D.L 2~Part 27
Aku tak datang kerja hari ni. Jin banyak kali call aku tapi aku langsung tak hiraukan bunyi telefonku berdering.
Aku lipat baju dan masuk dalam beg bagasiku. JiEun tolong aku lipat baju walaupun dia tak tahu apa pasal kejadian semalam.
Aku mula mengalirkan air mataku dan belai rambut JiEun. Aku tarik JiEun dalam dakapan aku.
"Omma.. Wae.. "Dia balas pelukkanku. Aku geleng dan cium kepalanya.
"Maafkan omma Jikook.. Bukan omma tak sayang kamu.. Tapi.. Omma tak nak kau anggap omma adalah omma kamu lagi.. Kamu berhak hidup bersama Jungkook dan omma angkat kami Chori.. "
***********
Situasi Jungkook
Jin cuba call aku tapi masih tak diangkat panggilannya.
"Appa.. Jikook nak omma"jikook mula nangis di situ. Jungkook melutut depan Jikook.
"Nanti kita jumpa omma okay"jungkook lap air mata jikook.
"Janji..."
"Janji"jikook peluk jungkook dan terus nangis. Jungkook usap belakang jikook dan pandang jin.
Jin geleng.
*********
Aku suruh JiEun keluar dulu dari rumah. Aku tarik beg bagasiku keluar dari rumah.
Aku dengan berat hati kunci pintu rumah tersebut dan pandang JiEun.
JiEun pegang tanganku dan senyum ke arahku.
"Sebab kau JiEun.. Aku mampu bangkit untuk hidup.. "
Aku baru nak melangkah pergi bersama JiEun.
Kereta Jimin parking cantik di depan aku bersama JiEun.
Jimin keluar dan pandang aku lama. Matanya tengok beg bagasiku.
*********
"Kau nak pergi mana eunji?? "
"Aku nak pergi jauh dari sini.. Aku sakit Jimin.. Aku tak nak lagi tengok Jungkook yang sayang aku hanya anggap aku sebagai pengasuh Jikook sedangkan aku.. "
"Kau wife dia kan..."
Aku angguk dan tengok JiEun yang main di taman.
Jimin genggam tangan aku. Aku toleh dia.
"Kau patut ingatkan kembali ingatan dia.. Dan ingatkan dia siapa kau pada dia.. Bukan kau lari dari semua ni.. JiEun perlu tahu siapa appa dia sebenarnya.. And Jungkook perlukan kau eunji.. Hanya kau je yang boleh ingatkan balik ingatan dia"
"Tapi.. "
"Dia dah kahwin dengan Chori.. Aku minta maaf sebab tak halang dia.. Tapi kau kena ingat.. Dia macam orang gila cari kau masa kau tak ada.. Masa sebelum dia kemalangan.. Dia sayang kau eunji.. "
Air mataku mula menitis dan tunduk.
"Aku takut.. Aku takut bila aku bersama dia.. Aku akan kehilangan dia.. Aku takut benda yang sama jadi kat dia lagi.. "
"Eunji percayalah.. Hanya kau ada dalam hati dia.. "
Aku toleh jimin dengan air mataku masih mengalir.
**********
Jungkook pov
Aku hantar jikook balik rumah. Dia terlelap selepas aku bawa di ke hospital. Entah mengapa dia tiba² jatuh sakit.
Aku call eunji tapi masih tak diangkat. Nampaknya aku terpaksa guna cara kasar untuk dia terima menjadi pengasuh kepada jikook.
Aku keluar rumah dan masuk dalam kereta menuju ke rumah eunji.
*********
Aku nampak eunji di luar rumah sedang termenung sesuatu. Aku parking jauh sikit dari rumahnya.
Dan perhatikannya.
Aku keluar kereta dan datang dekat kepada eunji.
Dia masih tak sedar kehadiran aku.
Aku tepuk bahunya.Dia toleh.
"Awak nak apa..?? "Eunji nampak takut ketika itu.
"Aku bagi kau pilihan ikut aku cara baik atau kasar.. Now kau yang pilih cara kasar"aku genggam tangannya.
Aku tarik dia pergi ke keretaku.
Tangan dia ditarik dan lepas dari genggam aku.
Dia lari masuk rumah dan aku mula kejar dia. Tak sempat dia menutup pintu. Aku tolak pintu tersebut dan dia jatuh ke lantai rumahnya.
"Omma!"suara budak yeoja menjerit. Dia berlari peluk eunji.
"Aku tak nak jadi pengasuh Jikook!! "Eunji membantah suruhan aku.
Aku mula melangkah masuk. Eunji peluk erat anak dia.
"Look aku boleh bayar berapa yang kau nak asalkan kau jadi pengasuh Jikook"aku selok tanganku dalam poketku.
"Aku tak nak duit kau.. Aku tak nak.. Aku bukan mata duitan macam yeoja lain.. Duit bukan segalanya bagi aku.. "
Aku genggam tanganku dan tarik JiEun dari pelukkannya.
"Omma.. "
"Kau nak buat apa dengan anak ki-"
"Sekarang ni aku akan ambil anak kau sebagai tebusan"
Eunji cuba tarik tangan anaknya tapi aku halang dia. Aku dukung JiEun.
"Ikut aku atau anak kau jadi anak aku dan kau tak pernah jumpa dia lagi"aku ugut dia.
"Jangan apa² dia jungkook.. Aku merayu.. "
"Anak kau sebagai tebusan untuk kau jadi pengasuh kepada jikook"
Aku mula melangkah keluar rumah.
"Aku ikut kau jungkook!.. "Eunji jerit dengan tangisannya. Aku toleh dia dan senyum puas.
"Jangan... Apa²kan anak aku... "
"As you wish"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top