16
Mana satu aku patut percaya.. Iu atau Baejin? Kalau itu anak Jimin kenapa Jimin tak bertanggungjawab atas semua ini. Aku bermain dengan pen di tangan aku. Aku kena cari apa yang sebenarnya berlaku. Aku cari telefon aku di beg tangan aku dan mula cari nombor Jimin.
Nombor tiada dalam perkhidmatan ..
Jimin lari? Tak mungkin, kitaorang kecil bersama dan besar bersama-sama. Kalau Jimin buat semua ini tapi untuk apa? Aku cuba call Jimin lagi masih tiada dalam perkhidmatan..
"Eunji? " aku toleh sebelah aku. Ohh Jihoon.. Aku simpan telefon aku.
"Jom" Jihoon seperti mengajak aku ke sesuatu tempat.
"Jom? " aku buat muka pelik kat Jihoon. Jihoon geleng.
"Kita dah janji nak cari cincinkan? " Jihoon bersuara lagi. Alamak aku hampir terlupa yang aku akan cari cincin dengan Jihoon.
"Ohh okay jap" aku kemas meja aku dan mula capai beg tangan aku.
•••••••••
Jinyoung pov
Iu ajak aku lunch bersama dia. Kali ini dia lebih beria dari sebelum ini. Lepas kitaorang tunang, dia selalu ada dengan aku.
"Oppa.. " aku pandang iu.
"Iu tahu Baejin tak suka iu lepas apa yang berlaku.. Dan anak ini bukan anak Baejin tapi.. "
" dah lah iu, cepat lah makan nanti aku hantar kau balik" aku potong ayat iu dan pandang lain. Aku tak cintakan kau.. Iu..
Kami terus berdiam diri. Lepas je dia habis makan. Aku terus menuju ke counter bayar makanan itu dengan tak tunggu iu aku terus keluar dari situ.
"Jinyoung" seseorang panggil aku. Aku pandang dan.. Aku seakan kaku di situ bila lihat dia.
" Kau masih ingat aku? " dia bertanya.. Pada mulanya aku hanya diam dan nak terus melangkah tapi dia pegang lengan aku.
"Jinyoung maafkan aku.. " aku tak pandang dia tapi dia pegang lengan aku.
"Sorry aku tak kenal kau" aku tarik tangan aku dan tengok iu yang di belakang aku.
"iu jom" iu hanya angguk dan ikut belakang aku. Kenapa mesti aku jumpa dia setelah kau tinggalkan aku 5 tahun yang lalu. Kenapa kau kembali dengan hanya satu perkataan maaf?
"Jinyoung siapa itu? " iu tanya aku.
"Not your business " aku jawap tegas dan terus masuk kereta. Iu diam dan masuk dalam kereta.
•••••••
Dua minggu kemudian..
Aku bersiap untuk majlis perkahwinan aku.. Walaupun aku tak rela.. Kenapa aku masih buat semua ini.. Kalau aku batalkan sekarang mesti family aku yang malu. Aku tak buat semua ini. Aku tak buat..
"Jinyoung.. " aku hanya diam bila aku tahu Jihoon panggil aku.
"Jinyoung aku akan tetap percayakan kau.. Yang kau tak buat semua ini terhadap iu. Aku akan selalu ada dengan kau walau apa pun berlaku" aku pandang jihoon dan terus bangun.
"Jaga Eunji dengan baik hyung.. " Jihoon pandang aku pelik apabila aku kata macam itu. Jihoon angguk dan senyum pada aku.
"Jinyoung" Aku nampak mata dia mula berkaca. Dia jalan menuju aku dan peluk aku. Dia tepuk belakang aku.
"Be a good husband and father.. I know you don't want do this.. " aku balas pelukkan itu dan mula nangis di bahu Jihoon..
Bila aku kembali pandang depan.. Eunji ada di situ. Aku terus menangis dan sembam muka aku di bahu Jihoon.
•••••••••
Semuanya telah selesai.. tanpa aku rela semua ini. Aku tak tunggu tetamu balik, aku terus balik ke rumah tinggalkan iu di majlis yang dia inginkan.
Bila aku tengok diri aku di cermin meja solek aku. Aku mula nangis.. Kenapa semua ini terjadi pada aku sedang buat aku yang buat semua ini.
Aku tumbuk almari baju aku dan mula terduduk dengan tangan aku yang masih menyentuh almari ku. Aku menangis sendiri.
Rasa sakit ini.. Sangat menyakiti hati aku...
•••••••
Eunji pov
Majlis itu telah habis dan aku tak nampak Jinyoung di majlis itu. Kelihatan hanya iu yang melayan orang yang nak balik tapi mana Jinyoung?
Aku terus pergi ke Jihoon yang berbual dengan kawannya. Woojin. Aku pegang lengan Jihoon dan jihoon pandang aku.
"Mianhae.. Woojiniee boleh tak saya nak cakap dengan Jihoon sekejap? " aku kata kepada Woojin. Woojin angguk dan berlalu pergi..
"Ohh wae? " Jihoon pegang bahu aku.
" Mana Jinyoung? " aku tanya Jihoon. Mata Jihoon terus mencari kelibat Jinyoung.
"ohh Jinyoung tak ada" Jihoon pula yang panik sekarang ni. Jihoon nak melangkah cari Jinyoung tapi aku pegang lengan dia buat dia toleh semula.
" Gwenchana.. Eunji pergi cari dia okay? " aku tenangkan Jihoon.
"Okay tapi kalau jumpa dia bagitahu tau" aku angguk dan keluarkan telefon aku menuju pintu keluar dewan tersebut.
Ada ringtone tapi.. Tak diangkat. Jinyoung where are you Ketua Pengawas?
Banyak kali aku call semuanya tak dijawap. Aku ambil keputusan untuk balik. Aku cari Jihoon semula.
Jihoon sudah di belakang aku. Aku hampir jatuh tapi Jihoon sambut aku. Erghh benda dia ini buat aku terkejut.
Jihoon gelak kecil eh sempat gelak pula dia ni.
"Stop it Jihoon" Jihoon tahan gelak dia.
"Jinyoung tak jawap..tapi aku rasa dia dah balik dulu.. "
"But I can't leave now.. " Jihoon berkata kepada aku. Aku tahu itu Jihoon.
"Sokay Eunji pergi tengokkan dia and I'll call you later okay" aku senyum kepada dia.
"Arraseo"
••••••••
Sampai je rumah.. Aku terus masuk dan kosong je?
"Jinyoung.. " aku cuba panggil dia tapi dia seakan tak ada dalam rumah itu. Aku tutup pintu dan mula pergi ke biliknya. Aku tengok pintunya renggang. Jadi aku tolak pintu itu perlahan dan masih cari Jinyoung.
Aku nampak Jinyoung menangis di hadapan almari sambil terduduk di situ.
"Bae.. " aku belum habis sebut nama dia. Dia toleh aku dengan wajahnya dah dibasahi air mata dia.
Aku hampiri dia.
" Jangan dekat.. Aku tak nak kau lihat aku dalam keadaan yang lemah macam ni" dia bagi aku amaran. Langkah aku terhenti. Aku simpati padanya.
"Jin-"
"Aku okay" dia terus potong ayat aku.
"You not.. Aku tahu perasaan kau.. "
"Kau tahu?" dia gelak sinis. Dia bangun dan pandang aku sini.
Jinyoung melangkah ke arah aku. Aku undur ke belakang.
"Kau tahu ke perasaan sakit tu! " dia pegang kuat kedua² lengan aku.
"Jinyoung sakit" aku cuba tolak dia tapi dia terlalu kuat untuk aku lawan.
"Sakit? " dia tanya aku. Aku hampir nak nangis sebab kekuatan dia yang tak mampu aku lawan.
Dia tolak aku ke katil dia.
Dia mula nangis lagi. Kali ini dan tutup muka dia dan melutut. Aku bangun tengok dia seakan orang gila..
"aku.. Aku.. " dia tak mampu nak berkata.. Aku hampirnya dan tarik dia dalam dakapan aku. Dia genggam erat lengan aku.
Aku tepuk belakang dia.
"I know.. " aku tepuk belakang dia dengan perlahan-lahan. Aku dengar setiap tangisannya di dalam dakapan aku..
Jinyoung kau bukan macam ini dulu.. Kau seorang yang kuat yang pernah aku jumpa..
•••TBC•••
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top