Bab 6

• C R U S H   A K U   F O R M 5 •

"Cinderella, will you marry me?"

"Eh crush kau handsome!" Aku segera menutup mulutku apabila aku termelatah di hadapan Syazwan.

Kelihatan dia ketawa selepas aku melatah ayat yang tidak sepatutnya. Aku menutup wajahku dengan skrip yang dipegangku ini. Malu!

Sudahlah dia sebut dialognya itu betul-betul di telingaku. Mahu terlompat sekali aku dibuatnya. Haih, si crush ni.

"Kau ada crush? Kemain budak form 1 zaman sekarang." Ujar Syazwan sambil ketawa kecil.

Berdasarkan ayat yang dikatakannya itu, aku rasa macam tak ada harapan je kalau dia tahu aku crush on dia. Mesti kena reject hmm. Nak menangis tepi tingkap la macam ni huhuhu—

"Diamlah."

"Garangnya... Macam abang kau."

Aku berdehem perlahan lalu kembali menghafal dialog yang perlu kuingat. Pertandingan semakin dekat. Hanya tinggal seminggu saja.

Syazwan tiba-tiba saja merapatkan tubuhnya denganku. Hal itu membuatkan aku menggerakkan sedikit tubuhku menjauh sedikit darinya. Dah kenapa mamat? Tiber je datang dekat.

"Jangan dekat sangat boleh tak?" Soalku tanpa memandang ke arahnya.

"Relaks, tak rapat mana pun. Aku tahu batasnya. Aku just nak dengar kau hafal skrip tu."

"Kau dah hafal semua ke?"

Syazwan angguk. "Dialog kau yang banyak pun. Ye la, kau kan main peranan penting. Diorang memang akan fokus dekat Cinderella je. Prince yang handsome ni confirm pandang dah hmm."

"Eleh, mesti pandang punya. Prince kan, of course handsome."

"Kau nak kata aku handsome la ni?" Syazwan menjongketkan keningnya sambil tersengih.

Aku mengalihkan pandanganku. Sudah, mesti dia tengah kembang tu. Ye la, cara aku cakap tadi macam aku puji dia ni handsome. Tapi, itulah kenyataan HAHAHAHAHAHAH!

"Thanks, aku terima pujian tu. Hahahaha, seronok pulak orang puji aku handsome."

"Dah, pergi duduk jauh-jauh. Kacau je..."

.

.

🌸🌸🌸

.

.


Abang Fakhrul memandangku dan Syazwan silih berganti. Dia memandangku lama sambil sebelah keningnya terjongket.

"Err... Oi, bagitaulah! Ni kau punya idea kan?" Aku menyiku lengan Syazwan yang hanya mendiamkan diri itu.

"Okay, fine— Aku nak ajak adik kau pergi Starbuck kejap. Saja, minum-minum. Sambil-sambil tu nak practice. Boleh ke tak?" Soal Syazwan. Blazer hitam disangkutkan di atas lengan kanannya.

Dia pakai blazer, serious handsome nak mampus! Arghhh, I cannot!

Abang Fakhrul memandangku sekali lagi. Hal itu membuatkan aku terpaksa juga membuka mulut.

"H-haah. Kalau abang nak join, j-jomlah."

"Sejak bila kau tak awkward dengan Syazwan ni, dik?" Soal Abang Fakhrul yang sudah menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Ya, dulu memanglah aku awkward dengan mamat ni. Tapi, masa tengah melakonkan wataknya, dia boleh pulak buat lawak bodoh dia tu. Aku gelak tak henti sampai aku lupa dialog aku. Aduhai...

Terhibur teruk dengan crush yang sorang ni.

"Sejak tadi. Kawan abang ni lawaklah orangnya." Ujarku sambil ketawa kecil.

"Haa, mamat ni memang pandai buat lawak. Tak pernah nak serious, haih pelik. Spesis apa pun tak tahu. Patutlah single, pfft—"  Abang Fakhrul menahan tawanya dari meletus apabila menyebut ayat yang terakhir itu.

Dia nak ketawa. Aku nak bahagia kejap. KAWAN-KAWAN, DIA SINGLE OH YEAHHH! ADA PELUANG NI!

Bodoh, beria betul aku ni. Tak dapat baru tau.

"Amboi! Mentang-mentang dia dah ada girlfriend, cakap banyak pulak. It's okay, wait and see. Aku akan taken dalam masa terdekat ni. Kau tunggu eh, tunggu." Balas Syazwan sambil tersenyum bangga.

Jikalau tadi aku tersenyum nipis walaupun dalam hati kemain berbunga-bunga, tapi sekarang senyuman itu pudar serta-merta. Dia nak tackle someone. Maksudnya... Aku tak ada peluang?

Mama! I want to cry huaaaaa!

Tu la kau, Raisya! Dah kata jangan happy sangat. Kan dah sedih.

"Raisya! Muka tu dah kenapa?" Soalan yang ditujukan oleh Syazwan membuatkan aku tersedar dari lamunanku.

"H-hah? Aapasal dengan muka aku, a-ada apa-apa ke?" Soalku. Wajahku diraba-raba dengan tanganku sendiri.

"Adik kau ni pun lawak jugak eh orangnya." Syazwan ketawa kecil sambil menepuk-nepuk bahu Abang Fakhrul.

"Bengap pun ada jugak. Aduhh!" Abang Fakhrul mengusap kakinya yang disepak ku sebentar tadi.

Suka hati kata aku bengap. Ish, tak nak kawanlah!

"Dah la. Adik nak call mama suruh ambik. Abang pergi je la dengan Syazwan. Tak ada mood. Bye!" Sebaik saja aku menghabiskan ayatku, kakiku terus melangkah pergi dari kawasan parkir motorsikal untuk pelajar sekolah itu.

Baik aku suruh mama ambilkan. Tu pun kalau mama tak busy. Mood aku ke laut terus lepas dia kata aku bengap depan kawan dia merangkap crush aku tu.

Aku mencebik perlahan apabila terdengar suara abangku tidak henti-henti menjerit namaku. Biarkan dia.

Langkahku terhenti apabila figura seseorang berhenti betul-betul di hadapanku. Aku memutarkan bebola mata. "Nak apa?"

"Jomlah pergi Starbuck. Tak payahlah telefon mama. Raisya pun tahu kan mama busy?" Pujuknya lembut.

Eleh, takut kena marah tu bagitau je la.

"Tak nak."

Aku meneruskan langkahku. Namun, terbantut apabila begku ditarik kuat oleh Abang Fakhrul. "Ish, lepaslah!"

"Tak payah nak merajuk sangat. Sambung dekat rumah."

Aku mendegus kasar apabila begku ditarik dan membuatkan aku terdorong ke belakang. Dengan terpaksanya aku membuntuti langkah Abang Fakhrul secara mengundur.







- TO BE CONTINUED -

Idea ada, tapi malas nk type haish. Dgn hw tk sentuh lagi muahahaha. Dasar pemalas 🤧

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top