psycho ; 16
.
.
|| PSYCHONEUROTIC ||
.
.
Hayeon's
"Hayeon! Hayeon, please tunggu sekejap!"
Tanganku diraih Jimin dari belakang. Aku memejamkan mataku seketika sebelum memusingkan tubuh menghadapnya yang sedikit tercungap-cungap kerana mengejarku.
"Apa?"
"Kenapa kau dengan yang lain macam nak jauh dari aku? Aku ada buat salah ke?" Soal Jimin.
Hampir seminggu aku dan yang lain cuba elak dari bersembang dengan Jimin. Tambah-tambah aku yang memang macam belangkas dengan mamat ni.
Tapi yang peliknya, Jimin nampak okay sikit. Mata dia tak berapa nak panda dah. Rambut dia pun kemain lagi.
"Kalau sebab kiss tu, aku—"
"Tak, Jimin. Bukan sebab tu. Lagipun, yang tu... T-tak sengaja. So, aku tak kisah." Balasku sedikit gugup. Hadui, dia dah kenapa cakap pasal tu.
Aku melangkah pergi meninggalkan Jimin yang masih memanggil namaku. Cepat-cepat aku melangkah ke dalam rumah Taehyung tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Woi, woi, woi! Kau dah kenapa?! Serupa pencuri!" Ujar Taehyung yang sudahpun terlompat dari sofa.
"Sorry, lagipun aku dah lambat kan nak datang sini." Balasku tercungap-cungap.
Taehyung menggeleng perlahan. "Buat macam aku ni nak lari rumah kalau kau lambat. Haih, tunggu kejap. Aku buatkan air."
Aku sekadar mengangguk.
Find me and I'll gonna live with ya~
Eh oh, gajeowa bring the pain oh yeah~
Aku mengeluarkan telefon pintarku dari poket seluar. Nama Eunmin tentera membuatkan aku terus menjawab panggilan.
"Hayeon! Kau dekat mana?!"
"Rumah Taehyung. Kau apasal?"
"Weyhhh!! Keluar dari rumah dia cepat! Kau dalam bahaya!!"
"Eunmin... Bawak bersabar la. Kenapa ni sebenarnya?"
"Taehyung la pembunuh tu! Bukan Jimin! Jimin tak bersalah. Dia ada ekori seorang budak ni. Budak tu Taehyung upah suruh ekori kau dan ambil gambar-gambar kau. Tapi budak tu dah mati, Taehyung bunuh dia. Jimin sendiri nampak!"
"H-huh? K-kau jangan ma—"
"Hayeon..."
Aku mengangkat wajahku. Terus menggeletar tubuhku saja senyuman Taehyung bertukar sinis. Di tangannya bukan secawan air. Tapi, seutas tali.
Terlepas telefon yang dipegangku ini. Aku mengundur ke belakang setapak demi setapak.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top