여덟 ; 08
"Banyak pulak kita borong bahan nak buat kimchi ni..."
"Kang si arnab tua tu merajuk lagi. Bedal je la semua dekat kedai tu." Balas Seokjin sambil menggeleng perlahan.
Biasalah, arnab tua tu memang macam tu. Kena lebihkan dia. Maklumlah, bongsu kan? Manjang nak kena lebihkan dia. Sumbat dalam reban arnab kang, baru tau.
Namjoon menghentikan langkahnya secara tiba-tiba. Hal itu membuatkan Seokjin mengerutkan dahinya memandang Namjoon. Baru saja ingin bersuara, figura tiga ekor beruk yang sedang seronok bermain dengan daun kepala muncul di sebalik pokok kelapa di bahagian hadapan rumah Makcik Kiah ini.
"WOI WOI, APA KORANG NI?" Soal Seokjin apabila melihat di atas kepala Jungkook tersalah tempurung kelapa.
Ha, serupa dengan rambut dia masa debut dulu.
"HAI HYUNG!!"
Jimin yang duduk di atas daun kelapa yang ditarik Taehyung itu melambaikan tangannya ke arah Namjoon dan Seokjin yan masih tidak percaya melihat 'anak-anak' mereka bermain seperti orang Malaysia itu.
Mana diorang belajar pun tidak tahu. Ni mesti pernah curi-curi tengok Upin & Ipin dekat warung Pak Tak Selamat tu.
"Kamu berdua ni dah kenapa terpacak depan rumah macam ni? Pergilah bawak masuk barang tu." Celah Makcik Kiah yang tiba-tiba saja muncul bersama guni dan bau yang-
Kurang menyenangkan.
BAU DURIANLAH! BUKAN BAU KENTUT! HJSJSJSJSJJHS-
"O-ouh ha ya. Baikkk!" Namjoon dan Seokjin pun berlalu.
"KORANG MAIN APA NI? NAK JOINNN!!" Jerit Hoseok riang.
Terus saja dia berlari ke arah Jimin, Jungkook dan Taehyung yang berhenti seketika. Kali ini, Hoseok dan Taehyung yang duduk di atas daun kelapa. Manakala Jungkook yang akan menarik daun kelapa itu.
Chill la, Jungkook kan kuat. Hiok hiok!
Jimin yang perasan Yoongi jalan mengangkang itu, segera merapatinya. "Hyung, dah kenapa jalan macam ni?"
"Sibuk betul. Biarlah nak jalan macam ni pun." Balas Yoongi dingin.
"BONTOT GOJES DIA TERCIUM DURIAN HAA. TU YANG JADI MACAM TU!!"
"YAHH!! MAKCIK KIAHHH NI!!" Marah Yoongi.
Makcik Kiah yang duduk di beranda rumah itu ketawa melekek diikuti yang lain. Habis merah padam wajah Yoongi ketika ini. Terus saja dia berlari masuk ke dalam rumah. Malu punya pasal, rasa sakit dekat bontot dia tu terus hilang sekejap.
"ANAK-ANAK! JOM MAKAN DURIAN! MEH MAKAN, MEH!" Laung Makcik Kiah dari jauh.
"Makan apa?" Soal Jungkook apabila dia mendengar perkataan 'makan' sahaja. Bab-bab makan laju.
"Durian." Balas Hoseok sambil meletakkan tempurung kelapa di atas kepalanya.
Taehyung, Jungkook, Jimin dan Hoseok menuju ke beranda rumah yang dipenuhi dengan bau durian yang memeningkan kepala itu. Tapi sedap. Lepas tu makan sampai demam HAHAHAHHAA!
"Woah, what the hell it is?" Soal Seokjin yang baru selesai meletakkan barang di dapur.
"This is what we call D-U-R-I-A-N." Balas Makcik Kiah sambil mengopek satu lagi durian.
"Uish, Makcik Kiah speaking terus!"
"Well, kamu ingat makcik tak tahu langsung ke english ni?" Soal Makcik Kiah sambil menjongketkan keningnya.
"Sedap tak?" Soal Jungkook yang kelihatan sudah terliur melihat isi durian yang kuning bahkan pakaian raja itu. Saya syak bau durian tu tak terkesan langsung dekat dia. Janji sedap masuk mulut nanti.
Belum sempat Makcik Kiah mahu menjawab pertanyaan Jungkook itu, dia sudah pun mengambil satu ulas durian yang berada di hadapannya.
"Apasal biji besar bebenor?" Soal Jungkook sambil memerhati seulas durian yang dipegangnya itu.
"Memanglah. Kamu jangan makan biji dia tu pula. Makan elok-elok, tercekik kang Makcik Kiah tak nak tanggung. Yang lain, makanlah. Cuba rasa, sedap tau!"
Hoseok memandang Jimin.
Jimin memandang Taehyung.
Taehyung memandang Seokjin.
Seokjin memandang Makcik Kiah.
Makcik Kiah pandang Namjoon.
Namjoon pandang Jungkook.
Terbeliak mata Namjoon dibuatnya melihat arnab tua di sebelahnya itu. "HOI, HOI, HOI! CEPATNYA MAKAN, SAMPAI 4 ULAS DAH?!"
Jungkook tidak menghiraukan mereka semua yang melopong melihatnya makan durian dengan penuh selera. Yoongi yang dekat dalam rumah tu, dah muntah-muntah dengan bau durian tu.
"Siut la dia ni. Sedap sangat ke?" Soal Taehyung. Seulas durian diambilnya. Lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Ini lagi dahsyat, dengan biji-biji durian sekali dia telan. Makcik Kiah yang paling terkejut antara semua yang berada di beranda rumah itu.
"Tae, kau memang- DASAR ALIEN!" Ujar Jimin lalu menampar bahu Taehyung kuat.
"Apa? Okay je rasa dia. Haa, makanlah." Seulas durian disuakan ke arah mulut Jimin.
Berkerut dahi menahan rasa durian yang disuakan oleh Taehyung itu. "Apakah ini?"
"Durianlah. Takkan rasa tembikai pulak?"
"Ish, tak naklah. Kau makanlah, aku tak boleh nak telan durian ni." Tangan Taehyung memegang seulas durian itu, Jimin tolak perlahan.
Seokjin, Hoseok dan Namjoon berbuat demikian. Reaksi wajah Namjoon sama seperti Jimin. Dia turut dia boleh menelan durian itu. Seokjin, kau jangan cakaplah. Dia tu, dah macam chef. Semua tekak dia boleh telan.
Silap hari bulan, makanan kucing pun dia telan. Haih.
"Kamu makanlah. Lepas makan, letak air dalam pangsa durian tu. Durian kan panas. Jadi, minum air dekat dekat pangsa durian tu boleh sejukkan badan."
"Pangsa durian tu apa?" Soal Jungkook yang ralit melantak durian. Nak dekat sebiji dia makan.
"Yang ada isi durian tu la. Yang dalam tu. Makcik nak pergi cari ubat untuk si Yoongi tu kejap." Ujar Makcik Kiah lalu dia bangun dan masuk ke dalam rumah.
Jimin dan Namjoon pula hanya memerhati ahli Bangtan yang lain manikmati durian itu. Bila lagi nak merasa kan?
Saya ada je idea, cuma malas nak type ksjsjjsj. Vote n comment la ya kalian ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top