Part 22
Tiada siapa yang temankan eunji malam ini. Eunji masih tidak sedarkan diri. Hanya bunyi jantung eunji berdenyut di mesin. Jimin masuk dalam wad. Dia memandang aku yang masih belum sedarkan dirinya.
***********
Jungkook pov
Aku pulang ke bilik hotel. Memulas tombol pintu tersebut dan melangkah masuk. Kelihatan yuju ada di dalam bilik tersebut. Aku letakkan beg kerjaku di tepi meja. Yuju menghampiriku dan menolong aku bukakan tie. Aku menolak tangannya ke tepi dan buka tie aku sendiri. Aku mencapai tuala.
"Kookie.. Kenapa sikit pun kau tak layan aku macam wife kau.. "Yuju berkata dengan sayu tanpa pandang aku. Langkahku terhenti.
"Teruk sangat ke aku sampai kau langsung tak pandang aku.. "Yuju mengalirkan air matanya. Aku hanya berdiam diri.
"Dah hampir empat bulan kita kahwin.. Tapi kau tak pernah layan aku macam wife kau.. "Aku pusingkan badanku dan pandang yuju. Aku menghampiri yuju dan pusingkan tubuhnya untuk memandangku.
"Yuju.. Aku minta maaf.. Tapi hati aku dan cinta aku hanya untuk eunji.. "Aku terangkan kepada yuju. Yuju mengalirkan air matanya Tanpa henti.
"Kookie.. Aku cintakan kau.. Aku sanggup buat apa sahaja demi kau.. Aku tak sanggup kehilangan kau.. "Yuju memeluk tubuhku dan sembamkan mukanya di dadaku. Aku usap belakang badannya.
*********
5 hari kemudian..
Situasi Eunji di hospital...
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Pada mulanya kabur, lama-kelamaan aku boleh melihat seperti biasa cuma kepalaku terasa amat berat. Aku memegang kepalaku. Rasa seperti kepalaku dibalut. Aku tidak ingat apa yang berlaku yang aku ingin tapak kaki yang berlari ke arahku. Aku pandang Kiri dan kanan tiada sesiapa di situ. Aku duduk, aku pegang perutku. Aku senyum hambar. Walaupun baby dalam kandungan aku selamat, aku masih berharap aku dapat teruskan kehidupan aku tanpa di sisi kookie. Aku rindu sangat dengan dia.. Suara dia.. Gurauan dia.. Hari² aku tunggu dia balik dan berjumpa denganku.
Jinyoung masuk wad tersebut lalu terkejut aku sudah sedarkan diri. Dia menghampiriku.
"Eunji.. Kau dah sedar?! Lima hari kau tak sedarkan diri aku risau"jinyoung usap lenganku. Aku senyum dan wajahku pucat mungkin tubuh masih lemah.
"Eunji.. Aku, jimin dan taehyung nak minta maaf sebab kitaorang tak jaga kau dengan baik... Sampai.. "
"Dahlah jinyoung.. Perkara dah berlaku.. Lagipun aku pasrah dengan apa yang terjadi kat aku masa ketiadaan kookie.. Tapi aku happy sebab baby dalam kandungan ni kuat"aku berkata dengan pandang muka jinyoung. Jimin pula masuk wad tersebut. Jimin terperanjat dan lari kepadaku.
"Eunji aku minta maaf"
"Dahlah.. Tak payah minta maaf.. Korang tak buat salah apa pun kat aku"aku gelak lemah apabila jimin gelabah.
"Korang ada bagitahu jungkook ke pasal apa yang berlaku kat aku?? "Aku bertanya kepada mereka berdua. Jimin dan jinyoung menggelengkan kepalanya.
"Haah kookie aku call dia lah"jimin keluarkan telefonnya dari poker seluarnya. Aku pegang tangan jimin.
"Tak payah.. Aku tak nak kookie tahu pasal hal ni.. Aku tak nak sebab aku kookie dengan omma berpisah.. "Aku jawap dengan lemah.
"Eunji kau baik sangat.. Tapi aku tak sangka yuju buat kau macam ni"jinyoung gelengkan kepalanya. Aku pelik dengan kata².
"Apa maksud kau jinyoung?? "
"Yuju yang suruh omma dera kau sampai kau gugurkan anak kookie..."jimin membalas. Aku menutup mulutku dengan tanganku kananku.
"Apa salah aku... "Aku tunduk.
"Tapi omma tak sampai hati gugurkan kandungan kau.. Omma hanya dera kau je.. "Jinyoung berkata. Aku sayu mendengar yuju sanggup hendak bunuh anak aku demi untuk dapatkan kookie. Begitu cintanya yuju kepada kookie.
"Jimin.. Jinyoung.. Aku rindu jungkook.. "Aku pandang perutku sendiri dan pegang perutku.
*******
Selepas aku dikeluarkan dari wad jimin membawa aku pulang ke rumah aku lari untuk bertemu dengan arwah appa angkatku. Jinyoung membukakan pintu kereta untukku. Aku keluar perlahan-lahan dan melangkah perlahan-lahan. Jimin yang memandang aku Jalan slow macam kura-kura terus memegang lenganku.
"Kau jalan macam kura-kura tahu tak, kura-kura pun lambat macam kau"jimin mengejekku.
"Kau ni bodoh ke apa?? Tak nampak perut aku besar"aku ketuk kepala jimin yang ejek aku. Taehyung dan jinyoung hanya gelengkan kepala mereka melihat aku bersama jimin.
"Siapa suruh kau pregnant"jimin perli aku.
"Dah aku nak pregnant, dahlah tak payah nak tolong aku. Sakit hati aku cakap dengan kau"aku menarik lenganku dan jalan sendiri.
"Meh jinyoung tolong"jinyoung pula nak tolong.
"Tak payah"aku tepis tangan jinyoung. Jimin mengekori aku dari belakang. Aku geram aku Jalan² laju dan hampir terjatuh. Mujur jimin sempat sambut aku. Aku rangkul leher jimin.
"Haaa tulah nasib baik tak jatuh"jimin perli aku lagi. Aku berdiri tegak.
"Thanks"aku cover² malu. Jimin pegang lenganku masuk ke dalam rumah.
Tanpa kami sedari seseorang telah menangkap gambar aku bersama jimin dan hantar gambar tersebut kepada jungkook. Orang tersebut senyum dan blah dari situ.
Telefon jungkook berdering, kookie mencapai telefon di sebelahnya dan melihat nombor yang tidak dikenali hantar mesej. Kookie buka mesej tersebut dan terkejut eunji dan jimin dalam gambar tersebut. Kookie Marah dan mencampak kertas kerjanya. Yuju yang nampak kookie marah tersenyum sinis.
**********
Waktu malam..
Aku masuk bilik dan ternampak frame weddingku bersama kookie.Aku senyum dan usap perutku.
"Baby tengok itu appa "aku pandang
Perutku. Aku melihat kalendar lagi seminggu kookie pulang ke Korea.
"Tak sabar jumpa yeobo.. Baby pun rindu kat yeobo.. "Aku usap perutku. Jimin yang mencuri dengar aku berkata-kata sorang² sayu melihat aku.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top