Bab 13
• C R U S H A K U F O R M 5 •
"Haih! Banyak betul yang nak kena stapler. Boleh patah jari aku asyik tekan stapler." satu keluhan berat keluar dari mulut Sofiya.
Dari duduk bersila dengan sopan, dia menyandarkan tubuhnya di dinding. Kedua-dua belah kakinya dilunjurkan. Nasib baiklah di dalam bilik kaunseling ini, kami berdua duduk di dalam satu bilik kecil yang digunakan oleh guru-guru kaunseling untuk menyimpan fail tertentu.
Kenapa kami memilih untuk berada di sini? Sebab seganlah! Sudahlah kami berdua sahaja perempuan. Syazwan, Abang Hafeez, Hadi dan Danish lelaki.
Tak pasal-pasal ada yang stapler mata sebab tidak mahu bertentang mata dengan mereka berempat.
"Tutup mulut, tangan tu cepat buat kerja. Kira okaylah kau tolong stapler je. Aku ni, dari tadi susun kertas berhelai-helai. Lepas tu, nak kena make sure tak ada yang tercicir, terlebih, terbalik—"
"Okay, okay! Dah, tutup mulut anda ya cik kak. Tak payah jadi mak-mak dekat sini, membebel je tahu." Sofiya terus merampas kertas yang sudah kususun di atas karpet.
Aku hanya mencebik. Jam di tangan kiriku ini direnung. Jam sudahpun menginjak pukul dua tiga puluh petang. Waktu tamat sesi persekolahan hari ini! Beberapa helaian kertas yang kelihatan agak tebal itu kupandang lama.
Masih banyak lagi yang perlu distapler. Aku okay saja jika balik lambat. Tapi, Sofiya?
"Oii, minah. Kau balik pukul berapa ni?" soalku apabila Sofiya ralit menyusun kertas yang sudah siap distaplernya tadi.
Sofiya mengangkat bahunya perlahan. "Tak tahu. Mak aku tak bagitau aku balik dengan siapa. Kejaplah, aku pergi call."
Aku mengangguk perlahan. Sofiya bangun lalu memulas tombol pintu. Elok saja dia ingin meneruskan langkahnya, kelibat Hadi yang tiba-tiba saja muncul di hadapannya itu membuatkan dia terus break mengejut.
Ingin ketawa pula melihat adengan itu. Amboi, mesti dia keras kejung dah sebab encik crush ada depan mata. Siap tengok arah dia lagi.
"Eh, Sofiya. Nak pergi mana?" soal Hadi.
"Err... N-nak pergi call..." Kenapa kau gagap, Sofiya?! Aduhai!
"Ouhh... Ada duit syiling tak nak call? Eh, no no— Nak guna phone Hadi? Jimat duit Sofi. Kan?"
SOFI?! Wahhh, seriously Hadi panggil Sofiya dengan panggilan Sofi? Fuyoo, lain macam je ni. Entah-entah— HAH, FAHAM KAN??
Kulihat Hadi menghulurkan smartphonenya kepada Sofiya yang masih dengan keras kejungnya. Macam tengah tengok hantu kak limah menari depan dia je.
Lambat-lambat Sofiya menyambut huluran lelaki itu. Yang membuatkan aku mahu ketawa, Sofiya lantas menutup pintu lalu memusingkan tubuh ke arahku.
"Kau tutup pintu dah kenapa? HAHAHAHAH!" Berdekah aku mentertawakannya.
Sofiya tayang wajah cemberutnya. "Malulah, bongok!"
Laju saja Sofiya mendail nombor ibunya lalu telefon itu dilekapkan di telinganya. Selepas beberapa saat, dia mematikan talian. Wajahku dipandangnya.
"Aku balik jalan kaki la. Tak ada siapa nak ambil. Kau teman boleh? Sampai dekat kedai keropok lekor pun tu tak apa."
"Boleh je. Sampai depan pintu rumah pun tak apa. Nanti aku suruh abang aku follow dari belakang."
Dia mengangguk. Sofiya memulas tombol pintu. Niatnya ingin memulangkan smartphone milik Hadi itu. Tapi, itulah. Panjang umur. Hadi elok terpacak di hadapan pintu. Di tangannya terdapat plastik berwarna biru.
Sekali lagi, aku ingin ketawa. Mesti minah ni rasa nak cabut lari lagi.
"N-nah... T-thank you tau pinjamkan." ujar Sofiya lalu menghulurkan smartphone Hadi itu dengan segera.
Hadi tersenyum. "You're welcome. Oh ya! Ni, kawan Sofi tu nama dia Raisya kan? Abang dia kirimkan ni. Makanlah sekali dengan dia."
Sofiya mengangguk. Plastik berwarna biru itu bertukar tangan. Apabila Hadi sudah berura-ura mahu beredar dari situ, cepat saja Sofiya menutup pintu. Dia menghela nafas lega.
"My heart... Arrghhh nak luruh dah ni!"
Aku ketawa kecil. Lengannya kutampar lembut. "Auchh, crush dah notice ke tu?"
"Ishh, dahlah! Jom makan, abang kau kirimkan ni hah. Cakap thank you dekat dia nanti sebab belanja aku sekali." bisik Sofiya perlahan pada penghujung ayatnya.
Aku hanya tersenyum nipis. Kepala dianggukkan sedikit. Kertas-kertas untuk peperiksaan yang disusun di satu sudut, kutolak sedikit. Kang tak pasal-pasal nasi goreng ni tumpah atas kertas tu. Kotorlah.
Penutup botol air mineral kubuka lalu hirupnya sedikit. Dahaga betul. Sudahlah beg ada dekat kelas. Oh, sekejap. Cakap pasal beg...
"Sofiya! Jom ambil beg dekat atas dulu."
"Alaaa, kejap lagilah. Aku nak ma—"
"JOM, JOM!" pantas aku menarik tangan Sofiya yang baru saja ingin membuka bekas makanan berisi nasi goreng.
Kalut aku menyarungkan kasut. Tak adalah. Aku takut ada manusia usik beg aku tu. Sudahlah wallet aku ada dalam beg. Phone pun! Okay, aku terbawa sebenarnya.
Tanpa menunggu Sofiya yang masih terkial-kial mengekori langkahku, aku terus berlari anak menuju ke kelas yang menempatkan ahli-ahli Kelab Bowling.
Memang kelas ni akan jadi tunggang-langgang sedikit. Biasalah, bila bercampur aduk. Kerusi pun tak reti nak susun elok-elok.
Aku menghampiri beg sekolahku. Zip beg kubuka. Cepat saja aku mencari barang-barang berhargaku. Mata kupejam rapat. Sah, ada yang sentuh beg aku masa kokurikulum tadi. WALLET AKU LESAP!
"Kau cari ni ke?"
Suara seseorang itu membuatkan aku menoleh ke arah pintu. Syazwan. Bersama walletku di tangannya.
DIA KE YANG AMBIL?!
"Tadi ada budak-budak laki bukak beg kau. Nak ambil wallet ni. Aku sebagai abang senior yang bertanggungjawab pun ambil la wallet kau ni. And, I had told them. Jangan sentuh beg kau dah." Jelas Syazwan dengan panjang lebar.
"Ouhh, I see. Thanks." balasku sambil memasukkan walletku itu di dalam beg. Dan waktu inilah, baru Sofiya tiba. Apa lambat sangat minah ni nak naik tingkat satu ni? Alahai...
Sofiya memandangku dan Syazwan silih berganti. Dahinya sedikit berkerut. "Anything happened, Raisya?"
Aku menggeleng laju. "Nothing. Cepatlah ambik beg kau."
- TBC -
Macam nk biar story ni tergantung sepi he hmm
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top