•Prince Of Heaven 9•

Baejin pov

"Aimi.. " aku pegang pipinya yang sudah mula tutup matanya.

"Biar mati kau! " princess ke empat bersuara. Air mata aku mengalir jatuh di pipi dia.

Aku pegang tangannya yang halang darahnya keluar dari perutnya. Aku dapat rasa.. Tubuhnya semakin lemah.

Aku pandang sungwoon.

"Do something! "Dengan tangisan aku menjerit. Aku tak nak kehilangan dia. Aku memang sayangkan dia sejak dia masuk dalam alam ni.

"Baejin palli" sungwoon berkata untuk keluar dari bilik itu. Aku pantas cempung aimi ikut sungwoon ke bilik rawatan.

Ong dan Jaehwan urusan princess ke empat.

Aku letak aimi kat katil rawatan itu. Aku dapat hilang pernafasannya makin lemah buat aku takut untuk kehilangan dia.

Sungwoon guna kuasa dia untuk pulihkan luka itu. Dahi aimi mula berkerut.

Selepas rawat luka itu. Sungwoon pandang aku.

"Luka dia sangat dalam.. Makan masa yang lama untuk pulih.. "

"Dia masih lemah.. " Woojin berkata pula yang rasa nadi aimi.

"Baejin.. " aku pandang jisung.

"Siapa sebenarnya.. Princess di hti kau? Princess kelima.. Atau ke empat? " aku diam sebab aku tak dapat jawap mana satu.

"Kau.. "

" Aku tak tahu.. Aku tak tahu hyung.. " aku pandang susuk tubuh aimi yang lemah dan mula keluar dari situ.  Daehwi ikut aku.

•••••••

Berdiri dengan angin yang meniup ke arah aku. Aku tengok pemandangan di luar istana. Aku masih ingat kata hyung aku tadi.

Aku sayang dua-dua tapi sejak Aimi datang dalam hidup aku. Aku rasa.. Aku mula cintakan dia. Adakah aku permainkan hati mereka berdua?

"Jinyoung hyung" aku toleh ke arah suara itu. Daehwi yang tersenyum kepada aku.

"Boleh hwi tanya? "

"Sure"

"Hyung suka Aimi? "

Aku diam soalan itu aku tak mampu menjawap.

"Hyung? "

"Ermm aku tak tahu hwi.. "

"Tapi hwi nampak hyung risau masa princess ke empat tikam Aimi.. Hwi nampak air mata hyung mengalir"

"Yes.. Hyung sayangkan dia.. Tapi siapa hyung" aku pandang lain.

"Hyung tak nak tengok keadaan Aimi? " Hwi tanya lagi.

"Sebab hyung.. Dia macam itu"

"Ikut hyunglah.. Hwi nak jumpa Aimi" Hwi terus pergi dari situ tinggalkan aku.

•••••••••

Malam itu, semua sudah tidur. Aku keluar dan pergi ke bilik rawatan sungwoon. Aku masuk senyap-senyap.
Aku tengok.. Aimi. Dia masih belum sedar?

Aku datang dekat kepadanya..  Wajah dia.. Aku rindu nak tengok dia senyum balik.

Aku kesat air mata aku dan pusing untuk pergi.

Ada tangan yang pegang tangan aku. Aku terhenti dan pandang aimi balik.

"Don't go.. " dia yang duduk dan wajah dia sayu.

Aku genggam tangan dia dan duduk di sisi dia. Dia pandang aku...

"Princess ke empat semua ni.. Sebab dia sayangkan prince" senyum pudar yang terungkir di bibirnya.

Aku hanya diam dan letak tangan aku di kepalanya. Senyum kepada dia.

"Jangan buat macam itu lagi" aku acah acah okay supaya dia tak akan bersedih lagi.

"Buat apa? "Dia tanya aku.

"Buat ini.. " aku kusutkan rambut dia.

"Yahh" dia tolak dada aku dan gelak.

Dia pegang perutnya yang ditikam. Riak wajahnya jadi lain.

"Aimi..."

Dia kerut dahinya dengan genggam perutnya.

Perutnya kembali darah balik...

"Aimi.. "

Dia seakan tak dengar panggilan aku.

"Sungwoon hyung! "Aku terus bergegas cari sungwoon.

•••••••

Lepas lama sungwoon merawat aimi. Dia pandang aku. Aku tunduk ke lantai dan rasa sedih bila aimi begitu.

"Dia okay.. Cuma dia tak boleh bergerak sangat sekarang. "Sungwoon berkata. Lega hati aku dia kata Aimi okay. 

"Aku rasa aku tak patut melawat dia tadi.." aku tunduk dan terus melangkah keluar dari itu. Aku hampir bunuh orang yang aku sayang seperti princess keempat.Aku sayang mereka berdua tapi mana mungkin aku mencintai dua insan dalam satu masa. Mereka akan terluka nanti. Aku bodoh sebab mencintai dua insan tanpa aku sedar. 

Princess keempat lebih memerlukan aku dari dia. Aimi sangat berharga untuk waktu sekarang ini. Setiap kali dia senyum aku nampak kecantikan dalam sebuah senyumannya.

Aku sampai di balkoni koridor istana itu,saja ambil angin waktu malam. Aku mendogak ke atas tengok bintang yang bersinar di langit.

"Aku pun sukakan dia" suara itu. Aku toleh ke belakang. Daniel. Dia menghampiri aku dan berdiri di sisi aku. Dia pegang bahu aku. "Tapi aku nampak dia sukakan kau juga Baejin. Sejak pertama kali dia ambil aku yang menyamar menjadi kucing, aku mula sukakan dia. Wajah dia yang tidur di sisi aku. Aku tak pernah rasa cinta sebelum ini tapi... Dia lah yeoja yang buat aku jatuh cinta kepadanya." aku dari tadi pandang dia yang berkata sambil ketawa. Daniel seorang susah mencintai seseorang. Aimi telah buat dia jatuh cinta?

Aku senyum dan pandang depan balik. "So kita sukakan orang yang sama?" aku soalannya, baru dia toleh aku dan angguk.

*********

Aimi Pov

Aku terlihat Daniel masuk dalam bilik aku, aku cuba untuk duduk tapi perut aku masih luka akibat peristiwa hari itu. Aku tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Princess keempat? Danile cepat-cepat bantu aku untuk duduk. Dia pegang lengan aku dan perlahan-lahan dudukkan aku.

"Aimi nak apa-apa?" aku geleng dan masih pandang wajahnya. "Daniel mana.." aku pandang sekeliling."Baejin?" dia membalas. Aku terdiam seketika.

"no.. It's Princess keempat" 

"Dia dalam kawalan.. Baejin" dia membalas dan tiba-tiba genggam tangan aku. Aku lihat tangan aku digenggam olehnya.

"Daniel nak bawa Princess ke sesuatu tempat tapi..." aku tunggu sambungan ayatnya. "tapi apa?" aku naikkan kening aku.Dia senyum dan membelakangkan aku. Tubuhnya direndahkan sendiri.

"Dukung?" soalan aku. Dia angguk. Aku perlahan-lahan lompat belakang dia dan letak kepala alu di bahu dia. Dia mula betulkan kedudukan aku di belakangnya dan keluar dari situ. Nasib baik tak pakai dress princess. Aku pakai baju biasa-biasa je. Rimas aku dengan dress princess yang kembang-kembang itu.

Daniel teruskan melangkah keluar dari bilik aku dan bawa aku ke sesuatu tempat. Bila sampai ke tempat itu. Tiba-tiba aku rasa sentuh dengan tempat itu. Tempat yang aku tak pernah bayangkan sebelum ini. Daniel berhenti dan aku nampak dia senyum dan toleh aku. Dia turunkan aku dan pegang lengan aku dengan hati-hati. Tempat ini, aku pandang sudut yang banyak rama-rama di situ berkumpul. 

Tak dapat aku berkata apa apa sekarang. Bila rama-rama itu mengeliling tempat itu. Aku ternampak sudut tadi terdapat kotak warna merah. Aku cuba untuk menghampiri kotak itu tapi.. pergerakkan aku terbatas atas kecederaan aku ini. Daniel suruh aku berdiri di situ sahaja. 

Mata aku berpaling ke arah lain. Aku ternampak Baejin yang berpeluk dengan princess keempat. Hati aku.. Aku letak tangan aku di dada aku. Adakah aku terluka?

"Aimi?" ada orang panggil aku ke? Aku pandang depan aku.. Daniel senyum dan pegang cincin di tangannya.

"Well well berseronok ke?" suara itu dari belakang daniel. Wajah Daniel panik dan suruh aku rapat dengan dia.

"Dia ke anak kepada Seo?" tujuh orang yang mengeliling aku dan daniel. Siapa mereka? " Kau tak boleh dapat dia macam mana kau ambil semua princess yang lain" Daniel berkata dengan tegas. 

"Aku bosanlah" sorang dari mereka gelak bila daniel hanya sorang sahaja. Sorang namja dari mereka menghampiri aku tapi daniel halang." Daniel siapa mereka.." aku genggam lengan Daniel. " Princess perlu lari sekarang"

"tinggalkan daniel di sini?"

"Kami perlukan Princess.."

Daniel berlawan dengan tujuh orang dan suruh aku lari dari situ. Aku masih di situ.. Aku tak boleh tinggalkan daniel di situ keseorangan. "AIMI LARI!" Daniel tak dapat bertahan lagi. Air mata aku terus mengalir dan lari pergi dari situ.

"hey nak lari mana?" seorang namja tadi di hadapan aku dengan senyum sinis ke arah aku. Aku undur ke belakang dan terlanggar badan seseorang aku toleh belakang. Lagi seorang senyum sinis kepada aku. Namja di hadapan aku pegang tangan aku.

"Lepaskan aku" aku cuba tarik tangan aku. Aku pandang Daniel yang dah rebah jauh dari aku. Daniel... Mata aku mula berkaca ketika itu.. ini salah aku. 

Aku nampak seorang dari mereka ambil kuasa Daniel.

"Lepaskan dia!" aku menjerit bila Daniel mengerang kesakitan. "Daniel!" aku menjerit di situ. Aku gigit tangan namja yang pegang tangan aku dan berlari arah Daniel kali ini. Aku tolak tubuh Daniel dari kuasanya akan hilang sepenuhnya.

Aku tak tahu apa harus aku lakukan sekarang. Aku pegang pipi Daniel yang tak sedarkan diri. Daniel.. perut aku mula sakit balik..

"Hey are you sick dear" seorang dari mereka cuba menyentuh aku tapi aku tepis.

"Don't ever touch like you touch my younger sister" aku bagi arahan kepada mereka.

Tangan aku digenggam aku toleh Daniel.

"Just go.."

"No.." aku menangis kat situ tengok keadaan Daniel.

"Princess.. you're important for us.."

"You're important to me" aku genggam tangan dia dan masih enggan untuk tinggalkan daniel di situ. 

Aku pejam mata aku. Bila aku buka balik, aku mempunyai sayap.

"Wow" seorang dari mereka seakan teruja di situ.

Satu je cara aku boleh buat untuk selamatkan daniel.Daniel genggam tangan aku.

"Don't do this.. Kuasa Princess akan lemah"

"I've to" aku genggam tangan dia kuat dan pejam mata perlahan-lahan. Ada angin yang mengeliling aku dengan Daniel.

"jangan biarkan dia pergi!"

TBC

Ff still new. Kalau ada masa terluang boleh lah baca okay^^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top