Bab 12

• C R U S H   A K U   F O R M  5 •

Aku menongkat daguku memandang ke arah pelajar-pelajar lain yang sedang membuat hal masing-masing. Suasana sangat bingit walaupun sebentar tadi, senior form 5 sudah pun memarahi junior-junior di sini.

Oh ya! Sekarang ini, waktu kokurikulum. Kelab Bowling. Memang tak function mana pun sebab bosan belajar benda basic. Lepas tu baru cikgu bawa pergi bermain bowling di— apa orang panggil eh? Gelanggang bowling? EH? ARGH, ENTAHLAH!

Tapi hari ini, cikgu tidak ada pula kerana ada hal. Jadi, abang-abang dan kakak-kakak la yang kena control kami semua.

"Oii, Raisya. Kau kenapa?" Soal Sofiya sambil menyenggol lenganku perlahan.

"Tak ada apalah... Bosan!" Keluhan berat kuhela sambil membetulkan dudukku.

Sofiya membuat mulur berbentuk O. Dia kemudiannya mendekatkan sedikit tubuhnya ke arahku. "Kau dengan Syazwan... Apa cerita??"

"Cerita apa? Tak ada apa yang menarik pun."

"Alaaa, kau ni... Macamlah aku tahu. Mesti ada something ni sampaikan kau asyik berkepit dengan geng-geng abang kau tu."

"Ish, dah abang aku sekarang asyik nak keluar je. Aku ikutlah. Lagipun, kau jugak yang busy. So, kita tak boleh lepak sana sini."

Sofiya ketawa kecil. "Hehehe... Sorry ye cik kak. My daddy rajin bawak pergi jalan-jalan sekarang. Memang aku tak tolaklah."

Kami berdua mendiamkan diri seketika. Dah macam malaikat lalu saja gayanya. Tidak lama kemudian, Sofiya menggoyang-goyangkan lenganku sambil memuncungkan bibirnya ke arah pintu. Ah maklumlah, kami berdua mengambil tempat betul-betul dekat dengan pintu depan.

Nak keluar senang, tak payah berebut-rebut nak keluar. Macamlah tidak tahu. Setiap kali ada aktiviti kokurikulum, manusia-manusia dekat dalam ni tak reti nak keluar betul-betul. Main rempuh ikut suka hati mak bapak diorang je.

Apalah nasib. Contohilah junior kamu semua ni. Ikut peraturan, ACEWAH!

"Kau dah kenapa muncung-muncung?" Soalku pelik.

"Tengoklah sana!"

Aku mengalihkan pandanganku ke arah yang dikatakan Sofiya sebentar tadi. Ouh kejap... Dapat kulihat Syazwan, Abang Hafeez, Danish dan Hadi berdiri di kelas sebelah yang menempatkan pelajar tingkatan 4 dan 5 Kelab Bowling.

Mereka sedang berbual dengan pakcik-pakcik bawang kelas sebelah la kot. Tak tahu, malas nak tahu.

"Relaks la. Jangan gelabah." Ujarku kepada Sofiya yang sudah menyembunyikan sedikit tubuhnya di sebaliknya tubuhku.

Perkara biasa yang terjadi apabila nampak crush.

"Lindunglah kejap. Aku still malu duh lepas-lepas chat dengan Hadi dua hari lepas." Bahuku ditariknya ke belakang.

"Kau chat dia?! Wahhh, chat apa?"

"Haish, diam! Dia nampak aku kang, kantoi."

"Hok alohh. Tengoklah macam aku, ste—"

"Ehem!"

Terus aku tidak jadi meneruskan ayatku apabila kedengaran seseorang berdehem betul-betul di sebelahku. Aku menoleh perlahan ke arah tersebut. Hampir saja aku menumbuk wajah Abang Hafeez pada waktu ini.

Mana tidaknya. Boleh pulak dia tayang muka dia betul-betul depan muka aku. Siap besarkan mata pulak tu. Cucuk kang, aku buat sup.

Lengan Abang Hafeez kutampar kuat. "Eyy, terkejutlah!"

Galak Abang Hafeez mentertawakanku. Tak guna punya abang sepupu. Huh!

"Sorry, sorry hahahahah! Ni hah, tak buat apa kan? Jom, pergi bilik kaunseling. Tolong stapler kertas soalan form 4 dengan form 5." Ajak Abang Hafeez.

"Eh, apasal kami ju—"

"Alaaa, jomlah Raisya... Lagipun, Abang Hafeez kena stapler soalan form 3 dengan Syazwan. Lagi dua ekor tu stapler soalan form 2. Form 1 punya, tak tahu siapa staplerkan. Jomlah, jomlah Raisya comel..." Pujuk Abang Hafeez sambil mencebikkan bibirnya.

Okay kejap, meluat pulak aku tengok HAHAHAHHA!

Aku menolak bahu Abang Hafeez kuat. Sampai nak tertungging ke belakang dia yang sedang bercangkung tadi dibuatnya. "Fine! Tapi Raisya ajak kawan Raisya tau?

"Haa, heret je sekali. Jom jom!"

"Ye la... Sofiya! Jom pergi bilik guru." Aku menepuk lengan Sofiya yang masih menyorok di belakangku.

"Buat apa?"

"Haish, pergi stapler kertas soalan je. Jomlah."

"Eh ehh, Hadi dengan Danish pun ada ke?"

"Ikut je la!"

Tidak menunggu balasan dari Sofiya, terus saja aku menarik tangannya keluar dari kelas yang bingit betul dengan suara orang ketawa, berbual dan sebagainya. Dah serupa zoo. Market pun ya juga hmm.

Aku mengekori langkah Hadi dan Danish yang berada di hadapan kami. Sofiya pula sudah menundukkan wajahnya apabila dia perasan crush nya betul-betul berjalan di hadapannya.

Saat merasakan seseorang berada di sebelahku, aku menoleh. Tidak tahu nak buat benda yang sama macam Sofiya ataupun tidak. CRUSH KIRI KANAN DEPAN BELAKANG EYY APA NI?! Aduh, aduh! Abang Hafeez mana?

"Hai, Raisya." Sapa Syazwan perlahan sambil tersenyum.

"Ouhh h-hai..."

"Hoi, Syaz! Kau tinggalkan aku? Amboi amboi, sini kau. Kau tak payah nak ngorat adik sepupu aku tu eh. Pijak kang." Ujar Abang Hafeez dari belakang. Bahu Syazwan ditariknya agar berjalan beriringan dengannya.

"Suka hatilah nak ngorat dia ke tak. Kan Raisya kan??"

"Err... Hahahaha." Ketawa tidak ikhlas aku mampu aku berikan pada waktu ini.

Apa bendalah yang diorang cakapkan ni? Alahai... Ini kalau Abang Fakhrul pun ada, lagi galak membahan aku haish!

Aku terus menundukkan wajahku seperti Sofiya ini sehinggalah kami tiba di hadapan bilik kaunseling yang berada berhadapan pejabat sekolah.









- TBC -

Hey, miss me? HAHAHAHAH!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top