psycho ; 06

.

.

|| PSYCHONEUROTIC ||

.

.

No one's

Jimin melangkah masuk ke dalam kelas. Berkerut-kerut dahinya apabila kelas itu tersangatlah kecoh sampaikan dekat koridor tadi pun kecoh kemain.

Memanglah banyak makcik dan pakcik bawang dekat sekolah ni. Tapi, kali ini punya kecoh sampai ke cikgu-cikgu.

"Apasal kecoh sangat ni?"

Jimin menarik kerusi di sebelah Jungkook lalu meletakkan beg galasnya. Dia membetulkan tali lehernya terlebih dahulu sebelum duduk. Gula-gula berperisa mint dikeluarkan lalu dia memasukkan ke dalam mulut sebaik saja membuka plastik gula-gula itu.

"Ni hah, semalam ada pelajar sekolah kita kena bunuh lagi..." Balas Jungkook lalu mengeluh perlahan.

"Kau... pergi mana semalam?" Soal Taehyung tiba-tiba.

Soalan yang dilontarkan itu membuatkan Hayeon, Eunmin dan Jungkook memandang ke arah Jimin yang baru saja mengeluarkan telefon pintarnya. Jimin mengangkat wajahnya memandang Taehyung.

"Tak pergi mana pun. Duduk rumahlah. Ada hal sikit nak kena settle. Sorry pasal semalam tu."

Mereka berempat hanya mengangguk-anggukkan kepala.

"Eh, Jimin. Apasal mata kau tu macam panda lagi? Aku dah kata jangan study sampai tak tidur kan?" Hayeon menekup wajah Jimin yang cuba untuk tidak mengangkat wajahnya.

Dia tahu, Hayeon memang akan membebel dan marah kalah nenek kebayan. Bukannya apa, dia tak naklah kawan baiknya itu sakit kerana belajar sampai tidak cukup tidur.

"Y-yahh... Aku okay la." Ujar Jimin lalu mengangkat wajahnya.

"Mak ai, sejak bila mata kau jadi panda ni?" Jungkook juga terkejut apabila melihat lingkaran hitam bawah matanya.

"Hello, pakcik. Exam dua bulan lagi. Kau rajin sangat study teruk awal-awal ni dah kenapa? Nak kena siku ke?" Taehyung menghalakan sikunya ke arah Jimin. Eunmin juga turut berbuat demikian.

Jimin menolak siku Hayeon dan Taehyung menjauhi wajahnya. "Ish, aku buat kerja sikit la semalam. Tengok-tengok pukul 3 pagi dah. Mana nak perasan..."

"Elehhh... Kau saja nak Hayeon bebel dekat kau ke apa? Suka eh?" Eunmin tersengih-sengih.

Terus saja peha Eunmin ditampar Jungkook. Terjerit kecil gadis itu dibuatnya. "Jangan nak cari pasal. Tak pasal-pasal kena luku dengan Hayeon kejap lagi."

"Yes, exactly!"




***

Entah apa yg ku merepek ni haih.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top