah menjerit kegembiraan di situ. Plastik berisi lauk-pauk yang dibawanya itu bila-bila masa saja boleh melayang kalau gaya macam dekat konsert Bangtan.

"Err... Apa-apa je la. Korang semua, Makcik Kiah nak kenalkan. Ni Mai—"

"Maimunah! ANYEONG HASEYO! MAIMUNAH IMNIDA!" Potong Maimunah dengan terujanya.

"Ouhh... Hai. Wahh pandai cakap Korea?" Soal Namjoon.

"Hehehe, sikit-sikit je... KIM NAMJOON, KIM SEOKJIN, MIN YOONGI, JUNG HOSEOK, PARK JIMIN, KIM TAEHYUNG, JEON JUNGKOOK, BTSSSS!!! WOAHHHH!!"

Menjerit habis si Maimunah. Siap goyang-goyang tangan macam pegang lightstick tu. Sampai si Jimin dengan si Yoongi terus terjaga dari tidur. Makcik Kiah pula sudah selamat masuk ke dalam rumah sebaik saja Maimunah menyerahkan plastik berisi lauk-pauk untuk berbuka sebentar lagi.

"Apa bising-bising ni hah? Nak tidur pun tak senang." Yoongi menyerabutkan rambutnya.

Maimunah memandang ke arah Jimin yang sedang membetulkan rambutnya itu. Terus wajahnya berubah. "PARK JIMINNN!! ARGHHH!! SARANGHAEYOO!!"

Terkejut Jimin dibuatnya apabila mata sepetnya memandang ke arah Maimunah. Sudahlah pandangan masih kabur, apabila sudah jelas terus dia tayang wajah terkejutnya.

"NAMJOON HYUNG! SEJAK BILA HYUNG JADI PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR NI?!"

"WOI, BUKAN HYUNG LA! I'M STILL A MAN!"














Kemain lama aku hiatus eh? Hikshikss, sorry laa hm. Saya jadi pemalas, takda mood pulak skrg. Pastu readers pun lari haihh.

Pape pun, yg still menunggu... Vote and comment eh? ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top