Bab 5
• C R U S H A K U F O R M 5 •
Aku menggarukan kepalaku yang tidak gatal. Kaki ku sudah menari ke kiri ke kanan dah ni. Cikgu Norlida pula setia menunggu jawapan dariku sejak seminit yang lalu.
"Kenapa saya yang kena ganti Shahirah, cikgu? Ramai lagi yang sesuai. Kenapa saya jugak?" Soalku setelah agak lama aku berdiam.
Dalam banyak-banyak manusia dalam kelas 1 Bestari dan 1 Cemerlang, kenapa mesti aku jugak yang kena ganti Shahirah yang kena masuk pertandingan theater tu? Why? Whyyy?!
"Dah abang kamu kata kamu dulu pernah masuk theater. Enam kali dah kan? So, why not you try this theater?"
"Abang saya yang bagitau?!"
Cikgu Norlida menganggukkan kepalanya. Aku memejamkan mataku, buku limaku dikepal agak kuat. Eyy, geramnya! Suka hati je dia bagitau aku pernah masuk theater dulu. Aku cepuk jugak kang kepala dia balik nanti.
Aku gigit bibirku apabila membaca isi yang ditulis pada kertas yang baru saja dihulurkan kepadaku. Mengenai theater tersebut. Wow, tema Princess Disneyland. Macam menarik.
"Erm... Okay la, teacher. I will join this theater." Aku memberi kata putus.
Cikgu Norlida tersenyum. "Okay, skrip nanti saya bagi masa practice petang ni."
Aku mengangguk. "Thank you, teacher."
Setelah Cikgu Norlida membalas senyumanku, aku terus keluar dari bilik guru. Aku melepaskan keluhan berat. Janganlah aku lupa macam mana nak hafal skrip tu nanti sudah. Dengan lakonan yang aku perlu buat lagi.
"Haih, apasal lambat sangat?" Soal Fatin yang sudah berpeluk tubuh.
"Hahahaha, sorry lambat. Penat kau menunggu. Dah la, jom masuk kelas."
"Ehhh, kejap kejap!"
Aku mengangkat sebelah keningku ke arah Fatin yang menahanku dari terus melangkah. "Pahal?"
Fatin tersengih-sengih serupa kambing ke arahku. Okay, aku dah faham. Dia nak lalu depan kelas crush dia dari sekolah rendah tu. Layankan je la.
.
.
🌸🌸🌸
.
.
Mataku sedikit membesar apabila membaca skrip yang telah diberikan kepadaku. Kemain skrip dia. Tapi, it's okay. Pasal Cinderella ke kot. Kisah dongeng tu dah memang ada dalam kepala otak aku. Cuma nak kena hafal ni yang susah sikit.
Dia satu je, kau tak payah nak hafal sebijik macam skrip yang kau dapat. Ye la, ini theater. Bukannya pertandingan berbahas yang kau kena guna tatabahasa yang betul la, apa la.
Just buat macam kau cakap biasa, tapi agak formal. Ha, begitu ya.
Aku mengambil tempat selang satu kerusi dengan seorang kakak senior yang merupakan 'ibu tiri' dalam lakonan theater ini. Tak apa, kakak ni baik. Aku rasalah...
"Syazwan, ambilkan skrip untuk aku sekali."
Aku sekadar mendengar saja kerana khusyuk membaca keseluruhan skrip ini. Lagipun, aku sorang je junior dekat sikit. So, tidak hairanlah aku nampak ganjil sangat dekat dalam makmal ICT ni.
"Khusyuk sungguh baca sampai tak perasan dah ada orang dekat sebelah."
Dengar saja suara itu terasa dekat denganku, aku memalingkan wajahnya. Hampir melatah aku dibuatnya apabila wajah Syazwan agak dekat denganku. Terus aku menjarakkan tubuhku dengannya.
"Hish, terkejutlah!" Aku mendengus perlahan.
Syazwan tersenyum kecil. Ha sudah. Jantung aku macam nak terkeluar je bila dia senyum. Aku tahulah handsome. Janganlah senyum even kau senyum macam senyum paksa sekalipun.
"Kau ke Cinderella tu?" Soal Syazwan apabila dia menarik perlahan skrip dari tanganku.
Aku sekadar mengangguk perlahan. Gugup benor. Maklumlah, duduk bersebelah dengan crush je kot. Aku macam nak lari, tapi aku suka. Eh?
"How lucky I am. Aku prince tu tau." Balas Syazwan lalu meletakkan skrip milikku di atas ribaku.
Aku sudah terkebil-kebil. Dia, jadi prince tu? Oh kiranya... aku kena menari dengan dia nanti?! OH MY GOD! Lepas tu sarungkan sepatu. Fuhh fuhhh—!
"Oh ye ke? Hahahaha..." Aku ketawa palsu untuk menutup rasa gugup yang teramat ini.
"Hah, Raisya. You already know who is the prince, right?" Soal Cikgu Norlida yang menghampiri ku dan Syazwan.
Aku mengangguk.
"I hope two of you can perform better because Raisya dah biasa. And Syazwan, baru masuk last year. So, Raisya boleh ajarkan Syazwan yang selebihnya. Saya akan uruskan yang selebihnya. Okay?"
Kami berdua menganggukkan kepala. Cikgu Norlida pun berlalu pergi, kembali menyambung kerjanya. Mungkin nak fikirkan pasal pakaian dan sebagainya.
Tersentak aku sebaik saja kelibat Cikgu Norlida hilang, aku dan Syazwan bertentangan mata. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ku.
Ya Allah, tolong kuatkan hatiku ini. Debaran di dada semakin hebat apabila Syazwan asyik menyoalku jika gayanya sesuai dengan setiap dialog yang perlu dihafalnya itu.
Aku cuma berharap satu je sekarang ni. Aku nak balik cepat sebab jantung aku ni dah tak lama dah. Tak pasal-pasal luruh terus.
- TO BE CONTINUED -
Cuwit kan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top