Part 26
Aku melihat kalendar di dalam bilik. Aku usap perutku. Kini tinggal masa untuk bersalinan sahaja. Bila, di mana semuanya tak tahu. Aku keluar dari bilik dan melihat sekeliling di bawah tiada siapa di bawah. Kenapa mereka keluar tak bagitahu aku. Sampai hati. Jimin masuk rumah terkejut macam nampak hantu bila nampak aku kat bawah.
"Kau pahal tengok aku macam nampak hantu?? "Aku tegur jimin. Jimin gelengkan kepalanya.
"Ermm jimin kau nampak taehyung dengan jinyoung tak?? Asal senyap semacam je rumah ni?? Bukan selalu riuh macam apa sampai aku nak tidur pun tak boleh"aku perli jimin dan duduk atas sofa di ruang tamu. Jimin sengih.
"Ala relaks lah kau ni"jimin duduk sebelahku.
"Banyak lah kau relaks kau tengok ruang tamu ni tak serupa macam ruang tamu"aku Marah jimin. Ruang tamu bersepah dengan makanan ringan. Bukan tahu nak kemas. Nanti aku juga yang kena kemas bukan diaorang.
"Yela² sorry. Eunji ikut aku jap"jimin menarik tanganku. Aku tahan.
"Asal?? "Aku balas dengan selamba.
"Jomlah ikut aku nanti kau tahulah"jimin masih menarik tanganku.
"Ermm yela"aku bangun perlahan-lahan ikut jimin dari belakang. Jimin berhenti melangkah. Aku pun ikutlah dia berhenti melangkah. Jimin pusingkan badannya pandang aku. Aku mail keningku.
Jimin keluarkan kain dari poker seluarnya. Dia tutup mata aku dengan kain tersebut. Jimin bawa aku ke sesuatu tempat. Jimin dudukkan aku atas sebuah kerusi. Aku rasa jimin tinggalkan aku di situ. Tanganku mula melayang-layang mencari jimin.
"Jimin yah!! Tak kelakar lah!! "Aku memanggil jimin tapi tidak sebarang balas.
"Jimin!! Jangan tinggalkan aku sorang² kat sini!! Taehyung!! Jinyoung!! "Aku mula terjerit-jerit. Dahlah mata aku tutup dengan kain geram betullah mana si jimin ni.
Seseorang bukakan ikatan kain yang menutup mataku. Bila aku buka je mata. Sebuah bilik yang di hiasan seperti bilik bayi. Aku melihat taehyung dan jimin ada di hadapanku. Aku toleh belakang rupanya jinyoung yang buka ikatan kain tersebut.Aku menutup mulutku sebab terharu mereka sediakan bilik tu untuk Jikook. Aku melihat hiasan dinding. Frame besar gambar aku bersama jungkook. Aku mengalirkan air mataku dan mula pandang mereka bertiga.Mereka berkumpul di hadapanku pelik tengok aku nangis.
"Eunji kitaorang ada buat salah ke?? "Jinyoung risau melihat aku menangis. Aku anggukkan kepalaku. Taehyung garu kepalanya yang tak gatal.
"Kita buat salah apa?? "Jimin pula bertanya. Aku pandang mereka bertiga.
"Kauorang buat aku terharu.. "Aku berkata tersekat-sekat sebab tengah nangis. Mereka bertiga menghembus nafas lega.
"Aku ingatkan apa tadi"jimin berkata. Aku memeluk ketiga-tiga mereka dan mengalirkan air mataku.
"Gomawo"
Mereka bertiga senyum. Aku leraikan pelukanku dan mengesat air mataku. Aku melihat katil baby yang diletakkan di bawah frame besar gambar aku bersama kookie.Aku menyentuh tepi katil baby tersebut.Aku senyum. Aku menoleh mereka bertiga.
"Jikook this is your room"mataku berkaca dan memberikan senyum. Jinyoung mendekatiku dan usap² lenganku.Aku tak tahu kenapa perutku rasa sangat sakit sehingga aku menggenggam lengan jinyoung dengan kuat.
"Jinyoung.. Sakit jinyoung.. "Aku pegang perutku. Jimin mendekatiku.
"Arghh sakit jinyoung"aku mengerang kesakitan. Dahiku kerut.
Air ketuban telah mengalir. Aku melihat kakiku dan mula berpeluh.
"Jimin eunji nak bersalin!! "Taehyung menjerit panik. Jimin terus mencempungku dan masuk dalam kereta menuju ke hospital.
***********
Situasi Jungkook..
Aku telah beli rumah untuk yuju jimin. ina. Aku sudah cintakan yuju dan hidup bahagia dengan yuju. Yuju sedang masak. Aku memeluk yuju dari belakang dan letakkan kepalaku di bahunya.
"Honey janganlah kacau darling masak"yuju menolak lembut dadaku dengan menggunakkan sikunya. Aku enggan untuk meleraikan pelukkanku.
"Tak nak sebab honey rindu sangat nak peluk darling yang makin berisi ni"aku peluk yuju dengan erat. Yuju usap pipiku. Aku senyum dan tengok di masak.
**********
Situasi eunji...
Aku di baringkan di katil beroda di hospital menuju ke wad kecemasan. Badanku sudah berpeluh dan mengerang kesakitan. Jimin berlari mengiringiku.
"Jimin!! "Aku yang tak tentu arah menahan sakit dan darah banyak keluar. Aku mencapai tangan jimin dan jimin menggenggam tangan jimin. Jimin yang lari mengikutiku menolehku.
"Tolong panggil jungkook.. Aku perlukan dia.. "Aku yang lemah dan mengigil genggam tangan jimin. Air mataku jatuh ke pipi.
"Jimin palli!! "Aku menjerit kesakitan dengan titisan air mataku. Jimin mengenggam tanganku.
"Kalau apa² jadi kat aku!! Kau bagitahu jungkook.. Aku cintakan dia!! "Aku menjerit lagi. Sampai di wad kecemasan jimin terpaksa lepaskan genggamnya.
"Jimin.. Palli.. "Aku melayang-layang tanganku untuk mengenggam tangan jimin.Tapi jimin terpaksa diluar. Aku dimasukkan ke wad kecemasan.
Jimin mengeluarkan telefonnya dan call jungkook.
**********
Situasi jungkook dan yuju..
Jungkook pov
Aku duduk di meja makan untuk menjamu selera dan yuju duduk sebelahku. Telefonku berdering di ruang tamu. Aku pantas mengambil telefonku dan tengok² nombor jimin. Aku menjawap.
"Kau nak apa?? "Aku berkata.
"Kookie kau balik Sekarang"jimin berkata dengan gelabah.
"Asal"aku ringkas.
"Eunji dah ada kat wad kecemasan nak bersalin"jimin berkata.
"Dia perlukan kau kookie"
"Kenapa aku?? Bukan kau ke?! "Kookie meninggikan suara.
"Kookie aku dengan eunji.. "
"Dahlah aku penat dengan kau"kookie matikan panggilan tersebut. Yuju mendekatiku dan pegang bahuku.
"Honey waeyo?? "Yuju bertanya.
"Eunji nak bersalin"aku berkata.
"Darling palli balik Korea"
"Arraseo"yuju membalas dan aku pantas keluar rumah. Kookie lupa sesuatu. Aku pantas ke bilik dan membuka laci dan mengambil kotak selukkan dalam poket seluar terus keluar rumah balik.
**********
Jimin mula resah bila jungkook berkata begitu. Taehyung dan jinyoung tunggu di luar wad bersama jimin. Seorang nurse keluar dari situ.
"Siapa suami kepada Pn. Eunji?? Pn. Eunji tak nak teran kalau suaminya tiada. Kalau terus begini Pn.Eunji dan kandungannya akan mati. Kami tiada masa. "Nurse berkata. Kami berpandangan.
"Saya suami dia"jimin terpaksa berkata begitu.
"Kau Gila ke jimin"taehyung bersuara.
"Kalau kita tunggu kookie balik!! Eunji dan kandungannya akan mati!! China ke Korea ambil masa yang panjang untuk sampai!! Aku tiada pilih taehyung"jimin berkata.
"Encik suami kepada Pn. Eunji ke?? “nurse bertanya kepada jimin. Jimin angguk.
"Mari kita masuk sekarang "nurse berkata. Jimin masuk ke dalam wad kecemasan. Aku baring di atas katil dan cengkam katil tersebut. Jimin mendekatiku. Dahiku kerut. Jimin mengenggam tanganku, aku menoleh jimin. Air mataku mengalir kerana jimin yang temankan aku bukan jungkook.
"Eunji.. Lahirkan jikook.. "Jimin nangis di situ. Aku gelengkan kepalaku dan terus menitiskan air mataku. Jimin usap rambutku.
"Jebal Eunji.. "Jimin nangis lagi. Aku melihat air matanya jatuh.
"Puan dalam kiraan.. 1...2...3..teran"nurse berkata. Aku teran dan mengigil tubuhku. Jimin mengenggam dengan kuat. Gagal baby keluar.
"Lagi sekali puan sikit lagi.. 1..2..3..teran"doktor berkata. Aku teran dengan lebih kuat. Aku genggam tangan jimin dengan kuat. Akhirnya baby selamat dilahirkan. Badanku sudah lemah melihat baby jikook di dukung oleh nurse untuk dibersihkan. Jimin gembira aku dapat melahirkan jikook.
Tanganku melayang-layang ingin menyentuh Jikook tapi badanku terlalu lemah.
"Jungkook.. "Aku menyebut nama jungkook sebelum aku tidak sedarkan diri.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top